Ahad, 1 Ogos 2010

HAPUSKAN UMNO, DAKWAH ORANG UMNO

[1]

Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud, "tolonglah saudara kamu yang zalim dan yang dizalimi".

Mengenai menolong orang yang di zalimi itu adalah perkara biasa. Tetapi, menolong orang yang zalim itu pelik. Jadinya, kenyataan Nabi SAW itu menyebabkan ada sahabat bertanya, lalu jawab Nabi SAW yang bermaksud;

"bahawa kamu berhentikan dia dari melakukan kezaliman". Hadis ini sahih, riwayat Abu Daud.

Hadis yang dinukilkan ini, hakikatnya memperlihatkan kepada kita orang zalim itu wajib dibantu. Namun maksud dibantu menerusi hadis, bukan dengan maksud menyemarakkan kezaliman dan memberi nyawa kepada organisasi zalimisme, sebaliknya membantu berhentikannya dari melakukan kezaliman, dengan menutup segala ruang-ruang dan wadah- wadah yang menyebabkan mereka melakukan kezaliman.

[2]

Aku ada saudara mara yang bermazhab UMNO. Telah diusahakan berratus-ratus kali agar berhenti dari duduk dalam parti UMNO, kerana parti itu memberi ruang dalam melakukan kezaliman [firman Allah, jangan kamu cenderung dari melakukan kezaliman, nanti kamu akan disambar oleh api neraka : surah Hud ayat 113] , tetapi usaha itu tidak mendatangkan hasil yang baik.

menjadi kebiasan bagi orang yang berniaga, dan mendapat keuntungan perniagaan melalui cara UMNO [seperti dapat projek melalui UMNO], mereka amat susah hendak meninggalkan UMNO. Justeru, aku berpendapat, cara yang terbaik menyelamatkan saudara maraku dari melakukan kezaliman adalah dengan menghancurkan UMNO.

UMNO merupakan parti yang perlu diluputkan, tetapi orang dan ahli UMNO adalah sasaran dakwah kita. Orang dan ahli UMNO memeluk ajaran UMNO ini, majoritinya kerana kebendaan, bukan kerana kepercayaan. Saudara maraku yang bermazhab UMNO sebagai buktinya. Justeru, luputkan organisasi UMNO, menyebabkan orang UMNO akan berhenti dari melakukan kezaliman.

[3]

Ada fikrah menyebut, bahawa orang UMNO juga perlu didakwahkan. Tidak dinafikan dakwaan itu, tetapi cara hendak dakwahkan orang UMNO bukan dengan cara mewujudkan perpaduan antara UMNO - PAS.

Seperti kita ketahui, sudah 50 tahun lebih PAS berdakwah dan ajak UMNO kepada Islam, tetapi PAS tidak pernah berjaya mengislamkan UMNO, tetapi PAS hanya berjaya sekadar menarik sebilangan kecil orang-orang UMNO masuk PAS. Malahan, atas nama dakwah juga PAS pernah bergabung politik dengan UMNO, tetapi PAS disepak dan diterajang keluar oleh UMNO, tetapi dipropagandakan oleh UMNO, kononnya PAS yang keluar dari BN.

Secara realitinya, teori gabung PAS - UMNO dengan alasan dakwah adalah teori yang bakal disengat kala jengking dari satu lubang sebanyak dua kali. Ia tidak lebih sekadar memberi nyawa baru kepada UMNO yang sedang kelemasan dengan kekayaan dan kemewahan yang terhasil dari rompakan terhadap harta rakyat.

Justeru, jika benar-benar mahu dakwah orang UMNO, caranya adalah hapuskan wadah mereka melakukan kezaliman. Hapuskan pertubuhan UMNO. Jika mengambil sikap mahu bergabung PAS - UMNO, itu bukan sikap kita mahu dakwah orang UMNO, tetapi ia sikap menterjebakkan kita untuk menempelkan kezaliman UMNO kepada PAS.

Sekian.

* pesanan kepada "polis melayu" agar sedar bahawa yang dok ajak perpaduan melayu tu adalah "pencuri melayu", bukan "askar melayu".

Wallahu 'Alam.

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

- Sri Indah [B] Sg buloh
2 ogos 2010 * 12.30 Tengahari

4 ulasan:

hamPAS berkata...

ya betul-betul tak boleh ajar islam kat umno kita ajar islam kat kafir harbi dap.

Tanpa Nama berkata...

kalau anda fikir dgn kata 'pergi jahanam dengan umno' akan menghancurkan umno anda memang bodoh.

dan kalau anda fikir anda boleh cakap 'pergi mampus' kat seseorg dan pada masa yg sama anda nak ajak mereka kembali kpd islam dan harap mereka akan beri peluang utk anda mengajak, anda memang naif.

dan kalau anda fikir perpaduan pas-umno tu adalah berbentuk persetujuan politik semata2, anda memang naif.

dan kalau anda fikir semua pendapat anda benar dan pendapat yg berbeda dgn anda salah dan wajar diserang, anda memang angkuh dan anda menyebarkan keangkuhan ini kpd org2 pas yg lain.

inikah dakwah?

Tanpa Nama berkata...

dah latu..org xciter dah pasal perpaduan..apa la ostat ni..muka dah la jambu hehehe..bile dah xde modal nak wat citer, hg ungkit2 balik..polis melayu la, pencuri melayu..jenis genetik dengki kot ostat nih huhu

Tanpa Nama berkata...

hebat betul.boleh tahu apa dalam hati orang umno...

er...ustat ustat pas semuanya pakat duduk di rumah PPRT,setinggan,isteri sorang je kot....

tak ada pun pakai kereta tapi sebaliknya naik bas...

macam tu la juga dengan DAP dan PKR.semuanya pakat zuhud menunduk diri tak gila harta....kan?