Sabtu, 22 Mei 2010

ADAB?

Alangkah beradabnya Yasir Arafat bersalaman dengan Bill Clinton dalam usaha 'jual' Palestine kepada Yahudi

[1]

Adab bukan benda wajib. Ia benda tambahan bagi sesuatu kewajipan, atau penambahan sesuatu perkara yang harus.

Puasa adalah wajib. Adab ketika berpuasa, melewatkan sahur, mensegerakan berbuka. Apakah melewatkan sahur itu adalah satu kewajipan? Apakah mensegerakan sahur itu satu kewajipan?

Yang paling penting adalah, dia berpuasa, waima dia tidak melewatkan sahur dan mensegerakan berbuka. Dengan erti-kata lain, dia menunaikan perkara wajib, waima tidak melakukan adab dalam berpuasa.

Orang yang terlalu kelaparan, sehingga jika tidak makan, boleh membawa kepada kematian. Ketika itu, hukum makan adalah wajib, demi menyelamatkannya nyawa.

Cumanya, ketika orang itu makan dia makan dalam keadaan berdiri. Mungkin sengaja dia makan berdiri, kerana terlalu lapar, atau makanan itu tergantung tinggi, menyebabkan dia terpaksa makan berdiri. Malah, tidak dinafikan, mungkin juga dia lakukan itu dalam keadaan terlupa.

Yang pastinya, orang yang makan itu telah terselamat dari dosa, kerana berjaya menyelamatkan nyawanya yang menjadi amanah Allah terhadapnya. Adapun dia makan berdiri itu, ia tidak melibatkan kepada dosa. Cuma, jika dia makan dalam keadaan duduk, itu merupakan adab, yang layak diberikan pujian.

[2]

Orang yang tersedar lewat dari tidur dalam bulan ramadhan. Apabila dia sedar, didapati subuh sudah kemandang, bermakna dia tidak sempat bersahur.

Dalam keadaan ini, puasa bagi dirinya tetap wajib, waima terpaksa meninggalkan adab berpuasa, iaitu bersahur.

Jika dia tetap mahu bersahur, walhal subuh sudah kemundang, sudah pasti tindakannya yang mahu bersahur dengan tujuan mahu beradab, adalah adab yang terkeji, bukan terpuji.

Atau dalam contoh lain, seperti seseorang yang kena makan berdiri kerana makanan itu berada tergantung tinggi, yang terpaksa dia makan dalam keadaan berdiri.

Dengan erti-kata lain, jika dia mahu makan dalam keadaan beradab juga, menyebabkan perbuatan makan sampai bila-bila pun tidak terlaksana.

Orang yang terpaksa makan berdiri, tetapi tetap juga mahu makan duduk – dengan alasan beradab, merupakan tindakan yang bodoh. Kebodohan itu, disebabkan ia tidak memahami cara dan kaedah makan yang sebenar.

[3]

Adab ini, bukan sekadar berlaku ketika makan. Bahkan berlaku juga dalam perkara yang lain. adab makan tidak sama dengan ada bercakap; adab menegur tidak sama dengan adab makan; adab menegur tidak sama dengan adab ketika dalam peperangan.

Kalau dalam perang, kita dilarang menggunakan perkataan makian dan kutukan [dengan alasan beradab dalam bercakap], walhal ketika itu makian dan kutukan adalah perlu kerana ada unsur provoke musuh, sudah pasti tindakan melarang itu adalah satu kedunguan.

[4]

Peliknya, ada sebilangan orang yang mementingkan adab, tetapi menafikan kewajipan. Dia mementingkan adab menegur, sehingga menafikan kewajipan menegur. dia mementingkan adab menegur, tetapi menafikan tindakan haram yang dilakukan oleh orang yang ditegur.

Dalam berjemaah, kewajipannya adalah memenangkan Islam. apabila ada pemimpin yang melakukan tindakan yang boleh merugikan Islam, seperti beberapa tindakannya yang terbukti umat menolak Islam; dalam adab berjemaah pemimpin itu wajib ditegur. Menegur pemimpin itu, perlu kepada adab.

Menegur yang beradab adalah dengan menggunakan salurannya, tiba-tiba salurannnya sudah tersumbat; sama ada saluran teguran itu tertutup dengan ”istilah-istilah islam yang indah tetapi dicandukan untuk kepentingan diri [bukan kepentingan islam]”, ataupun memang telinga pemimpin itu jenis tersumbat, maka adab dalam menegur adalah dengan apa cara sekalipun, agar pemimpin itu boleh berubah daripada bersikap melakukan perkara yang merugikan Islam, kepada melakukan perkara yang boleh menguntungkan Islam.

Yang paling penting adalah, kewajipan menegur agar pimpinan itu melakukan tindakan yang boleh memberi keuntungan kepada Islam, bukan mementingkan adab menegur pemimpin yang melakukan tindakan yang boleh merugikan Islam.

”syaikh.. takkan hukum makan bak kut teh [sup babi] pun, kena baca bismillah kot?” Aku menyoal.

”apa ada hal? pemimpin menipu pun, ada orang kata wajib dipertahankan.. kononnya, beradab” balas kawanku sambil senyum.

Sekian

Wallahu ’Alam

ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
23 Mei 2010 * 12:25 Tengahari


3 ulasan:

Reformis Jalanan berkata...

Percayalah wahai Ustaz Wan Gee, pasti akan ada seekor atau mungkin lebih babi yang akan komen artikel ini dalam blognya ;)

Awanama berkata...

Celaka sungguh tulisan mu ni..sejak bila pimpinan tutup pintu nasihat??? atau mu sengaja nak buat kecoh sini??? Mu hanya dakwa pemimpin itu tipu,pemimpin ini tipu... tunjuk kat mana pemimpin tu tipu??? atau org lain yg tipu yg kononnya pemimpin tu tipu???

Awanama berkata...

cuba lu pikir elok masa Projek 16 sep,berapa ramai manusia tertipu??? sape penipu??? masa tu De FacTo ckp ada sejumlah yg nak lompat,tp hakikatnya jumlah disebut tu xsama spt yg disebut,sape pembohong kat sini???..klu ko nak jawab kat aku ni strategi,yg pimpinan ko buat tu xstrategi??? ke klu anwar buat xsalah,tp Pimpinan PAS buat jadi salah??? ooo lupa,mgkn anwar ma'sum.... Cis,celaka ko Wan Ji