KEMPEN BAHAYA ARAK !!
Sejak dilantik balik sebagai Ketua penerangan PAS negeri selangor, waimma tidak pernah buat apa pun semasa jadi ketua penerangan dahulu, baru hari ini nampak kenyataan Roslan SMS untuk mengadakan kempen bahaya arak di selangor. Agak lama juga menunggu “injen kereta sorento” itu panas, sehingga hari ini, baru nak masuk “gear satu”. Mungkin disebabkan driver baru. Al-maklumlah lepas menang PR di Selangor baru Driver itu start kerja.
Padaku, kempen bahaya arak amat relevan untuk dilaksanakan. Pun begitu, kempen itu hendaklah ikhlas untuk meluputkan penggunaan arak di Selangor. Jangan sekali-kali, kempen yang hendak dilakukan itu mempunyai agenda tersembunyi.
Dalam kuliah Ustaz Ahmad Awang semasa beliau terlibat dengan PUM lagi, aku pernah mendengar beliau menyebut bahawa di Amerika pernah melaksanakan hukuman rotan seratus kali kepada peminum arak, tetapi perlaksanaan hukuman itu tidak memberi kesan kepada rakyat amerika. Alasan yang dikemukakan oleh Ustaz Ahmad Awang adalah, kerana perlaksanaan itu tidak ikhlas, atau dalam isitilah al-qurannya, ”nakalan minallah”
Dibimbangi, kempen yang hendak dilancarkan oleh Ketua Penerangan PAS yang baru ”masuk gear” ini juga menerima nasib yang sama. Kempen yang menyebabkan habis duit, tetapi tidak mempunyai kesan.
KEMPEN KEPADA NON MUSLIM
Kempen bahaya arak ini, jangan sekadar difokuskan kepada orang islam sahaja. Sebaliknya, kepada non Muslim adalah tersangat perlu. Tidak dinafikan, ada sebilangan orang Islam yang minum arak, tetapi dalam masa yang sama, kewujudan arak amat sinonim dengan rakyat yang tidak beragama Islam.
Kempen yang hendak dilakukan, tidak cukup sekadar di masjid dan surau sahaja, atau dengan sekadar mengangkat banner, tetapi hendaklah diadakan seminar dan wacana ilmu, serta edaran risalah yang menceritakan tentang bahaya arak dari semua sudut, sama ada dari sudut sosial, kesihatan dan juga kemasyarakatan, disamping diungkapkan sama hujjah-hujjah dan dalil-dalil Islam terhadap pengharaman tersebut. Apabila ini berlaku, kita telah berjaya membawa mesej dakwah dalam isu pengharaman arak.
Padaku, jika ini berjaya dilakukan, akan melahirkan kefahaman rakyat terhadap bahaya arak, lantaran itu, pasti mereka akan menolak arak, sepertimana mereka menolak UMNO/BN dalam pilihanraya ke 12 baru-baru ini.
Apabila rakyat mula menolak arak, kita amat berbangga, kerana sejarah ”tempayan arak” dipecah seperti pada zaman Nabi SAW dikala turun ayat pengharaman arak akan berulang kembali.
PENUTUP
Kalaulah kempen ”bahaya arak” ini dilakukan semenjak PAS mula-mula bersama-sama menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat dahulu, sudah pasti krisis sebegini tidak akan berlaku.
Masalahnya sekarang, perebutan nak jadi ”Menteri Besar” lebih diutamakan berbanding usaha hendak menerangkan Islam kepada rakyat.
Yang lebih menggeli gelemankan, ijtimak PAS selangor pun, masih ada lagi sebilangan ustaz-ustaz yang berbicara tentang GLC berbanding dakwah Islamiyyah kepada sahabat-sahabat dalam pakatan rakyat, malah terhadap rakyat itu sendiri.
Akibatnya, tidak hairan kita dapat melihat dilema dalam menghadkan penjualan arak menjadi sesuatu polimik yang mempunyai seribu satu agenda yang tersembunyi.
Sekian
Baca sama:
- Isu arak, Ronnie : PAS lancar kempen ”bebaskan selangor
Wallahu ’Alam
Al-Bakistani
- Sri Indah (B), Sg Buloh
7 ogos 2009 * 11:58 pagi
7 ulasan:
Emm...ketua penerangan tu banyak kutuk DAP dalam blog dia...macam ader aper2 jer dengan Umno...jgn2 org ni lah yang mempengaruhi TG presiden untuk 'hulur salam' kepada umno...muzakarah,muqabalah dan UG...ANa kesian kat TG presiden..disebabkan org2 keliling yang 'sgt cerdik',maka rakyat makin tak suka kepada TG presiden...
Wah...bukan main lagi si roslan sms bermain2 mata dengan umno atas alasan menegakkan Islam...Islam maner ajar kena baik2 dengan musuh dan tikam kawan sendiri?? Benda yang boleh disetel dengan perbincangan,wat per gi tuntut tukar exco?? Sejak Pas selangor ni dikawal secara diktator oleh dr hassan ali,habih porak peranda..ir khalid dgn saari sungip dibuang...macam Pas selangor ni syarikat bapak dia...Kenapa tak lulus usul pemuda selangor yang nak PJ dilantik YDP kawasan?? Baru tenang sikit Pas selangor ni...Roslan tu tak habih2 nak wat kacau PR...Byk lagi cara lain boleh setelkan...tak cukup lagi ker dengan isu muzakarah dan UG dulu?? tak nak belajar dari kesilapan..tak nak dengar cakap ahli bawahan...bukankah kami telah bersuara lantang di muktamar menentang sebarang usaha MEMPORAK PERANDAKAN PAKATAN RAKYAT....
Kita kena bertolenrasi dengan DAP. Mungkin kita juga terpaksa minum arak untuk menagmbil hati DAP.
Nak tunggu fatwa baru dari PAS erdogan.
yang baik patut di sokong wahai ustaz. walau pon Ustaz tidak suka hasan ali tapi ustaz lemah melihat dan membaca dalam hati manusia ikhlas atau tidak..... sudah2 la tu berdendam
Samaa ada usaha itu membuahkan hasil atau tidak, Pas Selangor sudah terlepas daripada menanggung dosa. Pas Selangor sudah melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh parti dan ahli serta penyokongnya. Perjuangan Pas telah dilaksanakan di Selangor! Soal menang dan kalah dalam perjuangan ia adalah subjektif, tidak bermakna menang itu benar dan kalah itu salah.
Kutukan ke atas Pas Selangor oleh ahlinya sendiri usahlah dipedulikan. Kutukan itu tentu lahir dari mereka yang berbeza pandangan dan iktikad politiknya atau ada masalah peribadi dengan pihak Pas Selangor. Yang jelasnya yang jahil mengenai agama.
Orang Pas bergaduh dengan orang DAP tapi orang PAS kutuk balik orang PAS....kasihan PAS
Assalamualaikum.,
haii mcm banyak jer org umno yang mngaku pas komen kat blog ustaz nie..
mcm nk provokasi ahli sediri jer nie..
baguslas..teruskan pecah belahkan ahli kite...
ejen2 umno banyk jer nk musnahkan kite nie...
sajer cari peluang kn..komen2 kt atas pun cm org umno jer...
ustaz..maaf yer,ana taraser ade somthing yang tak kene dgn komen ustaz tentang bab politik nie..
smge kite semua terlindung dari fitnah yang mampu merobohkan jemaah yang kita same2 bina ini..insyaALLAH
maaf ana bg pendapat jer..
yang benar,
fakhrul_ar
Catat Ulasan