Jumaat, 6 Ogos 2010

CHUA SOI LEK PERLU BERKAWAN DENGAN PAS


Presiden MCA, Chua Soi Lek hari ini membidas kedua-dua Umno dan PAS kerana menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu.(sila klik) kenyataan itu, menyebabkan ada yang marah.

Hakikat kejahilan mengenai islam, memungkinkan beliau bercakap seperti itu. Ataupun, mungkin penilaian itu dilakukan, disebabkan beliau melihat islam dari sudut UMNO, bukan dari sudut PAS, ataupun tidak melihat Islam dari sumber yang asli, Al-Quran dan as-Sunnah. Al-maklumlah, berkawan dengan UMNO sejak sekian lama, justeru mana mungkin dia mengenali islam dalam bentuk yang sebenar.

Lihat sahaja DAP. Sudah ramai dari pimpinan muda dari parti itu yang sudah mula menyelongkar dan meneliti ajaran islam, waima tidak secara menyeluruh. Nga kor Meng dan Lim guan Eng, merupakan dua tokoh pemimpin muda dari DAP yang sudah mula berani meneliti konsep keadilan, menentang kezaliman, menolak perkauman yang termaktub dari kitab suci Al-Quran.

Semuanya ini terjadi, hasil dari hubungan kawan antara mereka dengan beberapa orang pimpinan PAS, Seperti Lim Guan Eng yang berkawan dengan Mat Sabu, dan Ngar Kor Meng yang berkawan dengan Nizar Jamaluddin. Juga mereka secara terang-terangan, mengakui kagum dengan cara kepimpinan Islam yang telah ditonjolkan Umar bin Abdul Aziz, malahan amat menghormati cara kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di kelantan

Keadaan ini tidak berlaku pada MCA, waima mereka berkawan dengan UMNO [yang mendakwa islam] itu sejak sekian lama. Ini kerana, islam cara UMNO bukan sepertimana yang ditonjolkan oleh Nabi SAW. Islam mereka, sekadar untuk meraih undi, tidak terdetik langsung dari sudut perlaksanaan.

Sepatutnya, meraih undi adalah untuk mendapat kuasa. Dengannya, dapat mencapai ruang dalam perlaksanaan Islam. keadaan ini, tidak dilakukan oleh UMNO.

Kejayaan ini, terbukti dilaksanakan oleh PAS. Walau PAS tidak dapat melaksanakannya secara total [sekaligus], tetapi usaha ke arah perlaksanaan itu secara beransur-ansur adalah perkara yang tidak boleh dinafikan lagi. konsep ini tidak bercanggah, bahkan dilakukan juga oleh Khalifah islam ke-5, Umar bin Abdul Aziz.

Justeru, Chua Soi Lek perlu berkawan dengan PAS, berbanding berkawan dengan UMNO untuk mengetahui konsep keadilan Islam sebenar. usah dirujuk kepada negara-negara umat Islam, kerana islam di negara mereka tidak ada beda dengan Islam yang diamalkan oleh UMNO di Malaysia.

sekian

wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah [b] Sg buloh
7 Ogos 2010 * 3:07 Pagi

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1.Paling lawak dalam dunia!!
2.La ni sapa "dakwah" sapa oii!!
3.Pas dakwah dap!!atau dap dakwah pas!!
4.Yang dok nampak!!dap dok dakwah puak pas!!
5.Contohnya,kalimah Allah hangpa bagi kat puak kristian pakiam malaysia yang dok murtadkan puak melayu islam!!

Tanpa Nama berkata...

chua soi lek takde kredibiliti....pengamal seks luar nikah...apa lagi mau cerita....hu hu