CADANGAN KEPADA PAS SELANGOR DALAM ISU ARAK
Menarik membaca komen Pak Bakaq Haq tentang hak demokrasi orang islam dalam isu arak di selangor. Itu yang wajib difikirkan oleh orang bukan Islam, terutama sahabat-sahabat dari DAP dan sebilangan dari PKR.
Dalam keadaan begitu pun, PAS Selangor perlu ada perancangan strategi yang lebih berkesan dalam usaha hendak melupuskan terus arak dari negeri, malah berusaha hendak menutup kilang arak itu sendiri.
Secara umumnya, bukan kedai atau kilang arak sahaja perlu diusahakan agar ditutup, sebaliknya, banyak lagi perkara yang perlu difikirkan agar ditutup, seperti disko yang berunsur maksiat, rumah urut, casino, tikam ekor dan banyak lagi.
Pun begitu, perlaksanaan untuk menutup semua perkara itu menjadi masalah disebabkan kita bukan berada dalam kerajaan islam, tetapi berada dalam kerajaan Pakatan Rakyat. Lebih merumitkan lagi, kewujudan PAS dalam kerajaan Negeri Selangor adalah golongan yang minoriti berbanding PKR dan DAP.
CARI TITIK KESAMAAN
Secara umumnya, jika difikirkan balik, tujuan PAS bersama dengan DAP dan PKR adalah untuk melawan UMNO/BN yang memerintah. UMNO/BN adalah parti yang telah membawa seribu satu kemungkaran berlaku atas bumi Malaysia ini.
Dalam hal itu, PAS perlu berfikir mekanisma yang paling baik dalam berusaha untuk perlaksanaan islam di Malaysia secara berhikmat dan berkesan, malah perlaksanaan yang tidak bersifat sementara.
Justeru, perlu diperhatikan kepada dua perkara, iaitu;
1- PAS mempunyai kesamaan dengan DAP dan PKR.
2- PAS tidak mempunyai kesamaan dengan DAP dan PKR.
KESAMAAN
Disebabkan PAS mampu bersama PKR dan DAP, menunjukkan PAS mempunyai kesamaan dengan PKR dan DAP dalam beberapa perkara.
Dalam usaha hendak menjatuhkan kezaliman, menghapuskan ISA, membaiki sistem kehakiman, SPR, media dan banyak lagi, semua ini adalah titik kesamaan antara PAS bersama DAP dan PKR.
Tindakan PAS dengan DAP dan PKR ini tidak salah dari sudut Islam, malah ia diakui sendiri oleh Allah SWT.
Firman Allah;
قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ
Maksudnya;
“Katakanlah, Wahai Ahli kitab, marilah kepada titik kesamaan antara kami dan antara kamu”
(Surah Al-Imran : 64)
Dalam pilihanraya umum baru-baru ini, dilihat konsep negara berkebajikan yang dicadangkan oleh PAS dan PKR diterima oleh rakyat. Pihak DAP pun agak kebersamaan dengan isu kerajaan Berkebajikan.
Justeru, dengan kesamaan dari sudut matlamat ini, kita boleh bersatu, terutama dalam usaha menjatuhkan syirik paling besar di Malaysia, iaitu UMNO/BN.
TIDAK ADA KESAMAAN
Dalam keadaan PAS mempunyai kesamaan dengan PKR dan DAP dalam beberapa perkara, tidak dinafikan bahawa hakikatnya PAS mempunyai idealogi pemikiran politik yang berbeda sama sekali dengan DAP, juga PKR.
PAS mempunyai cita-cita perlaksanaan Islam, tetapi sedihnya perlaksanaan Islam ini tidak mendapat sambutan dari kawan-kawan parti dari Pakatan Rakyat, terutama DAP.
Mengapa keadaan ini berlaku?
Semuanya berpunca apabila mereka tidak mempunyai kefahaman yang mendalam disebalik perlaksaaan Islam itu sendiri. Mereka tidak merasa yakin dengan Islam, ekoran itu mereka tidak menerima Islam apabila hendak dicadangkan perlaksanaannya.
Jika keadaan ini berlaku, PAS di selangor perlu mempunyai mekanisma terbaik dalam usaha hendak melaksanakan Islam yang dituntut oleh Allah SWT.
CADANGAN
Dicadangkan kepada PAS selangor melakukan kempen ”islam syumul” di seluruh negeri. Disediakan jadual yang tersusun kemas dan rapi dalam usaha hendak melakukan kempen tersebut.
Contohnya, seperti kita melancarkan kempen bahaya arak, yang difokuskan selama 3 bulan, bermula dari bulan ogos hingga bulan november.
Kempen yang dilakukan, hendaklah mendapat kerjasama dari MAIS dan JAIS; dibawah kuasa Exco Agama, yang sudah pasti exconya itu adalah hasan Ali.
Setiap sebulan kempen yang dilakukan, perlu diadakan ”dirasah maidaniyyah” atau kaji selidik terhadap respon rakyat terhadap kempen yang dilakukan, apakah ia memperlihatkan sesuatu positif atau sebaliknya.
Jika didapati wujud kelemahan pada usaha yang dilakukan bulan pertama, maka hendaklah diwujudkan Brainstorm secara menyeluruh, dan wujudkan tindakan yang lebih baik, malah lebih berkesan dari kempen pada bulan pertama.
Begitulah seterusnya dilakukan juga pada perkara lain, seperti kempen bahaya judi dan selanjutnya.
CARA KEMPEN
Cara kempen yang hendak dilakukan, tidak sekadar ceramah dan kuliah di masjid dan surau sahaja, malah hendaklah menjangkaui dari daerah orang Islam. bermaksud, kempen ini hendaklah dilakukan juga kepada orang bukan islam, malah mungkin dilebihkan sikit fokusnya itu.
Kempen yang dilakukan itu, tidak cukup sekadar ceramah dan kuliah, tetapi hendaklah dilakukan dalam bentuk lain, seperti risalah berkala, banner dan banyak lagi.
Ulasan risalah, tidak menggunakan ulasan-ulasan yang berat, sebaliknya menggunakan ulasan yang ringan; mudah difahami. Jika boleh menggunakan karton dan berbentuk lawak yang mempunyai mesej, maka itu lebih baik, kerana itu amat sesuai dengan minda orang malaysia.
Banner yang hendak dinaikkan, perlu bersifat ”provokatif”, iaitu apabila orang membacanya, menyebabkan orang akan berfikir, juga mahu mendalami maksud disebalik tulisan yang termaktub pada banner tersebut.
Sediakan satu badan motivator dibawah jabatan Agama Islam, atau dibawah exco agama. Badan tersebut menyediakan bimbingan motivasi tanpa dikenakan bayaran kepada rakyat yang mahu menerima motivasi tersebut. Badan motivator itu, tidak sekadar memberikan motavasi, tetapi hendaklah disediakan pemikir-pemikir, agar mereka berfikir kaedah dan mekanisma yang lebih terkini dan lebih berkesan dalam melaksanakan kempen ”islam Syumul”, juga memikirkan jawapan yang lebih berkesan dikala ditanya tentang arak dan judi, atau sebagainya.
Di banner atau risalah yang diedarkan itu, hendaklah diterakan sama nombor telefon, atau alamat e mail badan motivasi tersebut, agar mudah untuk sesiapa ingin mengetahui ulasan lebih lanjut tentang bahaya arak, atau bahaya judi ini.
BOIKOT KEDAI ADA JUAL ARAK
Disamping meneruskan usaha dakwah secara berkesan untuk memahamkan rakyat tentang bahaya arak, bahaya judi dan sebagainya, dicadangkan juga melakukan boikot terhadap kedai-kedai serbaneka yang menjual arak, juga yang ada kaitan dengan perjudian.
Keadaan ini sudah berlaku di DUN yang diYBkan oleh Dr Syafie, dan ternyata tindakan itu menghasilkan kejayaan yang amat berkesan sekali. Mereka menaikkan Banner yang memboikot kedai-kedai serbaneka yang menjual arak, menyebabkan pihak pekedai akur sehingga mereka tidak lagi menjual arak dikedai mereka.
EXCO PAS PERLU BIJAK BERHUJJAH
Tidak ketinggalan juga para exco yang berada dalam mesyuarat kerajaan negeri selangor. Mereka hendaklah mempunyai keberanian dan kebijaksanaan dalam berhujjah dalam menyatakan kerosakan dan kebinasaan yang bakal berlaku disebalik keizinan penjualan arak, juga judi.
Cara berhujjah itu, hendaklah tidak terus mengungkapkan ayat-ayat Al-Quran atau hadis, kerana dibimbangi mereka yang tidak beragama islam terus memandang prejudis terhadap hujjah yang dikemukakan.
Sebaliknya, hujjah yang dikemukakan hendak dikemukakam ”i’jaz Al-Quran dan As-Sunnah” atau menyebut bahaya arak dan judi dari sudut sains, kesihatan, sosial dan seterusnya. Apabila exco Non Muslim itu akur dengan apa yang dihujjahkan itu, barulah dinyatakan bahawa semua hujjah-hujjah sains itu dirujuk kepada ayat-ayat Al-Quran dan Hadis-hadis Nabi.
Jika ini berjaya dilakukan, sedikit sebanyak kita telah berjaya mendakwah mereka, dan tidak mustahil di masa akan datang mereka akan memeluk Islam kerana yakin dengan kehebatan dan keindahan agama Islam.
PENUTUP
Padaku, kerajaan Pakatan Rakyat bukanlah kerajaan Islam yang terus melaksanakan islam secara total. Tetapi, kerajaan Pakatan Rakyat adalah sebuah kerajaan yang diberikan ruang oleh Allah SWT untuk pendokong gerakan islam berdakwah dengan sebijaksana yang mungkin dalam usaha menuju penubuhan kerajaan Islam.
Justeru itulah, jika dirujuk kepada zaman pemerintahan Omar bin Abdul Aziz yang sudah pasti adalah kerajaan islam, beliau pun tidak berjaya melaksanakan semua hukum-hukum islam.
Pernah anak beliau bernama Abdul Malik bertanya kepada beliau, tentang tindakan beliau yang tidak melaksanakan semua hukum-hukum islam itu.
Mendengar soalan anak lelakinya itu, Omar bin Abdul Aziz terus berkata;
لا تعجل يا بني , إن الله ذم الخمر في القرءان مرتين , وحرمه في الثالثة . و الله , إني أخاف أن أحمل الحق على الناس جملة , فيدفعواه جملة
Maksudnya;
“jangan kamu gopoh wahai anakku. Sesungguhnya Allah mencela arak dalam Al-Quran sebanyak dua kali, dan mengharamkannya pada kali yang ketiga. Demi Allah, Aku terlalu bimbang melaksanakan kebenaran secara total, lalu mereka menolak kebenaran itu secara total”
Sekian
p/s : dicadangkan kepada Ummah Centre yang baru selesai adakan seminar pemikiran Dr Burhanuddin Al-Helmi, bahawa mengadakan pula satu seminar, iaitu seminar pemikiran Omar Abdul Aziz.
Wallahu ’Alam
Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com
- Sri Indah (B), Sg Buloh
8 ogos 2009 * 2:04 pagi

6 ulasan:
Ini semua wayang UMNO dalam menjatuhkan Pakatan Selangor. Si Hasan nak jadi MB Selangor, so kalau dia boleh buat kacau sampai DAP gaduh dengan PKR, sampailah hajat dia jadi MB kalau PAS berganding dengan UMNO di Selangor. Ingat UNity govt??
Cuba buka mata dan tengok hala tuju semau press conference yang diorang buat sekarang. Kalau memang ikhlas nak uruskan pentadbiran Selangor dengan baik, bincang saja kat meeting EXCO. Ketuk meja pun tak pa, asalkan dapat persetujuan. Ni buat press conference nak provoke DAP apasal?? Cuma bagi laluan Utusan Meloya buat cerita sampai orang PAS se Malaysia pun percaya.
Cubalah korang belajar sikit dari cerita DUN Perak! Apanama, si Mamak tu selalu berkata Melayu mudah lupa. Memang benar cakap dia. Kalau macam ni, memang takdir kita semua dipijak oleh UMNO selama-lamanya. Jangan lupa, director kat Genting tu ex-IGP Haniff Omar. Ada pulak ex-IGP jadi best friend dengan tokeh judi no 1 di Malaysia?? Ni lah UMNO, selalu bagi director kat semua ahli-nya yang dah bersara dari kerajaan. Jadi, mission dia ialah sentiasa bagi lesen arak dan judi supaya orang Melayu yang dah bersarsa dari kerajaan dapat jadi director kat company jual arak dan judi. Jangan lupa semua ni.
Jadi isu jual arak ni di Shah Alam bukan perkara yang mustahil diselesaikan secara baik. Senang saja nak heret Ronnie Liu dan geng ke meja perundingan. Biar Khalid uruskan.
Tapi jangan lupa, ini semua kerja UMNO untuk merampas balik Selangor. Jangan sampai jadi macam Perak!
donplayplay
kalau nak bagi tahu keburukan arak tak perlu kempen2 lagi...sebab semua org sudah maklum akan bahaya arak. Orang selangor kan pandai2 semua...boleh akses internet, berpelajaran dan lain2.
memang kalau perlu semua tempat maksiat kena tutup. tetapi apa PAS selangor buat hanya utk mengutakuasakan undang2 yg sudah ada. Sebab PAS selangor faham akan prioriti.
Takkan dlm isu ni pun tak mahu tolong jamaah sendiri????
Saya tak faham sungguh.....?????
Salam,
That's more like it ya ustaz, suggestions instead of attacking your fellow friends. Syukran...
Dari MMBS317,
Saya rasa perkara asas yang perlu dilihat, dikaji secara mendalam adalah berkenaan tindakan campurtangan Exco DAP berkenaan (jika ada dan benar)terhadap bidang tugas penguatkuasa yang menjalankan amanah mengikut undang2 (apatah lagi amanah itu selari dengan tuntutan Islam), bukannya berkenaan arak. Arak itu hanyalah "alat" untuk dikaliskan. Apakah tindakan Dr Hassan menyalahi agama dan jamaah? Adakah jika kita memberi sokongan kepada Dr Hassan dan PAS Selangor, kita tak mendapat pahala? Saya rasa Dr Hassan memikul satu amanah yang amat besar dan tidak dipundak kita. Amanah tsb daripada jamaah, rakyat dan mungkin juga dpd Sultan yang tak sanggup melihat pengkhianatan UBN selama ini. Wa ALLAHu a'lam.
pertama:
Hasan ali adalah exco kerajaan negeri. sebarang teguran terhadap exco yang lain, agak tidak relevan digunakan ruang media. kerana itu memburukkan lagi suasana. la-siyama, UMNO memang sedang berusaha hendak pecah belahkan antara PAS dan DAP ini.
sekarang, DAP pun dah desak agar hasan ali di kenakan tindakan disiplin. menampakkan keadaan semakin hari semakin rumit.
kalau dia ikhlas nka menegur, sepatutnya dia kena guna meeting mesyuarat kerajaan (meeting exco), ataupun kalau takut sangat dengan Ronnie liu, sebab tak leh sound depan2, pihak PAS kena adakan pertemuan dengan MB. baru selesai..
kalau Hasan Ali bukan exco kerajaan negeri, barulah agak relevan kalau dia nak gunakan media untuk nak hentam ronnie liu begitu.
kalau tak berani nak "tepuk meja" dalam meeting exco, baik dia gantikan orang lain yang lebih berani sound ronnie liu dalam meeting exco..
kedua:
isu arak adalah isu lain. isu desakan ronnie isu yang lain pula. Ronnie memang ada masalah. kalau didesak agar turun dari takhta, ana sangat setuju. tetapi, pendekatan desakan itu ana tidak bersetuju.
pendekatan hasan ali mendesak itu seakan-akan mempunyai agenda tersembunyi. ekoran itulah, tidak hairan yang berkokok kuat dalam isu ini adalah hasan ali dan Roslan SMS yang sudah diketahui ramai adalah orang yang terlibat secara langsung dalam "pergabungan antara PAS dan UMNO" sejak PR menang dalam PRU baru2 ini.
arak yang dikemukakan itu sebagai "alat" untuk hentam Ronnie liu, malah terhadap DAP itu sendiri. seakan-akan isu arak ini, telah dijadikan modal penting dalam usaha hendak melahirkan keretakkan antara PAS dan DAP, seterusnya usaha gabung dengan UMNO berjaya dilaksanakan. apabila keadaan ii berlaku, tidak hairan MB Sel yang baru selepas ini adalah hasan Ali...
ketiga:
soal pahala atau tidak??
nabi SAW berkata;
sesiapa yang berijtihad, lalu betul ijtihadnnya, maka baginya dua pahala. kalau salah, satu pahala sahaja.
cumanya, pahala itu terhasil apabila tindakan yang dibuat ikhlas kerana Allah. kalau tidak ikhlas, waimma teguran berhiikmah pun, tidak mendatangkan sebarang pahala.
di harapkan teguran hasan ali itu memang "lillahi taala", bukan "li Khir Toyo"
sekian
Wallahu 'Alam
Al-Bakistani
Kita berhukum dgn yg zahir sudah lah..apa ada dlm hati orang kita tak tahu.
Ada baik juga kita tegur secara terbuka. Supaya ramai orang tahu pendirian kita. kalau tidak orang ramai akan ingat PAS tak buat kerja. Sekarang satu malaysia tahu pendirian PAS dan sekurang-kurangnya PAS telah jln kan tanggungjawabnya. Ini juga telah membuka pekung UMNO..hipokrit. Rakyat kampung sudah semakin mengenali hati budi UMNO, masa dulu tak nak bangkang jual arak...sekarang baru sibuk.
Tahniah PAS Selangor!!!!
Catat Ulasan