BENCI UMNO SEBAB SAYANGKAN ISLAM
Jika Nabi SAW berdakwah, tidak sampai 30 tahun, Nabi SAW sudah berjaya melaksanakan semua kandungan wahyu dalam kerajaan madinah. Kejayaan perlaksanaan islam di Madinah melahirkan keamanan dan keselesaan, menyebabkan rakyat makkah pula melakukan perubahan dengan menolak kekufuran dan menerima Islam.
Di zaman para sahabat pula, islam bukan sekadar di tanah arab, malah sudah merebak di tanah ‘Ajam’, seperti mesir dan farsi.
Justeru, dalam jangka yang begitu singkat, islam sudah berjaya dilaksanakan dalam dua negeri. Keadaan ini amat berbeda dengan Malaysia yang merdeka sejak 50 tahun yang lalu.
Walaupun Malaysia di Perdana Menterikan oleh orang Melayu dari mazhab UMNO, ternyata perlaksanaan islam tidak berjaya dilaksanakan. Sebaliknya, dalam jangka yang begitu lama UMNO memerintah, Islam semakin hari semakin tidak dikenali, malah Islam semakin hari semakin ditolak.
Penolak Islam dari pimpinan UMNO yang berbangsa melayu, dan didakwa beragama Islam itu amat ketara dapat dilihat dalam kemenangan PAS di kelantan dalam awal tahun 90 an.
“islam sesuai di zaman Unta”, “kalau islam memerintah, maka ramai orang melayu tidak ada tangan”, “nak makan sup tangan kena pergi di Kelantan” dan banyak lagi ungkapan bangsat kedengaran dari mulut pimpinan UMNO ketika itu.
Cakap-cakap bangsat ini berjaya menyesatkan ramai orang-orang melayu, terutama dari kalangan orang-orang bermazhab UMNO. Aku sendiri masih ingat, semasa bapaku dalam UMNO, ungkapan ”kalau Islam memerintah, negara akan mundur” sering kedengaran.
Berkat kesabaran dalam memberikan kefahaman, ungkapan sebegitu sudah tidak lagi kedengaran, malah bapaku telah beralih mazhab dan sering kali mengungkap ”islam akan menang satu masa nanti”.
Inilah bukti bahawa UMNO adalah parti sesat menyesatkan. Semuanya berpunca, Islam tidak menjadi dasar perjuangan UMNO. Apabila Islam tidak menjadi dasar perjuangan, tidak hairanlah mereka sanggup melakukan sebarang kezaliman terhadap rakyat malaysia, terutama terhadap mereka yang tidak berbangsa melayu, malah terhadap melayu juga.
Makanya, sejak itu aku menanam benci kepada UMNO. Padaku, sesatnya rakyat Malaysia berbangsa melayu yang beragama Islam pada hari ini, berpunca dari UMNO. Juga, semakin hari semakin kabur Islam di mata-mata non Muslim berpunca dari UMNO. Terutama, UMNO bukan sekadar sesat menyesatkan, malah ia amat sinonim dengan parti rasuah dan parti zalim.
Justeru, UMNO perlu dibenteras, sepertimana Nabi SAW membenteras kekufuran di Negara Makkah dan Madinah. Tidak benteras UMNO, bermakna tidak benteras kekufuran dan kesesatan di Malaysia.
ORANG UMNO
UMNO parti sesat. Kebangsatan pada dasar perjuangan UMNO wajib dibuang jauh. Adapun orang UMNO, mereka dijadikan sebagai sasaran dakwah.
Pun begitu, tidak dinafikan, di sana wujud orang UMNO seperti Abu jahal dan Abu Lahab, disamping tidak dinafikan wujud orang UMNO seperti Khalid Al Walid, Abu Sufyan, Amru bin Al-As dan sebagainya.
Pada orang UMNO, wajib diberikan berita negatif dan positif disebalik penolakan mereka terhadap Islam dengan perjuangan asobiyyah kebangsaaan melayu.
Pada mereka seperti Khalid Al-Walid, Abu Sufyan dan Amru, dasar Islam perlu di perjelaskan kepada mereka sehingga mereka menerima Islam. Pun begitu, tindakan Nabi SAW seperti yang dilakukan terhadap Abu Jahal dan Abu Lahab, tidak boleh sekali-kali di abaikan.
NABI PEMAAF
Memang nabi SAW seorang yang pemaaf. Seorang perempuan yahudi yang selalu mengkhianati Nabi SAW pun, Baginda SAW masih lagi menziarahinya dikala sakit.
Pun begitu, dalam kemaafan Nabi SAW itu, Allah SWT pernah menghalang nabi SAW menunaikan solat, malah berdiri di kubur Abdullah bin Ubai bin Salul di kala dia mati.
Perkara ini jelas diungkapkan oleh ALlah menerusi firman-Nya;
وَلَا تُصَلِّ عَلَى أَحَدٍ مِنْهُمْ مَاتَ أَبَدًا وَلَا تَقُمْ عَلَى قَبْرِهِ إِنَّهُمْ كَفَرُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَاتُوا وَهُمْ فَاسِقُونَ
Maksudnya;
”Jangan kamu solat (jenazah) atas salah seorang dari kalangan mereka yang mati sampai bila-bila pun. Malah, jangan kamu berdiri di kuburnya. Ini kerana, mereka telah kufur terhadap Allah dan Rasul-Nya, lalu mereka mati dalam keadaan mereka fasiq”
(surah At-Taubah : 84)
ORANG KAFIR??
Orang kafir tidak semua wajib dibenci. Malah, wujud sebilangan dari kalangan mereka yang Allah menyuruh diberikan keadilan terhadap mereka.
Jika dikaji balik, pasti kita akan dapati bahawa orang menjadi kafir ini ada beberapa sebab, iaitu (1) mereka jahil tentang islam, (2) kepentingan diri, dan (3) kedegilangan mereka menerima petunjuk.
Bagi orang kafir yang jahil tentang Islam, wajib diberikan peringatan dan tunjuk ajar dengan seberapa hikmah yang mungkin dalam menyeru mereka kepada Islam. adapun orang kafir yang degil; tetap tidak mahu beriman, tidak boleh dipaksa mereka memeluk islam. ini kerana, hidayah Islam itu bukan kekuasaan manusia, tetapi ia adalah kekuasaan Allah SWT.
Firman Allah;
إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
Maksudnya;
“Sesungguhnya kamu tidak boleh memberi hidayah kepada siapa yang kamu sayang, tetapi Allah akan memberi hidayah kepada siapa yang Dia mahu. Dan Allah lebih mengetahui terhadap orang yang mendapat hidayah”
(Surah Al-Qasas : 56)
Dari kalangan mereka yang tidak Islam itu, terdapat mereka yang boleh berbaik dengan orang islam. sebaliknya, terdapat juga orang yang bukan islam yang bermusuh dengan Islam.
Orang yang bermusuh dengan Islam, tidak kira ia muslim atau tidak, tidak sepatutnya diberikan penghormatan kepada mereka sehingga saat kematiannya. Sebaliknya, kepada mereka yang menghormati Islam, penghormatan terhadap mereka wajib diberi, waimma ia bukan beragama Islam sekalipun.
Firman Allah;
لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ * إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَنْ تَوَلَّوْهُمْ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
Maksudnya;
“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. * Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”
(Surah Al-Mumtahanah : 8-9)
KESIMPULAN
Jika aku ditanya, mengapa membenci UMNO. Jawapanku adalah, kerana aku tidak mahu islam dicandukan, lantaran aku membenci UMNO. Sebaliknya, jika ditanya mengapa masih memandang positif terhadap DAP, jawapanku adalah, kerana aku mahu mereka memahami islam.
Semuanya bersebab, aku sayangkan Islam. bencikan UMNO kerana sayangkan islam. berkawan dengan DAP pun kerana sayangkan islam.
Sekian
Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com
- Sri Indah (B), Sg Buloh
31 Julai 2009 * 1:35 pagi
Masih ingin ‘jaga hati’ kerajaan. Rakyat dah tau janji Anwar.
-
*Muhammad Faisal (tiga dari kanan) bersama Maria (dua dari kanan) dan
Thomas (dua dari kiri) ketika merasmikan Laporan Penilaian Dua Tahun
Kerajaan Mad...
9 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan