Selasa, 1 Jun 2010

TAHNIAH KERANA PECAHKAN KERETA SAYA

Dalam tahun lepas, keretaku pernah disembur dengan Cat merah. Tidak diketahui siapa yang melakukannya. Pada hari ini, ketika sedang aku menyampaikan kuliah Tafsir di Surau Al-Azhar; salah sebuah surau di Sri Damansara, kedengaran alarm keretaku "menyanyi". Aku cuba menutup, tetapi tetap berbunyi, maka aku biarkan sahaja.

Setelah menunaikan solat Isyak, kemudian menunaikan solat hajat, memohon agar diberikan keselamatan kepada sahabat-sahabat di Palestine yang ditangkap oleh tentera Israel, aku terus mahu pulang.

Agak terkejut, apabila melihat cermin keretaku telah pecah. Tiada barang berharga yang hilang, waima dalam keretaku itu, ada tersimpan satu plastik wang syiling dan sebuah kamera. Di maklumkan oleh seseorang, bahawa dilihat seorang yang nampak memecahkan keretaku itu. Dari yang diceritakan, aku dapat mengagak siapa yang melakukan demikian, kerana kami pernah bersua. Orang itu, adalah antara pembaca blogku ini.

Mungkin kerana tulisan-tulisanku dalam blog, menyebabkan dia bersikap sedemikian. Mungkin dia berniat baik, justeru dia tidak boleh disalahkan. cuma dia mungkin salah dalam bertindak terhadap baiknya itu. Mungkin dia terlalu sayang kepada individu tertentu, menyebabkan dia sanggup memecahkan cermin keretaku. Kalau dia berjumpa denganku pun, Aku tidak berniat sedikit pun nak minta sebarang pampasan. Malahan, semasa membuat report polis tadi pun, aku tidak menyebut pun namanya langsung sebagai orang yang disyaki, kerana menganggap dia berniat baik, dan bimbang merosakan lagi reputasinya sebagai orang yang komitment dengan Islam.

Bahkan, jika berjumpa dengan dia, aku bersedia belanja dia minum dan bersedia berbual mesra seperti biasa; seperti tidak ada apa-apa masalah pun.

Apa yang ingin aku nyatakan kepadanya, kejadian yang tertimpa ini, tidak melunturkan semangatku untuk terus menulis seperti biasa. Dan aku berharap, dia berpuas hati setelah dia memecahkan cermin keretaku itu tadi.

Di sini, dipaparkan gambar keretaku yang telah dipecahkan itu;




"Duit nak cover isteri bersalin bulan depan dah kena bayar cermin kereta.. nampaknya kena pinjam kat sapa-sapa la dulu nak cover duit isteri nak bersalin"

24 ulasan:

Nizam berkata...

Sabar je lah ustaz. Setiap perbuatan ada balasannya. Serahkan pada Allah segala perbuatan khianat. Masing-masing ada bahagian dia. Semoga si pelaku dapat syahid langgar dek lori... Insya-Allah...

Tanpa Nama berkata...

puak2 erdogan dalam PAS memang patut kena macam tu. Bagi Akoo halal buat macam ni kat puak2 erdogan.

Unknown berkata...

salam Ustaz Wan Ji dah ada yang mengaku dah tu

dakulim berkata...

wahai 'tanpa nama berkata',menghalalkan suatu kezaliman xdak bezanya dengan UMNO n lebih teruk lg,xdak bezanya dengan ISRAEL laknatullah..

Tanpa Nama berkata...

kalau dah jahat tu memang selamanya jahat.

kalau setakat syak saje tak payah la nak cerita kat sini - nak menggambarkan seolah-olah tulisan dia yg hebat hingga di dengki oleh org lain...hingga sanggup memecahkan cermin kereta.

kalau ada bukti yg nyata baru boleh cakap - undang-undang hudud mana yg dipakai?!! berapa org saksi dah dapat?!!!

itulah...mak suruh belajar...dok berkhalwat dgn gilfren kat mesir!

baru padan ngan muko!

SokongUG berkata...

Salam Ust Wan Ji

Ini satu dugaan untuk ustaz supaya ustaz dapat muhasabah diri. Saya turut bersimpati dengan nasib ustaz. Tulisan ustaz menunjukkan Ustaz seorang yg hebat kerana dapat "bersabar" ...

Saya berpendapat oleh kerana ustaz selalu sangat kutuk polis Malaysia dengan komen2 tak cekap, bangsat dan terbaru menyamakan seperti Polis Israel (gambar FRU menendang penunjuk perasaan).

Yang hairannya: ????

"Malahan, semasa membuat report polis tadi pun, aku tidak menyebut pun namanya langsung sebagai orang yang disyaki, kerana menganggap dia berniat baik, dan bimbang merosakan lagi reputasinya sebagai orang yang komitment dengan Islam"

Ustaz pergi juga mengadu dekat Balai Polis. Kenapa tak minta tolong kat Unit Amal saja. Minta depa siasat ... Tak gitu ustaz ...

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Para pembela kumpulan UG sudah menyerang Ust Wan Ji tahap yang tertinggi dan kemuncak nya hingga dapat kita lihat perkataan perkataan mereka tidak lagi menggunakan akal sebalik nya nafsu yang menggila. Memang begitulah kalangan pengampu dan pembodek yang tidak ada pegangan pada apa apa sumber melainkan untuk wang dan sedikit kedudukan di dunia.

Mereka telah memperlihatkan indikasi indikasi kehilangan inisiatif yang memberikan petunjuk kehancuran atau kegagalan segala usaha mereka. Insyallah kerja kerja tanpa barakah itu tidak lama bertahan nya. Akhirnya pasti akur kepada kehendak azali. Berjuang dalam pas mestilah jujur dan ikhlas dan bukan ada agenda sendiri. Ustaz Wan Ji teruskan perjuangan Ustaz kerana kami sedar siapa yang benar atau siapa yang tersasar.

Reformis Jalanan berkata...

To Tanpa Nama 15:51


Celakalah ko! Aku pun harap ko akan kena benda yg sama. 2 kali ganda!


To Ust Wan Gee :


Sabo Ust. Nampaknya anasir Zionis dari Lautan Mediterranean sudah meresap ke dalam orang PAS. Malam ni Ust baca Qunut Nazilah 2 kali, satu untuk Zionis Israel, lagi satu untuk Zionis PAS.

Sang Harima berkata...

Astaghfirullah.. kalaulah yang buat tu mendokong seseorang, gua yakin, seseorang tu juga tidak bersetuju dengan tindakan orang yang buat ni.

Eloklah ustaz bertemu dengannya dan slow talk. Kita dalam perjuangan Islam tak boleh berbalah-balah. Baik ustaz ceritakan hal yang sebetulnya kepada dia, supaya perjuangan Islam ini tak berpecah.

Erdogan ke tak erdogan ke, kita sama-sama nak tegakkan Islam..

SokongSungguh2UG berkata...

Salam Reformis Jalanan

"Malam ni Ust baca Qunut Nazilah 2 kali, satu untuk Zionis Israel, lagi satu untuk Zionis PAS"

sikit2 nak doa kemusnahan orang, Nabi Muhammad s.a.w ketika malaikat offer nak hempap dgn bukit dekat puak2 yg baling batu kat Nabi Muhammad s.a.w pun Baginda masih bersabar .....

Hang "reformis Jalanan" jgn berlebih2 dari Ust Wan Ji ... kan Ustaz Wan Ji nak belanja orang yg pecahkan kereta dia tu "belanja minum" ....

baca ni:
Bahkan, jika berjumpa dengan dia, aku bersedia belanja dia minum dan bersedia berbual mesra seperti biasa; seperti tidak ada apa-apa masalah pun


"suci betul hati ust ni, boleh angkat jadi Ketua Pemuda PAS" Inilah ciri2 pemimpin muda yg kita tunggu2.. boleh berjuang Anti UG "

Tanpa Nama berkata...

1.Segala perbuatan! mestilah diiringi dengan niat yang betul!!
2.kalau niat kita kearah Allah!Insya-Allah Allah akan melindungi kita!!
3.Sampai masanya anda memperbetulkan niat anda!sampai masanya anda bermuhasabah diri!!
4.Apapun !semoga Allah sentiasa melindungi anda!!

Tanpa Nama berkata...

askm ... jgn tuduh org pas lain yg buat tanpa bukti...bukankah Nabi kita mengajar supaya jgn tuduh seseorangkecuali didatangkan dgn bukti....mengapa kita cepat tuduh kpd org yang tak setuju dgn ustaz? menuduh tanpa bukti adalah dosa besar!!! kalau dakam islam dia berhak kena qazaf...

Nizam berkata...

Tak lama lagi akan keluar dalil yang mengatakan boleh pecahkan cermin kereta orang yang tak setuju dengan pemimpin Islam. Kalau terbunuh masa tengah ketuk cermin kereta tu boleh dapat syahid... Biasalah, matlamat menghalalkan cara. Makin hari makin dekat dengan perangai umno kalau dah dinamakan melayu tanpa roh Islam di hati yang kotor. Serupa umno jugak...

Tanpa Nama berkata...

Aku dah cakap dah.. memang Abang Kepala lutut suka buat provokasi.. Kerja dia timbulkan fitnah dlm masyarakat...

Dan ada dengar2..
"ada orang tu dapat banyak duit dari UMNO, apa salahnya minta duit bersalin isteri" hahahaha...

UMNGOK!

hussin berkata...

"bimbang merosakan lagi reputasinya sebagai orang yang komitment dengan Islam"

berat tuduhan ust ni. mudah2an ia hanya andaian tetapi berasas. bersabar je lah ust. Allah Maha Melihat. Dia telah rakamkan perbuatan khianat tersebut yang akan ditayangkan kepada pelaku.

tak suluh tak menyala, tak sungguh orang tak kata. yang terima pulus tu, terimalah. pun Dia sudah dirakamkan. untung terima mosad umno sebagai konsultan, dapat bayaran bukan dibayar!

bila isteri ust dah bersalin nanti, ust sound je, insya' Allah akan saya hulurkan infaq kepada sdra yang sehati sejiwa "benci ug". saya percaya ramai lagi yang sanggup menghulur. sikit sorang dah ok ust. hanya banyak bersabar ust.

yang dok suruh ust minta dengan yang dapat dari umno tu pun dok gigit jari je. sekadar seronok ketuk keyboard je.

wallahu'alam.

hussin berkata...

qunut nazilah - "memohon kepada Allah agar dibinasakan rejim zionis Israel" termasuk yang mengadakan hubungan dengan israel, yang menggunapakai penasihat israel, tidak lupa juga kepada yang berkehendak dengan yang ada hubungan dengan israel, dengan yang menggunapakai penasihat israel...

Meluat UG berkata...

Atas sekali Zionis Israel, pastu Apco, pastu Umno, pastu UG. Ba'dhuhum 'ala ba'dhin. Semua dalam satu rangkaian. Kalo pecah keta ko pun, apa nak heran..

Tanpa Nama berkata...

terpikir jgk komen sesetgh org dlm ni mcm xde tarbiyah je.. ikut usrah ke x diorg ni.. klu prgrm tarbiyah parti pon x ikut,mmg bakal jd perosak parti la jwbnya...

hussin berkata...

dah dapat steering asyik terbabas sahaja, bila tegur, melenting. hei, kami penumpang, kalau kemalangan, bukan yang di steering je sakit, penumpang pun ikut sama sakit! penumpang tak leh tegur ke yang di steering demi keselamatan semua?

Kuda Perang berkata...

Antara sebab atau punca kejadian; tulisan2 enta sebelum2 ini banyak yang agak extereme (kurang berhikmah), maklum lah darah mudo... mudahan jadi pengajaran..kembali ke pangkal jalan.

Aku Budak Kampung berkata...

provokasi?

Wallahualam.

FZY berkata...

Sikit2 UG, ntah apa2 ntah, x ada modal lain ka? Yg komen (sebilangan shj) mcm power2 je, mcm hebat2, mcm tahu segala rahsia.

Wan Ji pun x habis2 dgn serkap jarang dia yg x ada bukti. Dari dulu smpai skrng, hobi dia suka menuduh org dan membenci org.

Berubahlah, jgn ulang perkara yg membosankan con tohnya isu UG, bukti x ada, hanya serkap jarang, bnyk benda lain lg yg boleh di ulas.

Wallahu'alam.

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju dgn FZY.... mcm2 org boleh tulis komen kat sini,org UMNO menyamar sbgai org PAS,tuduh itu ini supaya wujud kacau bilau... Isu² yg pimpinan dah tutup,masih diulang zikir,supaya menyemarakkan lagi api kemarahan ahli @ penyokong bawahan... Bukan org BN@PR pun blh tulis,tujuannya : utk kepentingan diri.. Jadi,para pembaca kena pandai menilai,tidak mudah menelan setiap tulisan yg dibaca,tapislah dgn Iman anda Jika anda muslim sejati... Sbb Nabi dah ingatkan,akhir zaman ini,berkara benar diputarkan sehingga dilihat salah... begitulah sebaliknya...

FZY berkata...

Salam.., Berita baik utk dikongsi bersama2:-

http://www.youtube.com/watch?v=OAOICs_FUQQ&feature=player_embedded#!

wallahu'alam.