Ahad, 20 Mei 2012

BUKIT DAN LANGIT


Perjalanan dari Sg Buloh ke Alor Star, mengambil masa lebih 7 jam. Menggunakan lebuhraya utara selatan, singgah di beberapa R&R untuk menghilangkan mengantuk, keringkan tekak dan sebagainya.

Apabila sampai di kawasan perak, kelihatan banjaran bukit yang besar-besar. Dengan adanya bukit, bumi kelihatan gagah. Ia sering dianggap paku kepada bumi, jika mahu diumpamakan sebagai rumah. Ada pula menganggap bukit itu umpama tiang. Tanpa bukit, bumi akan runtuh. Maka berlakulah kiamat.

Dalam kehebatan bukit, kita alpa dengan kewujudan langit yang terbentang luas. Dikatakan langit yang kita Nampak tidak sama dengan hakikat kandungan langit. Dalam langit itu juga ada penghidupan. Dikatakan ia lebih hebat dari penghidupan di bumi.

Sedang termenung panjang, terbayang dosa-dosa diri sebesar bukit. Oh, cukup mengeletarkan diri. Segala sendi-sendi badan menjadi lemah. Lalu, melihat kepada langit yang terbentang, teringat pula dengan kasih sayang-Nya. Jiwa semakin terpandu. Kekuatan badan semakin hadir.

Namun, ia bukan lesen untuk kita redha dengan dosa-dosa yang dilakukan, ini kerana bukit yang gagah itu di akhirat kelak akan hancur umpama kapas-kapas yang berterbangan.

Wallahu ‘Alam

Tiada ulasan: