Butiran pasir terlalu
banyak, tidak dapat dihitung kira. Pasir itu berbagai warna. Ada hitam, putih,
merah, tidak ketinggalan bercampur dengan batu-batu. Sifatnya keras, tetapi
dianggap lemah kerana berfaktorkan kecil. Tetapi dengan bilangannya yang
banyak, lemahnya dianggap gagah.
Lautan yang terbentang
luas, menjadi teman setia bagi pasir. Daratan pasir dipersisiran pantai,
merenung ke arah lautan air yang terbentang, sayup jauh tidak kelihatan
hujungnya.
Hubungan pantai dan
lautan tidak boleh dipisahkan. Kedua-duanya dilihat seperti bersaing antara
satu dengan yang lain. Kadangkala dengan kelembutan air laut, berjaya menghakis
pasir sedikit demi sedikit. Dalam kelembutan, pasir kalah berlawan dengan
lautan.
Begitulah dosa manusia
dan pengampunan dari Tuhan. Bilangan dosa yang banyak umpama pasir, seakan-akan
mahu menandingi kasih sayang-Nya seluas lautan. Kita kadangkala angkuh
melakukan dosa, umpama mencabar kasih sayang-Nya. Tanpa kita sedar, dosa yang
dilakukan semakin bertambah, menyebabkan bilangannya banyak umpama pasir.
Namun begitu, lautan
kasih sayang-Nya tetap terbentang luas. Sampai saat dan ketikanya, kasih sayang
itu dihakis sedikit demi sedikit untuk melawan pasir dosa. Makanya, manusia tidak
didatangkan azab di dunia. Tanpa kasih sayang, manusia akan dibinasakan tuhan. Dengan
kasih sayang, manusia mendapat penghidupan. Dengan kasih sayang juga, manusia
diberikan ujian dan peringatan agar tidak lalai mengingati-Nya.
Namun jangan alpa,
dalam kasih sayang lautan, kadangkala dipamerkan kemurkaan. Didatangkan ombak
ganas dan tsunami. Masakan pasir hancur bertebaran, penghuni diatas daratan pun
turut binasa.
Ambillah peringatan! Jangan
kerana setitik nila, rosak susu sebelanga. Jangan kerana dosa, kita tertimpa
kemurkaan-Nya.
Sekian
Wallahu ‘Alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan