Jumaat, 6 Ogos 2010

ULAMA MUDA NAK NASIHAT UMNO?



Salah seorang ulama muda UMNO, Ustaz Fathulbari berkata;

Masih teringat lagi tarikh keramat 25 Jun 2010, di PWTC. Saya dan beberapa sahabat menyerahkan borang penyertaan Umno kepada perdana menteri. (baca lagi)

KOMEN:

Dalam satu majlis Forum di masjid Puchong yang lalu, ustaz Nakhaie yang merupakan ulama tua dalam UMNO ada menyebut, bahawa pimpinan UMNO yang agak mendengar pandangan mereka adalah Tun Dr Mahathir.

Walau Tun Dr Mahathir di dakwa oleh Ustaz Nakhaie sebagai orang yang agak mendengar pandangan 'ulama-ulama tua UMNO', terbukti ia tidak meninggalkan kesan-kesan yang baik. Malahan, di zaman itu banyak dasar-dasar kerajaan yang merugikan rakyat [terbukti terkeluar dari konsep dan ajaran islam], seperti dasar penswastaan terhadap badan-badan kerajaan dan banyak lagi berlaku di zaman Tun Dr Mahathir menjadi PM.

ustaz Nakhaie juga mendakwa, bahawa di zaman Pak Lah badawi, pandangan mereka sudah semakin ditinggalkan. Dan mereka terus ditinggalkan pada zaman Najib Tun Razak, sehingga ustaz nakhaei sendiri pernah menyebut bahawa beliau sudah tidak lagi berminat dengan politik [mungkin ungkapan ini melambangkan frust].

kalau Ulama tua pun sudah tidak dilayan nasihat mereka, inikan pula ulama muda. Dalam sejarah gerakan Islam di dunia, terdapat sebilangan ulama-ulama muda diminta agar dibatalkan program mereka oleh ulama-ulama tua. Tindakan itu, mungkin perasaan ulama-ulama tua bahawa mereka bakal tertinggal ke belakang.

Malahan, ada sebilangan ulama-ulama tua yang sanggup mempertikaikan kewujudan ulama-ulama muda, dengan alasan kebinasaan umat menimpa disebabkan golongan muda menguasai sesuatu organisasi. lalu didatangkan alasan bahawa bermulanya zaman kerosakan di zaman salaf adalah di zaman Usman. alasan mereka, zaman itu adalah zaman anak-anak muda mendahului orang-orang tua.

Dilema ini, bukan berlaku kepada UMNO, tetapi berlaku pada salah satu gerakan Islam tersohor di dunia. Kalau dalam gerakan Islam pun boleh berlaku sebegini, bagaimana pula gerakan parti kebangsaan yang menjadi agama sebagai sampingan sahaja dalam parti?

entahlah.....

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah [b] Sg buloh
7 Ogos 2010 * 1:38 Pagi

Tiada ulasan: