Jumaat, 8 Januari 2010

SATU HARI DI GEREJA PJ


SATU HARI DI GEREJA PJ

Kita selalu diberitahu, kononnya ada sebuah gereja melayu di PJ. Tidak diketahui kebenaran dakwaan itu. Menyebabkan, aku sendiri telah bertindak mencari sendiri gereja yang dimaksudkan.

Kami tidak berjumpa gereja melayu dimaksudkan itu. Jadinya, kami bertanya tentang gereja melayu di gereja yang kami jumpa di sekitar PJ. Akhirnya, dimaklumkan bahawa ada sebuah kelas pengajian bible dalam bahasa melayu bertempat di salah sebuah bangunan kilang yang berada disekitar PJ juga, dan aku pergi ke situ.

Pada pertama kali pergi, aku tidak bercakap. Bahkan sekadar mendengar sahaja ulasan dan kupasan Bible yang disampaikan oleh seorang guru bible yang berbangsa cina.

Tetapi, pada kali keduanya aku pergi, aku mengambil sikap untuk berdialog dengan guru bible tersebut.

"kenapa kamu tidak berdiri semasa orang menyanyikan lagu gereja?" Soal Philip, guru bible itu.

"maaf, saya muslim" jawabku terus terang.

"oh yer ke… saya ingat kamu kristian.." balas Philip itu, "kenapa awak datang ke gereja" soalnya.

"saya ingin tahu tentang kristian. Boleh tak?" balasku ringkas sambil bertanya balik

Philip tersenyum dengan permintaanku itu.

"apa yang awak mahu tahu?" soalnya.

"saya mahu tahu tentang trinity. Boleh tak, you terangkan sikit" pintaku.

Dia pun terangkan tentang konsep tuhan anak, tuhan bapa dan ruh qudus. Aku pening, agak kurang faham dengan ulasannya.

"you percaya ke, bahawa langit bumi ini ada tuhan yang buat?" soalku

"yaa. Itu mesti kita yakin.. " jawabnya ringkas.

"antara ketiga-tiga tuhan yang tuan sebut, mana satukah tuhan yang cipta langit bumi?" soalku provoke.

Dia terdiam. Dia tidak dapat menjawab. Ketika itu, ada tiga orang kristian bersama mendengar perbualan kami. Mereka bertiga pun tidak dapat berkata apa-apa pun, melainkan merenung tajam ke mukaku.

Aku senyum kepada mereka. Mereka pun membalas senyumanku.

"kalau ikut ajaran islam yang saya anuti, kami yakin bahawa yang cipta langit bumi adalah Allah. Tuhan yang esa. Bila Dia esa, dia ada kuasa penuh nak buat langit bumi" aku memberi penerangan, agar dia kebingungan.

"kalau tuhan tiga, you tak fikir ke bahawa bumi dan langit tak boleh tercipta?" soalku lagi.

"apa maksud awak?" soal Philip.

"ye la.. kalau tuhan itu tiga, mestilah tuhan akan berbeda-beda pendapat. Ada tuhan nak buat bumi itu tiga segi. Tuhan kedua pula kata nak buat bumi itu bulat. Tuhan ketiga pula, nak buat bumi empat segi.. last-last tuhan akan bergaduh sama-sama dia.. bukankah begitu?" aku memberi kesangsian lagi.

Philip dan tiga lagi kawannya terdiam. Kelihatan seperti mereka sedang berfikir.

Disebabkan agak lama juga untuk mereka berfikir, aku pun berkata kepada mereka, "minta maaf la, I ada urusan lain.."

Aku terus bersalam dengan mereka. Dan aku tinggalkan mereka dengan seribu satu pertanyaan dalam pemikiran masing-masing.

Sekian

Wallahu 'Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Danau kota
8 Januari 2010 * 11:11 malam





4 ulasan:

bawean termenung berkata...

tahniah ustad: begitulah keberanian dan tanggung jawab..bukan buat demo menghina orang lain sukron ala amanatikum

Aaifikir berkata...

Teruskan Ustaz dgn artikel2 yg sangat menarik dan padat. Tahniah.

al Munir berkata...

Salam...

Ana dah tonton video Dr Harun Din membuat ulasan ttg penggunaan Nama ALLAH oleh majalah Kristian... Lebih kurang dan ada persamaan dengan hujah anta dengan Philips... Maknanya anta dah bersetuju dgn apa yg disebut oleh Dr Harun... Tapi anta kata dia guna "kepala lutut"... Ana percaya anta tak mungkin pakai kepala lutut bila sembang dgn Philips... Secara mantiqnya ini membawa maksud "kepala lutut" Dr Harun sama tarafnya dgn "kepala otak" anta... Boleh ke ana kata gitu... Ana memang sgt keliru dgn pandangan anta nih...

Redz da Tsar berkata...

Tahniah ler...
Aku juga mahu sekali sakala melayan mereka, mengetahui tentang mereka...

Bak kata Ustaz Hasrizal, kalau kita nak dakwah mereka, kita kena tahu tentang mereka... Bukan main semberonon je~