Sabtu, 11 April 2009

TAHNIAH KERANA KALAH, TAKZIAH KERANA MENANG

TAHNIAH KERANA KALAH, TAKZIAH KERANA MENANG

”Muqabalah mula nak kena belah??”. inilah maudu’ bicara Penarik beca dari blog beliau dalam melaporkan beberapa pimpinan PAS yang terkenal jatuh di kawasan-kawasan masing-masing. Ustaz Taib Izzamuddin di PAS Kawasan Baling dan Roslan SMS di kawasan Kelana Jaya.

Setelah diputuskan kekalahan dalam jawatan YDP di PAS kawasan Kelana Jaya, dikhabarkan saudara Roslan menangis. Apakah benar berita ini atau tidak, tidak diketahui. Pun begitu, jika benar Saudara Roslan menangis. Persoalanku, Mengapa menangis???

Orang menangis ada beberapa sebab. Disebabkan gembira, juga disebabkan bersedih.

Justeru, Roslan menangis kerana gembira jatuh atau kerana sedih jatuh???

Kalau beliau menangis kerana sedih, amat malanglah beliau menjadi seorang pejuang islam. Tetapi jika beliau menangis kerana gembira, maka beliau adalah pejuang Islam yang sebenar. Aku amat respek orang sebegini. Tabek spring aku berikan.

Jika merujuk kepada Islam, tidak dilantik memegang jawatan berbentuk amanah merupakan nikmat dari Allah.

Sabda Nabi SAW:

مَنْ وَلِيَ الْقَضَاءَ فَقَدْ ذُبِحَ بِغَيْرِ سِكِّينٍ
Maksudnya;
”barangsiapa yang mengurus sesuatu urusan (selepas dilantik), dia telah disembelih tanpa pisau
[1]”

Walaupun hadis ini tidak sahih, tetapi maksudnya tidak menyalahi kehendak syariah. Ini kerana, sesuatu jawatan merupakan amanah. Sesuatu amanah, hendaklah ditunaikan dengan adil. Amanah yang mahu ditunaikan secara adil, memerlukan kepada mujahadah yang terlalu kuat. Justeru, jawatan bukanlah sesuatu yang ringan, bahkan ia adalah sesuatu tanggungjawab yang amat berat untuk ditanggung.

Ekoran dari itulah, tidak hairan Nabi SAW pernah melarang meminta jawatan.

Sabda Nabi SAW;

مَنْ طَلَبَ قَضَاء الْمُسْلِمِينَ حَتَّى يَنَالهُ ثُمَّ غَلَبَ عَدْله جَوْره فَلَهُ الْجَنَّة ، وَمَنْ غَلَبَ جَوْره عَدْله فَلَهُ النَّار

Maksudnya;
”Barangsiapa yang meminta jawatan dikalangan orang islam hingga dia mendapatnya. Lalu, keadilannya mengatasi kezalimannya, maka baginya syurga. Dan jika kezalimannya mengatasi keadilannya, maka baginya neraka
[2]”

Pun begitu, jika sememangnya seseorang itu layak, bahkan penerimaan jawatan yang diberi itu mempunyai maslahat yang lebih besar dalam melakukan sesuatu keadilan dan amanah, maka itu merupakan satu kelebihan di sisi Allah.

Sabda Nabi SAW;

إِنَّ الْمُقْسِطِينَ عِنْدَ اللَّهِ عَلَى مَنَابِرَ مِنْ نُورٍ عَنْ يَمِينِ الرَّحْمَنِ عَزَّ وَجَلَّ وَكِلْتَا يَدَيْهِ يَمِينٌ الَّذِينَ يَعْدِلُونَ فِي حُكْمِهِمْ وَأَهْلِيهِمْ وَمَا وَلُوا

Maksudnya;
”Sesungguhnya orang yang berjaya melakukan keadilan, disisi Allah mereka berada di atas mimbar daripada cahaya daripada tangan kanan Allah. Kedua-dua tangan Allah adalah kanan, diserahkan kepada mereka yang melakukan keadilan dalam hukum mereka dan ahlinya dan terhadap apa yang mereka uruskan
[3]”

Oleh yang demikian, difahami dari ini, kebahagian atau tidak, bukan terletak kepada pegang jawatan, tetapi terletak ke atas kemampuan kita dalam melaksanakan amanah dikala memegang jawatan.

Persoalannya, apakah kita mampu melaksanakan amanah????

Justeru itulah, diucapkan tahniah kepada mereka yang kalah, dan takziah kepada mereka yang menang dalam percalonan jawatan parti.

Sekian

p/s : padaku : ”Idea gabung dengan UMNO adalah idea yang menjumudkan Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Idea PAS meneruskan berpakat bersama Pakatan Rakyat, adalah idea yang berjaya memperlihatkan islam agama yang universal”

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
12 april 2009 * 11:06 pagi



[1] Sunan Abi Daud : 3100
[2] Sunan Abi Daud : 3104.
[3] Sahih Muslim : 3406.

Jumaat, 10 April 2009

PEJUANG DALAM DELEMA : ANTARA MELAYU ATAU ISLAM??

Melayu dan islam adalah dua unsur yang disinonimkan dalam perlembagaan. Peliknya, itulah yang diterima oleh seluruh rakyat. Benar atau tidak, itu tidak mahu dibahas. Ini kerana, membahaskannya seakan-akan membahaskan larangan yang ditetapkan undang-undang Negara.

Ramai yang lupa, Islam bersifat universal. Islam kepunyaan seluruh manusia. cina, India, mahupun melayu, bisa menerima Islam. memagarkan islam dikalangan melayu, bermakna mensekularkan islam. Bukankah itu adalah satu kesesatan ??

Islam yang bersifat universal telah dipercayai. Pun begitu, masih ramai yang tidak mengerti. Buktinya, lihatlah pada tindakan mereka sendiri.

Mereka tetap perjuangkan melayu, walaupun mereka sudah berada dalam parti islam. Mengapa begitu susah untuk buang semangat assobiyyah melayu ini ???

Nah.. setelah di siasat. Rupa-rupanya "dia" adalah bekas pemuda parti melayu diperingkat Bahagian, tiba-tiba melompat parti kerana benci terhadap parti melayu tersebut, maka keluarlah "dia" dari parti Assobiyyah. Masuk Parti islam, bukan kerana mahukan Islam, tetapi meluat dengan parti melayu kerana Parti melayu itu parti pengkhianat bangsa. Itulah dakwaannya.

Orang masuk parti islam, kerana mahukan Islam. Perjuangan bangsa, perjuangan rugi. Justeru, parti melayu tidak mahu diperjuangkan, bahkan jijik dan kotor terasa, dikala parti melayu mendakwa melayu adalah perjuangan mereka.

Ada manusia yang tinggalkan parti melayu dengan masuk Parti islam, bukan kerana Islam perjuangannya, tetapi Parti islam dilihat parti melayu, walaupun Parti islam tidak begitu, malah perjuangannya adalah Islam yang universal.

Apabila pemikiran sebegini membeku, mereka menanam benci terhadap bangsa selain melayu. Cina dan india adalah haprak disisi mereka, walaupun Cina dan India itu beragama Islam, ataupun ada harapan menerima Islam sebagai agama hidup mereka.

Justeru, apabila bergabung dengan parti-parti yang melibatkan bangsa cina dan India, maka berbagai-bagai khayalan jahat tergambar dalam pemikiran.

Apabila khayalan jahat itu bermain dalam fikiran, maka kedengaranlah parti melayu lebih baik dari parti satu bangsa dan Parti keadilan sejagat. Isu orang islam dalam parti melayu mula kedengaran, walaupun sebelum ini melawan parti melayu ini dikira sebagai jihad.

Sebelum pilihanraya, parti melayu adalah lawan. Tapi pelik selepas pilihanraya, kerana parti melayu itu dilihat sebagai kawan. Itulah statement yang terpancul dari mulutnya. Alasannya amat senang, jika dahulu kita pernah berkawan dengan parti melayu, why not sekarang kita bertindak sama ??

Orang balas hujjahnya yang tidak realistik itu. Ini kerja gila. Apakah kamu mahukan Parti Islam kembali ke 20 tahun, malah 50 tahun yang lalu. Apakah kita tidak sedar. Pada hari ini, parti islam sudah diterima oleh semua bangsa. Cina dan India sudah berani terang-terang menyokong Pasti Islam. Mereka sudah tidak takut dan bimbang bawa bendera tertulis kalimah tauhid. Mereka tidak segan silu membaca Al-Quran. Walaupun sebelum ini dimomokkan Islam sebagai agama potong tangan.

Kalau kita nak berkawan dengan parti melayu, bermakna kita bataskan Islam kita kepada orang melayu. bila Islam dibataskan kepada melayu, dimanakah maksudnya Islam for All???

Nampaknya, step pertama ternyata gagal. Maka hendaklah digunakan step kedua. Apakah step kedua itu??

Mereka menanam doktrin, kononnya Parti islam diketepikan dalam negeri tahaluf Siyasi. Kononnya Parti islam tidak diberikan hak suara. Ucapan ini terpancul dihadapan pimpinan diperingkat atasan. Maka lahirlah kejutan besar dikalangan pimpinan atasan. Tidak tersangka, air yang tenang itu, terdapat buaya yang sedang mengerang kelaparan.

Persoalannya, apakah benar dalam air itu wujud buaya kelaparan seperti didakwa, atau itu sekadar dakwaan tipu dari orang yang tamak setahap buaya yang sedang kelaparan???

Ternyata, pimpinan atasan amat bijak mencari jalan penyelesaian. Maka siasatan demi siasatan dilakukan, dapatlah satu keputusan. Bukannya wujud buaya lapar dalam air yang tenang, tetapi sebenarnya ada buaya yang sedang kelaparan yang mahu jadi ketua kerajaan.

Nampaknya, sekali lagi mereka tidak berjaya. Mereka tidak terdaya untuk mencapai kejayaan. Semuanya berpunca, ada pihak yang tidak sehaluan dengan mereka dalam ahli mesyuarat mereka. Justeru, ahli mesyuarat yang tidak sehaluan itu, hendaklah dipancung dengan pedang samurai secara bertalu-talu. Agar, segala plan-plan mendatang berjaya menghasilkan natijah yang berbelah pihak kepada mereka.

Maka dipancunglah pihak-pihak yang tidak sebulu. Lebih-lebih lagi, pihak yang lantang membangkang pandangan mereka yang menyebabkan mereka ”berbulu”. Bukan sekadar dipancung pihak yang tidak sebulu, malahan yang menyokong suara yang tidak sebulu juga akan dipancung juga bertalu-talu.

Alasan mereka amat senang. Ini adalah kepimpinan baru. Biarkan si ahli parlimen fokus pada parlimennya. Juga boleh fokus seratus peratus kepada parti kawasannya. Jawapannya, samalah jawapan ahli politik UMNO ketika tidak melantik Khairy di mana-mana jawatan menteri atau timbalan menteri.

Nampaknya, kejayaan mereka memancung tokoh-tokoh yang tidak sebulu dengan mereka sudah terbukti. Kini, usaha berkawan dengan parti melayu semakin kuat di lamun mimpi.

Apa yang perlu dilakukan dalam serangan pada plan kali ini??? tidak lain dan tidak bukan, gunakan pihak bebas untuk memburukan ketua negeri Tahaluf Siyasi. Apabila ketua negeri itu sudah buruk, pasti orang akan mencari pengganti ketua negeri yang baru. Dilihat, semua tidak ada kelayakan, melainkan dirinya. Maka kerja jahat ini harus dilakukan dengan berkesan.

Pihak bebas yang mendedahkannya adalah perlu. Jika ”dia” sendiri yang dedah, nanti bobrok kejahatannya akan terserlah.

Makanya fail-fail sulit di selongkarkan secara rahsia. Diberikan kepada musuh secara fakta, untuk memburukkan reputasi kawan tahaluf. Tidak cukup itu, ”anggota dalaman” tertentu yang mempunyai kaitan rapat dengan ”Orang No 1” dilakukan pertemuan tanpa pengetahuan ramai. Tujuannya adalah untuk memburukkan pihak kawan Tahaluf dengan apa yang telah didedahkan oleh pihak bebas.

Harapan mereka, jika ini termakan oleh orang no 1, pasti harapan menjadi ketua kerajaan akan berjaya.

Nampaknya, semua tindakan jahat mereka telah terhidu. Mereka kesempitan. Tidak tahu apa lagi yang mahu dilakukan lagi. Walaubagaimanapun, didapati kerja dalam gelap itu masih ”on track”.

Inilah kerja politik sang pengkhianat. Berfikrah melayu ortodok didalam Parti Islam. Justeru, di manakah kita harus letak orang yang mempunyai pemikiran sebegini????

Campaklah dia ke tempat yang sepatutnya.....

Sekian

p/s : artikle ini tidak ada kaitan dengan mereka yang sudah mati. Bagaimana pula mereka yang bakal mati??? Lu fikirlah sendiri.....

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
11 april 2009 * 4:41

WARNA-WARNI POLITIK PERAK

oit !!! jangan silap !!.. dalam ramai-ramai ini, ada yang mengaku beragama Islam tau...

patut pun PR menang di Bukit Gantang... rupa-rupanya, berkat amin doa puak-puak BN juga :)


CADANGAN PERKONGSIAN KUASA : BN TERDESAK

CADANGAN PERKONGSIAN KUASA : BN TERDESAK

Tun Dr Lim Keng Yaik mencadangkan kepada Najib untuk melakukan perubahan Radikal untuk memastikan BN menjadi relevan. Beliau merujuk kepada bapa Najib, iaitu Tun Abdur Razak yang merombak Perikatan menjadi Barisan Nasional pada 1973, sehingga popular di kalangan pengundi.

Bentuk perubahan radikal yang dimaksudkan adalah;

“Konsep perkongsian kuasa yang diperkenalkan oleh Razak menjadi BN kukuh sehinggalah pilihanraya umum 2008 di mana gabungan itu kalah teruk kepada pembangkang
[1]”

Dengan kenyataan ini, dilihat bagaimana BN sudah terdesak. Konsep perkongsian kuasa yang dicadangkan itu, bukanlah untuk kesejahteraaan rakyat, tetapi demi mempertahankan politik BN yang tidak pernah puas dan tamak.

Jika dahulu, antara yang terlibat dengan Perikatan adalah PAS. Pun begitu, PAS tertendang keluar dengan begitu hina. Semuanya hasil dari perkongsian kuasa dikala UMNO lemah, tetapi PAS di”anjing”kan dikala UMNO kuat.

Justeru, kenyataan ini sudah cukup membuktikan BN sudah terdesak, sehingga mahu melakukan perkongsian kuasa. Perlu diingatkan, jika wujud seruan kepada perkongsian kuasa. Amat nyata, itu bukanlah bertujuan menjaga rakyat atau mahukan kestabilan politik, tetapi mereka sedang berusaha hendak mempertahankan kekuasaan mereka.

Sekian

P/s : ”orang mukmin yang baik, tidak akan terpatuk ular dari satu lubang yang sama sebanyak dua kali”

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

Ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
10 april 2009 * 5:34 petang




[1] http://www.malaysiakini.com/news/102113

BUTA MATA KENA TEMBAK GAS??

BUTA MATA KENA TEMBAK GAS??

Malaysiakini melaporkan;

”Seorang pelajar buta sebelah mata setelah terkena serpihan objek daripada gas pemedih mata ketika rusuhan penyokong bola sepak Kelantan di luar stadium malam Selasa lepas”

”Ketika kejadian, Muhammad Huzaifah Mohd Noor, 18, dari Kampung Pasir Tok Kambing di Kota Bharu sedang mengemas barangan jualan di gerai minuman milik sepupunya, lapor Bernama”

”Mata kanan Muhammad Huzaifah, pelajar Institut Latihan Perindustrian Pengkalan Chepa, gagal dipulihkan walaupun menjalani pembedahan lebih empat jam di hospital sejurus selepas kejadian”

”Menceritakan detik kejadian, Muhammad Huzaifah berkata kejadian itu berlaku ketika beliau sedang membantu sepupunya Abdul Rahman Hussein di gerai yang terletak 100 meter dariStadium Sultan Muhammed IV, dan bersiap untuk pulang
[1]”

KOMEN:

Saman.... jangan tak saman.. ganti rugi sebanyak RM 200 juta. Sepatutnya kena lebih lagi, kerana pihak terbabit telah merosakan sesuatu yang tidak ada alat gantian. Mereka merosakan anggota manusia yang merupakan kepunyaan Allah SWT, yang Allah hadiahkan kepada manusia, malahan menyuruh menjaganya dengan baik.

Firman Allah;

وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آَدَمَ

Maksudnya;
“Sesungguhnya kami muliakan anak Adam”

(Surah Al-Isra’ : 30)

Mengikut undang-undang Islam, hukuman yang perlu dikenakan kepada pihak terbabit adalah Qisas. Bermakna, jika dia menembak sehingga membutakan mata orang, maka hendaklah dibutakan mata penembak itu. pun begitu, dia bisa dimaafkan, iaitu dengan mendapat kemaafan dari pihak yang ditembak.

Firman Allah;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِصَاصُ فِي الْقَتْلَى الْحُرُّ بِالْحُرِّ وَالْعَبْدُ بِالْعَبْدِ وَالْأُنْثَى بِالْأُنْثَى فَمَنْ عُفِيَ لَهُ مِنْ أَخِيهِ شَيْءٌ فَاتِّبَاعٌ بِالْمَعْرُوفِ وَأَدَاءٌ إِلَيْهِ بِإِحْسَانٍ ذَلِكَ تَخْفِيفٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَرَحْمَةٌ

Maksudnya;
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qishaash berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh; orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba, dan wanita dengan wanita. Maka barangsiapa yang mendapat suatu pema'afan dari saudaranya, hendaklah (yang mema'afkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi ma'af) membayar (diat) kepada yang memberi ma'af dengan cara yang baik (pula). Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu dan suatu rahmat”

(Surah Al-Baqarah : 178)

Jika tindakan ini tidak diambil, dibimbangi perkara yang sama akan berulang kembali. Dengan itu, masalah kezaliman pasti akan tersebar, tidak akan berjaya dihapuskan.

Sekian

p/s : ”Dalam Islam, selagi mana kamu adalah manusia, kamu tidak ada kekebalan dari dikenakan sebarang tindakan hukuman, hatta kamu berjawatan polis sekalipun”

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
10 april 2009 * 4:44 petang



[1] http://www.malaysiakini.com/news/102061

Khamis, 9 April 2009

MENGAPA MUKRIZ, TETAPI TIDAK KHAIRY???

MENGAPA MUKRIZ, TETAPI TIDAK KHAIRY???

Mstar melaporkan
[1];

“PETALING JAYA: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang baru tidak dilantik menyertai Kabinet yang diumumkan sebentar tadi”

“Bagaimanapun calon yang mencabar beliau pada pemilihan 25 Mac lalu dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri”

“Turut menganggotai Kabinet ialah Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim iaitu Timbalan Menteri Belia dan Sukan”

KOMEN:

Semalam Utusan Meroyan ada menukilkan satu article yang menggambarkan sejarah UMNO dahulu pernah tidak melantik ketua Pemuda UMNO dengan sebarang jawatan Menteri, mahupun Timbalan Menter. article tersebut meragukan. Apakah ia bertujuan “cover line” untuk pengisytiharan cabinet najib pada hari ini.

Nampaknya, sudah terbukti dengan jangkaan ramai. Khairy sudah tidak tersenarai sebagai Menteri, mahupun Timbalan menteri.

Alasan tidak terlantiknya Khairy belum kedengaran lagi. begitujuga, alasan perlantikan Mukriz juga masih tidak kedengaran. Pihak wartawan perlu bertanya kepada Najib, mengapa Mukriz, tetapi tidak Khairy??

Apa akan jadi pada UMNO selepas ini?? apakah keputusan ini benar-benar membuktikan bahawa Dr Mahathir sememangnya mempunyai ”suara” dalam menentukan kabinat Najib, walaupun perkara ini dinafikan Mahathir dua hari lepas???

Pun begitu, tidak terlantiknya Khairy, malahan Mukriz pula yang terlantik, memperlihatkan Najib adalah Proxy Mahathir. Nyatanya, Malaysia hari ini telah dikawal oleh sebuah ”kereta control”, yang sudah pasti ”alat control” itu berada di luar dari pihak yang berkuasa, tetapi digeruni oleh pihak yang berkuasa.

Kita tunggu dan lihat apa nak jadi....

Sekian

p/s : “Ramai yang takut kepada pihak yang berkuasa, tetapi mereka lupa untuk meletakkan ketakutan mereka kepada tuhan yang maha berkuasa”

wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com


- Seksyen 8 * Kota Damansara
9 april 2009 * 4:58 petang

[1] http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/4/9/mstar_berita/20090409161717&sec=mstar_berita

Rabu, 8 April 2009

BOLEH PERCAYA KER???

Utusan Meroyan melaporkan;

“KUALA LUMPUR 9 April - Dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dihukum gantung sampai mati selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan membunuh wanita Mangolia, Altantuya Shaariibu pada Oktober 2006 lalu”

KOMEN;

Betulkan hukuman bunuh itu akan dikenakan kepada Sirul dan Azilah??

Selama hari ini, kita tidak pernah nampak muka Azilah dan Sirul. Bila tak nampak, timbul keraguan. Apakah status diri Azilah dan Sirul akan dibuang, dan diberikan ganti yang baru??

Mungkinkah yang dibunuh itu adalah Sirul tiruan dan Azilah tiruan???

Jika keadaan itu berlaku, bermakna Sirul dan Azilah yang original akan bertukar status diri. Mungkin nama mereka sudah lain, kad pengenalan mereka juga sudah lain. Malahan, kemungkinan kedua-dua ”kambing hitam” ini sudah tidak berada di malaysia lagi???

Jika tidak berada di Malaysia, di mana mereka berdua berada?? Jika benar mereka berada di luar negara, siapa yang membiayai mereka??? Jika ada yang membiayai mereka, berapa banyak yang dibiayai?? Jika banyak yang dibiayai, dengan duit siapa yang digunakan untuk membiayai???

Ataupun, selepas ini mereka akan “dilemparkan” ke luar negara???

Persoalan yang lebih menarik, mengapa hukuman bunuh itu diputuskan oleh Mahkamah ketika Pak Lah sudah tidak jadi Perdana Menteri????

Jika kita tengok laporan Malaysiakini pula;

”Menurutnya (karpal), satu lagi persoalan yang belum terjawab ialah sama ada kedua-dua tertuduh itu melakukannya atas kehendak sendiri atau diarahkan berbuat demikian oleh orang lain”

Ini satu lagi persoalan yang tidak berjaya di jawab. Justeru, di sini membuktikan bahawa Sirul dan Azilah sengaja di kambing hitamkan demi menyelamatkan ”orang tertentu”. Persoalannya, mengapa tidak dibuktikan tindakan kedua-dua orang ini, apakah mereka melakukannya dengan kehendak sendiri atau diarahkan oleh pihak tertentu??? Apakah pihak mahkamah juga ditekan??

Dan lagi laporan Malaysiakini;

” Manakala ketua pihak pendakwaraya, Tun Majid Tun Hamzah berkata pihaknya berpuas hati dan telah membuktikan bahawa tiada orang lain terbabit dalam kes pembunuhan itu”

Mana mungkin berpuas hati. Sedangkan, persoalan Karpal tadi masih lagi tidak terjawab, disamping kedudukan C4 yang hanya boleh dikeluarkan dengan kelulusan Menteri Pertahanan masih lagi menjadi tanda tanya.

Justeru, hukuman yang dikeluarkan oleh pihak mahkamah adalah tersangat meragukan. Dan keputusan hukuman bunuh terhadap sirul dan Azilah adalah terlalu tidak bertepatan.

Jika merujuk kepada Islam, sebarang keraguan dalam sebarang tuduhan menyebabkan hukuman tidak boleh dilaksanakan.

Sabda Nabi SAW;

ادْفَعُوا الْحُدُودَ مَا وَجَدْتُمْ لَهُ مَدْفَعًا

Maksudnya;
”Hindarkan hudud (baca : hukuman) jika didapati perkara yang boleh menghindarkan dari terlaksana hukuman”

Sekian

p/s : ”keputusan yang diputuskan oleh mahkamah pada hari ini, menunjukkan pembunuh sebenar akan tidak lama lagi akan terbukti. Ini kerana, seni peperangan Cina ada menyebut, “Orang yang gelabah, mudah disangka bersalah, walaupun dia tidak bersalah”. Jika orang tidak bersalah pun mudah disangka bersalah disebabkan gelabah, maka orang yang bersalah apabila dia gelabah, menyebabkan lagi mudah untuk diketahui dia sememangnya bersalah”

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri indah (B), Sg Buloh
9 april 2009 * 1:36 petang