Khamis, 10 September 2009

UBADAH BIN AS-SOMIT : ”DEMI KEBAIKAN, AKU MENGKRITIK”


UBADAH BIN AS-SOMIT : ”DEMI KEBAIKAN, AKU MENGKRITIK”

Orang yang tidak membaca sirah para sahabat, mungkin agak kurang mengenali seorang sahabat bernama Ubadah bin As-somit. Mengetahui kisah beliau tanpa mengetahui beliau adalah sahabat, pasti ada orang mendakwa beliau adalah seorang yang biadap, tidak beradap dan kurang ajar dengan pemimpin islam. Malah, tidak mustahil beliau akan mendapat tempelan seorang yang mempunyai hati yang busuk, tidak ikhlas dan takkabbur.

Ubbadah bin As-Somit adalah seorang sahabat ansor yang antara terawal memeluk Islam dari kalangan orang Madinah. Beliau berasal dari kalangan Khazraj, dan salah seorang naqib pada malam perjanjian Aqabah yang pertama.

Muhammad bin Kaab Al-Qurazi berkata;

جمع القرآن في زمن النبي صلى الله عليه وسلم خمسة من الانصار: معاذ، وعبادة، وأبي، وأبو أيوب، وأبو الدرداء

Maksudnya;
“lima orang Ansar yang menghimpunkan Al-Quran pada Zaman Nabi SAW, iaitu Muaz, Ubbadah, Ubai, Abu Ayub dan Abu Darda’[1]

Beliau antara manusia yang tidak suka pemerintah diampu-ampu. Pernah berlaku satu kejadian dalam satu masjid, yang ketika itu didalam masjid tersebut dihadiri Muawiyyah sebagai gabenor Islam di Syam.

Apabila khatib berkhutbah dalam masjid tersebut terlalu sangat memuji Muawiyyah, menyebabkan Ubbadah bin As-Somit bangun dalam keadaan tangannya memegang tanah, lalu dicampakkan ke muka si khatib tersebut.

Tindakan Ubbadah itu menyebabkan muawiyyah agak marah, menyebabkan Ubbadah terus menyebut;

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا رأيتم المداحين، فاحثوا في أفواههم التراب "

Maksudnya;
“Bersabda Rasulullah SAW, apabila kamu tengok pengampu, maka campakkan tanah pada mulut mereka[2]

Semasa hayat, beliau tidak pernah memegang apa-apa jawatan pun. Semuanya ekoran dari sumpahnya tidak mahu memegang sebarang jawatan ekoran mendengar pesanan nabi terhadap kesusahan di akhirat nanti apabila memegang jawatan.

Pernah di zaman Omar menjadi Khalifah, beliau dipujuk agar memegang jawatan, tetapi beliau tetap dengan pendirian beliau menyebabkan Omar akur.

Beliau amat mencontohi kehidupan Omar bin AlKhattab yang bersifat zuhud, menyebabkan beliau amat tidak suka dengan sikap Muawiyyah yang dilihat seakan-akan bermewah-mewah. Menyebab beliau menjadi pengkritik tegar terhadap pemerintahan Muawiyyah ketika berada di palestine.

Muawiyyah amat tertekan dengan kritikan tegar itu, menyebabkan menghantar balik Ubbadah agar berada di Madinah. Semasa berada di Madinah, menyebabkan Omar bin Al-Khattab pelik dan bertanya kepada beliau mengapa beliau berada di Madinah. Ubbadah menceritakan semuanya kepada Omar, menyebabkan Omar minta agar Ubbadah pergi juga ke Palestine sekali lagi dan memantau pergerakan Muawiyyah. Dan Omar pun mengirim sama surat kepada Muawiyyah tentang arahan beliau agar Ubbadah berada di Palestine untuk memantau pergerakan Muawiyyah itu.

Di zaman Nabi SAW, keluarga Ubbadah pernah melakukan perjanjian dengan orang Yahudi Bani Qainuqa’. Apabila berlaku peperangan Uhud, dilihat puak-puak yahudi qainuqa’ melampau, menyebabkan Ubbadah terus bertindak memutuskan perjanjian tersebut agar tidak menjadikan Ubbadah teragak-agak untuk menyerang yahudi tersebut.

Ekoran dari kejadian itu, Allah menurunkan ayat Al-Quran yang berbunyi:

وَمَنْ يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آَمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ

Maksudnya;
“Dan barangsiapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang”

(Surah Al-Maidah : 56)
[3].

Tubuh badan Ubbadah tinggi lampai, dan boleh dikategorikan sebagai lelaki yang hansome. Beliau tinggal di Baitul Muqaddis, dan meninggal dunia di Ramalah pada tahun 43 daripada hijrah, sewaktu umurnya 72 tahun. Dalam kitab Ar-Rijal Haul rasulillah SAW menyebut, Ubbadah meninggal dunia pada tahun 34 hijrah. Menurut riwayat lain, beliau meninggal dunia di zaman Muawiyyah jadi Khalifah[4].

Sekian

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

[1] Siyar Al-‘Alam wa An-Nubala’ : 2/6.
[2] Siyar Al-‘Alam Wa An-Nubala’ : 2/7.
[3] Ar-Rijal Haul Rasulillah SAW : m/s : 270.
[4] Siyar Al-‘Alam Wa An-Nubala’ : 2/11.

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jauh panggang dr api....

Tanpa Nama berkata...

salam, bezanya ubadah dgn ko ni wanji, dia berdepan dgn khatib tu dah sahih khatib tu buat salah, ko ni pulak brkokok dlm blog sendiri, bersumberkan pulak mstar, klau stakat nk aibkan org dlm blog sendiri toksah berlagak laa, gentleman laaa...pi jumpa sendiri org2 yg hang blasah (ketua2 pr) dlm blog hang ni then baling lah tanah ke bg penumbuk kee

wassalam
wan

Tanpa Nama berkata...

puak jumud altantawi sedang menyerang... kah kah kah...

rilex.. tontowi sedang melancarkan serangan hendap.. kah kah kah...

matbaling..

Tanpa Nama berkata...

jangan maki tontowi, kerna dia maksum....

jangan hentam tantawi, nanti teloq besar sebelah.

pujilah tontowi, nanti dapat syurga..

sapa yang maki tontowi, bermakna dia maki nabi....

hidup-hidup... hidup tontowi..

aduh_teruna

Tanpa Nama berkata...

bangang lah geng2 hang ni wanji, aku ni bukan ahli pas ke mana2 tapi aku undi pas dan sayang pas, aku tegur bukan aku taksub tantawi ke TGHH ke TGNA, aku tegur coz ramai kwn2 aku yg nk jinak dgn pas keep question aku, wanji, org kat luar sana dok tgk je akhlak org pas, depa ni berbilang background dan rata2 educated (ain dan kifayah), depa ni suma sokong pas, sleeping voters, just aku nasihat hang dan geng2 bangang yg dok 'up' kan hang tu, nak nasihat siapa pun biar berhikmah, berdepan, berilmu. aku tak de masa nk berjumud2 tantawi ke sapa ke. no time.

wassalam
wan

Tanpa Nama berkata...

laa... bukan orang pas ka... kah kah...

aku ingat orang pas. sayang semacam jer kat tantawi jumud tu.. serban berat kepala sampai tak sempat pikiaq.

hangpa nak tau tak... abu talib tak masuk syurga tau.... dia jaga nabi lebih dari hang jaga tantawi...

hangpa kena cepat-cepat taubat. masuk Pas. kah kah kah...

matbaling

Tanpa Nama berkata...

Aku penah dgq kuliah Ustaz Zul (ktua dwan Ulama Mlaka) yg ulama ni berselisih pndpt berkenaan dgn Abu Talib ni msuk neraka or syurga. Ada pndpt yg mngatakan Abu Talib ni islam ktika nazak cuma x nk mngaku disbbkn kerberadaan Abu Jahal n Abu Lahab kt situ.

berkenaan balah antra Ustaz Wanji dgn Ustz Tantawi ni, aku nasihat 1 ja kt hgpa smua, kta toksah la dok 'berkokok' lbey2.. Ni prob antra dpa dua2, pandai2 la dpa selesaikn dri. kta toksah dok galak masuk campoq.

Ingat pesan As-Syahid Hassan Al-Banna, menjaga kesatuan jemaah ni WAJIB!!!!

(nasihat kpd Ustaz Wanji, cpt2 la jmpa Ustaz Tantawi. Selesaikan msalah hgpa dua. Jgn dsbbkn mslh ni org2 bwh PAS dok berbalah x sudah2)

Al-Bakistani berkata...

asalnya, ana malas nak balas sebarang komentar dalam blog ini. pun begitu, untuk membetulkan beberapa fakta, ana bertanggungjawab membalas juga..

pertama;

dakwaan ABu Talib mati dalam beriman.. itu adalah dirujuk kepada riwayat Syiah...

dalam bahasa melayu, ada sebuah buku yang mengupas isu ini, iaitu Fiqh harakah karangan Tuan Guru Haji Abdul hadi awang.. (setakat yang ana baca)

kedua:

ana tidak pernah bergaduh atau ada apa-apa masalah pun dengan Ustaz Din tantawi. artikle ana dalam blog ini, bukan teguran atau hentaman. tetapi adalah perbedaan pendapat antara kami..

cumanya, cara "sound" sahaja yang dilihat agak kasar.

ana sesama kawan rapat-rapat, terutama dengan eddieputra, lebih pada cara ini lagi ana berbeda pendapat..

kadang-kadang kami boleh maki sesama kami dengan menggunakan kalimah "kau memang mangkuk hayun".

kami berbeda pendapat, tapi kami rasa kami mesra...mungkin orang yang tidak faham cara kami, akan rasa kami agak kasar..

guru ana dipakistan lagi kasar..

diharap, jangan salah faham antara ana dan ustaz Din tantawi....

sekian

Al-bakistani

serirasahati berkata...

ustaz, berbeza pandangan itu tak salah...yang salah adalah sikap dan bahasa yang kasar. tak kisahlah tok guru ustaz dari pakistan atau Afghanistan tu kasar atau tidak...tapi saya yakin tok guru besar kita yakni rasulullah saw sangat lembut dan cermat bahasa baginda lebih-lebih lagi terhadap sahabat.

Saya tak setuju ustaz membudayakan 'bahasa kasar' dlm berbeza pandangan sehingga ke tahap 'mangkuk hayun' pun dianggap biasa...lepas ni perkataan babi hang, bangang hang pun akan jadi biasa dan murah dibibir kita.Walau ustaz mengaku 'masih mesra' biarpun 'melawak' kasar dgn sahabat....adakah penilaian itu boleh tembus ke dalam hati ?

Tanpa Nama berkata...

hehehe...maha sengal la ko ni wan ji.

ko ingat manusia ni Xde perasaan mcm robot ka...? ko dah hentam kau2 mamat tu, pastu scr terbuka pulak tu, mengaibkan die jgn cerita la, merendah2kan die, ko asyik ingat t/jwb pemimpin terhadap org bwh, tp ko ade ingat ke t/jawab org bawah terhadap pimpinan & ade ko buat ke...??? pastu ko ckp 'kitorg' Xde pape, kononnye saje buat2 lawak bodoh sesama sendiri... akhlak ko ni layak di 'tong sampah' kan la wanji.

ko mmg suke buat lawak antarabangsa yang tersangat layak di 'tong sampah'kan dgn seberapa segera.

mendengar alasan maha bangang ko wan ji...semakin bengkek hatiku bile mengingati wajahmu.

maaf wanji...aku buat 'lawak' dengan mu !!!

Al-Bakistani berkata...

pertama :

penggunaan kasar atau tidak dalam sesuatu bahasa, ditilik pada sesuatu kaum dan bangsa tertentu..

sebab itu, kalau kita pergi melaka. orang melaka menggunakan kalimah "celaka" itu seperti perkataan biasa. ia bukan bermaksud makian, tetapi kalimah biasa.

di Kelantan, kalimah "menate ni" (binatang ni) juga bukan perkara yang dianggap mencela, malah ia sekadar budaya dalam sembang..

pada ana, bahasa kasar itu dilihat berdasarkan kepada persepsi setempat.

justeru, tidak hairan Nabi SAW pernah menggunakan kalimah "waihak" yang diterjemah "celaka"..

dan Nabi SAW pernah menyebut kalimah;

بئس إبن العشيرة

yang kalau diterjemah dalam bahasa melayu kelantanya, "baso bako jahat"

kedua:

ustaz Din tantawi juga pernah gunakan kalimah kasar bergurau dengan ana..

dia ada tulis dalam satu ruang komen beliau masa merespon beberapa kritikan ana terhadapnya.. dia sebut, "orang dah pakai 3G dah wehhh!!"

ucapan itu terkesan pada ana, menyebabkan ana tukar blog ana kepada http://g-82.blogspot.com, walaupun asalnya blog ana http://one-g.blogspot.com.

bula blog one-g tu kena spam, ana gantikan blog itu kepada g-82.

ana tidak menganggap ucapan itu sebagai makian, tetapi sekadar guraaun. walhal, dia sudah main-mainkan nama ana sendiri...

ketika itu, ramai yang komen dalam blog beliau, tetapi seorang pun tak pertahankan ana, waimma Ustaz Din guna kalimah sebegitu..

mungkin nasib ana, ana bukan pimpinan PAS.. kalau ana pimpinan PAS, mungkin Ustaz Din kena maki sepertimana ana kena maki dalam blog ini disebbakan guna bahasa yang agak kasar ketika berbeda pendapat dengan ustaz Din...

itu cerita lama... lupakanlah ia berlalu...

ketiga:

tapi pada ana, ana terkesan apa yang disebut oleh Edward De Bono..

"ramai manusia menilai sesuatu dengan sentimen, bukan kerana hujjah dan rasional.."

walaupun hujjah ana telah diterima oleh ustaz Din, menerusi dua artiklenya tentang isu najib.. tetapi, ana tetap dilihat salah.

buktinya, artikle ana berbeda pendapat dengan dia yang bertajuk "apahal si tantawi ni?" terlebih dahulu keluar berbanding artikle dia yang bertajuk "rundingan didendang lagi"..

ana yakin, artikle itu hendak counter balik apa yang ana tulis dalam blog, sebab dalam artikle itu, lebih 50% kandungannya, serupa dengan apa yang ana nukilkan..

begitujuga, ana tulis artikle yang bertajuk "najib bukan muawiyyah". artikle itu, ana jawab balik hujjahnya yang menggunakan ayat Al-Quran, surah al-hujurat seakan-akan memberi gambaran boleh berdamai dengan UMNO.

dan kemudiannya, Ustaz Din tulis artikle "kitab inikah UMNO tidak jumpa?" juga terkandung maksud apa yang ana tulis dalam artikle "najib bukan muawiyyah"..

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani

Al-Bakistani berkata...

inilah hebatnya Pimpinan PAS. kita tidak boleh kritik terbuka terhadap mereka, tetapi mereka boleh kritik terbuka kepada kita..

dalam satu majlis kuliah haraki, ustaz Idris Ahmad selamba je kritik ana secara terbuka.. ana ada dalam majlis tu, dan dia pun nampak ana dalam majlis tersebut.

ana tak marah pun.. walaupun, hujjah ustaz Idris itu ana sifatkan terlalu bodoh... pada ana, dia dikira menang, sebab dia pegang mic hari tu..

tapi, ana rasa la.. kalau ana diberi mic hari itu untuk jawab, ana yakin, ana boleh kritik dia lebih berilmu dari apa yang dia kritik ana.. sebab, hari tu, dia baca hadis pun salah baris...

tapi nak buat macam mana. ana bukan pimpinan PAS.

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

tahniah wan ji...tahniah !!

serirasahati berkata...

salam

expected! there must be something wrong inside.

kadang tak sedar 'puncanya' mungkin datang dari kita juga.Bukankah sahabat itu refleksi diri kita.

ustaz menulis kerana dendam atau paling kurang kerana 'kecil hati'...jadi siapa yang menulis gunakan 'sentimen' sebenarnya ??

soalnya saya tak nampak pemimpin pas tidak boleh dikritik secara terbuka, tapi ustazlah sebenarnya yg sensitif bila kritikan dipulangkan pada ustaz semula.

memang sungguh hebat bila Allah menegur kita...kerana segalanya akan rasa sakit belaka.

sebenarnya ramai ahli pas yg kecewa dgn ketua atau pimpinan akan terdorong menjadi 'kurang asam'.

Di mata saya, tok guru sendiri pun ada banyak kesalahan dan ada kekurangan. Tapi kesalahan dan kekurangan itu tidaklah sampai ketahap menjatuhkan kemuliaannya sebagai ulama' dan pemimpin gerakan Islam ,apatah lagi kebaikannya jauh lebih banyak.

Saya mengambil sikap tetap memuliakan dan menghormati beliau selagi beliau memperjuangkan islam dan secara terangan mahukan Islam.

Saya bukan dipimpin oleh rasulullah yang maksum dan bukan juga dipimpin oleh para sahabat yg baginda ibaratkan bintang. saya dipimpin oleh seorang ulama yang hidupnya ribuan tahun jarak dari era baginda. Maka saya menyedari kekurangan dan kelemahannya.Namun tetap di hati saya merasakan beliau ikhlas inginkan Islam utk kta semua....maka pada beliau saya thiqah.


ustaz, kita ni tak de apa....cuma kulit, tulang dan daging aje...yang menguatkan kita adalah 'jiwa'..

saya betolkan ustaz, dlm masyarakat kelantan..menate atau nnate tu memang kasar. Mak saya libas dgn tali timba adik beradik yang sebut perkataan tu. kalau pun ia 'melawak' yg popular di kalangan oghe klate, ia cuma bagi golongan yg kurang tarbiyyah saja.

Al-Bakistani berkata...

pertama;

ana tidak melihat isu dendam atau sentimen sekarang ini, tetapi ia merupakan satu tarbiyyah bil hal dari pimpinan PAS.

mereka mengkritik kita berdepan sebab nak ajar kita supaya berani mengkritik mereka pula, iaitu dikala mereka tersilap, ataupun mereka buat kesalahan.

malah, ia juga merupakan tarbiyyah agar kita sentiasa bercambah minda dalam menghasilkan natijah yang baik untuk Islam.

kedua;

pada ana, kritikan amat perlu, malah satu kewajipan. sama ada kritikan itu keras, atau lembut, atau sound tepat dan sebagainya. semuanya itu merupakan kaedah tersendiri dalam mencapai kebaikan disebalik kritikan.

kalau disebut, sound tepat tidak sesuai, masakan ia dilakukan oleh Ubbadah Bin As-Somid terhadap Muawiyyah dalam masjid. padahal, ketika itu, semua jemaah melihat kritikan terbuka yang dilakukan oleh Ubbadah bin Somid terhadap Muawiyyah..

kisah seorang muslimat kritik Omar berhadapan. malah, ada sirah menceritakan seorang pemuda sanggup menghunuskan kepada Omar sambil berkata, "kami akan membetulkan kamu dengan mata pedang ini".

inilah budaya kritikan di zaman Omar. tidak hairan Omar menjadi seorang khalifah Islam yang teragung selepas kewafatan nabi SAW. malah, beliau menjadi tauladan disemua dunia, waimma dari kalangan barat sekalipun.

ketiga;

kritikan tetap berlaku. kasar keras, terpulang dengan isu dan keadaan. kritikan yang diberi, jika dilihat bernas, tidak ada salahnya kita menerima. sebaliknya, jika dilihat terlalu dangkal, adalah tindakan utama ditinggalkan dan diabaikan kritikan tersebut.

keempat;

selepas ini, mungkin sebarang kritikan perlu disulam dengan kalimah "patik mohon sembah derhaka", baru ada orang yang tak marah.

sekian

Wallahu 'Alam

Al-bakistani

lutfi berkata...

petikan dari buku "Umar ibn al-Khattab, His life and Times, Volume 2, Dr Ali Muhammad as-Sallabi, IIPH -page325-332" berkenaan Ubadah as-Samit r.a.

When Al-Muqawqis request Amr al-'As to sent Muslim delegates for negotiation during conquest of Egypt, Amr al-'As sent ten men, one of whom was Ubadah ibn as-Samit. Amr ordered him to be the one to speak to the people and not to accept any deal but one of three action (ie. becoming muslim, paying the jizyah or fighting), because the caliph (Omar al-Khattab r.a) had issued instruction to that effect. Ubadah ibn as-Samit was black and when they travel by boat to al-Muqawqis and entered his place, Ubadah stepped forwrd and al-Muqawqis was alarmed because of his blackness. He said, "Take this black man away from me and let someone else come and speak to me!" They said, "This black man is the best of us in knowledge and wisdom. He is our leader and the best of us, and has been appointed over us. We all refer to his opinion, and our leader order us not to go against him."
Al-Muqawqis said to the delegation, "How could you accept this black man as the best among you? Rather he should be the last among you." They said, "No, even though he is black as you can see, he is the best in status among us, one of the foremost among us and one of the wisest. Blackness is not something bad among us."
Al-Muqawqis said to Ubadah, "Come forward O' black man, and speak to me gently...
Ubadah went forward and said,"
I have heard what you said. Among my companions whom I left behind are a thousand man who are as black as me and even blacker than me and more terrifying to behold. If you saw them you would be even more alarmed. My youth is gone, but nevertheless I would not be scared if one hundred men of my enemy wanted to face me all at once, and the same is true of my companions, for our hope and our desire is to strive in jihad for the sake of Allah, seeking the pleasure of Allah. The reason our campaign against our enemies who wage war against Allah is not the hope of worldly gains or accumulation of wealth; rather Allah has permitted that to us and made the booty we acquire permissable for us. But none of us cares whether he has a qintar of gold or has nothing but a dirham, because all we want from this world is something to eat and ward off hunger, and a cloth to wrap around ourselves. If one of us owns nothing more than that, that is enough. If he gets a qintar of gold he will spend it for the sake of Allah and be content with the little that is left in his hand, because the pleasure of this world is not true pleasure and its luxury is not true luxury; rather real pleasure and luxury come in the Hereafter. This is how our Lord has guide us and our prophet has taught us; he advise us that our ambition in this world should be just to have enough to ward off hunger and cover our 'awrahs; our main concern should be to please our Lord and strive in jihad against His enemies."
When al-Muqawqis heard that, he said to those who were around him: "Have you ever heard anything like what this man is saying? His appearance alarmed me but his words alarmed me more than his appearance. Allah has sent this man and his companions out to destroy the world! I think that they are bound to prevail over the entire world."

-ben-hassir, tripoli.

Al-Bakistani berkata...

وعن أبي حزرة يعقوب بن مجاهد، عن عبادة بن الوليد بن عبادة، عن أبيه، قال: كان عبادة رجلا طوالا جسيما جميلا.

dari kitab siyar al-'alam wa an-nubala'

sekian

wallahu 'Alam

Al-Bakistani

KUNYiiL berkata...

ooo baru den tau rupe2nya macam tu akhlak orang2 alim bila berdiskusi yer...
bagus3 ... model baik utk gua...
hehehehe ..tq