Cintanya tidak
harapkan balasan. Jika mendapat balasan juga, itu sekadar kredit dan bonus
sahaja. Jika tidak diberikan syurga, dia tidak akan mengeluh. Kerana, itu bukan
tujuannya. Jika diberikan neraka, dia redha jika itulah ketentuan-Nya.
Yang paling penting
bagi hidupnya adalah redha ilahi. Tidak ada guna ke syurga, jika tuhan tidak
redha. Redha-Nya adalah segala-gala dalam hidupnya. Amalan yang dibuat,
bertujuan redha-Nya. Meninggalkan keseronokkan dunia kerana redha-Nya. Padanya,
redha kepada-Nya adalah nikmat yang lebih hebat dari nikmat dalam syurga-Nya.
Pada fikiran dan hatinya,
tidak pernah mempersoalankan apa yang dia dapat dari tuhan; dia tidak akan
menuntut dari tuhan, kerana yang dia selalu bertanya adalah, “apakah yang telah
aku lakukan untuk Tuhan?”.
Fikirannya selaras
seperti jawapan nabi. Dalam kegelapan dan kesunyian malam, kedengaran suara tangisan teresak-esak.
Kelihatan janggut nabi basah dengan air mata. Siti Aisyah bertanya mengapa
begitu dahsyat tangisan nabi, sedangkan baginda sudah pasti ke dalam Syurga
kerana Baginda ma’sum dari dosa.
Jawapan Nabi SAW
benar-benar meremangkan bulu roma. Tidak terlintas di fikiran. Tidak terdetikpun
dalam hati. Ini kerana, yang dipentingkan adalah, apa yang dilakukan untuk
tuhan, bukan apa yang tuhan berikan kepadanya.
Ekoran itu, Nabi SAW
pun menjawab, “bukankah tidak aku menjadi hamba yang bersyukur”.
Ini cinta tahap
maksima. Bukan mahukan syurga, bukan takutkan Neraka. Tapi cintanya adalah
keredhaan Ilahi. Allah redha, maka nikmat yang dikecapi hatinya lebih enak
nikmat dikecapi dalam syurga.
Sekian
Wallahu ‘Alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan