Isnin, 27 April 2009

AKU RASAKAN DIA SEPERTI BAPA..

AKU RASAKAN DIA SEPERTI BAPA..

Tok Guru Nik Abdul Aziz seorang yang aku kagumi semenjak kecil lagi. Semenjak melihat wajahnya secara live semasa belajar di kelantan; ketika itu berumur 13 tahun, aku mula mengkagumi ketokohan insan ini.

Seorang yang berjaya mengubah pandangan rakyat, bahawa orang berjubah, berserban dan memakai kain palaikat juga mampu memerintah negeri. Golongan ulama juga mampu mempertahankan pemerintahan, malah mampu membangunkan negeri mengikut lunas-lunas Islam.

Buat pertama kalinya aku berbual dengan beliau, iaitu di Taman melewar, dua hari selepas dari kejadian tragedi batu 6, terengganu. Dalam perbualan tersebut, Aku hanya bertanya beberapa perkara, dan beliau menjawabnya dengan tenang.

Sempat juga aku mengungkap beberapa kalimah ”hindi”, menyebabkan beliau tersentak sekejap, sambil tersenyum berkata;

”lama hambo dok dengar bahasa urdu”.

Aku tersenyum dengan ungkapan beliau yang disulami senyuman yang menenangkan jiwa.

Padaku, beliau merupakan bapa. Masakan tidak, manusia-manusia yang dilihat jauh dari Allah, berjaya didekatkan. Lihatlah Emy Search, Renggo, Elizabert Wong dan banyak lagi; yang mereka ini seperti mendapat cahaya baru dalam kehidupan selepas berjumpa dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Beliau tidak pernah mengambil kesempatan untuk mendapat keuntungan hidup dikala orang berkata bahawa beliau ”manusia keramat”.

Aku pernah mendengar beliau berpesan, jika minta tolong dengan mana-mana tok guru pun; minta tolong doa kepada Allah untuk sesuatu hajat, hendaklah berdoa sama. Jangan diharap pada tok guru sahaja, kerana kita lebih tahu apa yang kita hajati.

Dikala orang menyebut beliau ”manusia keramat”, beliau menukilkan kisah kesedihan Nabi Muhammad SAW yang kehilangan anak tersayang yang bernama Ibrahim; iaitu ketika itu, berlakunya gerhana matahari.

Tok Guru menyatakan, Nabi SAW tidak pernah mengambil kesempatan menyebut bahawa kesedihan Nabi itu ada kaitan dengan gerhana matahari tersebut, bahkan gerhana itu petanda kebesaran Allah SWT.

Minda beliau dalam mengulas Islam amat mengkagumkan. Ulasan beliau tentang islam, menyebabkan minda rakyat malaysia yang rata-rata berfahaman nasionalis, berjaya diubah oleh beliau dengan begitu jayanya.

Di mana sahaja beliau berpidato, maka tidak lekang dari mulut beliau berbicara tentang islam. ekoran itu, ramai manusia terpaut hati dengan Islam disebabkan Islam yang dibicarakan oleh beliau.

Ungkapan beliau tentang Islam berjaya menjadi mudah, dengan analogi-analogi yang mengkagumkan. Perkara yang susah difahami, berjaya dirasakan mudah apabila dibicarakan oleh beliau.

Sindiran politik beliau amat tajam, mengundang ”kecut perut” oleh musuh. Mungkin semua ini, kesan pengajian beliau dalam bidang sastera arab, juga kemahiran ilmu mantiq semasa menadah kitab dengan Allahyarham Tuan Guru Haji Abbas India semasa menuntut di Madrasah Ittifaqiyyah, Jertih, Terengganu dahulu.

Islam yang diulas beliau, mengandungi falsafah yang tersendiri. Justeru, ia mudah difahami.

Secara peribadi, aku menilai bahawa cara beliau berbicara dan menjawab isu-isu politik, beliau menggunakan kaedah bahasa Al-Quran. Kalam Ta’ridh (baca : sindiran), kalam provokasi dan banyak perkara yang dapat di pelajari dari cara beliau berbicara.

Apabila beliau mengulas ilmu Tafsir, ulasan beliau bersifat dalam umpama telaga. Tidak terlalu serius untuk mengungkap pendapat ulama ini dan ulama itu dalam menafsirkan sesuatu ayat, tetapi amat serius memahamkan ”body ayat” sehingga difahami sehingga dapat difahami sampai ke ”tulang hitam”.

Pertama kali mendengar ulasan tafsir yang mengkagumkan adalah, apabila beliau menafsirkan kalimah ”zalika” pada awal ayat kedua bagi surah Al-Baqarah.

Sebarang tafsir yang beliau bentangkan, pasti beliau akan bertanya dengan kalimah ”bakpo”. Seperti beliau berkata, ”bakpo Allah mulakan awal ayat ini dengan ”zalika”?. Padahal, di sana wujud satu kalimah lain, iaitu ”Haza”???.

Menarik dengan persoalan beliau itu untuk difikirkan. Apabila dijawab, dirasakan betapa indahnya Al-Quran yang diturunkan oleh Allah SWT.

Antara benda penting yang aku belajar dari beliau adalah, bagaimana beliau mengajar tentang kefahaman Al-Quran dari asas bahasa arab yang asal.

Seperti beliau pernah menyebut ayat, ”wabasysyirhum bi azabin Alim” yang di terjemah ”berilah khabar gembira terhadap orang kafir dengan azab yang pedih”.

Beliau menyebut, ”bakpo Allah sebut khabar gembira dikala menyebut api neraka. Padahal, khabar gembira ni, kena sebut syurga la”.

Beliau pun menyatakan, inilah cara Allah ajar manusia dalam berkempen dan berhadapan dengan sebarang manusia, terutama musuh. kaedah bahasa politik beliau ini amat unik, akan difahami jika direnung dalam disebalik ungkapan beliau, tetapi sedih, agak ramai yang tidak merenung ungkapan beliau sehinggakan ianya agak kurang difahami ramai manusia, hatta yang hampir dengan beliau sendiri.

Gaya inilah yang digunakan oleh Tuan Guru Nik abdul Aziz dalam berpolitik. Aku mengkagumi beliau dengan keilmuan, ketaqwaan, kewarakan, kebijaksanaan, kejujuran, ketelusan dan keberanian beliau dalam berpolitik.

padaku, jika di dunia kini melihat Dr Yusuf Al-Qaradhawi sebagai tokoh ulama yang banyak mencetuskan perbincangkan konsep siyasah Syariiyyah, tetapi di Malaysia, Tok Guru Nik Abdul Aziz adalah tokoh perlaksanaan konsep Siyasah Syariyyah dari sudut pentadbiran, yang wajar dijadikan contoh tauladan di dunia Islam kini.

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
28 april 2009 * 12:44 tengahari

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kelemahan kepimpinan ulama bukan untuk diperbesarkan tetapi diperbetulkan. Kita kena ingat, semua orang mempunyai kelemahan dan sewajarnya ditampung bersama. Adakah dengan menukar kepimpinan maka kelemahan dan kesilapan tidak akan wujud sama sekali?" kata Haron Din lagi. Beliau menasihati pihak media, blog dan internet sepatutnya berlaku adil kepada kepimpinan ulama jika berlaku kelemahan ataupun salah faham dengan membuat pertemuan dan mengadakan perbincangan sebelum membuat sebarang ulasan ataupun kesimpulan.

"Saya lihat keterbukaan kepimpinan ulama tidak mempunyai sebarang halangan untuk bersua dan mendapatkan penjelasan. Mereka sedia bertemu dan berbincang demi untuk kukuhkan parti sekaligus memantapkan perjuangan Islam yang menjadi dasar dan teras PAS selama ini," katanya. - azm http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=020502&Itemid=85

AmbolahNi berkata...

TokLebaWanJi,

Ambolah Ning !.
Koho lamo koho jeligha tokleba tulih. Semmo ado. Manih, mase, pedah, tawa-hebe dll. Chagho tulih koho lamo koho ghalik kawe baco. Padaha kawe tok beghehi Nik Aziz nge Qardhawi tu. Tapi takpo lah tu ha kawe. Panda-panda lah toklebawanji tra teh mano tahu kawe beghuboh...

Baghu napok biso demo.
AmbelahNing

iam_khufu berkata...

Ustaz, saya nak tanya pasal masalh anjing. Sepengetahuan saya Nabi memang membenarkan membela anjing untuk menjaga rumah dan ladang serta dibuat berburu tetapi adakah dibenarkan menjadikannya haiwan peliharaan seperti kucing.

Di sini ada rujukan apa yang saya maksudkan

http://www.mymki.com/

Saifudin berkata...

http://lot250.blogspot.com/2009/04/kerja-kerja-yang-sepatutnya-ada-dalam_28.html