ISU ARAK DI SELANGOR : SELESAIKAN DENGAN DEBAT ILMIYYAH
Nampaknya, ada sebilangan pembaca blog ini agak tersalah faham dengan maksud tulisanku berkenaan dengan desakan hasan ali agar ditukar Ronnie Liu terhadap lajnah exco yang sedang dipegang.
Dalam isu arak, aku secara peribadi bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh MBSA. Begitujuga, terlalu amat bersetuju dengan cara keputusan itu dibuat. Keputusan tersebut dibuat, adalah hasil debat dan perbincangan secara ilmu yang wujud dalam mesyuarat MBSA yang lalu.
Dalam mesyuarat Ahli-ahli majlis Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bersama Dato’ bandar, isu arak ini dibangkitkan dan diperdebatkan dengan begitu ilmiyyah sehingga boleh dikatakan semua ahli majlis bersetuju untuk menghadkan penjualan arak di kedai-kedai sekitar Shah Alam. Persetujuan dari pihak ahli-ahli majlis itu, bukan sekadar dari ahli-ahli majlis yang beragama Islam sahaja, malah yang setuju dengan keputusan itu adalah ahli-ahli majlis yang berbangsa cina dan india yang tidak beragama Islam.
Pun begitu, keputusan agar menghadkan penjualan arak itu tidak boleh dilaksanakan disebabkan mendapat tentangan dari sebilangan kecil pimpinan yang berbangsa cina dari parti DAP. Ekoran itu ia tidak berjaya dilaksanakan.
Yang lebih mengganggu emosi orang Islam, la-siyama ahli-ahli PAS, apabila sikap yang ditunjukkan oleh Ronnie Liu menampakkan tidak menghormati keputusan mesyuarat ahli majlis Shah Alam tersebut.
Apabila keadaan ini berlaku, menyebabkan Hasan Ali mengeluarkan kenyataan yang mendesak agar jawatankuasa yang diexcokan oleh Ronnie Liu itu digantikan dengan orang lain.
DEBAT ILMU, BUKAN DESAKAN
Tindakan menghadkan penjualan arak adalah sesuatu yang wajib diterima. Pun begitu, cara mendesak Ronnie Liu agar ditukar dari exco kerajaan negeri selangor, aku agak tidak bersetuju.
Persoalannya sekarang, mengapa isu arak ini tidak diperdebatkan secara ilmiyyah dalam mesyuarat exco seperti perdebatan secara ilmiyyah berlaku dalam mesyuarat Ahli Majlis Shah Alam??
Jika mesyuarat ahli-ahli majlis berjaya melahirkan keputusan penghadkan penjualan arak, mengapa tidak dilakukan tindakan yang sama dalam mesyuarat exco kerajaan negeri??
Aku berkeyakinan, jika perkara ini diperdebatkan secara ilmiyyah, pasti exco-exco cina dan india akan terima cadangan tersebut, kerana pengharaman arak menerusi ajaran Islam merupakan kehendak fitrah kemanusiaan yang pasti akan diterima jika difahami dengan sebenar-benarnya. Penolakan terhadap islam ini berlaku, apabila manusia itu tidak memahami konsep fitrah yang wujud dalam Islam, teruatam dalam pengharaman arak.
Justeru, apabila wujud exco-exco cina dan india yang tidak memahami disebalik pengharaman tersebut, maka hendaklah exco-exco yang berbangsa melayu, beragama Islam menerangkan kepada mereka fitrah ilahi disebalik pengharaman tersebut.
Tetapi yang berlaku sekarang adalah, tidak ada satu pun exco yang beragama Islam, tidak kira ia dari PAS atau PKR yang berdebat secara ilmiyyah tentang perkara ini dalam mesyuarat exco. Jika tidak mampu berdebat, lebih baik letak jawatan dan serahkan kepada orang yang lebih bijak dalam menyelesaikan perkara ini.
Tindakan mendesak bukanlah jalan penyelesaian. Malah, dibimbangi ia menjadi modal utama UMNO/BN untuk memecah belahkan PAS-DAP seterusnya menyebabkan UMNO/BN mengekalkan pemerintahan di Malaysia. Keadaan ini lebih membimbangkan dengan pilihanraya kecil Permatang Pasir yang tidak lama lagi akan berkunjung tiba, iaitu dikala kerajaan Pulau Pinang sekarng ini berada di bawah kekuasaan DAP.
RONNIE LIU DIGUGURKAN??
Jika ditanya pandangan peribadiku tentang cadangan agar Ronnie Liu digugurkan dari jawapan exco, aku amat bersetuju. Aku tidak menyukai Ronnie liu kerana beliau seorang exco cina di Selangor yang mempunyai sentimen cina yang agak ultra, sepertimana sentimen ultra melayu yang wujud dalam diri Hasan Ali.
Ekoran itu, tidak hairanlah, Hasan Ali adalah antara pimpinan PAS yang amat bersetuju untuk bergabung dengan UMNO atas dasar melayu. Bahkan, beliau juga antara pimpinan PAS yang memegang jawatan exco kerajaan negeri yang tidak bersetuju dengan usaha hendak memurahkan kadar harga air di selangor dengan mengalihkan pegangan air di bawah Syabas kepada syarikat air yang lain dengan alasan cina-melayu.
Aku amat membenci sentimen perkauman, kerana ia adalah assobiyyah yang diharamkan dalam Islam seperti yang telah diketahui umum dari sabdaan Nabi SAW. Atas alasan perkaumanlah, aku amat membenci UMNO.
Sekian

baca sama:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan