Sabtu, 22 Mei 2010

TERUSKAN BANTAHAN : JANGAN TERTIPU DENGAN BN

sudah 64 tahun dah dok menipu melayu


[1]

KUALA LUMPUR 22 Mei – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan meneliti reaksi masyarakat berhubung pemberian semula lesen menjalankan kegiatan pertaruhan pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bulan depan kepada Berjaya Group baru-baru ini.

Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, walaupun beliau belum dimaklumkan mengenai reaksi masyarakat berhubung perkara itu secara umumnya, kerajaan memberi jaminan akan sentiasa mengambil kira pandangan semua termasuk dari kalangan Islam dan bukan Islam

KOMEN:

perkara yang jelas haram, malahan ditentang oleh non Muslim sendiri, tidak perlu diteliti reaksi lagi. Hendak teliti reaksi apa? sumber cukai kerajaan menerusi duit haram berkurangan ke?

[2]

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung yang tampil menjelaskan mengenai perkara itu memberitahu, lesen tersebut bukan lesen baru yang dikeluarkan kerajaan tetapi diberi semula kepada Berjaya.

KOMEN:

La... rupa-rupanya sudah berkurun dah buat kerja haram ni. Memang BN ni pasti bangsat.

[3]

Selain itu, pakatan pembangkang pula mengecam langkah tersebut dengan Pas bertindak menganjurkan siri demonstrasi bantahan perkara tersebut di beberapa negeri semalam.

KOMEN:

Tahniah Pakatan Rakyat, terutama PAS yang nampak kedepan dalam isu ini. Tetapi, jangan dilupa, bahawa Pakatan Rakyat sudah merancang untuk adakan demo pada 3 jun ini. Tidak mustahil, kenyataan TPM ini, dengan tujuan untuk mengagalkan demo yang mahu dianjurkan; iaitu dengan cara meredakan semangat pembenci-pembenci judi untuk berdemo pada 3 Jun ini.

Yang penting, teruskan bantahan sehingga terbukti Judi Bola ini tidak dibenarkan sama sekali; sampai bila-bila pun. Jangan disebabkan kenyataan TPM ini, ada pula yang berkata, "Ah.. tak Payah pergi demo la, sebab TPM tak bagi jaminan dah judi bola ni tidak diberikan kepada BERJAYA"

Jangan sampai tertipu dengan parti penipu melayu itu.

sekian

baca sama:
kerajaan teliti lesen pertaruhan piala dunia (utusan Meroyan)

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah (B), Sg Buloh
23 Mei 2010 * 1:38 petang


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KOMEN:

"La... rupa-rupanya sudah berkurun dah buat kerja haram ni. Memang BN ni pasti bangsat ..."

kalau ustaz pun guna bahasa cam ni, cam na nak tarbiyah pengikut PAS ... DAP sayang dan suka kat ustaz ni ...

bagaimana perpecahan dlm masyarakat berlaku ...(realiti)...

http://www.youtube.com/watch?v=2QdKgsMEDO4