(klik untuk besarkan)
[1]
Pada tahun 1998 dahulu, Anwar Ibrahim telah dipecat dari UMNO; jawatan dan keahlian parti. Ekoran itu, ramai yang bangkit menentang kezaliman Mahathir.
Menentang kezaliman mahathir ketika itu, sama seperti menentang kezaliman UMNO. Mati mahathir, maka matilah UMNO.
Serangan demi serangan dilakukan, sehingga Anwar Ibrahim merengkok dalam penjara dengan berbagai-bagai tuduhan ciptaan, seperti rasuah dan liwat.
Ketika itu, Ustaz Fadzil Noor mengambil sikap yang cukup efektif, iaitu beliau tidak bersikap jumud sepertimana sebilangan ulama-ulama yang wujud atas muka bumi. Ternyata beliau ulama yang mempunyai ketajaman siyasi, menyebabkan kebijaksanaan itu beliau berjaya menarik ramai anak-anak muda, malahan orang yang allergic dengan PAS, mula mengenal tentang perjuangan islam di Malaysia yang diwadahkan atas nama PAS
[2]
Ketika itu, tidak dinafikan bahawa Anwar Ibrahim sedang diserang hebat dengan berbagai-bagai serangan berbentuk fitnah. Serangan yang paling kuat digunakan adalah, serangan dari sudut moral; iaitu dengan tuduhan bahawa kononnya Anwar Ibrahim telah melakukan seks luar tabi'I, atau dikenali sebagai liwat.
Serangan demi serangan yang dilakukan, menyebabkan Anwar Ibrahim lebih bersikap difensif, berbanding menjadi penyerang dalam melakukan serangan dahsyat terhadap Mahathir dan UMNO. Namun, pengikut-pengikut Anwar Ibrahim masih tidak kehilangan 'ayah', apabila mereka mempunyai seorang mentor yang bernama ustaz Fadzil Noor yang merupakan Presiden PAS ketika itu.
Dengan kebijaksanaan dan ketajaman politik, ustaz fadzil noor tidak bertindak memaksa semua mereka yang frust dan mula benci dengan UMNO agar masuk PAS. sebaliknya, mengambil sikap memberi ruang yang amat terbuka agar Anwar Ibrahim membuka sebuah parti baru, yang kini dikenali sebagai PKR [Parti Keadilan Rakyat].
Dengan tertubuhnya parti KeADILan, menyebabkan hubungan antara PAS dan DAP semakin hampir. Dengan erti-kata lain, kewujudan Parti KeADILan itu, seperti jambatan yang menjadi penghubung antara PAS dengan DAP yang sering dilihat seakan-akan tidak seangkatan, terutama dalam perkara yang bersifat prinsip.
Dengan pergabungan parti-parti anti-UMNO/BN itu, disamping kebijaksanaan politik ustaz fadzil noor, menyebabkan PAS berjaya mengekalkan kekuasaannya di kelantan, menguasai Terengganu, disamping dapat merampas kerusi-kerusi DUN dan Parlimen di negeri-negeri yang boleh dikatakan mustahil PAS diterima.
[3]
Di kala itu, Ustaz Fadzil Noor ternyata mempunyai pemikiran politik yang tajam, dan jiwanya sungguh merdeka, dengan berkali-kali mengeluarkan kenyataan bahawa bersedia menabalkan Anwar Ibrahim sebagai perdana Menteri Malaysia.
Kenyataan sebegini, menyebabkan makin bertambah ustaz Fadzil noor disayangi oleh rakyat; terutama mereka yang benci UMNO/BN dan sayang kepada Anwar Ibrahim.
Kenyataan Ustaz Fadzil Noor itu, sama seperti Nabi SAW mengeluarkan kenyataan di hadapan bapa saudara nabi, Abbas dengan melantik Abu Sufyan sebagai ketua deligasi makkah yang terselamat apabila Umat Islam masuk ke Makkah.
Kenyataan itu juga, sama seperti strategi Amru bin Al-As yang dilantik menjadi gabenor islam di mesir oleh Umar bin Al-Khattab ketika menjadi Khalifah islam kedua, iaitu dengan menyebut kepada rakyat mesir tentang perkahwinan antara nabi SAW dengan seorang perempuan dari keturunan Mesir, iaitu Mariah Qibtiah, menyebabkan rakyat mesir tidak segan dan silu, malahan berbangga untuk memeluk islam secara beramai-ramai, dengan alasan bahawa mereka merupakan ipar dengan nabi SAW.
[4]
Sedih menimpa selepas kemangkatan Ustaz Fadzil noor. Kebijaksanaan politik seperti ustaz Fadzil noor agak tidak wujud selepas beliau meninggal dunia, menyebabkan isu Negara Islam berjaya dijadikan 'point' utama; yang dijadikan modal musuh untuk melemahkan hubungan antara parti-parti dalam barisan Alternatif [BA] ketika itu.
Serangan balas membalas antara PAS dan DAP semakin menjadi-jadi, disamping sikap beberapa pimpinan PAS yang agak mengenepikan PKR dan DAP di negeri yang diperintah oleh PAS, menyebabkan DAP telah mengambil sikap keluar dari hubungan Barisan Alternatif.
Kenyataan berbentuk 'serang' antara PAS dan DAP juga menjadi-jadi, seperti kenyataan karpal "langkah mayat saya jika mahu laksanakan Negara Islam" dan sebagainya, menyebabkan PAS sendiri sudah lupa dengan kenyataan sebilangan besar pimpinan UMNO yang menghina islam dan Nabi Muhammad SAW.
kenyataan seperti, "nabi SAW berjanggut sebab tidak ada pisau cukur", "kalau laksanakan hudud, pasti tidak ada batu-batu untuk dibuat jalan raya" dan banyak lagi kenyataan yang merosakan aqidah dari pimpinan UMNO dilupakan oleh PAS, ekoran kenyataan Karpal itu. Walhal, istilah Negara Islam adalah satu istilah yang tidak pernah wujud sama sekali di zaman nabi Muhammad, malahan di zaman salaf As-Soleh.
Istilah Negara Islam adalah satu istilah yang diwujudkan oleh Rashid redha, sebagai membalas propaganda yahudi yang berusaha hendak menjatuhkan khalifah islam.
[5]
Dalam islam, sesuatu istilah yang tidak wujud dalam nas, ia tidak perlu dipertahankan. Yang perlu dipertahankan adalah kandungan dan pengisian islam.
Istilah Negara islam adalah sekadar istilah. Sekiranya dengan istilah Negara islam itu, menyebabkan orang takut kepada perlaksanaan islam, maka tidak ada gunanya istilah itu dipertahankan sedemikian rupa.
Ini kerana, kaedah dalam syariah ada menyebut;
الحكم يدور على المسمى , لا على الإسم
Maksudnya;
"hukum itu berlegar pada benda yang diberi nama, bukan pada nama"
Yang paling penting adalah pengisian. Bentuk pengisian Negara islam adalah, konsep keadilan sejagat, menentang kezaliman, Negara kasih sayang, berkebajikan, persefahaman antara rakyat waima berbeda agama dalam sesebuah negara dan sebagainya, adalah perkara yang amat penting diterapkan dalam sesebuah Negara. Kejayaan penerapan bentuk ini, merupakan kejayaan dalam pembentukan Negara islam pada hakikatnya.
Malahan, jika dikaji kandungan piagam madinah pun, kita akan dapati bahawa konsep sebegini yang diterapkan oleh rasullallah SAW, menyebabkan pembentukan Negara islam pertama di madinah, terlaksana dengan begitu jayanya sekali, sehingga bersambungan sehingga zaman kejatuhan kerajaan osmaniyyah di turki pada tahun 1924.
[6]
Kesedaran ini wujud pada Ustaz fadzil noor. Makanya, dalam satu sessi dialog isu Negara Islam yang diadakan di Kuala Lumpur, yang dihadiri ramai cendekiawan dan bijak-sana muslim dalam Negara; dalam ucapan penutup, ustaz fadzil Noor ada menyebut bahawa jika istilah Negara Islam ini dapat menggerunkan non Muslim daripada menerima usaha PAS kearah pembentukan Negara islam, maka istilah tersebut usah digembar-gemburkan.
Namun, ucapan ustaz Fadzil Noor itu tidak dilihat penting oleh sebilangan besar pimpinan PAS ketika itu, ekoran melihat kekuatan [al-magrur bi nafsih/syok sendiri] PAS memerintah di kelantan dan terengganu, maka istilah itu tetap diratib.
Dokumen Negara Islam pun dibentang. Dokumen itu, tidak lebih sekadar memperlihatkan sebuah Negara kehukuman, tanpa berjaya mengemukakan maqasid syariahnya, seperti konsep keadilan sejagat, menentang kezaliman, kasih sayang dalam hukum dan sebagainya. Non Muslim melihat dokumen itu sebagai satu dokumen penindasan terhadap mereka, tidak sebagai alternative. Ia bukan kerana salah kandungan dokumen, tetapi salah cara mempersembahkan dokumen.
Dikala itu pula, serangan Perdana Menteri baru, Pak lah badawi dengan imej Mr Clean dan islam hadhari, disamping slogan propaganda 'bekerja bersama saya, bukan berkerja untuk saya' mengakhirkan kekalahan teruk pada PAS, sehingga PAS kalah di terengganu, dan banyak kerusi PAS jatuh ke tangan UMNO/BN di kelantan dan di negeri-negeri yang lain.
[7]
Kali ini, sekali lagi serangan terhadap Anwar Ibrahim menyebabkan keadaan beliau lebih bersifat difensif berbanding menyerang. Disamping itu pula, wujud usaha membeli ADUN dan MP dari parti keadilan semakin menjadi-jadi.
Anwar Ibrahim telah disebukkan dengan berbagai-bagai propaganda ciptaan UMNO/BN, seperti isu agen yahudi dan isu moral, yang ada sebilangan [tidak semua] dari pimpinan PAS dan PKR menerima dan mempercayainya.
Keadaan ini menyebabkan, Pakatan rakyat seperti anak itik kehilangan ibunya. Kelam kabut, kerana tidak ada yang dapat menyambut, sepertimana ustaz fadzil Noor menyambut dalam tahun 1998 dahulu.
Jika keadaan ini terus menimpa, susah hendak dipastikan keputusan PRU akan datang.
Justeru, PAS atau PKR perlu mengkedepankan satu tokoh sepertimana ketokohan ustaz fadzil Noor yang diterima rakyat, tidak kira ia seorang pemimpin politik yang masih muda, ataupun tidak. Muda atau tua bukan alasan, tetapi yang paling penting adalah kematangan politik sehingga berjaya membawa satu gelombang politik bagi menggugat UMNO/BN dalam PRU akan datang.
Pastikan, tokoh yang hendak dikedepankan ini adalah tokoh yang disayangi rakyat, bukan disayangi oleh ahli-ahli sesuatu parti sahaja. Tidak ada gunanya, tokoh yang dikedepankan ini ditaasubkan oleh ahli partinya, tetapi ditolak oleh rakyat secara majority.
Pemimpin yang lembab dan tidak dinamik, tidak wajar dikedepankan. Jika dikedepankan juga, ia tidak lebih sebagai bebanan politik dalam usaha menggugat kemaraan UMNO/BN dalam PRU akan datang.
Keadaan ini perlu dilakukan bermula dari sekarang, kerana ramai pengkaji politik menyatakan bahawa "peluang dalam politik hanya sekali. Apabila terlepas, ia tidak akan tercapai lagi"
Sekian
Wallahu 'Alam
Al-Bakistani
- bandar baru Sungai buloh
19 Mei 2010 * 4:37 petang
19 ulasan:
Salam...baca utk kita faham sejarah dan matlamat DAP...
Dia atas kewajaran tersebut, DAP mengambil keputusan untuk tidak lagi berada di dalam gabungan BA ini apabila ianya dicemari oleh desakan satu parti komponen bahawa sifat sekular negara ini harus digantikan dengan pembentukan Negara Islam.
bacaan lagi di
http://dapmalaysia.org/bm/index.php/sejarah/
jangan dilupa perubahan DAP selepas 8 mac 2008.
http://www.malaysiakini.com/news/131674
juga, kempen DAP - Negara islam di Sibu....
AlBakistani... dah baca sampai habis...
....
Dalam pilihan raya umum 1999, DAP bersepakat dengan Parti Islam SeMalaysia (Pas), Parti Keadilan Nasional (Keadilan) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) untuk membentuk Barisan Alternatif (BA) dalam percubaan untuk memecahkan hegemoni politik BN yang menunjukkan kesombongan mereka dalam memerintah melalui cara yang tidak demokratik dan menindas hak asasi rakyat Malaysia sewenang-wenang, hanya kerana mereka memperoleh majoriti Parlimen dua pertiga.
Malangnya, peristiwa-peristiwa yang berlaku seterusnya, khasnya desakan Pas untuk membentuk sebuah negara Islam – suatu idea yang dianggap tidak bersesuaian dengan sifat majmuk negara Malaysia yang dikecapi DAP – memaksa DAP menarik diri daripada gabungan tersebut dua tahun kemudian.
DAP bagaimanapun tetap berpegang kuat kepada komitmennya bahawa Malaysia hendaklah kekal sebagai sebuah negara demokratik, sekular dan berbilang agama. Kerjasama DAP dengan tiga parti pembangkang lain adalah berdasarkan manifesto bersama BA “Ke Arah Sebuah Negara Malaysia Yang Adil” demi memusnahkan hegemoni politik BN dan menghancurkan rantai kongkongan yang membataskan hak dan kebebasan rakyat Malaysia yang menjejaskan keadilan, kebebasan, demokrasi dan pemerintahan yang baik.
Dia atas kewajaran tersebut, DAP mengambil keputusan untuk tidak lagi berada di dalam gabungan BA ini apabila ianya dicemari oleh desakan satu parti komponen bahawa sifat sekular negara ini harus digantikan dengan pembentukan Negara Islam.
Namun demikian, cabaran terbesar bagi Malaysia terletak pada masa depan dan bukan masa silam – merealisasikan sebuah negara Malaysia untuk rakyat Malaysia di mana semua rakyat tanpa mengira kaum atau agama dapat menikmati keadilan, kebebasan, demokrasi dan pemerintahan baik.
Dalam pilihanraya umum bulan Mac 2008, satu senario politik baru telah muncul di Malaysia di mana kongkongan BN ke atas majoriti dua per tiga di parlimen akhirnya dihapuskan. Kuasa di lima buah negeri bertukar tangan – Pulau Pinang yang kini dipimpin oleh seorang Ketua Menteri DAP, Perak, Selangor, Kedah dan Kelantan. Keputusan pilihanraya ini telah menyaksikan penubuhan Pakatan Rakyat oleh tiga parti pembangkang iaitu DAP, Parti Keadilan Rakyat dan PAS – yang berjaya menguasai 82 dari 222 kerusi parlimen – demi merealisasikan negara Malaysia yang adil, bersatu-padu serta demokratik.
DAP akan terus berusaha dalam komitmen politiknya untuk mewujudkan sebuah Malaysia yang adil, saksama, demokratik dan bersatu-padu supaya negara kita mampu menghadapi cabaran-cabaran zaman teknologi maklumat dan globalisasi serta mengambil tempat yang sewajarnya dalam arena antarabangsa.
Sertailah DAP demi menjadikan Malaysia sebuah masyarakat yang lebih baik untuk semua!
dipetik dari blog:
http://dapmalaysia.org/bm/index.php/sejarah/
Nota: terserah kpd semua pembaca menilainya ....
saye sarankan pas naikkan khalid samad..ahli parlimen sah alam.
kalau dilihat pemikiran khalid ia lebih sesuai dengan kemajmukan dan situasi semasa..
1.Hang ni masih terpedaya dengan puak Dap ni!Kalau hang berani!hang dipihak yang benar!disini hang keluarkan kenyataan atau tulis sat!BAHAWA DAP BERSETUJU PENUBUHAN SEBUAH KERAJAAN ISLAM JIKA PR BERJAYA PERINTAH MALAYSIA NANTI!
2.Tengah tunggu ni!KALAU HANG TAK BERANI TULIS DISINI BERMAKNA HANG ADALAH MUNAFIK!!!
salam ust,
saya sgt tertarik dengan penulisan ust yang mempnyai pndangan yang agak kritis, teruskan.
kepada puak2 UMNO, jgn cepat melatah. Orang kafir zamn rasulullah menerima Islam apabila melihat sendiri peribadi umat Islam ketika itu, tapi orang buakn Islam di Malaysia fobia dengan Islam apabila melihat gelagat pemimpin "islam" bertopengkan manusia :)
bila la anwar nak settle kan kes liwat dia tu..tangguh je tak abih abih...
lawan tetap lawan ke liwat tetap liwat?
dalam web dap siap ada bajet alternatif tu.dalam web pas ataupn pkr,takde pn perancangan teliti mcm tu.
nampak sangat pas tak sistematik dan berperancangan jauh.menang bersorak kampung tergadai je
Salam..
Kepada puak yg menentang, Perubahan apa yg telah anda lakukan..? korang tahu ke apa itu siasah..? judi pun tak boleh selesai.. lg tambah ada..
Salam Mohamadazhan hjDesa
"kepada puak2 UMNO, jgn cepat melatah. Orang kafir zamn rasulullah menerima Islam apabila melihat sendiri peribadi umat Islam ketika itu, "
komen saya: boleh ke nak banding peribadi sahabat Rasullah dgn peribadi pemimpin/pengikut PAS sekarang ni ... kalau ceramah asyik sebut sorang tu ajer sebagai contoh ikutan (Nik Aziz) eg: tak dudok rumah kerajaan dsbnya, itu pun dah ada isu haji baru-baru ini ..
baca blog Ust Zaharuddin, memberikan ulasan berilmiah tentang Isu tajaan Haji Tok Guru Nik Aziz:
http://www.zaharuddin.net
kalau saudara ziarah Malaysian Waves (tulang Besi), saudara akan dapati pula kebencian antara sesama PAS .... inikah contoh ADAB ISLAM yg PAS nak bawa bila ada perselisihan pendapat antara pemimpin ... blogger AL Bakistani juga tidak kurang hebatnya kerana beliau lah yg menggelar Prof Dr Harun Din sebagai "ulama kepala lutut".
Sila baca artikel Pengalaman Saya Semasa Belajar dan bandingkan dengan ilmu dan pengalaman Prof Dr Harun Din... tergamak orang yg dikatakan "berilmu" boleh menghantar komen berkenaan.
Nak minta maaf pun bersyarat pula...inikah Akhlak Islam yg PAS bawa yg dikatakan boleh menjadi ikutan orang Bukan Islam ???? (mereka hanya melihat dan ketawa)
Salam semua
Para pemimpin PAS belum lagi betul2diuji dengan kemewahan dan projek jika dapat memerintah .... tapi tanda2 kearah itu dah nampak .. sama2 lah kita siasat sebelum buat apa2 rumusan tentang ini:
http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=9642
Salam Al Bakistani...
"Ketika itu, Ustaz Fadzil Noor mengambil sikap yang cukup efektif, iaitu beliau tidak bersikap jumud sepertimana sebilangan ulama-ulama yang wujud atas muka bumi. Ternyata beliau ulama yang mempunyai ketajaman siyasi"
komen: "ulama" lain jumud ?
jumud
definisi: beku, kaku, kolot
Almarhum kalau tak silap saya (harap maaf kalau sebaliknya) yg mengatakan "akan menjual dan melelong" PutraJaya yang dianggapnya membazir ... tapi lihatlah sekarang bagaimana pengurusan pentadbiran kerajaan dapat di pusatkan dan manfaatnya juga mengalir kepada kakitangan bawahan yg mendapat kemudahan perumahan yg selesa ....
Kesimpulannya: "Ulama" mana yg sebenarnya "Jumud" ....Cuba tengok
APA SUDAH JADI DENGAN MARKAS PAS TAMAN MELEWAR
http://paschabau.net/index.php?option=com_content&view=article&id=1551:apa-sudah-jadi-dengan-markas-pas-taman-melewar
harap selepas ini ulama2 PAS berlumba2 sebagaimana sahabat Nabi Muhammad s.a.w berjihad menderma "sebahagian besar" harta untuk membangun bangunan yg lebih hebat dar PutraJaya
atau
mengambil bangunan yg siap dibina di Putrajaya apabila ketika itu PAS dapat memerintah dengan menjadikan DAP dan PKR pengikutnya ...
Tak Gitu ....
Sedutan Dari Blog pisau.net:
DAP Berjaya Buktikan Mereka Memang Bos Pakatan
http://www.pisau.net/2010/05/dap-berjaya-buktikan-mereka-memang-bos.html
Pisau berada bersama segerembolan puak DAP semasa penjumlahan undi dibuat.Pada permulaan kiraan undi dibuat,pelbagai kata kata yang cukup menyakitkan hati dihamburkan.Ketika itu jumlah undi DAP ketinggalan lebih 3 ribu undi.
Maki hamun dihamburkan,BN menaburkan wang,rakyat Sibu makan rasuah,rakyat Sibu bangsat,rakyat Sibu balaci BN,rakyat Sibu bodoh. dan ada yang berkata tak guna DAP bagi RM600 setiap isi rumah panjang di Sibu jika mereka masih menjadi bangsat kepada BN.
Pekung dan busuknya pakatan ketika itu semuanya terdedah. Kemudian selepas peti undi yang ke 35 dari 110 dibuka,jumlah undi DAP meningkat ,kata kata pujian pula di hinggap di telinga Pisau.Rakyat Sibu bagus,rakyat sibu tolak 1malaysia,rakyat sibu tak makan duit dan macam macam lagi.
"Kemudian terpacul pula kata kata salah seorang pemimpin DAP,"DAP will lead pakatan if we win this by election" kemudian disambut oleh seorang pemimpin wanita DAP, "PAS & PKR must realise ,we're dominan in pakatan ,let DAP teach them how to play this game".
Sedutan Dari Blog pisau.net:
DAP Berjaya Buktikan Mereka Memang Bos Pakatan
http://www.pisau.net/2010/05/dap-berjaya-buktikan-mereka-memang-bos.html
Pisau berada bersama segerembolan puak DAP semasa penjumlahan undi dibuat.Pada permulaan kiraan undi dibuat,pelbagai kata kata yang cukup menyakitkan hati dihamburkan.Ketika itu jumlah undi DAP ketinggalan lebih 3 ribu undi.
Maki hamun dihamburkan,BN menaburkan wang,rakyat Sibu makan rasuah,rakyat Sibu bangsat,rakyat Sibu balaci BN,rakyat Sibu bodoh. dan ada yang berkata tak guna DAP bagi RM600 setiap isi rumah panjang di Sibu jika mereka masih menjadi bangsat kepada BN.
Pekung dan busuknya pakatan ketika itu semuanya terdedah. Kemudian selepas peti undi yang ke 35 dari 110 dibuka,jumlah undi DAP meningkat ,kata kata pujian pula di hinggap di telinga Pisau.Rakyat Sibu bagus,rakyat sibu tolak 1malaysia,rakyat sibu tak makan duit dan macam macam lagi.
"Kemudian terpacul pula kata kata salah seorang pemimpin DAP,"DAP will lead pakatan if we win this by election" kemudian disambut oleh seorang pemimpin wanita DAP, "PAS & PKR must realise ,we're dominan in pakatan ,let DAP teach them how to play this game".
Untuk MP Briged Segambut:
PRK Sibu: PAS promoting church event in Sibu
http://theunspinners.blogspot.com/2010/05/prk-sibu-pas-promoting-church-event-in.html
"kita harap lepas ni DAP, hari Jumaat boleh ajak muda mudi yg tak sembahyang Jumaat pi sembahyang ... Khalifah LGE pun dah serah sumbangan kat surau"
teringat sirah nabi .... bila orang kafir bagi cadangan .. minggu ni kami sembah "tuhan kamu Muhammad" dan minggu depan kamu pulak pakat2 sembah "tuhan kami"...
maka Allah s.w.t turunkan ayat:
Surah Al-Kaafiruun
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!
"Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
"Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
"Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
"Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
"Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".
fikirkanlah .....
Kempen BN di Sibu - mengundi DAP bermakna undi untuk negara Islam disebabkan kerjasama mereka dengan PAS.
Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa tuduhan BN terhadap DAP ini benar, dan dengan ini sebagai orang Islam maka wajib lah saya menyokong DAP.
Seperti kata BN, undi DAP adalah undi untuk negara Islam!
Kah Kah Kah
Ustaz,
Saya baru saja berbincang dengan rakan FB, antara kenyataan beliau adalah Islam itu tinggi dan lebih tinggi dari perlembagaan negara.
Saya menyatakan bahawa saya setuju dengan kenyataan ini tetapi mengingatkan bahawa matlamat tidak menghalalkan cara.
Sebagai contohnya, perlembagaan Madinah merupakan kontrak sosial bukan saja dikalangan Islam malah dengan yang bukan Islam juga.
Saya berhujah, Nabi boleh saja menggubal perlembagaan Madinah dan menguatkuasakan nya tanpa persetujuan dari kabilah yang tidak beragama Islam.
Tetapi Nabi sendiri telah memanggil semua-semua kabilah ini dan mereka telah bersetuju dengan Piagam Madinah. Persetujuan ini adalah atas sukarela.
Setelah persetujuan ini barulah undang-undang Islam dikuatkuasakan ke atas semua tanpa mengira agama dan bangsa.
Tanya diri sendiri, apakah Nabi tidak menganggap Islam itu lebih tinggi? Kenapa dapatkan persetujuan dari yang bukan Islam untuk Piagam Madinah?
Dalam sejarah ada seorang tokoh, yang sekadar dapat 43% peratus undi dan dapat jadi Ketua Eksekutif (kira PM). Setelah memegang kuasa, beliau menindas lawan nya hingga ada lawannya dipenjara, ada yang bersembunyi dan ada yang lari ke luar negara.
Setelah mengukuhkan kuasa dengan cara yang kejam, beliau telah memaksa rakyat nya menerima fahaman parti nya yang songsang.
Tokoh itu bernama Adolf Hitler.
Saya tanyakan rakan saya itu, apakah sekarang kita hendak mengikuti jejak langkah Hitler atau Muhammad bin Abdullah?
Tepuk dada tanya iman!
Salam Semua
Kisah Kohilal (tak dak kena mengena dgn PAS...ianya sama dgn pendedahan Kickdefella kes RM 4 juta) Sekadar hiburan ...
http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=9651
Sedutan
Yang menjadi kebinggungan sekarang ialah jika ahli Kohilal boleh mendapatkan kembali pelaburan mereka sebanyak RM39.80 juta. Pengarah Kohilal KURSIN bin RAHMAD berkata ianya tidak mungkin berlaku kerana wang tersebut telah ghaib dalam beberapa skim pelaburan yang tidak menguntungkan. Wang RM39.80 juta telah lesap macam jin masuk ke dalam botol.....
Kalaulah Kohilal ni boleh menjadi peneraju Makanan Halal ..... barulah orang tabik ...tak dak timbul soal sembelihan dsbnya ...
"Justeru, PAS atau PKR perlu mengkedepankan satu tokoh sepertimana ketokohan ustaz fadzil Noor yang diterima rakyat, tidak kira ia seorang pemimpin politik yang masih muda, ataupun tidak. Muda atau tua bukan alasan, tetapi yang paling penting adalah kematangan politik sehingga berjaya membawa satu gelombang politik bagi menggugat UMNO/BN dalam PRU akan datang"
Di sini saya ingin cadangkan supaya pimpinan pas boleh mencalon dan mengketengahkan Ust Wan Ji bagi menggugat UMNO dan pada masa yg sama dapat "mengeratkan" hubungan yg lebih kuat dgn DAP dan menghancur dan menghalau terus geng UG dlm PAS ...
siapakah yang menyebabkan melayu di tahap sekarang ini?
siapakah yang memecahbelahkan undi melayu dengan persempadanan semula demi kelangsungan kuasa?
adakah nabi saw membawa "islam-arab" atau "arab-islam" dalam perjuangan baginda?
tidakkah "melayu-islam" atau "islam-melayu" terpesong dari ajaran nabi saw?
tergamakkah kalian menimbulkan kembali kejahilan para sahabat ra? melihat dari pendekatan yang kalian pilih, tidak keterlaluan ini bakal berlaku, nauzubillah!
sedarlah bahawa cina muslim lebih ramai dari melayu muslim. kenapa gagal menggunakan pendakwah dari cina bagi mendekati orang2 cina di sini? apakah bezanya cina komunis yang menekan cina muslim dengan penguasa melayu yang menekan melayu muslim? yang menghalalkan apa yang diharamkan?
kenapa baru kini melayu perlu bersatu? persatuan yang jitu hanya berdasarkan "Lailahaillallah Muhammadurasulullah", kalimat tauhid. kesatuan melayu atas dasar "melayu-islam" atau "islam-melayu" mencemar kalimat tauhid "Lailahaillallah Muhammadurasulullah".
hubaya, hubayalah dalam berhujah. sedarilah nasib melayu hari ini perbuatan siapa. jadikanlah "Lailahaillallah Muhammadurasulullah" dasar kita berhujah dan bersatu. justeru menjadi kewajipan kita membersihkan diri dari sikap assobiyah...
wallahu'alam.
Catat Ulasan