Selasa, 10 Februari 2009

UMNO DATO’ ONN DAN UMNO DATO’ NAJIB

UMNO DATO’ ONN DAN UMNO DATO’ NAJIB

Malaysiakini melaporkan bahawa pihak polis telah bertindak menembak gas pemedih mata kepada rakyat yang berhimpun secara aman di masjid Ubudiyyah selepas menunaikan solat jumaat, ekoran perhimpuran rakyat bagi mempertahankan Ir Nizar sebagai Menteri Besar Perak.

Sandiwara BN “disebalik tabir” untuk memegang tampuk pemerintahan perak mengingatkanku kepada perancangan British yang mahu menggantikan pemerintahan beraja di Negara-negara melayu atas nama Malayan Union.

Jom kita teliti dan lihat !!!.

UMNO DATO’ ONN

PERTAMA:

Malayan union atau sebutan melayunya Negara Malaya bersatu merupakan satu titik sejarah tanah melayu; yang mana pihak British mahu menjadikan Negara-negara melayu berada dibawah satu pentadbiran pusat yang dikuasai oleh British.

Perancangan British itu diteruskan, dengan mengarahkan Sir Harold MacMichael agar datang ke tanah Melayu agar memujuk raja-raja Melayu agar menyerahkan negeri mereka kepada kerajaan British untuk dijadikan jajahan takluk British.

Pada 11 oktober 1945, Sir Harold MacMichael sampai di Perlabuhan Klang. Raja melayu yang mula-mula sekali diperdaya adalah Sultan Ibrahim, Raja Johor sebagai raja yang tertua dan terkanan.

Tanpa tekanan dan apa-apa bantahan pun, dengan senang Sir Harold MacMichael berjaya mengumpul tandatangan 9 orang raja melayu sebagai penyerahan kuasa raja-raja melayu kepada British; hanya mengambil masa selama 3 bulan sahaja.

6 Januari 1946, Sir Harold MacMichael bertolak balik ke British membawa semua dokumen-dokumen penyerahan kuasa raja-raja melayu kepada pihak British, seterusnya pada 22 Januari 1946, kerajaan British telah membentang satu ”kertas putih” dalam sidang Parlimennya, mengumumkan penubuhan Malayan Union yang akan menggantikan pemerintahan beraja di Tanah melayu.

KEDUA:

Dato’ Onn melihat kejadian ini. beliau bertindak memberi kesedaran kepada raja Melayu ketika itu atas kesilapan mereka.

Ekoran dari itulah, Dato’ Onn menubuhkan UMNO bagi mengumpulkan; memberi kesedaran kepada orang melayu agar mendesak raja-raja melayu supaya sedar atas kesilapan mereka itu.

Raja melayu sedar, lalu mereka pujuk british agar membatalkan kandungan dokumen penyerahan kuasa yang mereka tandatangan dulu. Tapi tidak dilayan oleh British.

KETIGA:

Malayan Union tetap mahu ditubuhkan oleh British. Pada 1 April 1946, ia ditubuhkan. British melantik Sir Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union. Raja-raja melayu, pembesar-pembesar melayu, anggota-anggota dewan undangan pusat dan negeri akan dijemput menyaksikan perlantikan Gabenor Malayan Union itu.

Pada 31 Mac, Dato’ Onn bersama kawan-kawan pada masa itu mengadakan satu meeting tergempar. Bincang tindakan yang selayaknya dilakukan. Keputusannya adalah, desak agar raja melayu tidak hadir majlis perlantikan Gabenor Malayan Union sebagai membantah penubuhan itu.

Pada subuh 1 April, raja melayu yang bersemayam di Station Hotel telah bersiap untuk berangkat menghadiri upacara perlantikan Sir Edward Gent. Melihat keadaan raja melayu itu, Dato’ Onn jadi sedih.

Dato’ Onn terus berceramah didepan raja melayu, antara kata-katanya;

”Sekiranya Tuanku sekalian turut menghadiri upacara perlantikan Gabenor malayan Union itu, rakyat Tuanku sekalian tidak akan mengangap Tuanku sebagai raja lagi. Rakyat melayu menganggap bahawa menghadiri majlis istiadat perlantikan Gabenor Malayan Union seolah-olah mengusung jenayah umat melayu”

Selepas itu, Dato’ Onn menjemput raja melayu berangkat ke anjung hotel. Maka kelihatanlah beribu rakyat melayu sedang demonstrasi di bawah, melaung-laungkan ”daulat tuanku” dan ”hidup melayu” dengan suara yang bergemuruh. Melihat keadaan rakyat, ada sebilangan raja melayu yang menangis.

KEEMPAT:

Keadaan itu menyebabkan raja melayu tidak hadir ke majlis perlantikan Gabenor Malayan Union. Bahkan, menghinakan lagi apabila kehadiran dari kalangan orang melayu hanya seorang pegawai tentera dari pasukan askar melayu sahaja; itupun terpaksa hadir kerana tugasnya sebagai Pegawai Pengiring kepada Sir Edward Gent.

Majlis tetap diteruskan. Secara rasminya, pada 1 april 1946, Malayan Union ditubuhkan. Pun begitu, British mendapat tamparan hebat kerana majlis itu dipulaukan sedemikian rupa.

Ekoran itulah, bantahan demi bantahan dilakukan bagi menghapuskan Malayan Union yang akhirnya Malayan Union di mansukhkan.

UMNO DATO’ NAJIB PULA

PERTAMA:

4 orang ADUN Perak berjaya dipujuk oleh Najib agar melompat. Didakwa mereka dibayar menjangkau RM 50 juta setiap seorang.

Apabila sudah melompat dari PR kepada BN, maka bermula episod Najib seakan-akan mempergunakan pihak Istana, sepertimana Sir Harold MacMichael memperdayakan raja melayu.

Didesak agar segera mengangkat sumpah menteri Besar baru, Dr Zamry. Sedangkan, arahan sultan perak agar Ir Nizar meletakkan jawatan adalah bercanggah dengan perlembagaan Negeri Perak yang diluluskan sendiri oleh duli maha mulia Sultan.

KEDUA:

Ir Nizar hantar surat makluman tentang status jawatan Menteri besar yang disandang beliau kepada pihak Sultan, seperti tindakan Dato’ Onn memberi kesedaran kepada raja melayu bahawa mereka telah dipergunakan oleh British.

KETIGA:

Rakyat bangun membantah kehadiran raja melayu dalam majlis perlantikan gabenor Malayan Union. Dilihat sendiri oleh raja melayu, sehingga ada yang menitiskan air mata. Ianya seakan-akan sama dengan bantahan rakyat terhadap tindakan Sultan Perak yang seakan-akan dipergunakan oleh UMNO untuk menjatuhkan kerajaan PR pilihan rakyat.

KEEMPAT:

Dato’ Onn menyatakan, kalau raja melayu tetap juga menghadiri majlis perlantikan Gabenor Malayan Union, pasti umat melayu tidak akan respek lagi kepada raja melayu.

Sepertimana tindakan PR yang meminta agar sultan perak ikut peruntukan undang-undang yang diluluskan oleh sultan sendiri, bahawa dibimbangi di masa akan datang sultan perak tidak akan direspek oleh rakyat perak sendiri, malahan rakyat seluruh Malaysia.

PENUTUP

Kuasa raja sudah berjaya dipertahankan oleh Dato’ Onn dari dilenyek oleh British atas nama Malayan Union. Tapi pada zaman Mahathir, UMNO berjaya mencabut kuasa raja-raja itu.

Kini, Najib sekali lagi buat perangai. Kuasa raja yang semakin menipis itu telah dinafikan kerespekan rakyat terhadapnya. Nampaknya, najib bukan sebagai manusia yang menjaga respek rakyat terhadap sultan, tetapi dia merupakan punca utama raja semakin dibenci oleh rakyat.

Jika difikirkan balik, patut pun Dato’ Onn mati di luar UMNO...

Sekian

p/s : dibimbangi dimasa akan datang, raja melayu sanggup diludah orang orang melayu sendiri, ekoran tindakan UMNO mempergunakan sultan demi kepentingan politik mereka yang maha murah.

Al-Bakistani.
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
6 Febuari 2009 * 5:05 petang.






Isnin, 9 Februari 2009

AL-KISAH DUA SUAMI : YANG SAH, YANG JADIAN

AL-KISAH DUA SUAMI : YANG SAH, YANG JADIAN

Seorang ketua kampung mempunyai seorang anak perempuan yang telah dinikahkan kepada seorang lelaki yang baik, walaupun baru sahaja masuk Islam. walaupun dia baru masuk islam, tetapi akhlak dan amalan islamnya lebih baik dari orang yang sudah lama menjadi Islam.

Ketua kampung itu juga mempunyai seorang anak Saudara yang baru sahaja selesai menuntut di luar Negara. Pergaulan bebas, arak, kaki perempuan, zina dan sebagainya yang menjadi “amalan harian” si anak saudara itu menjadi sebati semasa belajar di luar Negara itu, menyebabkan dia menjadi seorang yang “mata keranjang”; tidak boleh tengok perempuan, hatta isteri orang sekalipun.

Di suatu hari, si anak saudaranya itu telah datang menziarahi si bapa saudara, lalu ternampak sepupunya yang sudah menjadi isteri orang itu. dia berkenan dengan sepupunya itu, dan menyedihkan apabila didapati sepupunya itu sudah bernikah.

Nafsu serakahnya semakin menggila, dia tidak kira lagi, sama ada sepupunya itu isteri orang atau tidak, dia tetap mahu berkahwin dengan sepupunya itu.

Dia berfikir. Apa tindakan yang sepatutnya dilakukan.

Akhirnya dia mendapat idea, iaitu memperdaya agar bapa saudaranya dapat mendesak agar menantunya itu menceraikan isterinya, lalu dinikahkan kepadanya.

Si bapa agak tidak bersetuju pada peringkat awalnya. Tetapi setelah “isu keturunan” di mainkan, menyebabkan si bapa terpengaruh.

Bapa itu pun mendesar menantunya agar menceraikan anak perempuannya, tetapi menantunya tidak bersetuju.

Menantu itu menyatakan, jika bapa mahu memaksa dia menceraikan isterinya itu, hendaklah ditanya terlebih dahulu kepada anak perempuannya yang sudah bersuami itu. Bertanya dengan tujuan untuk minta pilihan dari anak perempuannya, adakah mahu kekal dengannya atau, mahu diceraikan lalu dikahwinkan dengan sepupunya.

Pihak bapa tidak mahu bertanya kepada anak perempuanya, kerana dia mengetahui bahawa anak perempuannya itu amat menyintai suaminya yang baik.

Tetapi menyedihkan, disebabkan bapa berjaya diperdayakan oleh si anak saudara yang jahat itu, menyebabkan si bapa tetap berkeras yang akhirnya menikahkan juga anak perempuannya kepada anak saudaranya, sedangkan anak perempuannya itu masih seorang isteri yang sah.

Akad nikah berlaku dengan diakad nikahkan oleh seorang juru nikah yang lulus senawi 4; cakap arab tak berapa nak boleh, bahkan kitab arab pun tak berapa nak boleh ulas. Cumanya diminta menjadi juru nikah, kerana baik sangat dengan pihak bapa yang merupakan ketua kampung. Dikhabarkan juga, perlantikan juru nikah itu bukanlah atas dasar kelayakkannya, tetapi berdasarkan kepada sama-sama dengan si bapa terlibat dengan tarikat naqsyabadiyyah.

Akad nikah pun berlaku dalam keadaan yang meragukan. Mana tidaknya, si menantu tidak menceraikan isterinya lagi, tahu-tahu telah dikahwinkan dengan lelaki yang lain.

Diminta agar bertanya sendiri kepada anak perempuannya; apakah pilihan yang dikehendaki, tetap tidak dilakukan oleh si bapa. Akhirnya, anak perempuan itu menunjukkan sikapnya; dia tidak mahu berkahwin kepada sepupunya itu, kerana nampak sangat sepupunya itu mempergunakan bapanya.

Anak perempuannya itu semakin marah dengan sikap bapa, sehingga sanggup melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku antara anak dengan bapa.

Dalam keadaan sebegini, Apakah tindakan anak perempuannya yang membantah bapanya boleh dikira sebagai salah ????

Pihak menantu masih berkeras untuk mempertahankan haknya. Memang isterinya itu adalah Anak perempuannya, tetapi sekarang, ia bukan dibawah jagaan si bapa, tetapi sudah berada dibawah tanggungjawab dia.

Sebagai orang yang bertanggungjawab, disamping isterinya itu amat sayang kepadanya, si menantu tidak akan melepaskan isterinya kepada tangan orang lain. Kerana, jika melepaskan juga, ini menunjukkan dia adalah seorang yang dayus, yang disebut oleh Nabi sebagai tidak akan masuk syurga.

Nampaknya pihak bapa tidak bersuara lagi, tapi dari pihak ”suami jadian” pula semakin menjadi-jadi ”jadiannya” itu. sampai satu tahap, ia bertindak seakan-akan mengampu si bapa dengan mengangkat berbagai-bagai banner; meluahkan perkataan yang berbau ampu yang tidak keruan.

Kalimah ”jangan ingkar arahan bapa”, ”mertua wajar dihormati”, ”jangan derhaka kepada bapa”, ”jangan jadi anak derhaka” dan berbagai-bagai lagi.

Walau apa pun terjadi, pihak menantu yang sah tidak melayan, bahkan sewajarnya tidak melayan langsung provokasi perasaan yang dimainkan oleh ”suami jadian”. Ini kerana, si bapa itu telah ditipu dan telah dipergunakan.

Dan diyakini, disuatu masa nanti, bapa pasti akan sedar atas kesilapan yang dilakukan. Pasti dimasa akan datang, si menantu itu akan menjadi seorang menantu yang akan disayangi oleh si bapa, memandangkan berjaya mempertahankan sesuatu yang benar, bahkan menyelamatkan maruahnya untuk masa hadapan.

Moral dari kisah ini, jelas kepada kita, si bapa sebenarnya tidak bersalah dalam hal ini, Cuma bapa hanya tersilap melakukan keputusan; mungkin kerana dia tidak sedar bahawa dia telah diperdayakan oleh si lelaki ”suami jadian” itu.

Yang jahat dalam kes ini adalah ”suami jadian” yang menggunakan segala ruang yang ada untuk memburukkan suami yang sah, bahkan tindakannya itu sebenarnya telah memberi inpak yang buruk kepada si bapa untuk masa hadapan.

Bapa mana tidak terpengaruh, kalau isu yang dibawa oleh si ”suami jadian” itu adalah ”kita satu keturunan”, ”suami yang sah itu bukan keturunan kita”, ”muallaf lah” dan macam-macam yang dimainkan isu yang tidak relevan langsung.

Yang diharapkan sangat, suami yang sah itu hendaklah bertahan; mempertahankan haknya sebagai suami. Mempertahankan hak sehingga titisan darah yang terakhir merupakan tindakan seorang yang mempunyai tanggungjawab; tindakan seorang pendekar, bahkan dijanjikan oleh Allah sebagai syurga.

Sabda Nabi SAW;

مَنْ قُتِلَ دُونَ مَالِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ وَمَنْ قُتِلَ دُونَ أَهْلِهِ أَوْ دُونَ دَمِهِ أَوْ دُونَ دِينِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ


Maksudnya;
”Barangsiapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya, maka dia adalah syahid. Barangsiapa yang dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka dia adalah syahid. Barangsiapa dibunuh kerana mempertahankan agamanya, maka dia adalah Syahid
[1]”

Sekian sudah al-kisah.

Sila baca berita utusan meloya hari ini;

"Kira-kira 700 orang yang mewakili pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan perhimpunan secara aman di pekarangan Ibu Pejabat UMNO Perak di Ipoh, semalam, bagi mengutuk tindakan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang enggan meletak jawatan.

Mereka menyertai Himpunan Barisan Bertindak Perpaduan Melayu Malaysia melaungkan ‘Daulat Tuanku’ sebagai tanda sokongan penuh terhadap Sultan Perak manakala gambar kanan wakil Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida), Sahril Aziz yang menyertai bantahan di hadapan pejabat DAP Perak di Ipoh menunjukkan surat yang akan dihantar kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya memohon ampun atas kenyataannya untuk menyaman Sultan"

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm


sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
9 Febuari 2009 * 4:25 petang.
[1] Sunan Abi Daud : 4142.

Sabtu, 7 Februari 2009

SIAPA YANG DERHAKA RAJA MELAYU???

SIAPA YANG DERHAKA RAJA MELAYU???

Isu perak berlanjutan. Perlantikan menteri besar yang angkat sumpah dihadapan Sultan perak baru-baru ini amat meragukan dari sudut perlembagaan dan undang-undang.

Macam mana seorang menteri besar baru dilantik, sedangkan dalam masa yang sama, dari sudut perundangan, menteri besar yang sedia ada masih sah lagi status MBnya.

Tapi apa yang pelik dari kerjabuat UMNO. sebab, pada UMNO, semuanya tidak mustahil.

Tindakan melantik MB baru dikala MB lama masih sah lagi seperti seorang bapa yang mendesak menantunya menceraikan anak perempuannya. Menantu itu tidak mentalakkan isterinya lagi, tetapi si bapa telah menikahkan anak perempuannya dengan lelaki yang lain.

Bukankah tindakan itu adalah tindakan yang kurang bijak. Yang pastinya, manusia itu tidak semuanya bijak, bahkan sebijak-bijak mana pun manusia itu, pasti ada masanya dia tidak bijak, walaupun ia dikenali sebagai orang yang bijak.

Isu menderhaka kepada sultan menjadi perbincangan. Pelik gak. Kenapa isu menderhaka sultan yang diisukan kini, sedangkan masa mahathir jadi PM dulu, beliau ”cabut taring” raja-raja melayu (seperti British ”cabut taring” raja-raja melayu dalam sejarah Malayan Union). masa tu, seorang pun pemimpin UMNO tak membantah. Bukankah masa tu, Najib sudah jadi kabinet Mahathir???

Mengikut ”Aqidah” orang melayu, Raja tidak boleh diderhakai. Tapi itu aqidah melayu dulu; iaitu dikala raja mempunyai kuasa mutlak. Tapi kini, malaysia sudah merdeka. Bukankah Tengku Abdur Rahman sendiri bersetuju dengan perlembagaan Malaysia yang digubal UMNO bersama dengan Bristish, menyatakan raja yang wujud di Malaysia adalah raja berpelembagaan..

Apabila sebut raja berpelembagaan, bermakna, bukan rakyat sahaja boleh derhaka dengan rajanya, tapi raja juga boleh menderhaka.

Menderhaka??? Menderhaka dengan siapa???

Menderhaka dengan perlembagaan yang UMNO buat bersama British dulu. Bersama lord Red. Menderhaka dengan undang-undang yang dipersetujui oleh pihak raja juga.

Raja berpelembagaan bukanlah seperti raja yang mempunyai kuasa mutlak. Ia terikat dengan undang-undang. Bila raja langgar undang-undang, bermakna raja telah menderhaka dengan ”kedaulatan undang-undang”.

Ingat!!! taring raja melayu sudah dicabut oleh UMNO.

Oleh itu, dalam hal ini, UMNO wajib dipersalahkan. Sebab, agama islam di Malaysia jadi rosak, semuanya kerana UMNO. Raja melayu tidak direspek lagi, semuanya kerana UMNO. Bangsa melayu jadi bangsat, semuanya kerana UMNO. Bangsa lain dilihat jijik, semuanya kerana UMNO.

UMNO wajib dipersalahkan. Kalau aku seorang diri pun, aku akan lawan UMNO. Sebab, UMNOlah pemunah Islam, agamaku; pemunah raja melayu, rajaku; pemunah bangsa melayu, bangsaku; pemunah bangsa-bangsa lain, saudaraku.

UMNO.. ia adalah jijik dan kotor !!!!

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
8 Febuari 2009 * 12:39 tengahari.


Jumaat, 6 Februari 2009

APA YANG AKU BOLEH BUAT???

Muhammad Eh Jun Guan, masuk Islam 2 tahun yang lalu
Aku menerima Sms pertama:

“ari ini saya tidur di rumah paderi. Dia nak tlg saya daftar kat Kolej TAR (Tengku Abdur Rahman) untuk sambung belajar lepas murtad. Kolej ni separuh kerajaan. Lagi murah drpd kolej KUIS. Sy dah buang masa 2 tahun x belajar. Mk ck srh sy cpt sbung belajar. Sy akn blk ari ahad lps gi gereja. Trm ksh.”

Sms kedua:

“itu bukan syaitan. Itu paderi. Td paderi bw sy gi gereja. Sy nmpk byk melayu msk kristian. Bru sy fhm kristian ada sifat tlg menolong. Jujur. X makan duit derma. Bkn mcm islam mkn duit zakat. Bru sy fhm brsn Nasional otak bodoh nakal. BN babi najis. Telan duit zakat. Jgn salah fhm. Sy Cuma nk smbung bljar. Sya bkn nk duit”

Ini sms yang aku dapat dari seorang budak cina yang telah peluk islam di tangan aku sendiri sejak 2 tahun yang lalu. Terima sms ini, aku terkamam. Aku cuba menelefonnya, tapi dia tidak angkat.

Aku kebingungan. Lalu, sampai satu sms lagi;

”mta Maaf. Skrg Paderi ada. Sy x blh angkat. Bsk 7 pg dia blum bgn. Nti bsk 7 pg ust cal x? Trm ksh”

Dan sms lagi;

”klu ust nak tahu. Sy rsa sy plg sabar. Sy dh sbr 2 tahun. Sy ada kwn msk islam lps 3 bln dh murtad. Byk kwn yg umur sama dgn sy dh hbs diploma. Sy msh spm. Ayh kndung tahu mesti kecewa. X kan lembaga zakat x fhm latar blkg keluarga sy. Klau sy msk Islam nk harta. Apa yg ayh sy bg 3 kali ganda drpd zakat sblum sy msk Islam. St bkn nk duit. Sy Cuma nk sbng bljar je. Sy kena dpt sijil ijazah untuk cr kerja yg senang”

Aku dah tak tahu nak buat macam mana malam ini. Aku dah tak tahu nak cakap apa. Sebab tu, aku meluahkan perasaan ini melalui blog ini.

Sedih memikirkan kerajaan Selangor pada hari ini. budak ini, telah diusahakan untuk mendapatkan zakat, tapi permohonannya hampir setahun tidak mendapat layanan yang baik. Masakan duit, telefon balas pun tidak kedengaran.

Sekadar hantar borang permohonan, lalu senyap seribu bahasa.

Aku secara peribadi, sudah jaga budak ini semenjak dia masuk islam lagi. Sekadar makan minumnya, aku sekeluarga sediakan untuknya. Duit poket pun, aku yang sediakan.

Baru-baru ini, aku secara peribadi telah memberinya sebanyak RM 1 ribu sebagai duit poket. Tapi pemintaannya untuk belajar di kolej tengku Abdur Rahman tidak dapat aku sediakan, memandangkan aku bukan dari kalangan orang yang berada.

Dia sentiasa ditekan oleh mak ciknya yang beragama Kristian agar belajar di kolej tengku Abdur Rahman. Tapi apakan daya, mak ciknya tekannya belajar, tapi tidak menyediakan dia belanja.

Akhirnya, aku menerima SMS sebegini.

Aku sedih dengan kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah Selangor, lebih-lebih lagi PAS menghantar wakil sebagai exco agama, yang mempunyai sedikit bidang kuasa dalam urusan zakat.

Bukankah zakat dalam Lembaga Zakat Selangor ada lebih RM 200 juta???? Rasanya, RM 200 juta ni tak bernilai sangat jika dibandingkan dengan aqidah seorang anak muda yang baru memeluk Islam...

Ya !!! Lembaga Zakat Selangor amat mesra pelanggan, tapi tidak mesra asnaf. Yang penting masuk, tapi keluar kena berhati-hati. Takut itu la, takut inilah....

