Jumaat, 21 Mei 2010

DAP : ANTARA PELUANG DAN ANCAMAN

Pada tahun 2001, atas kebijaksanaan politik Ustaz Fadzil Noor, UMNO/BN cukup takut dengan warna hijau, sehingga ketika itu dikenali sebagai "Fenomena Hijau"
(keratan Akhbar OPERASI keluaran April 20o1)


[1]

Sudah dijangka, dalam artikle lepas, pasti mendapat respon dari sebilangan pengkomen; tidak kira mereka yang beraliran UMNO, juga mereka yang merasakan mereka berfikrah UG.

Mereka yang berfikrah UG menyerang, dan aku tidak mempunyai niat untuk menyerang balas, sebaliknya mengucap terima kasih atas serangan itu. ini menggambarkan suburnya budaya wacana dalam dunia maya, dan semestinya ini mampu menyubur pemikiran kreatif di kalangan pendokong-pendokong gerakan Islam, yang mahu Islam terlaksana dengan jayanya untuk masa mendatang – Insya Allah.

Jika ingin dibahas segala kupasan mereka, aku boleh membalasnya dengan hujjah. Bahkan, pada penilaianku, cara mereka mengemukakan hujjah tidak berasaskan kepada fakta. Ini kerana, kertas kerja yang menjadi asas pemikiran UG itu sememangnya wujud ditanganku sehingga kini, namun ia tidak berjaya disebabkan mendapat tentangan dari sebilangan besar pimpinan PAS itu sendiri.

Inilah kehebatan PAS jika mahu dibandingkan dengan UMNO. Menunjukkan, pimpinan PAS bukan golongan ”yesman”, sepertimana pimpinan UMNO. Apa yang diucapkan oleh presiden parti mereka, maka itu betul belaka, yang mengakibat UMNO semakin hari ditolak oleh rakyat, ekoran kebejatan dan kerosakan dalamannya itu.

Lupakan isu yang telah lepas; yang memberi sejarah hitam bagi PAS sejak sejarah 8 Mac 2008 yang lepas. Sebaliknya artikle kali ini, ingin mengupas sambungan perbincangan tentang hubungan kita dengan DAP.

[2]

Isu sikap kita terhadap DAP perlu difikirkan secara dakwah. Aku tidak menafikan, ada pihak menganggap bahawa DAP merupakan ancaman, tetapi adalah satu kesilapan jika kita menafikan hubungan PAS dengan DAP kini merupakan satu peluang dakwah yang cukup besar.

usah difokuskan kepada pemimpin DAP, tetapi yang wajib kita fokuskan adalah kepada rakyat dari non Muslim yang menyokong DAP. Pada rakyat non Muslim, DAP adalah sebuah parti yang membawa wadah mereka. Justeru, peluang merebut sokongan mereka adalah satu keperluan.

Kita tidak perlu terlalu memfokuskan pemimpin DAP agar memeluk Islam, tetapi jika mereka memeluk Islam, maka itu adalah satu kesyukuran terhadap ilahi. Tetapi, yang paling penting kita fokus adalah rakyat yang menyokong DAP.

Rakyat yang menyokong DAP; yang ramai terdiri dari kalangan non Muslim merupakan sasaran dakwah kita yang paling penting. Kita perlu berusaha menyeru mereka kepada Islam. Jika mereka tidak memeluk islam pun, sekurang-kurangnya mereka mengatakan Islam adalah agama yang adil dan indah pun sudah cukup memberi kredit dalam usaha perlaksanaan islam di Malaysia; sudah pasti ia adalah cita-cita PAS sejak sekian lama.

Ekoran itu, aku tidak pernah sedih jika wujud beberapa tindakan buruk yang dilakukan oleh PKR dan DAP, tetapi yang paling aku bimbang apabila kesilapan dari sudut persepsi rakyat dilakukan oleh pimpinan PAS. apabila pimpinan PKR dan DAP melakukan sesuatu keburukan, sudah pasti rakyat akan menilai siapa mereka. Tetapi, jika pimpinan PAS melakukan sesuatu perkara yang memberi persepsi yang buruk, pasti ia dapat memberi imej buruk kepada PAS dan perjuangan Islam itu sendiri.

Kejayaan PAS dalam membina persepsi baik adalah kejayaan dalam usaha menubuhkan kerajaan Islam; kerajaan yang melaksanakan dasar-dasar Islam yang berasaskan kepada keadilan ilahi.

[3]

Jika kita merenung jauh kepada kejayaan Nabi SAW membawa Islam dalam sejarah Sulh Al-Hudaibiyyah, kita akan mendapati betapa bijaknya Nabi SAW dalam berpolitik.

Dalam sirah, kita dapati Nabi SAW banyak ’mengalah’ ketika melakukan perjanjian Al-Hudaibiyyah, tetapi ternyata ’mengalah awal’ bukan bermakna kalah, sebaliknya ia merupakan kemenangan yang nyata selepas dari itu.

Ia sama seperti yang kita lihat dalam filem tamil dan hindi, sehingga ada orang melayu tua-tua dulu sering berkata, ”hero tamil memang kalah dulu”.

Pada tahun kedua selepas berlaku Sulh Al-Hudaibiyyah, baru Nabi SAW dan para sahabat dibenarkan oleh Quraish untuk melakukan ibadat di Kaabah. Dalam tahun kedua itulah, berlakulah sejarah Umrah Al-Qada’ [umrah Al-Qada’ ini dikenali juga dengan nama Umrah Qadiyyah, Umrah Qishash dan Umrah Sulh], tetapi keizinan menunaikan ibadat itu hanya selama 3 hari sahaja.

Namun begitu, dalam jangka terlalu pendek, Nabi SAW berjaya membina imej yang cukup baik di mata-mata rakyat makkah terhadap umat Islam yang ditarbiah oleh Nabi SAW.

Bermula dari kesetiaan terhadap perjanjian, yang bersuaian dengan sabda Nabi SAW;

الْمُسْلِمُونَ عِنْدَ شُرُوطِهِمْ

Maksudnya;
”orang Islam itu disisi syarat-syarat [perjanjian] mereka
[1]

Juga, banyak tindakan yang membawa imej baik dilakukan oleh Nabi SAW dan para sahabat, seperti mengerjakan solat dan menghilangkan sama sekali sikap meninggi diri, mana yang kuat akan membimbang yang lemah, mana yang kaya akan membantu yang miskin.

Rasulullah SAW sendiri dilihat seperti seorang bapa, yang mencintai dan dicintai. Baginda SAW dilihat sebagai seorang yang agak senang diajak ketawa dan bergurau, tanpa menafikan kebenaran ajaran Islam.

Keadaan ini berlanjutan, menjadi tontonan rakyat Makkah yang belum lagi beragama Islam. Mereka melihat keindahan suasana tersebut; seperti tidak ada minuman keras, tidak melakukan amalan maksiat, tidak mudah tergoda dengan makanan dan minuman dan mereka cukup tidak mudah terpedaya dengan pengaruh duniawi.

Lebih memberi kesan kepada jiwa rakyat Makkah yang tidak beragama islam lagi, apabila para sahabat yang hadir ke Makkah untuk menunaikan Umrah Al-Qada’ itu, dilihat cukup lunak dalam memberi pertolongan kepada orang-orang miskin dan para hamba yang tinggal di Makkah. Waima mereka tidak beragama Islam, tetapi bantuan dari para sahabat hulurkan kepada mereka, seperti sanggup himpun duit untuk membayar hutang bagi mereka yang berhutang dan sebagainya, cukup memberi kesan kepada jiwa rakyat Makkah secara menyeluruh.

Dengan imej baik inilah, menyebabkan nabi SAW dan para sahabat diterima oleh rakyat Makkah. Waima tindakan Nabi SAW itu dibenci oleh pimpinan Quraish yang kufur, tetapi kejayaan Nabi SAW menarik pengaruh dikalangan rakyat Makkah tidak boleh dinafikan lagi.

Ekoran itu, Nabi SAW berjaya mencipta satu gelombang rakyat yang cukup hebat; sehingga tidak dapat dinafikan lagi oleh pimpinan Makkah, iaitu apabila majoriti rakyat makkah sendiri telah menerima Nabi SAW dalam sejarah Fath Makkah [pembukaan kota Makkah].

[4]

Alangkah hebat cara Nabi SAW mencipta gelombang sehingga dakwah Nabi SAW diterima oleh rakyat Makkah. Keadaan ini perlu dipelajari oleh setiap gerakan Islam di malaysia, malahan di mana-mana.

Sebagai sebuah parti Islam, pimpinan PAS perlu mempunyai kebijaksanaan dan cepat dalam mendapat peluang dalam mencipta imej yang baik di mata-mata rakyat, terutama ketika berada dalam gabungan Pakatan Rakyat.

Ketokohan Ustaz Fadzil Noor dan Dr Burhanuddin Al-Helmi adalah dua tokoh yang wajar dijadikan contoh. Kedua-dua tokoh ini, amat hebat dalam mencari peluang dalam mendapat pengaruh politik, sehingga mereka berjaya mencipta satu gelombang rakyat di Malaysia.

Kita masih tidak lupa dengan sejarah ”fenomena hijau”, hasil daripada kebijaksanaan politik ustaz Fadzil Noor dalam mencipta gelombang rakyat menyokong PAS pada tahun 2001 yang lalu.

Inilah perkara yang perlu kita pelajari dan tekuni, agar PAS akan mendepani Umat seterusnya berjaya melaksanakan Islam sebagai sebuah ’agama yang memerintah, bukan agama yang diperintah’ di Malaysia, yang merupakan cita-cita PAS sejak sekian lama.

Yakinilah, Islam pasti akan menang. Takbir..

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
21 Mei 2010 * 7:07 petang



[1] Abu Daud : 3120.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ulasan hambar dan tak bernas!

Pasal ulangan bodoh UG, sila rujuk ni..

http://ali-zaidan.blogspot.com/2010/04/wala-dan-thiqah-jawapan-kepada-artikel.html

Tanpa Nama berkata...

1.Ish!ish!ish!hang nak dakwah kat puak kapiaq harbi!!diri hang sendiri tak terdakwah!!
2.Sapa iktiraf hang sebagai pendakwah agaknya!sesama islam pun tak terima hang sebagai pendakwah!sesama Pas sendiri tak terima diri hang sebgai pendakwah!puak umno lagila tak terima hang sebagai pendakwah!!
3.Penulisan hang itu ada juga ilmiahnya!!tapi!!!hang sebagai pendakwah??????apatah lagi nak dakwahkan puak dap!!puak-puak macam hang dulu ramailah kat penang terutama dibahagian pulau!!last sekali melayu dan islam kena terajang keluar dari penang!!pasal apa!sebab ada orang macam hang dulu!berimej islam!puak melayu dan islam yang tak dak duit jui tanah kat puak macam hang!tak pa!juai kat sesama islam!!rupanya!!tanah jatuh pada puak kapiaq harbi!orang macam hang jadi talibarut!!jadi pencacai puak kapiaq harbi!!ingatkan juai tanah pada sesama islam!rupanya juai pada puak kapiaq harbi!!!
4.Berkokoklah anak cucu pak daduk oiii!!!

Ahli PAS biasa berkata...

Kedua penulis diatas telah memperlihatkan sikap kalangan penyokong UG yang wala' mereka kepada pemimpin hingga tidak perlu lagi menghormati orang lain. Kalau inilah kumpulan yang ingin memerintah, mohon pada allah dijauhkan dari malapetaka golongan sebegini, amat menakutkan, meresahkan dan luar biasa sikap mereka ini. Rasulallah dan sahabat nya tidak pula dilihat berperilaku begini. Amalan wala' apa lah agak nya ye?.

Tanpa Nama berkata...

Kepada Ahli PAS biasa

Masalahnya kedua2 group UG atau Tok Guru mengamalkan pendekatan "TIADA ADAB SESAMA JEMAAH" ...

Bagaimana jamaah PAS boleh dijadikan contoh sebagaimana akhlak sahabat2 Nabi ... diuji sedikit telah goyah ...

PAS membawa nama "ISLAM" ... buruk perangai pimpinan/ahli PAS buruklah orang melihat ISLAM itu ... Bagaimana hendak menjawab di hadapan ALLAH ...

Maaf pada semua. Sama2 kita muhasabah ...

Tanpa Nama berkata...

sokong ahli pas biasa

Tanpa Nama berkata...

"Inilah kehebatan PAS jika mahu dibandingkan dengan UMNO. Menunjukkan, pimpinan PAS bukan golongan ”yesman”, sepertimana pimpinan UMNO. Apa yang diucapkan oleh presiden parti mereka, maka itu betul belaka, yang mengakibat UMNO semakin hari ditolak oleh rakyat, ekoran kebejatan dan kerosakan dalamannya itu"

Di dalam PAS, apa yg diucap oleh Mursyidulnya betul belaka, tak gitu. Tak dak siapa berani nak kritik termasuk Al Bakistani sendiri terkena sindrom "bisu" .... sampai menjadi bahan sinis oleh blogger kickdefella iaitu "Ambo tak Tahu" ...

Kalau dapat jawab dgn malaikat di akhirat nanti juga dgn jawaban "Ambo tak Tahu" ....
Sekarang dah terang2 menyerang Prof Dr Harun Din tentang isu kalimah Allah ...


Nota: Maafkan ambo ha .....sebab ....Ambo pun tak tahu ..

Nizam berkata...

Salam Ustaz... puak-puak ortodoks ni dia orang tak tau benda lain. Yang dia orang tau HARAM dan HALAL. Yang buat benda HARAM orang jahat dan yang buat benda HALAL orang baik. Tapi mereka tak tau macam mana nak dakwah orang jahat supaya jadi baik dan orang baik akan sentiasa baik. Pandangan serong mereka sentiasa menebal. Saya lebih rela berkawan dengan kafir berbanding munafiq seperti umno dan sesetengah ahli pas. Mereka yang ortodoks ni tak pernah campur orang serta kejutan budaya tiba-tiba dapat kuasa (menang) selepas tu tak tau macamana nak mentadbir. Itu pandangan saya.

Tengok saja di kedah, pas umno dah macam abang adik pulak dah. Dulu macam nak mati kita lawan umno tapi sekarang dah jadi macam abang adik. Pada saya ini kata-kata BANGSAT yang terkejut TERdapat kuasa. Mereka yang begini biasanya bukan pejuang tulen. Tak pernah diuji. Hanya kami sebagai aktivis ni saja yang kena belasah, kena lokap, kena sembur dengan air kimia. Waktu tu hadi, azizan, nasharudin, hasan ali, mustafa ali dan lain-lain konon-konon pemimpin hanya perhati dari jauh.

Hanya segelintir saja pemimpin yang tau pahit jerihnya melawan umno ni seperti Mat Sabu, Hatta Ramli, Mahfuz (skrg dah dato' tak taulah), Anwar, Gobalakrisnan, Tian Chua dan Lim Guan Eng. Macam ni baru dikatakan pemimpin. Mereka di depan dan rakyat di belakang. Merka sanggup dipenjara dan dibelasah oleh anjing-anjing umno.

Ustaz-ustaz lain buat apa? Perhatikan rakyat kena belasah? Lepas menang nak duduk berunding dengan umno sebagai abang adik?
Memang BANGSAT...

Tanpa Nama berkata...

Salam En Nizam, Anda telah menyebabkan penulis penulis tanpa nama diatas terkedu seribu bahasa. Cantik..... saya ahli biasa mana pandai berbicara sangat macam mereka mereka itu. Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Dalam laman Ali Zaidan, Penembak Babi , Batu Api dan seangkatan dgn nya menyerang Ustaz, Malaysia Waves, Zulfaqar, Penarik Beca dan yang lain nya dengan perkataan yang amat jijik dan memualkan. Siapakah mereka mereka ini? Adakah mereka mereka ini perancang UG, pemberi idea kepada TGHH, Penasihat kumpulan UG atau agen UMNO yang di "planted" daripada TF 2010. Kelihatanya mereka begitu menjadi "amuk" atau mengila bila ustaz menulis yang seolah olah terkena batang hidung mereka. Komen dari laman mereka pula adalah dari mereka sendiri atau 2/3 kerat seperti Kapt Sha...apa apa tah. Saya sekali pun bekas Lkpl tetapi tidaklah pula berfikiran bagitu tertutup atau terbelenggu berbandin beliau sebagai Kapt tu... mungkin!!!! dalam mes dulu terlebih?????????. Maaf tuan. Layak nya begitulah hidup pegawai pegawai tu kan. Kami ni biasa jadi Batman zaman akhir 70an.