Jumaat, 11 September 2009

ORANG PEREMPUAN PAKAI WANGIAN


ORANG PEREMPUAN PAKAI WANGIAN

Imam An-Nasai ada meriwatkan satu hadis, daripada Al-Asya’ri berkata, bahawa Nabi SAW bersabda;

أَيُّمَا امْرَأَةٍ اسْتَعْطَرَتْ فَمَرَّتْ عَلَى قَوْمٍ لِيَجِدُوا مِنْ رِيحِهَا فَهِيَ زَانِيَةٌ

Maksudnya;
“mana-mana perempuan memakai wangian, kemudian lalu dihadapan satu kaum yang mereka boleh terhidu bauan tersebut, maka perempuan itu adalah penzina
[1]

Hadis ini menjelaskan kepada kita larangan terhadap perempuan yang memakai wangian sehingga dapat dihidu oleh lelaki ajnabi. Tindakan tersebut adalah haram kerana ia boleh melahirkan fitnah. keadaan ini berlaku, jika wangian yang dipakai itu mempunyai aroma bauan yang terlalu kuat.

Adapun wangian yang berbau nipis; tidak kuat yang dipakai oleh seseorang perempuan dengan tujuan menutup bau tubuhnya, maka itu tidak menjadi haram, tetapi dipandang makruh oleh As-Syaikh Dr Atiah Saqar.

Dipandang makruh oleh Dr Atiah Saqar kerana, wangian yang nipis itu boleh didapati apabila perempuan yang memakai wangian tersebut berada ditempat yang sesak. Pun begitu, wajib baginya menghindarkan diri dari terlahirnya sebarang fitnah dengan sebab memakai wangian, waimma aroma baunya nipis sekalipun.

Disamping itu juga, perlu diingatkan bahawa menghilangkan bau badan, tidak semestinya dengan memakai wangian, tetapi ia boleh hilang dengan mandi, atau basuh pada badan yang boleh melahirkan bau badan tersebut, seperti disebabkan peluh dan sebagainya.

Penjelasan ini dikhususkan kepada perempuan yang memakai wangian untuk lelaki selain dari suami mereka. Adapun untuk suami mereka, memakai wangian merupakan ibadat, kerana itu akan melahirkan bertambah kasih sayang antara suami dan isteri. Begitujuga, tidak menjadi haram atau makruh, malah dikira ibadat apabila seseorang perempuan itu memakai wangian untuk sesama mereka.

Sekian

p/s : article ini merujuk kepada kitab Fatawa min Ahsanil kalam, karangan Dr Atiah Saqar.

Wallahu ‘Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
11 september 2009 * 5:40 petang




[1] Sunan An-nasai : 5036.

1 ulasan:

serirasahati berkata...

heran manusia ni....yang tak boleh berwangi-wangi 'galak' nak sembur minyak wangi. yang disunatkan wangi....busuk hapak separuh mati.Saya pernah berdiri di sebelah lelaki yang masam ketiaknya dan hangit aroma badannya...menyusahkan sungguh.

Wanita ni sangat dasyat jika pakejnya lengkap....mendedahkan tubuh badan dan berwangi-wangian.
Saya sarankan wanita cukup pakai pewangi ketiak(deodorant)...ia tak semerbak tapi sekadar menyerap bau masam ketiak.Sebabnya kalau 'busuk' pun mendatangkan masalah jugak...