Muhammad eh Jun Guan masih lagi meletakkan kesalahan ini kepada kerajaan Barisan Nasional, sedangkan dia tidak sedar, bahawa kerajaan yang memerintah hari ini adalah kerajaan Pakatan Rakyat. Mungkin kerana dia baru berumur 19 tahun, dia tidak mengerti erti dunia politik pada hari ini.

Aku tidak tahu lagi macam mana nak luahkan perasaan ini. Entahlah.. aku tak kisah kalau ada orang marah dengan aku pasal artikle ini. Kalau ada orang nak kata aku ulama bengong pun, aku tak kisah. Yang pastinya, aku sudah kebingungan pada malam ini. Tidak tahu bagaimana hendak menyempurnakan kehendaknya untuk sambung belajar di Kolej tengku Abdur Rahman.

Yang pastinya, exco agama pun tak serius nak selesaikan masalah ini. Padaku, ramai orang politik adalah PENIPU. Mereka pandai bercakap, tapi tak pandai nak buktikan apa yang dorang cakap... sama ada mereka UMNO, PKR, DAP mahupun PAS.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
7 Febuari 2009 * 12:55 pagi

Khamis, 5 Februari 2009

GEMBIRA BUKAN MENANG, SEDIH BUKAN KALAH…

GEMBIRA BUKAN MENANG, SEDIH BUKAN KALAH…

Apabila sultan perak mengarahkan Ir Nizar meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar, maka bergembiralah UMNO/BN dan sekutu bersama “kutu-kutunya”.

Di Selangor, ada pemuda UMNO (baca : melayu harbi) yang bakar merecun merayakan kegembiraan yang dianggap gilang gemilang itu.

Kesedihan menyelubungi penyokong dan pendokong Pakatan rakyat; sama ada dari PAS, mahupun PKR dan DAP. Sedih bercampur marah dengan kejahatan Najib si lembaga botak; pengebom berani mati, yang kini perompak dari pintu belakang.

Ir Nizar pun hantar surat kepada pihak sultan, maklumkan bahawa dari sudut undang-undang, arahan sultan itu tidak bertepatan dengan perlembagaan negeri perak. Kerana, MB hanya boleh meletakkan jawatan kerana tiga perkara; (a) bubar DUN dengan perkenan sultan; (b) MB suka rela letak jawatan; (c) undi tidak percaya terhadap MB dalam sidang DUN.

Bermakna, arahan tersebut tidak semestinya ditaati. Kalau Ir Nizar dianggap menderhaka, bagaimana pula arahan yang dibuat tidak berasaskan kepada undang-undang yang diluluskan sendiri????

Bermakna, ada yang menderhaka disebalik yang diderhakai.. ke bagaimana??
Parti Melayu Harbi dan ”kutu-kutunya” sedang bermain isu; perang massa demi mempengaruhi minda rakyat. Mungkin dorang rasa, rakyat bodoh kot???

Tak per.. game sudah bermula. Ketika game sedang dimainkan, Kuli dan Mahathir cakap, Parti Melayu harbi buat kerja bodoh. Ada ke patut, dia tuduh orang itu rasuah, pastu dia ambil orang rasuah tu pula.

Bagus la tu.. UMNO parti rasuah diketahui ramai. Kini, ia adalah parti yang mempertahankan orang rasuah yang dia sendiri dakwa.

Rasuah dan UMNO semakin sinonim. Sebut UMNO, nampak rasuah. Sebut rasuah, nampak UMNO. Maklumlah, parti harbi kan???

Tok guru pernah sebut;

”kalau orang nak bagi nampak dadah itu jijik, orang sebut NAJIS DADAH. Hari ini, Hambo nak bagi nampak rasuah tu jijik, hamba sebut TAHI RASUAH.. bermakna, kalau beli kereta dengan duit rasuah, KERETA TAHI. Kalau beli rumah dengan duit rasuah, RUMAH TAHI. Kalau menang pilihanraya dengan rasuah, YB TAHI”

Hari ini kita dapat tahu satu lagi jenis TAHI; iaitu UMNO TAHI yang didokong oleh puak melayu yang sering terpalit dengan tahi-tahi yang merosakan agama dan bangsa melayu di Malaysia.

Game tetap diteruskan. Tapi, kena ingat, game belum over lagi. Najib mula senyum meleret, tapi dia lupa bahawa orang yang menangis adalah orang yang boleh senyum.

Hari ini dia dabik dada; dia kita ”kita menang mudah”, tapi dia lupa, apa yang dia lakukan itu dilihat oleh rakyat.

Nampaknya najib tidak serik dengan protes rakyat 18 mac 2008 baru-baru ini, dan kini dia sedang bermain “game NEGERI”, sedangkan rakyat mahu NEGARA ini di”game”kan oleh Pakatan rakyat.

Mungkin dia kurang minat filem hindi. Hero hindi selalunya kalah dulu, tapi akhirnya menang besar. Siap boleh kawin dengan heroin lagi.

Sejarah pun membuktikan macam tu. Nabi SAW pernah tidak menang dalam peperangan uhud. Tapi, walaupun tidak menang di medan uhud, moral nabi semakin menaik, ramai pula orang islam mula kenal Islam dan terima islam.

Akhirnya, bermula ketidak menangnya islam dalam peperangan uhud, menghasilkan kemenangan besar dengan menguasai Makkah, seterusnya menguasai dunia sehingga tahun 1924.

Yang nyatanya, Allah SWT berkata;

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا * إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

Maksudnya;
“Sesungguhnya bersama kesusahan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesusahan ada kemudahan”

(Surah Alam Nasyrah : 5-6)

Kalau orang belajar ilmu bahasa arab; kalimah ”العسر” disebut sebagai Ma’rifah. Bermaksud, kesusahan itu hanya satu. Adapun kalimah “يسرا” disebut sebagai Nakirah. Bermaksud, kesenangan itu banyak.

Fahamnya, janji dari Allah. Biar kita susah sedikit demi mencapai kejayaan yang lebih besar. Biar kita pening menghadapi sebuah negeri, tapi hakikatnya kita sudah hampir menguasai sebuah negara.

Oleh itu, tunggu dan lihat, mungkin ada sesuatu yang lebih besar pasti akan berlaku; ianya dapat menggembirakan Pakatan Rakyat, dan menangiskan BN buat selama-lamanya.

Sekian

p/s : agama Islam rosak di Malaysia kerana UMNO. Bangsa melayu jadi bangsat kerana UMNO. Bangsa lain jadi jijik kerana UMNO. Oleh itu, walaupun apa pun terjadi, UMNO adalah parti jijik dan kotor. Ya !!! UMNO adalah jijik dan kotor !!!.

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
6 Febuari 2009 * 5:58 pagi.










Rabu, 4 Februari 2009

LOMPAT PARTI?? KENAPA???

LOMPAT PARTI?? KENAPA???

Aku tidak layak mengulas isu lompat parti. Aku bukan seorang ahli politik, tetapi minat ikuti politik kerana ia adalah kuasa. Aku minat dengan politik kerana kuasa itu mahu dijadikan sebagai jalan utama dalam perlaksanaan islam, seterusnya keadilan sejagat.

Pun begitu, apabila mula dibincangkan tentang ”lompat parti”. Berbagai-bagai ulasan yang kedengaran. Ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju. Ada pula, bersetuju dikala ADUN BN lompat kepada PR, tapi apabila ADUN PR lompat kepada BN, dilihat tidak bersetuju pula.

Entahlah... inilah dunia politik... tapi, pada pernilaianku secara peribadi. Mungkin ada sesuatu yang aku sendiri terfikir.

Lompat parti, padaku bukan isu utama. Isu yang patut dibangkitkan, kenapa mahu lompat parti???

Apakah lompat parti itu semata-mata mahu mencari keuntungan dunia; ataupun mahu mencari keredhaan Allah.

Kalau melompat dengan tujuan mahukan keadilan. Mahukan pembelaan terhadap rakyat. Mahukan islam terbela. Apa salahnya melompat parti???

Tetapi, kalau lompat itu disebabkan keuntungan dunia; ditawarkan berjuta-juta ringgit. Mahukan kezaliman terus berlaku. ISA diteruskan. SPR diselewengkan. Badan Kehakiman kekal dengan ”badan kehukuman flintstones”, maka padaku, lompat itu adalah pengkhianatan terhadap diri keadilan itu sendiri.

Ekoran dari itulah, kalau ADUN BN atau MP BN nak melompat kepada PR, aku amat bersetuju. Ini kerana, lompat itu merujuk kepada membantu usaha PR dalam usaha hendak mencorak pemerintahan Malaysia yang lebih adil dan bermaruah.

Tetapi, jika ADUN PR atau MP PR nak melompat kepada BN, itu aku amat tidak bersetuju, kerana lompat itu adalah merujuk kepada melemahkan usaha PR dalam mencorak pemerintahan Malaysia yang lebih adil dan bermaruah, bahkan tindakan itu menggambarkan bersetuju dengan kezaliman yang telah dilakukan oleh BN semenjak memerintah Malaysia; bersetuju kewujudan ISA; bersetuju badan kehakiman setahap ”flintstones” dan sebagainya.

Mungkin kita akan berbicara dari sudut prinsip demokrasi.. padaku, hal itu wajar diberikan penghormatan sebagai menghormati sistem yang diamalkan di Malaysia.

Pun begitu, demokrasi pun ada undang-undangnya. Apabila seorang YB itu melompat, lalu tidak ada peruntukan undang-undang yang boleh dikenakan kepada YB tersebut, maka apakah itu bermakna YB melanggar demokrasi. Jika langgar, mengapa tidak boleh dikenakan hukuman terhadap YB tersebut. Dengan itu, apa kah itu dikira sebagai tidak menghormati demokrasi???

Yang pastinya, demokrasi bukan sistem tuhan, tapi sistem manusia. Kalau sistem Allah pun orang sanggup langgar, mengapa kita tidak berani langgar sistem demokrasi ciptaan manusia???

Keadilan sejagat; peluang berdakwah; hapuskan ISA; baiki sistem kehakiman; membaik pulih SPR adalah tuntutan Allah. Mempertahankan demokrasi adalah tuntutan manusia. Apabila bertembung antara tuntutan Allah dan tuntutan manusia. Mana yang mahu didahulukan???

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
5 Febuari 2009 * 8:04 pagi

PR PERAK : TELUR HUJUNG TANDUK

PR PERAK : TELUR HUJUNG TANDUK

Gempar di seluruh Malaysia, mungkin satu dunia merasakan bahang berita berkenaan dengan “tragedy” yang menimpa kerajaan perak. ADUN yang lompat dari BN ke PKR, lalu kembali balik ke lubuknya kembali. Ditambahi pula, dua ADUN PKR yang baru-baru ini “main sorok-sorok”, tiba-tiba keluar muka mereka dalam berita bersama “boss baru”; sang lembaga botak. Serupa juga timbalan Speaker PR Perak dari parti DAP.

Mengikuti berita “tragedy Perak” ini memperlihatkan betapa uniknya perang politik. Peperangan yang melibatkan undang-undang dan akal pemikiran dalam berstrategi, terutama berhadapan dengan satu kuasa yang tidak pernah adil dengan mangsanya.

Keputusan Sultan Perak pada esok hari, sedang dinanti-nantikan dengan seluruh cabaran, debaran dan kegelisahan. Apa agaknya yang diilham Allah kepada Tuanku Sultan. Harapannya, memberi laluan yang lebih menguntungkan islam dan rakyat perak.

Sebagai muslim, dalam keadaan yang gentir ini, selayaknya kita tidak mengabaikan dua perkara, iaitu; (a) menyusun segala strategi yang mungkin; (b) tidak lupa juga penyerahan diri setiap anggota gerakan Islam kepada Allah; tuhan yang maha berkuasa, agar memberikan keputusan yang terbaik.

Dibimbangi, ramai dari kalangan anggota gerakan islam yang kadangkala bersikap seperti qadariyyah; memfokuskan strategi, tanpa mengikatnya dengan pertolongan Allah.

Begitujuga, wujud dari kalangan mereka yang bersikap Jabariyyah; menyerahkan buta tuli kepada Allah, tanpa merancang sebarang strategi dalam mencapai keputusan yang baik.

Tindakan ini amat salah, bahkan sebagai muslim, kedua-dua unsure; strategi dan penyerahan diri kepada Allah selayaknya digabung sekali.

Ini berasaskan kepada firman Allah;

إِنَّ الله اصطفاه عَلَيْكُمْ وَزَادَهُ بَسْطَةً فِي العلم والجسم

Maksudnya;
“Sesungguhnya Allah memilih dia (Talut) untuk menjadi raja untuk kamu, di tambahi lagi (baca : kelayakan), dia mempunyai keluasan dari sudut ilmu dan kekuatan jisim”

(Surah Al-Baqarah : 247)

Dari ayat ini, jelas Allah menyatakan bahawa, seseorang pemimpin yang terlantik itu, tidak seharusnya ada unsure penyerahan bulat-bulat kepada Allah, bahkan hendaklah pemimpin tersebut memenuhi cirri-ciri kepimpinan, iaitu mempunyai ilmu dalam memimpin, sama ada dari sudut strategi kepimpinan atau sebagainya, juga mempunyai kekuatan jisim dalam menguruskan pemerintahan.

Walaupun ayat ini memfokuskan cirri-ciri kepimpinan, pun begitu, kepimpinan dan kerajaan adalah dua perkara yang amat sinonim; tidak dapat dipisahkan. Apa ertinya kepimpinan tanpa kerajaan; juga apa gunanya kerajaan tanpa kepimpinan.

Dari sini, jelas kepada kita bahawa Allah menggambarkan, betapa pembentukan kerajaaan itu memang ketentuan Allah, tapi dalam masa yang sama, adalah sesuatu yang tidak boleh dinafikan sudut strategi dalam mendapatkan kerajaan.

Walaubagaimanapun, sehebat mana pun strategi yang digarap, keputusan yang baik atau tidak diserahkan kepada Allah SWT.

Firman Allah;

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya;
“Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu”

(Surah Al-Imran : 26)

Oleh itu, sebelum sultan perak mengeluarkan keputusannya berkenaan dengan status kerajaan negeri perak, bermula pada malam ini, marilah kita semunya bermunajat; berdoa dengan Allah agar diberikan satu keputusan yang terbaik dalam menentukan kemelut ini...

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com.



- Sri indah (B), Sg Buloh
5 Febuari 2009 * 12:24 pagi.