Jumaat, 18 Mac 2011

BIBLE DALAM BAHASA MELAYU

bible dalam bahasa melayu?

jawapanku, hanya seperti berikut;

kalau ia adalah hak orang kristian, maka hendaklah berikan hak itu kepada mereka.

sabda Nabi SAW;

فَأَعْطِ كُلَّ ذِي حَقٍّ حَقَّهُ

maksudnya;
"berikan kepada setiap orang yang mempunyai hak, akan hak mereka" [Al-Bukhari : 1832]

Dan jika yakin bahawa bible telah diselewengkan seperti yang Allah SWT sebut dalam Al-Quran, maka kena galakkan lagi kristian baca bible, supaya mereka akan nampak penyelewengan itu.

firman Allah;

فَوَيْلٌ لِلَّذِينَ يَكْتُبُونَ الْكِتَابَ بِأَيْدِيهِمْ ثُمَّ يَقُولُونَ هَذَا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ

maksudnya;
"kecelakaan bagi mereka yang menulis kitab dengan tangan-tangan mereka sendiri, kemudian mendakwa ia datang dari Allah"

[Al-Baqarah : 79]

dan lagi, kenyataan Ulama PAS, Ustaz Harun Taib;

KUALA LUMPUR, 18 Mac — Dewan Ulama PAS tidak membantah atau menghalang penggunaan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia sambil menyifatkan ia tidak menjejaskan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Ketuanya Datuk Harun Taib berkata, penganut Kristian tidak sewajar dihalang untuk menggunakan Al Kitab memandang Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi negara, milik semua rakyat Malaysia.

“Bagi saya tiada masalah kalau kitab Injil digunakan dalam Bahasa Malaysia ... bukan sahaja dalam Bahasa Malaysia kalau dalam bahasa lain juga tiada masalah.

“Adakah akidah orang Islam akan terjejas dengan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia ini? Tidak, ia hanya sekadar kitab yang dibaca penganut Kristian ... itu sahaja. Jadi, kenapa mesti nak halang,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata kitab Injil itu hanya diedarkan di kalangan penganut Kristian jadi orang Islam tidak perlu bimbang mengenai perkara itu.

“Tiada masalah, cuma ia tidak boleh disebarkan di kalangan orang Islam ... itu sahaja, kalau nak guna dalam Bahasa Malaysia memang tiada masalah.

“Saya tiada bantahan dalam perkara ini,” katanya.

Ditanya mengenai penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia, Harun yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata, penganut Kristian boleh menggunakan istilah itu dengan syarat hanya di kalangan masyarakat itu.

“Kalau orang Kristian nak guna istilah Allah bagi merujuk Tuhan mereka tiada masalah, kalau mereka yakin Allah adalah Tuhan bagi mereka, biarkan sahaja,” kata beliau lagi.

“Lagipun ia berbeza dengan orang Islam kita ‘Allah s.w.t’ tapi orang Kristian ‘Allah’ sahaja, jadi itu ada beza. Kalau mereka yakin itu hak mereka.

“Saya tak bantah kalau orang Kristian nak gunakan Allah tapi hanya di kalangan mereka sahaja. Jadi orang Islam kena berhati-hati dalam perkara ini,” katanya.

baca lagi di sini

sekian

Wallahu 'Alam

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1.oitttt budak!!lani harga skrap getah mahai!!lebihkurang rm 7.00 sekilo!!hangpilah motong waktu siang!!
2.lepas motong!!hang boleh lah ajaq agama secara percuma!!lebih afdal bagi hang noo!!
3.itulah contoh kerja tok-tok guru dulu-dulu!ilmu depa berkat!!alim!dihormati oleh semua umat islam!!
4.yang hang ni!!susahla nak cakap!!dahlah tak dak sorang pun puak kapiaq masuk islam kerana jasa hang!!malah hang ni macam dok suruh puak islam yang sedia ada murtad pula noo!!akai hang dimana oii!!

Tanpa Nama berkata...

Rasa nya yang kutuk diatas itu pun ustaz. Apa nak jadi dengan Ustaz Ustaz Perpaduang yg tambah mengarut ini.