Sabtu, 3 September 2011

TOK GURU NIK AZIZ KENA ROUND MALAYSIA UNTUK HAPUSKAN BN

2 September, pada hari raya keempat, Kelantan mengadakan program pertemuan dengan Blogger dan Facebooker di Balai Islam, Lundang bersama dua tokoh; Dato' Husam Musa dan Saifuddin Nasution. 

Aku hadir dan memberi pandangan dalam program tersebut. Padanganku adalah, Tuan Guru perlu round Malaysia dalam Kempen PRU akan datang dalam usaha hendak merampas tampuk pemerintahan Putrajaya. Dengan itu, Tok Guru NIk Abdul Aziz perlu berehat dari bertanding PRU akan datang.

Tidak disangka-sangka, pandangan aku menjadi liputan meluas dalam akhbar Sinar harian Kelantan pada hari ini. Jadi disini, aku ingin menyatakan hujjah pandangan aku seperti berikut;

satu;

Secara peribadi, aku pernah melihat bagaimana masyarakat yang berbilang kaum terlalu sayangkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Ramai teman-teman yang tidak beragama Islam pernah menyatakan kepadaku bahawa "Nik Aziz ini bukan manusia biasa, tp dia adalah orang tuhan".

Tuan Guru Nik Aziz mempunyai Aura yang tersendiri yang melebihi aura Anwar Ibrahim. Beliau hadir dalam satu program, orang sudah merasa berpuas hati melihat wajah beliau di atas pentas, waima beliau tidak menyampaikan sebarang ucapan sekalipun. 

Aura ini perlu dimanfaatkan oleh Pakatan Rakyat dalam usaha hendak merampas Putrajaya dari rejim UMNO. Caranya adalah, Tuan Guru perlu round Malaysia. Kalau boleh disetiap DUN dan Parlimen yang ditandingi Pakatan Rakyat. Iaitu, tidka tertumpu kepada DUN dan Parlimen yang ditandingi PAS sahaja.

kedua:

Dato Husam menjawab bahawa dalam keadaan Tuan Guru bertanding pun, beliau boleh round Malaysia. Aku agak kurang bersetuju dengan pandangan Dato Husam tersebut, waima aku hormati pandangan terbabit. 

alasanku adalah, Tuan Guru Nik Abdul Aziz terlalu tua. Jika kita berbual dengan Tuan Guru, kita akan dapat lihat bahawa tangan tuan Guru pun sudah gementar. Jadi, jika dia round Malaysia pun merupakan satu beban bagi dirinya yang begitu tua, inikan pula ingin fokus sama pada DUN yang dia bertanding.

padaku, dalam keadaan ini, kita mengambil manfaat yang lebih besar berbanding manfaat yang kurang besar.

ketiga :

Dalam forum terbabit, aku mengumpamakan Tuan Guru ini seperti Mahatma GHandi di India, dan Rashid Ghanoushi di Tunisia. KEdua-dua tokoh ini menjadi spritual leader, tanpa mereka bertanding dalam PRU.

Mahatma Ghandi itu merupakan Nik Aziz India, dan rashid Ghanoushi itu umpama Nik Aziz Tunisia jika dilihat dalam kerangka politik di Malaysia pada hari ini. Tok Guru memang tidak mempunyai kepentigan dalam jawatan Menteri Besar, tetapi dalam budaya politik, persepsi adalah satu perkara yang penting. Jadi, mempamerkan beliau tidak mempunyai kepentingan dalam jawatan menteri besar adalah perlu. ekoran itu, beliau akan dilihat setara dengan dua tokoh (ghandi dan Ghanoushi) dalam sejarah peradapan politik di Malaysia akan datang.


sekian


10 ulasan:

ALI MAIDIN berkata...

Biar beliau meninggalkan jawatan eksekutif di kemuncaknya

Tanpa Nama berkata...

Mana bole tak tanding...? Kelantan sapa nak jaga..? Nak harapkan Husam? Tak abih sepenggal, rakyat akan mengamuk...
Nak harapkan Nik Amar? Lagi laa teruk...
Kita hanya menyokong Tuan Guru Dato' Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan. Noktah.

Tanpa Nama berkata...

. Tok Guru memang tidak mempunyai kepentigan dalam jawatan Menteri Besar,

kalau tak dak kepentingan sapa nak sponsor RM 65000 tu .... kalau Nik Ajis setakat guru pondok, tak sapa nak teringin sponsor .... duit RM 65000 tu bagi kat sekolah2 agama lagi bermanafaat dari bagi kat nik aziz ... umrah tu pun sunat je .... tak payah la round nak hapus BN ... hapus dulu sifat2 munafik dalam PAS termasuk blogger Wan Ji ni ...

kekura berkata...

tak ke sia2 kerja itu? terhapus bn belum tentu terhapus kejahilan.

bukan ke lebih baik kalau beliau round malaysia utk menghapuskan kejahilan masyarakat muslim tentang agamanya sendiri?

tetapkan iktikad anda. anda berjuang menegakkan islam atau menghapuskan bn?

besar bezanya itu.

Tanpa Nama berkata...

Tok Guru memang tidak mempunyai kepentigan dalam jawatan Menteri Besar? ---> ni lawak ape ni?

masihkah ko ingat ketika DrM dicabar si tua ni supaya letak jawatan, maka dia juga akan meletak jawatan?

dah berapa tahun DrM letak jawatan tapi si tua ni MASIH lagi pegang jawatan (sampai mati agaknya). kononnya nk menghormati kehendak pucuk pimpinan. pala hotak dia.

kalau x dak kepentingan wat gapo pegang lg jawatan tu wehhh?

bukan nak kurang ajar tapi dia ni sangat munafik.

Tanpa Nama berkata...

padan dah pak nik wei,dok berehat dirumah lah wei.la ni rakyat kelantan banyak dah kabar.bo lah dok kencing orang ngan ayat allah nya.

Tanpa Nama berkata...

Salam semua

tindakan mengagong2kan nik aziz ni secara berlebihan menyebabkan sahabat ambo ni rosak .... dan musuh2 isle menggunakan kawe ambo ni utk kepentingan politik masing2 ...

Tanpa Nama berkata...

bro.."nik aziz round satu Malaysia utk hapuskan BN"???..xyah round la bro..rakyat sabah tak perlukan pemimpin mcm nik aziz ni..suruh je la dia jaga org kelantan..xyah nak datang ke sabah jual fatwa dia tu..suh nik aziz ni jaga kelantan yg katanya negeri islam tapi Hiv dan Aids banyak...

Tanpa Nama berkata...

tok sah dok kecek laa....

Si PerisiK berkata...

mohon kongsi penulisan ini di blog saya-

http://siperisik.blogspot.com/2011/09/blogger-minta-nik-aziz-jangan.html