Rabu, 4 Februari 2009

LOMPAT PARTI?? KENAPA???

LOMPAT PARTI?? KENAPA???

Aku tidak layak mengulas isu lompat parti. Aku bukan seorang ahli politik, tetapi minat ikuti politik kerana ia adalah kuasa. Aku minat dengan politik kerana kuasa itu mahu dijadikan sebagai jalan utama dalam perlaksanaan islam, seterusnya keadilan sejagat.

Pun begitu, apabila mula dibincangkan tentang ”lompat parti”. Berbagai-bagai ulasan yang kedengaran. Ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju. Ada pula, bersetuju dikala ADUN BN lompat kepada PR, tapi apabila ADUN PR lompat kepada BN, dilihat tidak bersetuju pula.

Entahlah... inilah dunia politik... tapi, pada pernilaianku secara peribadi. Mungkin ada sesuatu yang aku sendiri terfikir.

Lompat parti, padaku bukan isu utama. Isu yang patut dibangkitkan, kenapa mahu lompat parti???

Apakah lompat parti itu semata-mata mahu mencari keuntungan dunia; ataupun mahu mencari keredhaan Allah.

Kalau melompat dengan tujuan mahukan keadilan. Mahukan pembelaan terhadap rakyat. Mahukan islam terbela. Apa salahnya melompat parti???

Tetapi, kalau lompat itu disebabkan keuntungan dunia; ditawarkan berjuta-juta ringgit. Mahukan kezaliman terus berlaku. ISA diteruskan. SPR diselewengkan. Badan Kehakiman kekal dengan ”badan kehukuman flintstones”, maka padaku, lompat itu adalah pengkhianatan terhadap diri keadilan itu sendiri.

Ekoran dari itulah, kalau ADUN BN atau MP BN nak melompat kepada PR, aku amat bersetuju. Ini kerana, lompat itu merujuk kepada membantu usaha PR dalam usaha hendak mencorak pemerintahan Malaysia yang lebih adil dan bermaruah.

Tetapi, jika ADUN PR atau MP PR nak melompat kepada BN, itu aku amat tidak bersetuju, kerana lompat itu adalah merujuk kepada melemahkan usaha PR dalam mencorak pemerintahan Malaysia yang lebih adil dan bermaruah, bahkan tindakan itu menggambarkan bersetuju dengan kezaliman yang telah dilakukan oleh BN semenjak memerintah Malaysia; bersetuju kewujudan ISA; bersetuju badan kehakiman setahap ”flintstones” dan sebagainya.

Mungkin kita akan berbicara dari sudut prinsip demokrasi.. padaku, hal itu wajar diberikan penghormatan sebagai menghormati sistem yang diamalkan di Malaysia.

Pun begitu, demokrasi pun ada undang-undangnya. Apabila seorang YB itu melompat, lalu tidak ada peruntukan undang-undang yang boleh dikenakan kepada YB tersebut, maka apakah itu bermakna YB melanggar demokrasi. Jika langgar, mengapa tidak boleh dikenakan hukuman terhadap YB tersebut. Dengan itu, apa kah itu dikira sebagai tidak menghormati demokrasi???

Yang pastinya, demokrasi bukan sistem tuhan, tapi sistem manusia. Kalau sistem Allah pun orang sanggup langgar, mengapa kita tidak berani langgar sistem demokrasi ciptaan manusia???

Keadilan sejagat; peluang berdakwah; hapuskan ISA; baiki sistem kehakiman; membaik pulih SPR adalah tuntutan Allah. Mempertahankan demokrasi adalah tuntutan manusia. Apabila bertembung antara tuntutan Allah dan tuntutan manusia. Mana yang mahu didahulukan???

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
5 Febuari 2009 * 8:04 pagi

1 ulasan:

bumilangit berkata...

bos!

tajuk entri kita 'ter' sama.