Selasa, 3 Februari 2009

KESTABILAN DISEBALIK “PEMBANGKANG”

KESTABILAN DISEBALIK “PEMBANGKANG”

Tok Guru Nik Abdul Aziz, walaupun beliau berwatak “ulama pondok”, tapi cara beliau berfikir setara ahli falsafah, malahan lebih jauh dari pandangan ahli politik-ahli politik yang lain. ekoran itulah, seorang ahli politik yang terkenal dengan kaedah berstrategi menyebut;

“kita kena berhati-hati dengan Nik Aziz, sebab cara dia berpolitik terlalu unik, sebab itu begitulama dia boleh jaga kelantan dari dirampas mahathir”.

Dirasakan, belum wujud dalam sejarah Malaysia, seorang pemimpin dari parti pembangkang dalam kerajaan pusat, berjaya menjaga sebuah kerajaan negeri begitu lama. Inilah keunikkan cara pemerintahan tok guru nik Abdul Aziz bin Nikmat.

Tok guru nik Abdul Aziz pernah menyebut;

“kalau kita menang semua pun, biar BN ni ada lagi. Sebab, kalau kita menang semua, tak ada BN, nanti negeri tidak ada kestabilan, sebab tak ada pembangkang”.

Nyata disini, pembangkang merupakan satu faktor yang kuat dalam menstabilkan keadaan sesebuah kerajaan, mahupun sesebuah organisasi, jemaah dan persatuan.

Memang ramai yang tidak suka kepada ’bangkang”, kerana pada mereka, bangkang adalah sesuatu yang boleh melemahkan pergerakan, padahal ”bangkang” merupakan antara sebab akal kita akan bergerak, sama ada untuk menjawab balik hujjah si pembangkang, ataupun kita akan berfikir untuk melakukan sesuatu yang lebih baik demi untuk menutup mulut si pembangkang.

Pun begitu, disebalik yang lebih baik kita lakukan tersebut, ianya tidak lepas dari bangkangan lagi, bahkan itu adalah sesuatu yang sihat demi melahirkan satu pemikiran yang kreatif demi menghadapi masa mendatang dengan lebih maju.

Begitujuga, kewujudan ”pembangkang” akan menyebabkan kita akan berhati-hati dalam bertindak, lebih-lebih lagi melibatkan kepada penyelewengan.

Ekoran dari itulah, bangkang adalah sesuatu yang penting, bahkan ia merupakan alat untuk melahirkan sesuatu yang sempurna.

Melahirkan kesempurnaan melalui membangkang ini adalah sesuatu yang sudah wujud dalam Al-Quran, malahan dari penciptaan bumi ini sendiri.

Pernahkah kita berfikir, bahawa hidup di bumi ini lebih selesa berbanding hidup di bulan.....

Di bulan, kita susah mahu bergerak; makan, minum, berjalan dll kerana di sana tidak wujud satu kuasa yang bernama graviti. Kita berjalan di atas permukaan yang tidak ada graviti, menyebabkan kita terhuyung hayang; tidak dapat berpijak di ”bumi yang nyata” dan macam-macam lagi yang kita dapat gambarkan.

Tapi, di atas bumi ini, kita dapat rasakan kehidupannya agak selesa. Jika kita berjalan, kita berpijak di bumi nyata. Semua ini dirasakan begitu kerana wujud di bumi ini tidak sepertimana wujud di bulan; iaitu graviti.

Graviti merupakan satu kuasa ghaib, ia menolak dari atas ke bawah, dari bawah ke atas, dari kanan ke kiri, dari kiri ke kanan. Apabila wujud tolak menolak ini, maka kita pun dapat merasakaan keselesaaan dikala hidup di atas bumi.

Begitujuga dalam kehidupan kita dalam persatuan, jemaah, kerajaan mahupun organisasi. Tolak menolak (baca : bangkang-membangkang) adalah sesuatu yang perlu, barulah persatuan, jemaah, kerajaan dan organisasi tersebut berada dalam kestabilan, sepertimana kestabilan kita berada di bumi berbanding kita hidup di bulan.

Hakikat ini, sebenarnya telah dinyatakan oleh Allah, iaitu firman Allah;

وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَفَسَدَتِ الْأَرْضُ

Maksudnya;
”Sekiranya tidak ada tolak Allah terhadap manusia antara setengah dengan setengahnya yang lain, pasti bumi akan ditimpa kerosakan”

(Surah Al-Baqarah : 251)

Juga firman Allah dalam ayat lain;

وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا

Maksudnya;
“sekiranya tidak tolak Allah terhadap manusia antara setengah dengan setengah yang lain, pasti telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid- masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah”

(Surah Al-Haj : 40)

Persoalannya, apakah kita suka dibangkang??

Memang ramai yang tidak suka dibangkang, hatta dalam jiwa orang membangkang pun tidak suka dibangkang.

Pun begitu, demi mahu mencari kesempurnaan, mengapa marah kepada orang yang membangkang, bahkan diberikan lebel dengan pelbagai lebel, sedangkan kita yang tidak membangkang sebenarnya dibimbangi sebagai pemula kepada kerosakan sesuatu organisasi, persatuan mahupun kerajaan.

Sekian

p/s : Kedengaran “khabar-khabar yang dibawa oleh angin”, kemungkinan besar Perak nak bubar DUN; pilihanraya di peringkat negeri perak akan berlaku. kalau ini berlaku di malaysia dalam masa terdekat… atas kemungkinan ini, kita kena fikir, bagaimana untuk mempertahankan kerajaan kita yang ada hari ini. Jangan sampai kita tidak tahu menjawab didepan rakyat disebalik kelemahan kita dalam kerajaan pada hari ini…. itupun, kalau kita rasa kerajaan kita ini lemah.. kalau kita rasa kerajaan kita hari ini kuat, tak payah fikir pun tak per.....

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri indah (B), Sg Buloh
4 Febuari 2009 * 8:30 pagi.

2 ulasan:

Awanama berkata...

Salam ustz,

Utk makluman ustz, kat bulan ada graviti tapi tak sekuat graviti di bumi.

Tapi saya kagum dengan ustz kerana dapat menyampaikan tafsiran graviti dengan bahasa yang sangat mudah. Brilliant!!!

Awanama berkata...

terima kasih bagi maklumat. ana urai ini berdasarkan "setahu ana" sahaja...

terima kasih kerana membetulkan fakta ini..

sekian

Al-Bakistani