air mata ini merupakan antara penyebab utama kemenangan besar dalam PRU ke 12. Justeru, jangan sekali-kali khianati titisan air mata yang bernilai ini
SANGKA BAIK DENGAN ALLAH
Setiap manusia akan dibangkitkan oleh Allah SWT sepertimana dia dimatikan. Jika seseorang manusia itu mati dalam keadaan dia melakukan maksiat terhadap Allah, maka keadaan begitulah dia akan dibangkitkan. Begitu juga jika dia mati dalam keadaan melakukan taat.
Daripada Jabir r,a berkata, bersabda Nabi SAW;
يُبْعَث كُلّ عَبْد عَلَى مَا مَاتَ عَلَيْهِ
Maksudnya;
“setiap hamba akan dibangkitkan dalam keadaan dia dimatikan[1]”
Justeru, apabila manusia itu mati dalam keadaan dia bersangka baik dengan Allah, maka dia akan dibangkitkan oleh Allah dalam keadaan begitu. Pun begitu, dibimbangi manusia itu dibangkitkan oleh Allah SWT dalam keadaan dia bersangka buruk dengan Allah SWT.
SANGKA BAIK
Menyangka baik terhadap Allah adalah perkara yang dituntut dalam kehidupan manusia yang beriman. Apa gunanya menjadi manusia beragama islam, jika tidak bersangka baik dengan Allah yang merupakan tuhan yang disembahnya.
Jika dalam sedang menjalani kehidupan pun, manusia amat dituntut untuk bersangka baik terhadap Allah, inikan pula ketika hampir kepada saat kematian.
Bahkan, jika dilihat pada hadis, didapati Nabi Saw amat menuntut agar manusia itu sentiasa bersangka baik terhadap Allah SWT.
Daripada hadis Jabir R.a berkata;
سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبْلَ وَفَاتِهِ بِثَلَاثٍ يَقُولُ لَا يَمُوتَنَّ أَحَدُكُمْ إِلَّا وَهُوَ يُحْسِنُ بِاللَّهِ الظَّنَّ
Maksudnya;
“Aku dengar Rasulullah SAW tiga hari sebelum kewafatan berkata : jangan seseorang kamu itu mati melainkan dia menyangka baik terhadap Allah[2]”
Dalam hadis ini, Nabi SAW menyebut bahawa manusia itu perlu sentiasa berada dalam sangka baik terhadap Allah hingga saat sampai kepada kematian. Persoalannya, apakah bentuk dalam meletakkan sangka baik terhadap Allah SWT itu??
Bagi menjawab soalan tersebut, Imam An-Nawawi ada melakukan komentar dengan katanya;
أَنْ يَظُنّ أَنَّهُ يَرْحَمهُ وَيَعْفُو عَنْهُ
Maksudnya;
“Iaitu dia menyangka bahawa dia dirahmati dan mendapat keampunan daripada Allah[3]”
Dalam erti kata yang lain, sangka baik yang dimaksudkan oleh nabi SAW itu ialah, walaupun disaat hampir dengan kematian pun, pengharapan untuk mendapat kasih sayang dan pengampunan dosa itu tetap berada dalam hati manusia tersebut.
Begitujuga, dengan nada yang agak sama dalam mengulas hadis ini, Imam Al-Qurtubi menyebut;
“sangka baik dengan Allah itu berlaku dikala manusia itu berada dalam keadaan sihat, juga sangka baik itu adalah dengan dia menganggap bahawa Allah akan memberi rahmat dan kasih sayang kepadanya, disamping memberikan pengampunan dosa[4]”
Apabila kita memahami ini, nyatalah kepada kita bahawa Allah SWT itu meletakkan asas perasaan hati manusia merupakan faktor penting dalam usaha seseorang manusia untuk masuk kesyurga Allah SWT.
Ekoran itulah, tidak hairan Nabi SAW adalah menyebut dalam satu hadis Qudsi daripada Abu Hurairah R.a berkata, daripada Nabi SAW meriwayatkan ini, daripada Allah SWT yang berkata;
وعزتي لا أجمع على عبدي خوفين وأمنين إذا خافني في الدنيا أمنته يوم القيامة ، وإذا أمنني في الدنيا أخفته يوم القيامة
Maksudnya;
”demi kemegahan dan kemulian-Ku, Aku tidak akan himpunkan dalam hamba-Ku dua ketakukan dan dua keamanan. Apabila dia takut kepadaku di dunia, pasti aku akan amankannya pada hari kiamat nanti. Dan apabila dia merasakan aman terhadap-Ku di dunia, pasti aku akan takutkannya pada hari kiamat nanti[5]”
Justeru, setiap manusia – lebih-lebih lagi mereka yang beriman – hendaklah meletakkan dalam hatinya perasaan sangkaan yang baik terhadap Allah, kerana ia merupakan antara ubat paling mujarab dalam mengubat penyakit yang bisa dicampakkan ke dalam neraka Allah SWT.
Sekian
Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com
ustaz_bakistani@yahoo.com
- Sri Indah (B), Sg Buloh
12 jun 2009 : 11:58 malam
[1] Sahih Muslim : 5126, Musnad Ahmad : 14016.
[2] Sahih Muslim : 5124.
[3] Syarh An-nawawi : 9/256.
[4] At-Tazkirah : m.s 32.
[5] Sya’b Al-Iman : m.s 794, Sahih Ibni Hibban : 642.

1 ulasan:
al fatihah, buat ust fathy yakan.
Catat Ulasan