Ahad, 26 Julai 2009

CALON NON MUSLIM : TAHNIAH PAS SELANGOR !!

CALON NON MUSLIM : TAHNIAH PAS SELANGOR !!

Saudara Iskandar Samad yang merupakan salah seorang exco Kerajaan negeri Selangor dari parti PAS menulis dalam blog beliau, menyatakan bahawa PAS selangor telah mencalonkan nama-nama pemimpin-pemimpin India sebagai ahli-ahli majlis PBT.

Tulisan beliau adalah seperti
berikut;

PAS telah mencalonkan nama-nama pemimpin India sebagai ahli-ahli Majlis PBT. Sebagai satu usaha untuk mengiktiraf kebolehan mereka dan meyakini kemampuan mereka, PAS telah mencalonkan beberapa orang dari Kelab Penyokong PAS. Terdapat beberapa orang lagi ahli-ahli Majlis yang masih belum dilantik oleh Kerajaan Negeri.

PAS bukan lagi sebuah parti yang hanya memikirkan kepentingan orang Islam dan orang Melayu sahaja. Pencalonan ini adalah satu bukti bahawa PAS memperjuangkan nasib semua kaum tidak mengira bangsa. Oleh itu, saya berharap Menteri Besar dan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat Selangor yang lain bersetuju dengan pencalonan-pencalonan itu

Selain dari mereka masyarakat India, PAS juga telah mencalonkan nama-nama mereka yang aktif di dalam pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Mudah-mudahan dengan keberanian ini, merupakan tindakan awal dalam usaha menarik minat non Muslim, dan bangsa selain melayu terhadap PAS, seterusnya mereka meletakkan keyakinan bahawa Islam adalah agama yang bukan sekadar menjadi anutan orang melayu, malah terhadap semua manusia di bumi, tidak kira mereka apa bangsa sekalipun.

Sekian

Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
27 Julai 2009 * 10:38 pagi

Tiada ulasan: