Isnin, 5 Julai 2010

HATI-HATI DENGAN HARUSSANI


Teori "pecah perintah" ini memang berkesan untuk menjatuhkan PAS, PKR dan DAP di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Dalam PRU ke-11 yang lalu [2004], dilihat Barisan Alternatif menghadapi kekalahan teruk, sehingga PAS terlepas kerajaan terengganu, dan hampir sangat terlepas kerajaan negeri Kelantan yang diperintah sejak 1990 yang lalu. Antara punca pentingnya adalah, apabila DAP 'bertengkar' dengan PAS dalam beberapa isu, sehingga DAP keluar dari Barisan Alternatif [BA].

Justeru, Usaha "pecah perintah" ini, dilakukan oleh UMNO begitu serius sekali. Dilihat, fokus serangan itu tertumpu kepada PKR [khususnya Anwar Ibrahim] dan PAS [khususnya isu melayu].

Tindakan serangan 'pecah perintah' ini, bukan sekadar dilakukan oleh orang-orang UMNO sahaja, malahan digunakan juga golongan-golongan agamawan.

Antara yang dilakukan adalah, menarik pengaruh orang melayu dengan meng'isu'kan golongan ulama terlibat dengan UMNO. Malahan, dimaklumkan bahawa Mufti harussani juga terlibat dalam usaha 'pecah perintah' antara parti-parti pakatan rakyat ini.

Mufti harussani, dilihat agak serius dalam berusaha memecah belahkan kesepakatan antara parti-parti dalam Pakatan rakyat. Antara tindakan beliau adalah, melakukan fitnah terhadap PAS, agar PAS diragui rakan-rakan dalam PR.

Baru-baru ini, seorang kawan [bekas pimpinan PAS di peringkat kawasan] yang bekerja di Australia telefon. Dia maklumkan, di awal bulan jun lepas, Mufti harussani telah datang ke sana dalam salah satu sessi lawatan beliau.

Di sana, berlaku satu pertemuan antara beliau dengan orang Malaysia yang tinggal di sana dalam satu majlis dialog. Kawan terbabit pun turut hadir.

Dalam sessi majlis dialog itu, dimaklumkan bahawa Mufti Harussani ada menyebut bahawa kononnya beliau didatangi oleh seorang pimpinan PAS bersama seorang peguam di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur untuk berbincang isu perpaduan melayu.

Kelihatan benar sikap jahat Mufti harussani, kerana Kawan itu menyatakan juga bahawa Mufti harussani tidak menyebut nama pimpinan PAS terbabit.

Ada menyatakan, pertemuan itu tidak berlaku langsung, tetapi ia sengaja dicipta oleh Mufti Harussani untuk melakukan "pecah perintah" antara PAS, PKR dan DAP dengan cara melahirkan perasaan ragu antara PKR dan DAP terhadap PAS.

Apabila PAS, PKR dan DAP berpecah, ini memberi ruang besar bagi UMNO/BN untuk menang balik dalam PRU yang tidak lama lagi berkunjung tiba, terutama merampas kerajaan yang diperintah oleh PR, khususnya kedah dan Selangor, dan berusaha mempertahankan kekuasaan kudeta BN di Perak.

Atas alasan itu, tidak hairan Mufti Harussani sengaja melontar isu ini di bulan jun yang baru sahaja lepas, yang ia amat rapat dengan lahirnya beberapa tanda-tanda besar akan berlakunya PRU.

Nampaknya, Mufti Harussani sekarang bukan sekadar seorang yang bergelar mufti, sebaliknya beliau seorang tokoh propagandis UMNO yang cukup hebat, dalam melahirkan pandangan buruk PKR dan DAP terhadap PAS.

Ini tidak hairan, kerana sebelum ini pun, Mufti harussani pernah bekerja sebagai cawangan Khas kementerian dalam negeri [SB : special branch] dari tahun 1964 hingga 1967. [Sila klik]

Kalau ini kerja Mufti harussani, dicadangkan agar beliau meletakkan jawatannya sebagai Mufti, dan terlibat terus dalam politik sebagai calon BN dalam PRU akan datang. Jika menang di Dun Perak, beliau ada harapan dilantik sultan, bukan sebagai Mufti lagi, tetapi menteri besar.

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah [b] Sg buloh
6 julai 2010 * 1:48 pagi

7 ulasan:

Reformis Jalanan berkata...

Harussana-sini-situ-sana-sini tu ibn kalb..

KelekWanJi berkata...

Salam Ustaz Wan Ji & rakan2

Kalau Dato' Mufti Harussani masuk PAS pula selepas ini, berbeza pula isi kandungan tulisan ustaz ... mula lah keluar isu Sure Heboh, kes murtad dan sebagainya yg beliau banyak berjasa ....

Sumbangan terhadap Islam itu bukan semestinya melalui parti PAS ...
Dalaman PAS sendiri pun kelam kabut ... Semua pandai berlakon bila dalam Muktamar ...

PAS bila bercakap dan mengutuk memang hebat ... Tapi bila buat, hancus sebagaimana hancusnya Kohilal (lihat sendiri)...

Sama2 kita nilaikan arah tuju sebenar parti yg mendakwa memperjuangkan dan mendaulatkan Islam dan ingin meletakkan Islam itu di tempat sepatutnya ...

Tanpa Nama berkata...

setakat hearsay macam tu,tak payah la letak dalam blog.

dah jadi macam anak pmpuan nik aziz plak.hearsay orang pun dia nak letak demi pertahankan laki dia.padahal dah jelas kroni dalam kerajaan.

elok pi tanya sendiri mufti harussani tu daripada buat fitnah tak ketahuan hearsay dengar dari kawan macam tu.

Tanpa Nama berkata...

1.Apa isunya disini!kalau betui!!HARAM ka perpaduan sesama islam!!Yang hang dok puji guan eng tu!!HALAL kot!
2.Apa punya jenis bangsa hang ni!!bukan islam kot!!punya takut hangni kalau sesama islam bersatu!!hang ni keturunan abdullah bin ubai kot!atau hang ni jenis yahudi yang Phd dalam bidang agama Islam tetapi dok bunuh puak islam!!
3.Hang ada buktika!!Harussani ni ahli umno!!

cikgupj berkata...

Salam Ustaz, sudi kiranya letakkan link blog saya di blog ustaz ini, terima kasih. http://cikgupj.blogspot.com/

sekadar bertanya berkata...

harussani dulu SB

dgr kata dia hanya lulusan diploma dakwah yg tak fasih arab?

TuaKutuk berkata...

Salam Reformias Jalanan

Jauhkan dari mengaibkan seseorang dengan mempermainkan nama dan sebagainya