Sabtu, 8 Ogos 2009

JANGAN LUPA AMANAT TG ABDUL HADI AWANG


JANGAN LUPA AMANAT TG ABDUL HADI AWANG

Selepas kekalahan teruk yang dihadapi PAS dalam pilihanraya ke 11 lalu, dilihat Terengganu jatuh ke tangan BN, dan kelantan dalam nyawa-nyawa ikan; hidup segan mati tak mahu. Berbekalkan 1 kerusi sahaja ketika itu.

Ketika itulah, Tuan Guru Haji Abdul Hadi ada menyampaikan satu amanat yang dikenali “amanat perdana Pemangku presiden”

Antara kandungan amanat itu adalah;

”justeru itu, Isu negara Islam dan perlaksanaan hudud dan syariah menjadi punca perpecahan BA dahulu, maka PAS perlu membuat satu pengorbanan besar dan ijtihad besar untuk tidak memasukkan persoalan negara Islam dan perlaksanaan hudud di peringkat federal. Peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam perlembagaan persekutuan dan seperti yang diamal kini di peringkat federal.

”seandai menang dalam pilihanraya akan datang, BA atau pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil diperingkat federal atau pusat yang mendokong perlembagaan persekutuan yang ada”

(sila rujuk buku ”sejarah sebagai hakim muktamad”, muka surat 122)

Mungkin amanat Tuan Guru Haji Abdul hadi Awang ini mengajar kita sesuatu, la-siyama, amanat ini terpancul selepas PAS kalah teruk dalam PRU ke 11 sehingga menyebabkan Terengganu jatuh ke tangan BN balik.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
8 ogos 2009 * 7:28 malam

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam shiekh..

senang ckp camni lah sheikh..macamana kamu pakatan tak bergaduh siang malam kalau tido sebantal mimpi lain-lain..

yang jadi mangsa rakyat sheikh.. kamu semua bergaduh yang jahanam kita jugak sheikh..org melayu..

siapa org melayu kat malaysia ni? orang islam lah sheikh..kita bukan duduk austrlia..bukan duduk uk..kat malaysia ni melayu tu islam..

so fikir-fikir lah ye..kalau sudi ni blog ana..

http://writtenbyhim.wordpress.com/

jangan jahanamkan ana sudah..ana neutral..apa yang baik utk org islam itu baik untuk ana..salam..

Al-Bakistani berkata...

pertama:

Pakatan asyik jadi gaduh sebab UMNO sentiasa dok provokasi. maklumlah, UMNO kan tak puas hati tak dapat negeri selangor. UMNO akan guna segala ruang yang ada untuk nak gaduhkan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

kedua:

melayu adalah orang islam. Islam ajaran mana yang kamu rujuk?? islam hadhari ke, Islam awang liku??

Islam bukan orang melayu jer, orang cina dan india pun boleh masuk Islam.

ke kamu ikut tafsiran orang Melayu dalam perlembagaan?? konpom pemikiran yahudi British. sebab definisi melayu dalam perlembagaan persekutuan dibuat oleh Lord Red dari British...

orang rujuk quran ya syaikh !!! bukan rujuk perlembagaan untuk nak pertahankan Islam...

bodoh betul orang UMNO ni....

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

betul apa yang ustz wan cakap. Kalau gitu org arab adalah orang Islam la.

Cuba cek betul-betul, abu jahal tu bangsa apa dan sampai dirakamkan dalam Quran lagi.

Tak ada langsung ahli ilmu/bijak pandai untuk selamat mesti memperjuang bangsa.

sinner berkata...

ust wan,jgn la terlalu obses ngan mengatakan org bodoh bila berlainan pendapat dgn kamu..nama je ustaz..aih..baca blog2 hari ini membuatkan saya makin meluat ngan 'pejuang2 agama' nih..sighh

Tanpa Nama berkata...

ustaz.. semua benda pun nak disalahkan kepada pihak yg satu lagi susah la... cuba fikirkan.. kalau ada kelemahan pasti ada ruang untuk kritikan.. dan juga ruang untuk kemajuaan.. jangan nak ambil yang negatif saja ustaz... tak boleh kena kritik ke.. fikiran tue asyik nak salahkan orang je.. tak elok mencari salah org ustaz.. kalau org point kesalahan kita..
perlu ke kita point balik kesalahan org tue???? sepatutnya kita ambil iktibar..
ustaz ape benda mcm nie.. sikit2 nak panggil org bodoh.. sikit2 nak melenting..

p/s: majoriti yang beragama islam di malaysia ini... org melayu ustaz.. ada ke org di atas kata cina india tak boleh masuk islam? lari topik la ustaz nie...

Al-Bakistani berkata...

di Malaysia, harapan cina dan india nak terima Islam semakin hari semakin cerah dengan wujudnya Pakatan Rakyat.

UMNO punya pandangan, Islam itu melayu, melayu itu Islam. mereka merujuk kepada definisi melayu dalam perlembagaan.. definisi itu tak betul...

ekoran itu, pemikiran UMNO yang berpegang dengan definisi melayu dengan merujuk kepada perlembagaan adalah tindakan yang bodoh...

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani

Al-Bakistani berkata...

dalam konteks pemikiran, sebarang tindakan dan keputusan yang hendak dibuat, hendaklah diperhatikan mudharat dan manfaat disebalik tindakan dan keputusan tersebut.

jika wujud kemudharatan dan kemanfaatan, hendaklah menolak mudharat yang lebih besar, dengan berusaha untuk mendapatkan manfaat yang lebih besar.

mudharat yang kita maksudkan adalah, kemudharatan pada Islam itu sendiri, begitujuga dari sudut manfaatnya.

dalam isu negara Islam dalam era PRU ke 11 yang lalu. TG Abdul Hadi perasan kerugian dalam dakwah Islamiyyah. ketika itu, kita memerintah Terengganu. banyak perkara Islam yang berjaya kita laksanakan. tetapi sedih, rakyat tidak menerima bentuk islam yang kita cadangkan. semua ini berpunca, kita laksanakan dalam keadaan rakyat tidak faham..

apabila keadaan ini berlaku, tidak hairanlah rakyat tolak PAS di terengganu ketika itu.

ekoran itulah, UMNO menguasai. apabila UMNO kuasai, banyak dakwah Islamiyyah kita telah dibantutkan. di situ kita akan dapat lihat, mudharat dalam dakwah Islamiyyah berlaku.

keadaan yang sama juga, ana melihat pada isu arak yang sedang diperdebatkan pada hari ini.

isu kita, bukan arak itu. tetapi CARA/PENDEKATAN mendesak agar arak itu ditutup.

mungkin kita kena kaji, bagaimana Nabi SAW menutup penjualan arak di Madinah??? apakah sama seperti desakan yang di lakukan oleh PAS Selangor???


sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

Ana kurang setuju dengan mengatakan Pas selangor punyer desakan...Pas selangor yang dimaksudkan tu org2 hasan ali jer..lagipun tak bawak pun dalam mesyuarat perhubungan negeri..cuma bawa dlam dewan harian...Ana kurg gemar sikap menggunakan nama Pas untuk hentam org...seperti ustaz nasa dalam isu kerajaan perpaduan dan hassan ali dan konco2nyer dlm sidang akhbar.. Maner pergi suara2 nak perkukuh pakatan rakyat??

Tanpa Nama berkata...

Saya hairan ya....masa Nabi Ismail pecahkan berhala di zaman beliau dulu, adakah beliau bertanya dulu dengan tuan punya berhala tu?

Al-Bakistani berkata...

yang ana lebih pelik, kenapa Nabi SAW tidak pecahkan patung dikeliling kaabah sebelum Nabi SAW berjaya menguasai Makkah??

kenapa mesti lepas berkuasa di Makkah, baru Nabi SAW meruntuhkan patutng. kenapa sebelum berkuasa lagi, Nabi SAW tidak pecahkan sahaja patung-patung berhala itu?? bukankah patung itu adalah petanda syirik??

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

Syaikh..anta yang selalu "Membodohkan orang", pelik dengan tindakan Nabi SAW?

Ana nak tanya anta, :

Ada Nabi SAW tanya ngan orang kafir tu sebelum meruntuhkan patung tu. Adakah Nabi kata nak jaga hati orang kafir, seperti mana seruan kamu ya syaikh?

Lagi satu, anta lebih Bijak untuk menilai bagaiman pengharaman arak diturunkan melalui wahyu. Apa...perlukah Nabi SAW bertanya kepada peminum arak sebagai menjaga hati mereka sepertimana saranan tuan syaikh?

Lagi banyak tuan syaikh berhujah, semakin nampak kedangkalan pemikiran tuan syaikh (dalam ilmu politik). Tuan syaikh kena banyak menelaah buku2 politik untuk memahami isu2 politik. Ilmu Al-Quran dan Hadith tuan amat saya kagumi, saya tabik 1000 kali, saya suka dengar kuliah tuan, tapi bab berpolitik ni, tuan kena belajar sepak terajang nya dulu, baru tuan boleh bercerita.

Maaf, saya pernah kagumi tuan satu hari dulu, namun kini kekaguman itu tinggal dalam lipatan sejarah.

Selamat berjuang di alam politik Malaysia yang jijik ini.

Al-Bakistani berkata...

pertama:

dalam sirah, arak tidak diharamkan terus, tetapi dicela sebanyak dua kali. lalu diharamkan pada kali ketiga.

omar abdul aziz berkata kepada anaknya yang mengatakan bahawa Islam tidak dilaksanakan secara total sedangnya bapanya sudah menjadi khalifah. omar berkata;

jangan kamu gopoh wahai anakku. sesungguhnya Allah mencela arak dalam al-quran sebanyak dua kali, dan mengharamkannya pada kali ketiga. demi Allah, aku bimbang melaksanakan Islam kepada manusia secara total, menyebabkan mereka akan menolak Islam secara total"

justeru, mungkin kita perlu persoalkan, mengapa Allah cela arak dahulu dalam Al-Quran?? mengapa Allah tidak haramkan terus???

arak tidak diharamkan terus, kerana diketahui bahawa arak adalah minuman ketagihan. kalau diharamkan terus, nanti ramai orang Islam yang baru dengan Islam akan memberontak, dan marah. pun begitu, setelah jelas beberapa keadaan yang membuktikan keburukan arak, sehingga ramai orang islam sudah faham keburukan disebalik arak, baru ALlah haramkan arak..

semua kejadian2 ni, termaktub dalam al-Quran.

inilah yang disebut, kebijaksanaan dalam perlaksanaan islam, bukan pakai hentam keromo..

kedua:

isu kita bukan mahu jaga hati orang kafir atau tidak, tetapi apakah dengan tindakan kita itu, akan melahirkan kebencian mereka terhadap Islam itu sendiri... itulah soalan yang wajib kita persoalkan...

ketiga:

ana bimbang, sejarah kejatuhan terengganu berulang kembali di Selangor. sedihnya, waimma Terengganu, PAS banyak berjaya melaksanakan islam, tetapi mengapa rakyat tetap menolak PAS juga??

sebab itu, kita kena fikirkan kefahaman rakyat terhadap Islam. jika rakyat tidak faham, merekalah yang akan menolak Islam.

malah, cara memberi kefahaman kepada mereka pun penting. jangan disebabkan cara kita yang keras, menyebabkan rakyat semakin membenci kita..

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani