WAJARKAN KENYATAAN HASAN ALI???
Secara peribadi, aku pun kurang suka dengan Ronnie Liu. Mula-mula Pakatan Rakyat menang di selangor, berlaku satu kejadian yang kurang diingini, iaitu kes pasar tani di Bukit Rahman Putra yang melibatkan antara para peniaga yang berbangsa cina, dan penduduk yang berbangsa melayu.
Peniaga-peniaga berbangsa cina telah berniaga di kawasan penduduk orang melayu. Penduduk tidak berpuas hati disebabkan beberapa perkara, seperti jualan babi, katak dan kesesakan lalu lintas.
Penduduk bantah, dan minta agar diberikan tapak peniaga cina itu di tempat lain. Tetapi, memandangkan ada sedikit “bobrok” dalam Majlis Perbandaran Selayang ketika itu, menyebabkan peniaga cina tidak berpuas hati.
Isu ini dibawa ke perbincangan exco yang terlibat. Tidak dapat tidak, exco yang dimaksudkan adalah ronnie liu. Dalam perbincangan tersebut, aku terlibat. Dari semenjak itulah, aku mula tidak suka orang yang bernama Ronnie Liu, kerana cara beliau mengendalikan isu itu sudah tergambar unsur-unsur perkauman.
Justeru, tidak hairanlah kita akan terbaca kenyataan beliau tentang isu arak di selangor sedemikian rupa.
Pun begitu, tindakan hasan ali mengeluarkan kenyataan yang termaktub dalam akhbar internet mstar, aku agak tidak bersetuju, kerana kenyataan itu mengandungi unsur “ajak” gaduh dengan DAP.
Kenyataan hasan ali ini, tidak sama seperti kenyataan Khalid Samad dalam isu yang sama. Ini kerana, kenyataan hasan ali itu dilihat seperti berhadapan dengan ”lawan”, tetapi kenyataan khalid samad itu dilihat seperti teguran ”kawan”.
Keadaan ini boleh melahirkan keadaan yang lebih parah (jika tidak pandai cover line balik) di masa akan datang, la-siyama, hasan ali adalah satu-satunya tokoh dalam PAS Selangor yang memegang jawatan Exco kerajaan yang mempunyai ”skandal sulit” dengan khir toyo atas alasan melayu-islam, yang sudah masyhur di kalangan rakyat selangor, tidak kira melayu, cina dan india.
Jika dari sudut ”maalat” atau resiko, kenyataan sebegini tidak selayaknya terpancul dari orang seperti hasan ali yang mempunyai problem ’cina-melayu’ ini. Tetapi, jika mahu dikeluarkan juga, hendaklah dari tokoh PAS yang sudah masyhur ”Friendly” dan tidak mempunyai masalah dengan orang cina, malah dengan orang india. Dalam PAS selangor, antara orang yang lebih layak mengeluarkan kenyataan sebegini adalah orang seperti Dr Rani dan Saudara Ir Khalid Samad.
Kenyataan dari Hasan ali ini, dibimbangi akan memberi sedikit kecalaran dari sudut hubungan baik antara DAP dan PAS di Selangor. Ini kerana, kenyataan ini dikeluarkan oleh Hasan Ali yang berjawatan Pesuruhjaya PAS. Jika kenyataan ini dikeluarkan oleh orang yang tidak berjawatan seperti Hasan Ali, masalah hubungan antara DAP dan PAS di selangor tidak menjadi sesuatu yang serius.
Diharapkan, pimpinan PAS selangor lebih bijak bermain dengan isu ini, iaitu selepas kenyataan ”nakal” hasan ali yang terpancul dalam mstar. Juga perlu diambil perhatian lagi, dibimbangi isu ini akan memberi kesan buruk kepada PAS untuk menghadapi PRK Permatang Pasir yang tidak lama akan berkunjung tiba.
Menjaga hubungan baik antara parti-parti dalam selangor; dalam usaha hendak menjahanamkan bapa kezaliman dan kesyirikan di Malaysia (UMNO/BN) adalah satu kemestian. La-siyama, dengan hubungan baik antara parti-parti ini merupakan ruang paling berkesan dalam usaha memahamkan DAP dengan Islam.
Tindakan ini, berasaskan kepada kaedah fiqh awlawiyyat, fiqh muwazanat dan fiqh Maalat At-Tatbiq atau dalam istilah lain disebut ”ijtihad tanzili”.
Sekian
Baca sama:
wallahu 'Alam
Al-Bakistani
- Kota Damansara
4 Ogos 2009 * 3:52 petang
22 ulasan:
Saya boleh hadir dalam program pengajian ust. Tetapi dalam pendapat strategi politik banyak yang yang saya tidak setuju dengan ust.
Kita terlalu risau apa orang cina akan kata tetapi tak berapa nak kisah apa orang Islam akan kata. Perlu kita fahami kekuatan asas parti Islam datang dari dukungan Melayu. Cuma yang balance2 tu datang dari kaum lain.
Kenapa kita tak mahu tunjuk usaha kita dan kejayaan kita dalam menjaga dan martabatkan Islam kepada pengundi Islam yang telah sekian lama mengundi untuk kita. Adakah slogan2 kita selama ini hanya slogan kosong.
Approach kita mungkin nampak garang. Kita sebanarnya bukan garang. Sekadar nak tunjuk pada bukan Islam kita tak buat kerja main-main.
Nada Khalid Samad mungkin nampak cantik walaupun pemikiran beliau sebelum ini nampak terlalu liberal.
Tapi kita perlu ingat, orang politik ni bijak. Kawasan Shah Alam majoriti besar pengundinya adalah dari kalangan melayu Islam bukanya kawasan Bukit Bintang.
Hati-hati membaca akhbar internet mstar. Banyak kali wartawan mstar mengeluarkan berita yang menyimpang dan kadang-kala bias.
Juboq lah lu, sampai bila nak jaga hati kafir tu? Ada ke kafir tu ambik hati org Islam bila berkata2 dan bertindak.
takut kepada Allah adalah lebih baik daripada takut hubungan PAS-DAP tercalar.....
salam ustaz, benar. kita sebagai muslim mesti lebih berhemah walaupun dengan bangsa yang lain.
kpd ronie liu, kenyataan ttg isu arak mmg agak mengelirukan. arak ikut islam setitis alkohol pun dikira haram. haram maklum sensitiviti umat islam.
pertama:
UMNO/BN sedang karam. mereka hendak baiki kekuatan parti mereka untuk kalahkan PR, agak mustahil buat masa ini.
kaedah yang mereka gunakan sekarang adalah, pecah belahkan antara parti-parti dalam PR.
PAS dan DAP adalah dua parti yang berada dalam satu bumbung, iaitu PR. jika berpecah dua parti ini, bermakna, PR akan kalah.
justeru, hubungan dua parti ini perlu diambil perhatian dalam meneruskan pemerintahan PR di Negeri Selangor, dan di negeri mana-mana pun.
lainlah kalau kita nak gabung dengan UMNO. ataupun, lainlah kita lebih sayangkan melayu kita lebih daripada Islam kita...
kedua:
takutkan Allah lebih baik dari jaga hubungan antara Pas dan DAP?/
PAs parti dakwah, menyeru DAP kepada islam. diMalsaysia,Islam disinonimkan dengan melayu, waimma itu sebenarnya tidak tepat. ini kerana, islam di zaman Nabi, bukan kepunyaan arab, malah ia adalah kepunyaan semua bangsa...
justeru, PAS perlu menjaga hubungan baik dengan DAP yang mewakili Cina. apabila PAS jaga hubungan baik, sedikit sebanyak dakwah Islam yang dibawa oleh PAS akan dilihat oleh DAP. inilah strategi dalam membuktikan takut kita kepada Allah...
jangan takut kepada Allah dalam ekadaan kita tidak tahu cara takut kepada Allah yang sebenar...
nak tebang pokok, biarlah semuanya selamat. jangan tebang pokok, macam babi sondol pokok. mudharatnya lebih banyak berbanding maslahahnya...
ketiga:
ronnie liu punya kenyataan memang tidak patut, malah boleh disifatkan biadap. tetapi cara hasan ali punya keanyataan menampakkan pertembungan antara PAS dan DAP.
khalid samad punya kenyaataan, menampakkan kelemahan kefahaman Ronnie Liu terhadap definisi yang digembar gemburkan BN selama ini... bermakna, disebalik kenyataan Khalid Samad, tidak menampakkan pertembungan PAS-dap, tetapi menampakkan kejahatan UMNO dalam memburukkan kefahaman non Muslim terhadap Islam...
keempat:
sekian
Al-Bakistani
Adakah Ronnie Liu KELIRU atau segaja seperti Jeff OOi menentang Hukum Hudud yang menjadi visi JIM pada 2020...atau USTAZ yg keliru kerana ingin sangat berkuasa di Dunia tetapi tidak di akhirat....Allah berfirman surah Asy Syuraa, 20 : "Barangsiapa menghendaki ganjaran (pahala) akhirat maka Kami tambahkan pahala kepadanya, dan barang siapa menghendaki ganjaran (balasan) di dunia maka akan Kami berikan bahagiannya di dunia, akan tetapi dia tidak mempunyai bahagiannya di akhirat."
keempat: aper dier ustaz?? Ana boleh ikut pengajian ustaz dan ana setuju byk dengan pendapat ustaz...strategi politik biar berkesan...Baru kekal kemenangan dan medan dakwah dapat dibuka seluas2nya...belajar dari TG nik aziz jaga kelantan...Islam perlu pandai main strategi...
Salam...
PRU akan datang sesiapa org islam di kawasan Ronnie Liu bertanding jangan undi si kafir laknat nie lagi.
Salam Ustaz,
maaf komen sikit, saya rasa ada baik jugak berkeras sikit dgn sesapa yg terang rasist dn benci islam (contoh si ronnie mabuk ni )tak kira lah dia tu dlm pakatan ke apa ke, biar dia org respect sikit kat islam ni, sambil tu dakwah tetap jalan, tapi bab bab islam ni, pengharaman arak ni biar tegas laa...yg jaga pakatan, jaga diri kita, jaga perjuangan kita bukan kita, tapi Allah....so jgn risau!! bukan kuatiti yg menentukan, Allah yg tentukan,
satu lagi komen saya, sebelum jaga hubungan pakatan, jaga dulu hubungan seperjuangan islam kita, dakwah kat sahabat kita dulu kalu rasa dia terpesong (contoh dr hasan ali kalu benarlah), bincang dan bagi nasihat.
ikhlas dari pengikut ustaz,
saufi
salam...
watak 4 khalifah arrasyidin pon tak sama apa yg penting meletakkan islam teratas diteruskn walaopon orang kapir membencinya...hehehe teringat takbir raya
saya nampak bukan awak nak cerita pasal uslub dakwah tapi uslub politik awak untuk menjatuhkan hassan ali dah setrusnya menaikan orang2 jim seperti khalid samad!!!!!!!!!
sorry...
pertama:
Hasan ali gugur dari exco, tidak merugikan dakwah Islamiyyah, malah memberi keuntungan kepada dakwah islamiyyah lagi..
ini kerana, Hasan Ali seorang pimpinan PAS yang ultra melayu, sehingga melahirkan kebencian sebilangan besar exco cina terhadap PAS dengan kemelayuannya itu..
tidak hairanlah, dia sanggup buat pertemuan sulit dengan Khir Toyo semata-mata mahu menjadi Menteri besar dengan menubuhkan kerajaan campuran antara PAS dan UMNO di Selangor.
adapun pertembungan antara PAS dan DAP, sudah pasti melahirkan kerugian yang amat besar pada dakwah Islamiyyah
kedua:
soal jim atau tidak??
sekarang orang sedang berfikir hendak menangkan Islam. tetapi ada lagi pemikiran jumud yang mahu melawan JIM...
pemikiran jumud seperti inilah, yang menyebabkan islam sampai hari ini tidak menang dimalaysia...
sekian
TAKE BEER!!!
Pala Hotak Hang!!!!!
Bakistani masuk PKR lagi baik...
Pii rah.. jangan duk dalam PAS kalu tak faham dasar perjuangan PAS.
Bijak kepala hotak hang bila prinsip tak ubah macam UMNO. Benci UMNO kononnya, tapi perangai sama dgn UMNO. Gila kuasa sampai tikam pimpinan PAS sendiri, kononnya nak jaga hati DAP. Apa yg Hasan Ali buat, serba jelek pada mata hang .. sebab terlajak buruk sangka..
Baik hang muhasabah .. sebelum lebih jauh terlanjur.
To me, hang ni masih budak mentah...
Saudara Wan Ji,
Saudara berkecimpung dengan orang2 seperti Khalid Samad, Dzulkefly Ahmad, Husam Musa, Anbakri, Izham dan sewaktu dengannya.
Saudara tak bersahabat dengan Hassan Ali dan sebagainya.
Maka pandangan Saudara selalu mempertahankan dan mengambil istifadhah dari kata-kata mereka.
1) Adakah Saudara pernah bertanya dan berbincang dengan teman2 Hassan Ali mengenai apa yang mereka perjuangkan di Selangor
2) Saudara secara terbuka melabelkan Hassan Ali ada hubungan sulit dengan Khir Toyo. Bila hubungan politik PAS dan DAP, saudara amat pentingkan, tapi ukhuwwah dalam berjama'ah saudara pinggirkan.Atau Saudara sudah rasakan Hassan Ali lebih jijik daripada DAP?
3) Saudara, kadang2 saya merasakan demokrasi membuatkan kita lena dengan ruhnya sehingga mengabaikan tuntutan syahadah. Memang kita perlu jaga pengundi tapi bagaimana kita mahu menjaga perjuangan Islam. A politician always thinks for the next elections, but a Muslim statesman always thinks for the vision
4) Jika kenyataan itu keluar dari pemimpin PAS Selangor, kenapa kita tak mempertahankannya?
5) Saudara pernah berjumpa dengan korporat2 Muslim yang dipinggirkan dari Kerajaan Selangor?
saya kagum dengan ustaz sebelum ni, tapi tidak sekarang, ternyata busuk hati anda telah menjatuh harga seorang USTAZ!!!
pertama:
tidak dinafikan perjuangan mereka. tetapi, cara dan pendekatan mereka mengambarkan mereka agak kurang kenal antara "kawan" dan "lawan".
kedua:
sebelum ana menulis artikle ini, ana sudah berhubung dengan Setiausaha Hasan Ali.
ketiga:
UMNO atas nama melayu, tetapi mereka munafiq. mereka dakwa beragama Islam, tetapi mereka lawan Islam.
DAP memang kafir. kafir mereka disebabkan mereka jahil dengan Islam. Islam yang difahami mereka adalah islam versi UMNO, sebab itu mereka menolak islam.. kalau mereka faham Islam versi Nabi, sudah pasti mereka akan menerima Islam...
justeru, ana lebih meletakkan pengharapan kepada DAP untuk menerima Islam di suatu masa nanti. adapun UMNO, ana umpamakan mereka seperti Abu Jahal dan Abu Lahab. sebab, mereka sudah memerintah 50 tahun lebih, tetapi ternyata mereka bukan semakin menerima Islam, tetapi semakin menolak islam...
ketiga:
Hasan Ali sudah diketahui umum bahawa beliau memang wujud pertemuan sulit dengan Khir Toyo. bahkan, yang lebih terbaru, beliau terlalu kerap ke Putrajaya dengan tidak diketahui tujuan apa ke sana..
lebih-lebih lagi, beliau antara pimpinan PaS yang terlalu berharap sangat hendak bergabung dengan UMNO..
keempat:
pasal korporat muslim.. ana belum berjumpa lagi. tetapi kalau kontraktor muslim yang dipinggirkan, memang sudah banyak kali ana bertemu... terutama tentang kontraktor UMNO yang mendapat projek disamping kontraktor PAS yang dipinggirkan...
ana ada senarai nama kontraktor UMNO yang dapat projek di Selangor dengan ehsan Hasan Ali...
kelima:
pasal Hasan ali, kita tunggu dan lihat apa akan jadi nanti.. jangan disebabkan beliau, ruang dakwah diselangor akan tertutup dengan naiknya UMNO kembali di Selangor... terutama dalam isu saman Tan Sri Khalid dalam kes lembu... kalau nak tahu lebih lanjut, sila tanya Nazree GERAK....
sekian
Al-Bakistani
prinsip ana senang.
ana benci UMNO, sebab UMNO telah menjahanamkan agama Islam di malaysia. justeru, sesiapa yang jadi UMNO, atau menyeru ke arah UMNO, atau berusaha kearah UMNO, ana tak suka dia seperti ana tak suka kepada UMNO.
pada ana, orang yang suka kepada UMNO, bermakna dia redha Islam dijahanamkan UMNO sejak sekian lama.
kewujudan orang yang suka kepada UMNO hendaklah dibuang jauh, kerana dibimbangi tindakan itu menyebabkan Islam menjadi sempit dengan tafsiran Islam untuk melayu.. ana tak mahu Islam disempitkan, malah Islam adalah agama yang universal. inilah ajaran Nabi SAW. semua layak terima Islam, baik dia cina, india, melayu, kadazan, iban dan seterusnya...
dalam kerangka UMNO, Islam untuk melayu. kerana, UMNO berpegang dengan tafsiran melayu dalam perlembagaan persekutuan yang dicipta oleh Penjajah British...
justeru, UMNO perlu diperjahanamkan untuk melihat Islam memerintah di Malaysia. jika tidak, sampai bila-bila pun Islam tidak berjaya dilaksanakan di Malaysia....
ana boleh terima UMNO, jika UMNO tukar dasar perjuangannya dengan menjadi Islam sebagai dasar, dan Islam itu tidak lagi ditafsirkan kepunyaan melayu sahaja...
sekian
Wallahu 'Alam
Al-Bakistani
barangkali engkau bakistani perlu belajar semula perjuangan Islam menerusi undi atau sebaliknya. Ke engkau berangan nak jadi calon?
to mamat drebar...
jika di Malaysia, kita berperang dengan kaedah senjata, ana tak kisah dengan kenyataan Hasan Ali itu..
tetapi, di Malaysia "peperangan" kta adalah demokrasi..
justeru, jawapan dari persoalan anta itu boleh dibaca di sini;
http://g-82.blogspot.com/2009/08/pas-dap-hubungan-perlu-dijaga-demi.html
isu sekarang bukan undi atau tidak, tetapi ruang dakwah akan terbuka atau tertutup.
dakwah kita sekadar di kalangan melayu sahaja, atau menjangkaui melayu; cina dan india..
sekian
Wallahu 'Alam
Al-Bakistani
Catat Ulasan