Isnin, 27 Julai 2009

SIAPA YANG ANGKUH, TOK GURU ATAU UMNO?


SIAPA YANG ANGKUH, TOK GURU ATAU UMNO?

Nak tergelak bila baca dialog karton utusan Malaysia seperti di atas. Nak tergelak itu bersebabkan, perpaduan islam yang dicanangkan itu adalah antara PAS dengan UMNO.

Takkan UMNO baru hari ini rasa mereka itu islam, sedangkan selama ini, mereka adalah parti yang mencandukan Islam. Merekalah yang mencanangkan fahaman “politik suku, agama suku”, mereka yang melenyapkan keyakinan rakyat terhadap hukum hudud dan banyak lagi.

Mereka menuduh Tok Guru Nik Abdul Aziz angkuh sebab tidak mahu “berpadu” dengan UMNO. Mungkin penulis kata-kata dialog karton itu terlupa, bahawa hak rakyat kelantan tidak diberikan oleh kerajaan Pusat yang di Perdana Menterikan seorang Ahli UMNO juga merupakan tindakan yang angkuh, malah ia lebih angkuh dari tindakan tok guru menyebut “pergi jahanam UMNO”.

Sebagai seorang manusia, perasaan marah disebabkan dizalimi adalah perkara biasa. Apa yang pasti, kerajaan kelantan pimpinan Tok guru Nik Abdul aziz mempunyai hak royalty, tetapi dinafikan oleh kerajaan pimpinan UMNO/BN.

Justeru, apabila ungkapan “pergi jahaman UMNO” terpancul dari mulut manusia yang dizalimi, maka itu merupakan satu doa.

Apabila keadaan ini berlaku, apakah “doa” tok guru agar UMNO pergi jahanam akan mustajab tidak lama lagi?

Mungkin kita perlu merujuk kepada satu hadis Nabi SAW yang menyebut;

وَاتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ فَإِنَّهُ لَيْسَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ اللَّهِ حِجَابٌ

Maksudnya;
“takutlah kamu dengan doa orang yang dizalimi. Ini kerana, di antaranya dan Allah, tidak mempunyai sebarang hijab
[1]

Dalam riwayat yang lain, Nabi SAW menyebut;

وَاتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ فَإِنَّ دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ مُسْتَجَابَةٌ

Maksudnya;
“Takutlah kamu dengan doa orang yang dizalimi. Ini kerana, doa orang yang dizalimi adalah dimustajabkan (oleh Allah)
[2]

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
28 julai 2009 * 5:39 pagi



[1] Sahih Al-Bukhari : 1401.
[2] Sahih Al-Bukhari : 2831.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mudah2an doa Tuk guru nik abd aziz benar2 dimakbulkan tuhan...Ya Allah,mampuskanlah umno...jahanamkanlah umno... Ana harap sangat semoga Umno jahanam tatkala Tuan guru masih hidup lagi...insyaAllah...

Mencari Damai Yang Hilang berkata...

amen...ALLAH AKBAR