Isnin, 13 Julai 2009

ROMBAKAN EXCO SELANGOR ??


ROMBAKAN EXCO SELANGOR ??

Mstar melaporkan;

SHAH ALAM: Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa (ADUN) Mohamed Azmin Ali hari ini terus mendesak supaya kerajaan negeri Selangor mengadakan rombakan terhadap barisan EXCO Selangor.

Beliau berkata cadangannya pada Khamis lepas, agar Exco dirombak tidak semestinya memecat mana-mana individu, sebaliknya ia boleh dilakukan dengan menukar portfolio anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

"Terserahkan kepada Menteri Besar untuk berbuat demikian," katanya kepada para wartawan sewaktu rehat sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Sungguhpun, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tidak akan membuat sebarang rombakan dalam masa terdekat, beliau perlu menekankan peranan excoexco supaya lebih berkesan dalam menjalankan tanggungjawab mereka untuk membangunkan Selangor, katanya.

Azmin yang juga Anggota Parlimen Gombak itu telah meminta supaya barisan Exco kerajaan negeri dirombak kerana tidak berpuas hati dengan prestasi Excoexco tertentu yang didakwa gagal memajukan negeri itu. Beliau membuat kenyataan itu semasa sidang DUN itu, yang turut tidak senang dengan cara pelantikan anggota majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor yang diumumkan Isnin lepas.

Beliau mendakwa, pelantikan anggota majlis berkenaan dibuat tidak selaras dengan prinsip serta semangat kerjasama di antara Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS.

KOMEN;

Rombakan perlu jika kerajaan selangor tidak boleh maju dengan wujudnya exco-exco yang lembab.

Secara peribadi, aku cadangkan dua nama yang bukan sekadar menukarkan portfolio, malah dipecat terus dengan digantikan orang lain, iaitu Dr Hasan Ali dari PAS dan Ronnie Liu dari DAP.

Sekadar cadangan sahaja…

Sekian

Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
13 Julai 2009 * 11:00 malam



2 ulasan:

sang kelembai junior berkata...

Apa masalah kau dengan Dr. Hasan Ali? Bukan main kau hentam dia. Tak habis dengan tu, cadangkan pula nak pecat dia. Yang kau sakit hati sangat dengan Dr. Hasan ni kenapa?

Tanpa Nama berkata...

hassan ali ni ana faham ustaz... Memang ntah hape2 ntah.. ramai komplen...muktamar pemuda pun hari tu dari selangor yang beriya2 nak pesuruhjaya tak dilantik presiden.,..tapi ronnie liu ni ana tak nampak ape masalah beliau..ker ustaz ader berita dalaman?? bleh bagitau?? Sebab ustaz dah dedah kepada umum, jadi harap boleh arr bagitau kepada pembaca2 blog ustaz...