Ahad, 1 Ogos 2010

PILIH DAP BERBANDING UMNO, KENAPA?

[1]

Kalimah 'kafir' dalam bahasa arab berasal dari kalimah "ka fa ra". Ia bermakna 'tutup'. Dari sudut bahasa arab, 'pekebun' juga boleh disebut sebagai 'kafir', tetapi maksudnya bukan kafir musyrik, tetapi 'orang yang menutup benih di dalam tanah'.

Makanya, maksud orang yang kafir adalah orang yang menutup hatinya daripada menerima hidayah. [lihat lisan al-Arab]

Justeru itulah, tidak hairan apabila kita membaca al-Quran, kita akan berjumpa berbagai-bagai maksud kafir yang ditafsirkan oleh ulama tafsir. Antaranya adalah, kufur nikmat, kufur dengan makna melakukan maksiat, kufur dengan makna ingkar dan banyak lagi tafsirannya.

Jika diteliti dalam Al-Quran, kafir ini tidak sekadar dituju kepada mereka yang tidak mentauhidkan Allah sahaja, ataupun ditujukan kepada orang tidak mengucap syahadah. Malahan, kafir juga ditafsirkan sebagai orang yang ingkar terhadap kebenaran.

Orang yang munafiq, disebut juga sebagai kafir, malahan azab yang diberikan kepada orang munafiq itu lebih berat berbanding orang kafir. Perkara ini jelas, jika dibaca dalam Al-Quran bahawa Allah berfirman dalam surah An-nisa', ayat 140 yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah SWT menghimpunkan orang munafiq dan kafir ke dalam neraka semuanya"

Mufassirin [seperti imam fakhruddin ar-razi] mengemukakan hikmah disebalik Allah mendahulukan menyebut kalimah munafiqin berbanding kafir. Ini kerana, azab orang munafiq itu lebih dahsyat berbanding orang kafir.

Ini diperkukuhkan lagi dengan Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa', ayat 145 bahawa Allah SWT berfirman dengan maksudnya, "Sesungguhnya orang-orang munafiq itu berada ditempat yang paling bawah sekali di dalam neraka"

Mengapa azab orang munafiq itu lebih berat daripada azab terhadap orang kafir?

Ia bersebabkan, kuatnya penentangan terhadap islam itu sendiri.

[2]

Ekoran itu, apabila diteliti, kita akan dapati bahawa orang yang tidak menerima Islam itu ada beberapa punca. Iaitu, [1] kerana kejahilannya tentang islam, [2] kerana kedegilannya terhadap Islam dan [3] kerana ada kepentingan diri.

Abu Talib yang tidak memeluk islam, kerana mempunyai kepentingan diri [menurut satu riwayat syiah, Abu talib masuk islam juga akhirnya; Wallahu 'Alam]. Abu Sufyan memeluk islam, setelah berlaku fath Makkah, walhal sebelum berlaku fath makkah, Abu Sufyan ketua kerajaan makkah dan tidak beragama islam.

Abu Lahab dan Abu jahal, bukanlah orang yang tidak mempercayai Al-Quran. Ini kerana, terbukti dalam sirah bahawa Abu Lahab dan Abu jahal boleh tenganga mulut ketika mendengar bacaan Al-Quran, malahan diceritakan dalam sirah bahawa pada waktu malam, mereka secara sorok-sorok pergi ke rumah baginda SAW semata-mata mahu mendengar bacaan Al-Quran dibalik diding.

Ini membuktikan, dari sudut hati kecil mereka, mereka percaya kepada Al-Quran. Tetapi, memandangkan kedegilan mereka, menyebabkan mereka tidak menerima islam, malahan melawan islam.

Pun begitu, kita tidak boleh nafikan bahawa ada dari kalangan manusia yang menolak Islam ini bukan kerana kedegilan, atau kepentingan diri, tetapi kerana kejahilan dirinya terhadap islam.

Mereka jahil tentang Islam, sama ada kerana mereka tidak pernah mendengar Islam, ataupun kerana mereka sering diberi gambaran buruk [atau dipropagandakan] tentang islam.

Mereka menolak islam, bukan kerana Islam itu buruk, tetapi kerana mereka diberi gambaran buruk tentang islam. namun, apabila mereka mengetahui islam dalam bentuk yang sebenar, mereka boleh menerima islam.

Keadaan ini berlaku kepada Khalid bin Al-walid. Sebelum memeluk islam, beliau sering diberi gambaran buruk tentang Nabi Muhammad SAW. Berbagai-bagai propaganda jahat yang dilakukan oleh Quraish, menyebabkan dia terlalu membenci Nabi Muhammad SAW. Namun selepas dia mengenali Nabi Muhammad SAW, hatinya terpaut dan akhirnya memeluk islam.

Ini memberi gambaran bahawa, khalid bin Al-walid menolak islam, malahan berusaha bersungguh-sungguh untuk membunuh nabi SAW semasa jahiliyyah, kerana beliau tidak mengenali nabi SAW. Adapun setelah kenal islam, beliau menjadi mukmin yang digeruni dan dihormati kawan dan lawan.

[3]

Dari sudut pandangan umum yang termaktub dalam al-Quran, kalimah kafir ini bukan sekadar difokuskan kepada orang yang tidak mengucap syahadah sahaja. Malahan, jika ada manusia yang mengucap syahadah, tetapi masih ingkar dengan ajaran islam, maka ia juga dikira kafir mengikut istilah Al-Quran.

Secara asasnya, kalau ada orang yang menolak ajaran islam, malahan berusaha menutup segala ruang-ruang dalam menyampaikan islam, ataupun mereka mempropagandakan islam sehingga islam dilihat jelek, maka golongan ini adalah golongan yang wajar dilawan habis-habisan, waima mereka mengucap shahadah sekalipun.

Adapun jika wujud orang bukan islam yang jahil tentang islam. kejahilan itu berpunca mereka tidak pernah mendengar islam, ataupun mereka sering mendengar islam dari bentuk yang telah dipropagandakan, maka mereka ini adalah golongan yang wajib didekati dan diberi penerangan yang betul agar mereka dapat memahami islam dalam bentuk yang sebenar.

Apakah setelah diberi penerangan itu, mereka memeluk islam atau tidak, ia tidak menjadi perkara yang paling utama bagi kita, kerana hidayah itu bukan hak milik kita, tetapi hak milik Allah SWT secara mutlak.

Tetapi, usaha memberi penerangan Islam ini adalah perlu, iaitu usaha untuk memberi gambaran baik tentang islam terhadap mereka. walau mereka tidak memeluk islam pun, sekurang-kurangnya mereka dapat mengatakan bahawa islam adalah agama yang adil, dan agama yang baik. Golongan inilah yang disebut dalam istilah Umar bin Abdul Aziz sebagai "Zimmi".

Ekoran itu, apabila kita meneliti kepada Al-Quran, Allah SWT ada menyebut bahawa Allah SWT tidak akan membinasakan sesuatu kaum yang tidak beriman dengan Allah, walhal mereka melakukan islah [kebaikan] sesama mereka [lihat surah Hud, ayat 117]. Dalam menafsirkan ayat ini, Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan dalam kitab beliau, "Daur Al-Qiyam wa Al-Akhlak fi Al-Iqtisad Al-Islami" [m.s : 355] dengan kata beliau;

"Allah SWT tidak akan membinasakan ahli Qura [sesebuah kerajaan] dengan semata-mata ahlinya musyrikin, sekiranya mereka adalah golongan yg melakukan islah [kebaikan] dalam hubungan sesama mereka""

Justeru, hati kecilku sering bertanya sendirian, "mana satu kawan politik kita yang sebenar? antara orang yang mengucap shahadah, tetapi melawan islam, dengan berusaha menutup gambaran keindahan islam atas nama perkauman [perbuatan dan tindakan mereka tidak ada beda dengan Abu jahal dan Abu Lahab], ataupun orang yang tidak beragama Islam tetapi sedang membuka ruangan diskusi dan wacana dalam mengemukakan konsep keadilan mengikut pemikiran masing-masing? Jika kita benar-benar yakin dengan islam, ayoh kita kemukakan keadilan islam kepada non Muslim ini"

Sekian

p/s : Pesanan kepada Orang UMNO dan penjilat UMNO agar membaca Al-Quran dan tafsirannya, bukan baca tafsiran melayu dalam perlembagaan Malaysia sahaja.

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah [b] Sg Buloh
2 Ogos 2010 * 3:05 petang

4 ulasan:

Awanama berkata...

"Secara asasnya, kalau ada orang yang menolak ajaran islam, malahan berusaha menutup segala ruang-ruang dalam menyampaikan islam, ataupun mereka mempropagandakan islam sehingga islam dilihat jelek, maka golongan ini adalah golongan yang wajar dilawan habis-habisan, waima mereka mengucap shahadah sekalipun."

setuju, tp bukankah cara melawan itu ada HADnya seperti ternyata dlm alquran dan assunnah? cth, kita dibenarkan mengumpat apabila org tu berbuat salah dan terus berbuat salah, tp kita dilarang sama sekali utk berspekulasi dan menokoktambah, betul?

"Justeru, hati kecilku sering bertanya sendirian, "mana satu kawan politik kita yang sebenar? antara orang yang mengucap shahadah, tetapi melawan islam, dengan berusaha menutup gambaran keindahan islam atas nama perkauman [perbuatan dan tindakan mereka tidak ada beda dengan Abu jahal dan Abu Lahab], ataupun orang yang tidak beragama Islam tetapi sedang membuka ruangan diskusi dan wacana dalam mengemukakan konsep keadilan mengikut pemikiran masing-masing? Jika kita benar-benar yakin dengan islam, ayoh kita kemukakan keadilan islam kepada non Muslim ini"
betul, tp nabi pernah ditegur oleh ALLAH dlm alquran apabila nabi mengutamakan dakwah kpd pembesar kafir quraisy, berbanding menjawab persoalan seorg muslim yg tua.
jd, kenapa tak berdakwah kpd dua2 belah pihak, yg kafir dgn yg umno tu? kompem ke yg umno tu kesemuanya munafik? takde yg jahil? takde yg disogokkan dgn kenegativitian tentang islam drpd makbapak mereka contohnya? anda pernah cek? anda tahu isihati manusia? atau anda berspekulasi sahaja? nak mula berdakwah dgn maki hamun dulu? terserahlah kpd awak.

Kesempurnaan itu berkata...

Salam Ustaz, kepada tanpa nama 17:07, cth yg anda bagi tu seumpama org kafir atasan dengan org muslim yg buta islam nak blajar islam, bezanya disini UMNOupco ada ke nak Islam?, hendak memartabatkan Islam? PAS dah buka ruang jika UMNOupco bersedia meletakkan Islam sebagai perundangan, perlembagaan yg tertinggi...jika ini belaku, bukan saja berpadu malah PAS sedia bubarkan parti..'(terserahlah kpd awak)'

Awanama berkata...

rasulullah tidak tahu samada orang kafir atasan tu dengar kerana apa. jadi pengajarannya, ALLAH suruh dakwah kat dua2, tak kiralah apa niat mereka sekalipun, apapun keberuntungan dakwah terhadap satu golongan berbanding golongan yg lain.

sama juga kita, anda tahu ke umno tu taknak islam? dan adakah anda tahu samada dap dan pkr tu nak islam? kenapa tak dakwah kat dua2?

terserahlah kepada awak.

Awanama berkata...

hebatnya ustaz ni.boleh tau sapa munafik sapa tak.

tak sokong Pas = munafik
sokong Pas = Islam,bagus

padahal kes kohilal pun tak terjawab.berhala buddha punya banyak kat serambi buddha pun tak terkawal.dan kemudian bising suruh sokong Pas.