Isnin, 8 Jun 2009

LIM GUAN ENG BAGI NASIHAT KEPADA PRESIDEN PAS


Pemimpin PAS berhutang penjelasan kepada kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat mengenai rundingannya dengan Umno berhubung kerajaan perpaduan, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini.

Sebagai rakan Pakatan Rakyat, Lim berkata, PAS tidak seharusnya berahsia dengan DAP dan PKR berhubung rancangan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan melalui kerjasama dengan Umno.

Lim berkata, kepimpinan PAS tidak pernah menjelaskan kepada kepimpinan Pakatan berhubung dakwaan ia mengadakan rundingan Umno tahun lalu.

Beliau menolak dakwaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pemimpin Pakatan menerima baik perkara itu apabila PAS menjelaskannya kepada mereka.

"Kepimpinan Pakatan tidak pernah berbincang mengenainya, ataupun PAS telah memaklumkannya kepada kita.

"Kita tidak tahu apa yang sedang berlaku," katanya selepas majlis angkat sumpah Presiden Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Tan Cheng Chui.

Sehubungan itu, Lim mengingatkan Abdul Hadi supaya sentiasa bercakap benar.
"Sebagai seorang alim, seseorang itu bukan sahaja perlu menjawab kepada DAP, tetapi juga kepada Tuhan," katanya.

KOMEN :

Disebabkan aku ahli PAS.. apabila membaca kenyataan ini. Hanya satu sahaja yang ingin aku ucapkan..

MALUNYA AKU !!!!!!

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
8 jun 2009 * 11:25 malam

16 ulasan:

sheikh teluk intan berkata...

Salam Ustaz,

Ana pun tumpang malu. Itu sebab ana minta Tuan Guru Abdul Hadi berehat dulu. Banyakkan muhasabah dan kalau boleh belajar dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz, ulamak kesayangan umat.

Secara peribadi ana, seorang tua amat berbangga kerana terdapat seorang ustaz muda yang bagus dalam jemaah Pas.

Tanpa Nama berkata...

aku lg malu sebab ade dua org yg tak hormat ke presiden...ape?...ingat TGHH ni budak2 ke?....patutlah ALLAH tangguh lg kemenangan PAS...sbb korang berdua yg bodoh ni masih ade lagi....

Anoinimuz berkata...

aduh...tajamnya....taktau lah, kalau ada yg masih nak berpeluk dgn UMNO toghut nie...ish...

Tanpa Nama berkata...

Salam ustaz wan ji,

Tolong la sikit...jgn mengarut..kerajaan perpaduan pun dah x faham..xkan nk kutuk presiden PAS.Takkanlah gagasan presiden PAS itu dtg secara tiba-tiba sahaja,mestilah ada perbincangan at least di kalangan pimpinnan PAS pusat.Berkenaan dgn Lim tu ..dia mungkin tak dapat maklumat.Sebagai ahli PAS kita bukan malu tetapi mempertahankan presiden kita ;jgn mengarut boleh x..

Tanpa Nama berkata...

Mungkin TGHA menggunakan kaedah apabila pi meminang anak dara jika dia diam tanda setuju. Dalam hal ini apabila presiden sebut dlm pertemuan dgn DAP dan PKR walaupun tidak dibincang dengan mendalam maka sbb parti-parti lain diam maka dianggap bersetuju dengan kerajaan perpaduan. Kerajaan perpaduan apa jika yang pecah belah jamaah kita?

Al-Bakistani berkata...

syaikh !!! ini isu bina kerajaan. mesti kena ada kertas kerja. kena ada perbincangan secara serius..

mana boleh ambil kaedah meminang anak dara...

sekian

Al-Bakistani

zahidyusof berkata...

hoi...kan Presiden bersama dengan Dr Harun Din dan ANWAR IBRAHIM dah jumpa TG Nik Aziz bincang hal ni...apa Anwar tu PAS ke? kan tu dah PR....sekarang ni Guang Eng tak tahu ke atau saja buat tak tahu.....

Aku Heran la kau wan G...kau percaya Guang Eng Lebih dari TG Presiden ke

Tanpa Nama berkata...

KOMEN BAKISTANI:

Disebabkan aku ahli PAS.. apabila membaca kenyataan ini. Hanya satu sahaja yang ingin aku ucapkan..

MALUNYA AKU !!!!!!

Komen aku:

Disebabkan aku ni anak murid Bakistani yang kerap ikut dia mengikuti jadual kuliah dia di lembah kelang...apabila membaca komen Bakistani ini. Hanya satu sahaja yang ingin aku ucapkan..

MALUNYA AKU !!!!!! Tuang Guru Presiden pun Bakistani tak dapat nak defend....menangis aku...perlu aku ikuti lagi ke kuliah bakistani ni?

Al-Bakistani berkata...

pertama:

maaf sebagai makluman..

pertemuan Tok Guru Nik aziz, Dato Harun din, Anwar, dan Presiden di pjbt harakah.. ana pun tahu...

pertemuan itu bukan asalnya pasal kerajaan perpaduan, tapi isu lain..

cumanya, sengaja presiden buka isu ini.. itupun selepas ia bising dalam media dahulu..

semua tak kata apa bila presiden bukan cerita ini, termasuk tok guru sendiri...

kenap dorang senyap, sebab asal pertemuan itu bukan nak bincang pasal kerajaan perpaduan...

kedua :

memang idea kerajaan perpaduan ini tidak dibincangkan langsung dalam mesyuarat pakatan, tidak hairan Lim guan Eng boleh sindir macam tu...

apakah salah kenyataan Lim Guan Eng yang mengandungi unsur sindir itu?? jika salah kenyataan itu, mungkin ana akan pertahankan tok guru presiden habis-habisan..

dan buat apa ana nak nafikan sesuatu yang betul... dan apa hukum kita nafikan sesuatu yang betul???

sekian

Al-Bakistani

wan berkata...

Masya Allah! Saat seorang ahli Pas malu dengan AMIRNYA hanya sebab bukan Islam tak tahu cerita dan bercakap soal tuhan.

Syabas lim guang eng kerana percaya pada kewujudan tuhan kami, tapi kalau tak tahu tak usahlah buat statement menegur. Seolah menghina!!!!

Alhamdulillah, saya selama ini berlindung dari menegur tok guru satu lagi walau ada silapnya juga dalam hal perbalahan ini.

wan berkata...

kedua :

memang idea kerajaan perpaduan ini tidak dibincangkan langsung dalam mesyuarat pakatan, tidak hairan Lim guan Eng boleh sindir macam tu...

apakah salah kenyataan Lim Guan Eng yang mengandungi unsur sindir itu?? jika salah kenyataan itu, mungkin ana akan pertahankan tok guru presiden habis-habisan..

dan buat apa ana nak nafikan sesuatu yang betul... dan apa hukum kita nafikan sesuatu yang betul???

sekian

Al-Bakistani

Presiden tak kata pun telah di bincang dalam mesyuarat pakatan. Cuba dengar balik soal jawab akhbar dia.
Ustaz ni ????

Tanpa Nama berkata...

tu kata kalau anta tak tahu tak payah cakap..bukan bertemu di pejabat harakah...di JKR 10, semua orang tahu...dan pertemuan tu khusus untuk penerangan UG....

Ana tak sangka ye...anta lebih thiqah Guang Eng Dari Presiden PAS...anta boleh telan bulat-bulat apa yang Guang Eng cakap...tapi boleh sindir presiden sendiri... kita yang masih bertatih dalam politik ni tak payah nak menghukum orang la...tilik diri tu dulu

Tanpa Nama berkata...

http://muqabalah2009.blogspot.com/2009/05/petikan-daripada-buku-wasiat-zulkifli.html

Komentar Oleh Amaluddin Darus. Pustaka Abad, Kuala Lumpur 1981.

Selain daripada menyalin ucapan terakhir Allahyarham Ustaz Zulkifli Muhammad yang disampaikan pada 6 mei 1964, Amaluddin Darus telah membuat komentar tentang perjalanan PAS di zaman Kerajaan Campuran-kemudian Barisan Nasional dan selepasnya, antara lain beliau mencatat pada m/s 37-40:

Malangnya, perjuangan PAS bertambah merosot, dan setelah melalui suasana selepas pilihanraya 1969 yang diikuti dengan pengisytiharan darurat dan lahirnya Majlis Gerakan Negara, bermulalah pinang-meminang di antara UMNO dan PAS bagi maksud akan mengadakan kerajaan campuran.

Justera kerana istiadat pinang meminang ini dijalankan secara bisik-bisik di dalam dan di luar negeri, maka sekalipun saya pada masa itu (1972?) berkedudukan sebagai ahli Jawatankuasa Agung PAS, Namun secara resmi baru diberitahu yaitu apabila segala syarat dan rukunnya telah dibincangkan untuk mengahwinkan PAS dengan Perikatan, dengan berselindung di sebalik kata-kata perpaduan dan persefahaman di antara Melayu dengan Melayu, yaitu antara PAS dengan UMNO.

Semuanya telah dirundingkan. Dato Mohd.Asri telah tetap menjadi Menteri Kabinet Kerajaan Persekutuan. Jawatankuasa Agung PAS dipanggil bersidang di rumah Dato Asri, di Petaling Jaya.

Pendapat yang telah saya utarakan dalam mesyuarat Jawatankuasa Agung PAS itu ialah:

a) Rancangan ini adalah perangkap ke arah menghancurkan perjuangan Islam dan PAS sendiri di dalam negara ini

b) Bagaimanapun kerana perkara ini telah dibincangkan dan telah dipersetujui awal-awal lagi di luar keputusan J.K.A, saya dapat bersetuju pada dasarnya, kerana di Malaysia memang tidak ada sebuah partai politik, seperti yang ada, dapat memerentah kerajaan pusat tanpa campuran.

c) Kerajaan campuran Perikatan-PAS hendaklah setakat kerajaan pusat, dan tidak melibatkan kerajaan negeri Kelantan

d) Oleh kerana PAS sebuah partai yang kedua besar pengaruhnya sesudah Partai Perikatan di Semenanjung, PAS mesti mendapat tidak kurang dari dua jawatan menteri, yang mana satu daripadanya hendaklah Menteri Penerangan. Adapun yang satu lagi menteri apa-apapun tidak mengapa

e) Dato Mohd Asri, selaku Yang Dipertua Agung PAS, hendaklah tidak menyertai kabinet, yang akan menjadikan beliau berada di bawah Tun Ab. Razak yang menjadi Perdana Menteri, sebagai Ketua Kabinet. Dato Asri hendaklah tetap sebagai Menteri Besar Kerajaan PAS di Kelantan, di mana dengan demikian tarafnya sama dengan Tun Razak sebagai Ketua Parti.

Tanpa Nama berkata...

f) PAS hendaklah menyusun diri kembali untu menjadikan dirinya partai Muslimin yang berpolitik, sebagai ganti kepada bersikap seperti pari politik melulu.

g) PAS hendaklah mengemaskan organisasinya supaya pada masa pilihanraya yang akan datang, akan bertanding bersendirian, di mana sekiranya ditakdirkan oleh Allah, PAS menadpat sejumlah kerusi di Malaysia Barat dan di Malaysia Timur yang menjadikannya partai yang terbanyak ahli-ahli di dalam Dewan Rakyat, maka pada masa itu pembentukan kabinet dan Perdana Menteri sudah tentu menjadi hak PAS untuk bertindak ke arah membentuk kerajaan campuran, di mana orang PAS yang menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Demikian di antara lain perkara-perkara yang yang telah saya utarakan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Agung PAS. Sebelum kerajaan campuran dilahirkan

Suara saya seperti ,menuang air di daun keladi juga!

PAS mula berpecahan, maka akhirnya rancangan memecah-belahkan PASpun mula memperlihatkan taringnya,

Apa yang kita dapat perhatikan daripada catatan Amaluddin Darus untuk dijadikan iktibar adalah, antara lain:

1- Pada peringkat awal, muzakarah sesama PAS atau muzakarah perbincangan tentang isu Kerajaan Campuran (coalition government) dengan wakil UMNO telah dimesyuaratkan oleh kumpulan tertentu sahaja dalam PAS, Tidak semua ahli jawatankuasa dimaklumkan tentang muzakarah tersebut sehingga keputusan telah hampir dimuktamadkan. Dikatakan motif muzakarah yang telah diadakan itu adalah demi perpaduan dan kepentingan ummat Islam dan Melayu

2- Pada asalnya PAS tidak bercadang untuk menjadi komponen dalam Kerajaan Perikatan, bahkan tujuan asalnya adalah untuk membentuk Kerajaan Campuran (Coalition government) yang merupakan itu adalah kerjasama di antara PAS dengan Parti Perikatan.

3- Disebabkan masalah teknikal dan praktikaliti, konsep Kerajaan Campuran yang diluluskan oleh Muktamar telah bertukar wajah, pada tahun 1974 PAS telah sekadar menjadi parti komponen dalam Barisan Nasional. Amaluddin Darus mencatitkan pendirian beliau: (m/s:49)

“Saya mematuhi arahan Rasulullah s.a.w. Maka saya bersabar sekalipun tidak menyukai kerajaan cara campuran yang merupakan perangkap maut kepada PAS. Tetapi bila PAS diheret masuk ke dalam Barisan nasional dalam tahun 1974, maka ceritanya adalah berlainan sekali dari cerita campuran (coalition Goverment)

Yang Demikian saya mengambil sikap seperti yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w yangbermaksud: Sekiranya diletakkan matahari pada tangan kananku, dan bulan pada tangan kiriku, demi Allah, aku tidak akan tingla seruanku ini”

4- Percubaan dan pengalaman PAS itu telah menimbulkan perpecahan di kalangan ahli PAS sendiri.

5- Pada pilihanraya 1969. jumlah kerusi yang PAS berjaya menangi semakin berkurangan, beserta peristiwa hitam 1969 merupakan antara pertimbangan bagi sebahagian pemimpin PAS untuk mengadakan kerjasama dengan UMNO dan Perikatan.

6- PAS akhirnya disingkir dari Kerajaan BN, kehilangan kerajaan di Kelantan dan memerlukan masa yang panjang untuk memulehkan kekuatan dan memenagi kepercayaan rakyat untuk berpengaruh semula.

7- Renungkan apa yang telah terjadi itu, walaupun peristiwa sejarah itu telahpun berada di luar keupayaan kita untuk membaikinya. Hanya janganlah hendaknya dijerumusi lubang yang sama berulang-kali. Bagaimanakah pula sikap pemimpin dan penyokong PAS dengan peristiwa yang sedang mereka lakarkan pada hari ini?.

Fikir, fikirkan, sementara esuk masih ada.

Tanpa Nama berkata...

Salam Ustaz,

Aku betul2 tak puas ati dgn TGHA.

Aku respek ulamak selama nie.

Tetapi kedangkalan fikiran ulamak mcm ni, melukakan hati semua umat!!! (mcm aku)

Kite selalu ngumpat UMNO dgn mcm gelaran....

Tp agaknya, iman yang tak kukuh dah menterbalikkan menda tu semua kepada kita.

Warisan penjajah, dalam UMNO iaitu "pecah dan perintah" nampak nya dah
berjaya menerobos dalam parti PAS kiter.

Kalu dikira kan, TGHA ni ulamak, pasti nya banyak membaca......

Tak kan lah yek boleh singkap kesah2 sejarah lama, bahawa ibu segala
kehancuran ialah " bila hilang nya perpaduan dan berputik nya
PERPECAHAN"

Aku nak ucap kan tahniah kerpada Najib, Muhyidin dan Khairy.....

Sebab apa? .....sebab dgn mudah dapat membodohkan Ulamak besar mcm TGHA......

Aku rasa TGHA kene lah buat solat tobat banyak2......

Belum terlambat untuk ke pangkal jalan....

Tapi ntah lah, kalu ulamak muda( konon2nya!) mcm Nasharudin tu nak
lawan TGNA, aku bengang.....

Mmg lah dia tu Timbalan Presiden ! TApi kuat sgt ke ??

Kalu kuat sgt, tak kan dia merempat kat kerusi parlimen yang bukan
tanah kelahiran dia , untuk duduk di kerusi empuk PARLIMEN!!!

Kalu dia dua org nak sesat, sesat lah sendiri !!!! Jangan nak sesat
kan seluruh party !!!!

Aku tak paham sgt perlembagaan PAS...tapi kalu lah ada peruntukan,
susah2, kita kasi undi tak percaya je lah !!!!!! Biar Nasha + TGHA
turun takhta !!!

Menda2 mcm ni yang membuat kan ULAMAK kelihatan menjengkel kan !!!!!

Patut lah org ckp, ulamak patut jaga hal2 agama jer ! Jgn cmpur hal
dunia ! ( pahaman sekular tu !)

Apa tidak nya, baru kes mudah mcm ni, TGHA dah tak boleh handle !!!

Jgn salah kan umat kalu pandang ULAMAK sgt rendah, sbb ULAMAK mcm dua
org ni tak pernah nak pandang pun pada pendapat UMAT mcm aku n kawan2
lain !!!

Al-Bakistani berkata...

pertemuan di JKR 10 adalah isu 16 september

pertemuan yang "terbicara" pasal UG di pjbt harakah...

dua isu yang berbeda pak !!!

sekian

Al-Bakistani