Selasa, 18 Mei 2010

PENGALAMAN SEMASA BELAJAR


[1]

Diperingkat sekolah rendah, aku tidak pernah kenal politik. Namun, ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah agama di masjid dan surau yang berbau politik, cukup aku minati.

Allahyarham Ustaz Dahlan [orang yang mengasaskan masjid subang airport], antara penceramah yang aku minati. Beliau pernah memberikan tazkirah jumaat di masjid beliau, beliau menyebut, "orang pilih ulama, kita pilih mahathir mamak".

Di masjid Bandar baru sungai Buloh, beliau ada kuliah subuh di situ. Boleh dikatakan, setiap kali kuliah subuh, aku tidak pernah tertinggal kuliah beliau.

Dalam kuliah beliau, kritikan beliau terhadap UMNO/BN kadang-kadang tidak bertapis. Namun, aku belum kenal apa itu politik. Sekadar mengetahui bahawa UMNO ini memang jahat, berdasarkan kuliah-kuliah yang sering aku hadiri. Lebih-lebih lagi, ketika itu bapaku seorang ahli UMNO, dan sering memuji Mahathir.

[2]

Setelah meningkat menengah, aku menghafal al-Quran di Institut pendidikan Al-balaghul Mubin, Pasir Mas Kelantan. Di sana, pelajar-pelajarnya selalu mengkeji UMNO dan Mahathir.

"Alhamdulillah syukur nikmat, Mahathir Mampus rakyat selamat", nyanyian sebilangan pelajar-pelajar yang aku dengar.

Aku tidak mengerti lagi tentang keburukan UMNO dan mahathir ketika itu. Makanya, aku mengambil sikap diam.

Setelah itu, aku belajar pula di pondok Lubuk Tapah, pasir mas Kelantan. Tuan guru haji Abdullah bin Abdur rahman, merupakan kawan rapat tuan guru nik Abdul Aziz. Sering juga kelihatan, Tuan guru nik Abdul Aziz hadir ke rumah Tuan Guru haji Abdullah bin Abdur Rahman dalam sessi Ziarah.

Tuan Guru haji Abdullah boleh dikatakan agak 'syadid' dengan UMNO. Sehingga, satu hari selepas selesai pengajian Fiqh, Tuan guru haji Abdullah ada 'merepek' sebab, dijemput menunaikan solat jenazah seorang lelaki UMNO yang beliau tidak diberitahu.

"kalau orang UMNO mati, jangan dok panggil aku jadi tok imam" lebih kurang begitu yang beliau pesankan kepada kami.

[3]

Semasa belajar di Pondok, aku sering hadir ceramah-ceramah politik di sekitar kelantan. Pernah kami anak pondok sampai ke pasir Putih, semata-mata hendak mendengar ceramah politik yang disampaikan oleh ahli-ahli politik PAS di kelantan.

Penceramah yang aku minat ketika itu adalah, Allahyarham ustaz Bunyamin Ya'qub, Ustaz Nasaruddin Daud, Mat Sabu dan Abe Jak.

Aku minat ceramah mereka, kerana cara mereka mengulas isu ada unsure lawak. Dalam lawak itu, terkandung jawapan-jawapan pernah sebagai kritikan mereka terhadap UMNO.

Kuliah Tuan Guru nik Abdul Aziz di dewan Zulkifli, boleh dikatakan tidak pernah aku tinggalkan. Ketika itu, kuliah tok guru masih lagi dilakukan dalam dewan [atas kedai jaafar rawas, tetapi kini dibuat di bawah; di medan ilmu].

[4]

Sejak aku mengenali PAS, aku tidak pernah terasa hendak mengatakan bahawa UMNO ini adalah parti yang baik. Terutama, apabila sejarah reformasi pertama, tahun 1998 meletus, bertambah meluat aku terhadap UMNO semakin menjadi-jadi.

Sebelum aku belajar di Pakistan, aku sudah boleh menyampaikan khutbah. Tetapi, aku dibenarkan berkhutbah hanya sekali, dan tidak diberikan kebenaran selepas itu. Itu semua angkara dalam khutbahku, aku menyampaikan beberapa kritikanku terhadap amalan-amalan kerajaan BN, waima aku tidak menyebut kalimah UMNO/BN sekalipun, malahan sekadar menyebut sifat-sifatnya sahaja.

Lebih-lebih lagi, ketika itu bapaku seorang yang berkeahlian UMNO. Tetapi, alhamdulillah sekarang beliau telah meninggalkan ajaran lama itu, dan menganut PAS. tidak dinafikan, agak payah untuk mengubah bapaku, daripada UMNO kepada PAS. lebih-lebih lagi, beliau sering mengungkap beberapa ucapan Mahathir seperti, "islam kalau memerintah, Negara tidak boleh maju".

Aku agak berentap dengan bapaku, apabila kalimah itu diungkap oleh bapaku. Mak aku terkejut melihat aku berentap sedemikian rupa, ini kerana sampai kedua-dua belah pihak menepuk meja. Mengenangkan perkara ini adalah perkara yang berkait dengan aqidah, aku berentap dengan bapanya sehingga menangis. Dan aku bersyukur, kerana bapaku akur dengan hujjahku, dan seterusnya meninggalkan ajaran UMNO yang sesat itu.

[5]

Aku mula belayar ke Pakistan, menuntut di sana. Sebelum aku belayar, aku pernah terlibat dengan tabligh. Keluar 3 hari, 40 hari dan 4 bulan menjadi kebiasaanku.

Kebiasaan bagi sahabat-sahabat dalam tabligh, mereka mahu mengikut nabi SAW dalam banyak perkara, makanya aku berambut panjang kerana mengetahui bahawa rasulullah SAW berambut panjang.

Waima aku ikut tabligh, tetapi aku adalah anak muda yang berkeahlian PAS. setelah berangkat ke Pakistan, aku meninggalkan dunia tabligh, terutama ketika bersama rakan-rakan yang berjiwa PAS.

Pernah aku ditegur oleh salah seorang guruku, maulana Abdul Syukur disebabkan aku memotong rambut pendek dalam bentuk yang tidak sunnah. Maulana Abdul Syukur sebut, "kalau nak potong rambut, jangan potong sini sikit, sana sikit. Ini budaya jahiliyyah. Cara islam, kalau nak potong, potong semua. Kalau tak nak potong, biarkan panjang semua" lebih kurang begitu pesanannya.

Aku mengangguk dengan pesanan Maulana Abdur Syukur itu. Ketika itu, aku tidak mengikut tabligh lagi.

Namun, sebelum pulang, aku sempat ikut tabligh di Pakistan, di Faisal Abad. Di situ, aku mula berambut panjang balik. Aku berambut panjang, kerana mengetahui bahawa Nabi SAW berambut panjang.

[6]

Semasa di mesir, aku berada di dua tempat, iaitu di damanhur dan di Kaherah. Semasa di damanhur, ramai menuduh aku sebagai budak wahabi, mungkin kerana aku jarang menghadiri majlis tahlil arwah dan kesyukuran.

Aku tidak hadir itu, kerana beberapa factor. Antaranya adalah, kerana aku seorang yang malas untuk hadir dalam majlis keramaian sebegitu. Jadinya, aku menggunakan hujjah 'bidaah' untuk memberi alasan.

Semasa di kaherah pula, aku tidak duduk serumah dengan pelajar Malaysia seperti menjadi kebiasaan pelajar Malaysia di Mesir. Aku tinggal bersama dua orang kawan dari Indonesia, dan seorang kawan dari Palestine.

Dua orang Indonesia itu adalah, Dodi dan Ikhwan, dan kawan dari Palestine itu bernama Ayyad.

Ayyad ketika itu baru tahun 3, tetapi kupasan hukum apabila ditanya, cukup ilmiyyah sekali. Malahan, kupasan dia itu menjadi notaku.

Di kaherah, pelajar melayu yang menjadi kawan rapatku adalah seorang kawan yang didakwa dia berpartikan UMNO. Aku tidak pasti kebenaran dakwaan itu, tetapi aku tetap berkawan dengannya.

Mungkin juga dia UMNO, ini kerana beliau sering memuji UMNO. Tetapi, apabila beliau memuji UMNO, pasti aku akan kritik balik pujiannya itu.

Pernah suatu hari, aku dimaklumkan oleh seseorang bahawa ada seorang pemimpin PMRAM menuduh bahawa Aku adalah UMNO. Aku cukup berang dengan tuduhan itu. Padaku, menuduhku UMNO, sama seperti menuduhku seperti hindu.

Aku terus membawa sijil keahlian PASku dan terus berjumpa dengan pemimpin tersebut. Aku tanya dia, "awak sudah jadi ahli PAS ke belum?"

Dia terkejut, tetapi tidak menjawab. Aku terus membuka beg aku, dan aku tunjukkan sijil keahlian PASku itu.

"awak jangan dok tuduh saya UMNO tau, saya benci UMNO" ujarku kepadanya.

Aku yakin, aku dituduh UMNO kerana berkawan dengan budak yang didakwa UMNO itu. Tetapi, aku bersyukur kerana budak yang didakwa UMNO itu sudah meninggalkan UMNO, malahan sekarang, jika bertemu dan bersembang dengan beliau, berkali-kali beliau maki UMNO.

[7]

Semasa di kaherah, aku sering berulang alik ke zahran. Di sana ada seorang syaikh yang pakar dalam bidang ilmu hadis. Namanya, Syaikh Usamah Al-Qusi. Di sana, aku dapat kawan ramai dari bangsa turki dan Tajikistan.

Mendengar pengajian hadis yang disampaikan oleh Syaikh. Aku mula berasa hendak berambut panjang. Maka aku mula berambut panjang semula.

Ada sebilangan kawanku yang berbangsa turki ini, berambut panjang juga. Tetapi, ketika lepak dikedai, beliau hisap rokok.

Aku pernah sound kawanku itu, aku berkata, "Asyqarbaiq, kamu ikut sunnah, tapi rokok ini ada dalam sunnah ke?" ujarku dalam bahasa arab.

Dia ketawa bila aku menyatakan demikian. Aku tidak mengetahui, apakah dia berhenti rokok selepas itu atau tidak, tetapi aku bersyukur kepada Allah, kebanyakkan kawan-kawanku yang pernah hisap rokok berhenti dari merokok. Dan aku sendiri bersyukur bahawa Allah SWT mendetikkan dalam diriku, tidak ada perasaan dan kehendak langsung untuk menghisap rokok.

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Bandar Baru Sungai buloh
18 Mei 2010 * 3:11 Petang

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1.Tak dak yang istimewa tentang background pendidikan hang!!zaman dulu!budak yang mengaji sekolah pondok nerupakan budak yang dagal dalam sistem persekolahan!!
2.Lainla macam budak yang hafiz Al-Quran!lepas tu sambung belajaq dalam bidang medic atau kejuruteraan!!Yang itu boleh dijadikan contoh pada remaja sekarang!
3.Ada seorang pelajar!sekolah agama!orang lain dapat berlambaq A dalam upsr!pmr dan spm!!dia nak cari satu A pun susah!!last sekali pi ngaji kat Azhar!!sebab tu budak yang macam hang!layak jadi guru J-Qaf kat sekolah rendah jee!!!
4.Langkah Tabung haji hantar budak straingt A sPM keAzhar merupakan satu langkah yang baik!!depa buat bidang yang kritikal seperti kedoktoran,kejuruteraan!!disamping belajaq agama!dapat hafiz Al-Quran!!Bila habis mengaji!mereka akan jadi doktpr yang hafiz!doktor yang boleh jadi imam sembahyang!!itu lebih baik dari pelajaq yang macam hang!!Puak macam depa layak jadi pemimpin Pas nanti!orang akan dengaq nasihat depa!!
5.Orang macam hang ni!!Dahla pemecahbelahkan sesama Islam!!ngaji pun tak pandai!!layak jadi pencacai orang jee!!

Tanpa Nama berkata...

1.Ada juga kebaikan hang!tak merokok!baguslah!!rokok itu HARAM!!

Tanpa Nama berkata...

Salam..

"Allahyarham Ustaz Dahlan [orang yang mengasaskan masjid subang airport], antara penceramah yang aku minati. Beliau pernah memberikan tazkirah jumaat di masjid beliau, beliau menyebut, "orang pilih ulama, kita pilih mahathir mamak"

macam mana ustaz dahlan nak minta maaf kat Tun kalau Tun kecik hati dgn panggilan tu ... (dosa sesama manusia kena minta ampun dgn manusia juga) sebab itu aku nak ingatkan hati2 dgn penulisan dan percakapan ....

Al-Bakistani berkata...

tun dulu ada sebut, "nabi SAw tak ada janggut sebab tak ada pusau cukur"...

dapat pahala tak cakap macam tu?

pernah ke dia bertaubat???

tolong bagitau !!

Tanpa Nama berkata...

tun dulu ada sebut, "nabi SAw tak ada janggut sebab tak ada pusau cukur"...

itu dosa Tun dgn junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w ... dia kena minta ampun dan bertaubat .... adakah kerana itu Al Bakistani (protege) dan Ust Dahlan (mentor) berhak menghina dan mempermainkan "mahathir mamak" ... amacam kalau orang lain hina Nik Aziz dgn panggilan tertentu ... bolehkah juga ...

lu fikirlah Al Bakistani oiiiiiii...

Tanpa Nama berkata...

1.Bab Tun tu!!hang pi tanya dia la!!bertobat atau tidak!kalau dia tak bertobat lagi!tugas hang la pi dakwah kat dia!!Itulah tugas hang!kalau hang pendakwah islam la!!kalau hang setakat pencacai!hang dok caci kat belakang jee!!
2.Ataupun hang pi tanya penasihat dia!ustaz dunia tu!asri!!hangkan sejalan dengan asri!diakan tok guru pada mahathir!marina!puak wahabi!!!atau puak mudah!!mudah dalam segala hal!tak payah pakai tudung pun boleh!yang paling penting pandai bidaahkan sesama islam!!pecahbelahkan sesama islam!!
3.hang jangan malulah!hang baca banyak-banyak buku Al-Ghazali!Dalam buku bimbingan mukminin!banyak diceritakan tentang puak macam hang ni!!Terutama sekali dalam bab teperdaya!!

Tanpa Nama berkata...

KEPADA TANPA NAMA,

HANYA ORANG BANGANG SAHAJA YANG KATA ORANG LAIN BANGANG!!!

Tanpa Nama berkata...

apa salahnya ngan mahathir mamak? mmg dia mamak pun .sama je cth mcm panggil Brahim Melayu..

Pak Hamka dlm 'Falsafah Hidup" semasa menghurai tajuk 'Buah Keberanian' berkata " Yang dibanggakannya sekarang adalah kepintarannya dan kebodohan saya 20 tahun yang lalu. Mereka tidak insaf - perubahan hidup manusia di dalam masa 20 tahun!"

Tambahny lagi : " Apakah harga segulung diploma, klu dlm hati yg empunya itu tidak ada keberanian? Beratus2 beribu2 org yang keluar dari sekolah setiap tahun, membawa diploma. Ttp hany yg berani juga yg sanggup ke muka. Kalau pengecut, walaupun banyak ilmu, besar gulungan diploma, masyarakat tidaklah mendapat akan mendapat untung drpdnya"..."duduknya dibawah. Dia tidak berani ke atas. Dia hanya jadi pengikut, tidak berani diikut. Atau menggerutu di belakang"..


fikir2kan.

Tanpa Nama berkata...

"Apakah harga segulung diploma, klu dlm hati yg empunya itu tidak ada keberanian"


Berani tidak salah tetapi biar berani bertempat .......

"jgn jadi bodoh piang"

Tanpa Nama berkata...

Salam, menulis berapi api dan kita dapat rasakan yang penulis (Tanpa Nama diatas) merasakan tulisan nya macam hebat, sebenarnya tuan, kami yang membaca nya mendapati tidak lebih dari orang tua nyanyok yang syok sendiri dan sekiranya tuan rasa dah berpuas hati terhadap tulisan tuan kpd Albakistani..... syukurlah. sekurang kurang tuan rasa puas hati kan? orang lain peduli apa! Nasihat saya tak payah tulis lagi pun tak apalah ye.

Tanpa Nama berkata...

2010 Mei 18 05:54


Mahluk tiada kekuatan, takutlah kamu atas perbuatan kamu.

Tanpa Nama berkata...

kalau hang pa nak tengok kalut tak kalut pas ni atau hang pa nak tengok penyelewengan pimpinan pas yg Tulang besi anti sangat (UG), ziarahlah blog Malaysian Wave...


http://www.malaysiawaves.com/

Tanpa Nama berkata...

Salam semua ...

ikuti blog ustz zaharuddin berkenaan:

Jaga Adab Bertambah Berkat

http://www.zaharuddin.net/content/view/766/72/

sama2 ambil manafaat

anak harimau tentera semut berkata...

salam.. jgn la kita pertikai ilmu seseorg.. tapi UMNO mmg xgune..semua dpt kat dorg jer.... biar la dia nk blajar kat mane2 pun janji ilmu yg bermanfaat.. ilmu ni bukan tgk panjang ekor serban.. k?? bye2...

Tanpa Nama berkata...

Experiance is the best teacher...

Kadang kala, kita perlu lihat ke belakang utk muhasabah kembali, mencari kekuatan dan membina peranangan untuk perjuangan ke hadapan.

Dalam jalan da'wah itu, daie pasti akan bertemu dengan beberapa jenis manusia. Ada yang menjadi 'penampar', ada yang menjadi 'pengipas', ada yang menjadi 'lalang' bahkan tidak kurang juga yang tak jadi apa-apa. Hendaklah sang daie bersabar dengan orang2 yg dia jumpai dalam perjalanan menuju Allah. Kerana itulah tabiat yang Allah tetapkankan bagi sesiapa yang menginfakkan dirinya di jalan dakwah.

Namun janganlah kerana ujian dan kesusahan, menyebabkan sang daie mundur malah berpaling daripada jalan saadah. Teruskan berjuang, kerana itulah yang Rasul s.a.w. ajarkan kepada kita.

p/s : menarik juga kalau ust wan ji boleh kupas berkenaan buku Ust Fathi Yakan Musykilatu Ad-Da'wah wa Ad-Daiyah terbitan Mu'assasat Ar-Risalah, Beirut, utk kita bersama mengambil manfaat di alam maya ini.

Jazakallah.
amaat