Selasa, 15 Mei 2012

CAHAYA DISELINDUNGI


Cahaya menerang terang. Ramai makhluk memanfaatinya. Kesusahan manusia bertukar senang. Itulah yang manusia harapkan.

Tanpa cahaya, manusia celik menjadi buta. Gelap gelita, berjalan meraba-raba. Longkang dan parit, mudah menjadi teman. Keindahan dedaun, bunga-bunga dan pokok tidak dapat dikecapi.

Cahaya yang sering menyinar akan terus menyinar. Ia tidak akan padam. Kegelapan berlaku, bukan ketiadaan cahaya, tetapi dihalang oleh sesuatu.  Kerana sesuatu, nikmat cahaya tidak dikecapi oleh makhluk.

Begitulah hidayah yang merupakan cahaya. Hidayah menyinari hati, agar manusia hidup dalam bahagia. Mereka tidak akan resah, jika hati diselubungi cahaya yang menyinari.

Resahnya manusia, apabila hati mereka gagal dipancari cahaya. Bukan kerana hidayah tidak ada, tetapi mereka melakukan amalan kefasikan sehingga terhalang cahaya hidayah menyentuh di jiwa.

Firman Allah SWT, “Allah tidak akan menyesatkan seseorang, kecuali terhadap mereka yang fasiq”. (al-Baqarah, ayat 26)

Ya Allah, berilah hidayah kepada kami…..

Wallahu ‘Alam

Tiada ulasan: