Ia bertiup. Kadangkala
spoi-spoi bahasa, kadangkala kuat setahap taufan. Tiupan lembutnya satu kenikmatan.
Tidak dapat dibayangkan betapa nyamannya, ketika kita berada dibawah pokok yang
redup, ditiup angin spoi-spoi bahasa tersebut. Berbekalkan badan yang penat dan
letih, angin itu berjaya mengkuyukan mata, seterusnya terlena dan berjumpa
dengan mimpi-mimpi indah.
Kewujudan angin itu,
tidak sekadar dianggap nikmat. Kadangkala ia dianggap bala yang menggerunkan. Angin
yang keras setahap taufan berjaya membinasakan kaum Ad yang melawan nabi Hud. Walaupun
mereka hebat dengan pembangunan sehingga mampu memahat bukit untuk dibuat
rumah, tetapi angin itu tetap juga berjaya menghancurkan bangsa yang angkuh.
Jangan disangka angin
yang tidak dapat dilihat dengan mata itu hanya memberikan kasih sayang, tetapi
kadangkala kemurkaannya amat menggerunkan.
Jika setahap angin
pun, kita tidak dapat bayangkan kegerunan kita apabila dia sudah murka, bagaimana
pula kemurkaan tuhan? Kita hanya fikirkan al-Rahman-Nya, al-Rahim-Nya, tetapi
kita abai al-Jabbar-Nya dan al-Mutakabbir-Nya.
Kalau kita takut
dimurkai angin, mengapa kita tidak takut kemurkaan Tuhan yang mencipta angin?
Ingatlah bahawa Allah
SWT pernah berkata, “telah nyata kebinasaan di daratan dan dilautan dengan
sebab tangan-tangan manusia” (surah al-Rum, ayat 41)
Wallahu ‘Alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan