Jumaat, 7 Ogos 2009

HATI-HATI DENGAN POLITIK NAJIB !!


HATI-HATI DENGAN POLITIK NAJIB !!

Nampaknya semenjak Najib jadi PM, banyak isu-isu yang dibawa oleh PR seakan-akan tidak termakan. Kalau pun dilihat seperti pisau, tetapi ia adalah tumpul.

Isu altantuya semakin hari semakin kurang kedengaran. Apakah terus padam, tidak dapat untuk diandaikan.

Isu demonstrasi anti-ISA, dilihat anti-ISA bukan lagi agenda berita, tetapi agenda berita yang dilihat adalah kerugian para peniaga.

Di saat pihak anti-ISA sedang kempen untuk memberi kesedaran disebalik kezaliman ISA, seterusnya menjemput semua rakyat hadir demonstrasi anti-ISA yang dicadangkan pun tidak menyengat dengan berita desakan mansuhkan ISA, tetapi yang lebih menyengat adalah berita, kononnya wujud pertembungan antara dua pihak; anti-ISA dan Pro-ISA.

Media mainkan isu pertembungan antara dua pihak ini, menyebabkan minda rakyat tidak memfokuskan kepada kezaliman ISA, tetapi minda rakyat rata-rata melihat pertembungan antara dua pihak yang kononnya akan berlaku, waimma team pro-iSA yang hadir bukanlah ramai.

Pada hari ini, dilihat bagaimana kaedah “lemah lembut” yang dimainkan oleh Najib dalam menghadapi kerajaan Negeri kelantan; la-siyama terhadap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Jika sebelum ini, diberitakan bahawa Tok Guru Nik Abdul Aziz diminta oleh Najib agar menjaga hati ahli-ahli UMNO. Pada hari ini pula, Najib sekali lagi menunjukkan “kaedah lemah lembut”; kononnya menghargai dengan kenyataan tok guru yang mendapat layanan baik dalam majlis pelancaran Zon Ekonomi Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur (SEZ-ECER) di Pekan, Pahang baru-baru ini. (sila klik)

Yang peliknya, lemah lembut yang ditunjukkan oleh Najib; yang digambarkan dalam media itu banyak ditonjolkan antara beliau dengan PAS. Persoalannya, mengapa tidak dengan PKR dan DAP, ataupun dengan PR itu sendiri???

Justeru, pihak PR perlu pandai bermain dengan isu dalam menghadapi najib. Kita tidak melihat kepada penyokong tegar PR, tetapi yang patut kita fikirkan adalah, pengundi atas pagar. Apa minda mereka sedang fikirkan di kala melihat tindakan Najib tersebut.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
7 ogos 2009 * 4:41 petang

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kita kena percaya dengan DAP walaupun mereka ingin memijak AlQuran sekali pun.