Sabtu, 7 November 2009

CADANGAN : SEMUA AHLI PAS LAYAK MENGUNDI DALAM PEMILIHAN


CADANGAN : SEMUA AHLI PAS LAYAK MENGUNDI DALAM PEMILIHAN

Perubahan? Satu kalimah yang agak sukar untuk dilaksanakan. Itulah hakikat dalam kehidupan manusia. perkara ini diakui sendiri oleh ilmu pengurusan, juga al-Quran.

Firman Allah;

وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اتَّبِعُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ قَالُوا بَلْ نَتَّبِعُ مَا أَلْفَيْنَا عَلَيْهِ آَبَاءَنَا

Maksudnya;
Apabila diberitahu kepada mereka, “ikutlah akan perkara yang Allah turunkan”

“kami akan ikut apa yang telah dilakikan oleh bapa-bapa kami” jawab mereka.

(Surah Al-Baqarah : 170)

Merujuk kepada sebab turun ayat ini, ia menceritakan tentang seruan Nabi SAW kepada orang-orang Bani Israel yang berpegang teguh dengan ajaran Yahudi. Ketika kedatangan Nabi SAW, baginda menyeru mereka kepada Islam, dengan meninggalkan semangat kebangsaaan Bani Israel (yahudi) sehingga tidak mahu menerima Nabi Muhammad yang berbangsa arab.

Mereka tetap tidak mahu terima kenabian Muhammad ekoran baginda berbangsa arab. Mereka menjawab;

نتبع ما وجدنا عليه آباءنا ، فهم كانوا خير منا ، وأعلم منا

Maksudnya;
“Kami ikut apa yang kami dapati dari bapa-bapa kami. ini kerana, mereka lebih baik dari kami dan lebih mengetahui dari kami” (At-Tafsir Al-Kabir : 3/17)

Jika direnung sedalam-dalamnya, kita akan faham bahawa ayat ini, menunjukkan tentang kewujudan manusia yang takut dengan perubahan. Mereka takut untuk berubah, kerena mereka terasa termakan budi dengan bapa-bapa mereka terdahulu. Ekoran, mereka merasakan bapa-bapa mereka terdahulu lebih baik dan lebih mengetahui daripada mereka.

PERUBAHAN DALAM ISLAM

Perubahan yang dituntut dalam Islam adalah, daripada tidak baik kepada baik, daripada baik kepada yang lebih baik. Daripada kesesatan kepada hidayah, kepada kejumudan kepada keterbukaan, daripada ketakutan kepada keberanian. Juga, daripada tidak diterima rakyat, kepada penerimaan rakyat. Daripada tidak berhikmah, kepada berhikmah. Islam tidak mengiktiraf, perubahan dari baik kepada buruk, hidayah kepada kesesatan dan sebagainya.

PAS kini berada dalam satu keadaan yang amat menyedihkan, apabila dimaklumkan dari kajian ahli akademik; Dr Abu Hasan Hasbullah bahawa golongan muda tidak menerima PAS. Juga sokongan rakyat terhadap PAS sedang menurun.

Perubahan yang berlaku di awal kemenangan pakatan rakyat pada 8 mac, amat membanggakan kepada PAS, kerana rata-rata mereka menerima PAS. Pun begitu, menyedihkan selepas dari itu, apabila wujud sebilangan pemimpin PAS yang melakukan onar yang sudah diketahui umum, yang tidak boleh dinafikan lagi, menyebabkan semakin hari, kepercayaan rakyat terhadap PAS semakin menurun.

Keadaan yang menimpa ini, dinafikan sebilangan pihak dalaman PAS. Justeru, Apabila wujud kritikan dan hentaman dari pihak yang lain, pasti akan melahirkan makian dan kemarahan dari satu pihak yang lain pula.

Ulikan dan dodoian bernama wala’, menyebabkan ramai dalaman PAS yang diam, tidak berani berkata-kata, kerana bimbang mengganggu PAS yang sedang lena tidur. Pun begitu, Dr Abdul Aziz Bari telah mencampak bantal ke muka PAS yang sedang terlena, kemudian disambung pula oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, menyebabkan PAS mula sedar dalam ulikan mimpi.

Makanya, berlaku satu seminar Khas yang membongkarkan satu perkara yang sering ditutup oleh PAS, iaitu apabila Dr Abu Hasan Hasbullah mendatangkan angka kajian tentang persepsi rakyat terhadap PAS.

Angka kajian ini, perlu dilakukan perubahan oleh PAS. Daripada persepsi buruk terhadap PAS, kepada persepsi baik. Daripada persepsi yang baik, kepada persepsi yang lebih baik.

Dari sudut undi melayu, apa yang PAS kejarkan sudah tidak dapat. Kerana, tindakan ’berkhalwat’ dengan umno sudah mensangsikan kemampuan PAS dalam menubuhkan negara, sebaliknya mereka lebih meletakkan keyakinan kepada UMNO. Adapun undi cina dan india, apa yang PAS kendongkan, dibimbangi keciciran. Ini kerana, mereka sangsi dengan keikhlasan PAS dalam memberikan keadilan kepada mereka.

Apabila keadaan ini berlaku, sudah pasti PAS akan ditolak oleh rakyat dalam PRU akan datang. Inilah yang membimbangkan. Kebimbangan ini, bukan sekadar terpalit kepada PAS, bahkan ia akan terpalit sama kepada kawan-kawan daripada Pakatan Rakyat. Ini kerana, keberadaan PAS menyebabkan keberadaan PKR dan DAP. Begitulah sebaliknya. Justeru, jangan disebabkan perbalahan rumah tangga kita, menyebabkan rumah tangga orang lain turut sama runtuh.

PAS DAN PERUBAHAN

Dalam seminar Khas semalam, ada dua pihak yang hadir; pihak dalam dewan yang terdiri dari kalangan perwakilan, dan pihak di luar dewan, terdiri dari kalangan ahli-ahli biasa.

Secara peribadi, aku hadir sebagai ahli yang berada diluar dewan. Apabila ucapan yang disampaikan oleh Dr Abdul Aziz Bari dan Dr Abu Hasan Hasbullah yang menyebut tentang kelemahan yang sedang menimpa PAS kini, juga kritikan terbuka terhadap pimpinan-pimpinan tertentu, pasti akan kelihatan pihak diluar dewan bertepuk tangan dan bertakbir.

Keadaan ini berbeda ketika pihak yang mempertahankan pemimpin PAS tertentu menyampaikan hujjah. Yang menepuk dan bertakbir, hanya golongan yang minoriti. Inilah keadaan diluar dewan, terdiri dari kalangan ahli biasa yang sedang memerhatikan perjalanan seminar menerusi Television yang disediakan.

Dalam perkembangan ini, mungkin pihak ahli bawahan sudah boleh diberikan ruang untuk melakukan perubahan terhadap kepimpinan PAS diperingkat atasan.

Jika UMNO dan PKR, mereka sudah melakukan perubahan dengan memberikan hak mengundi dalam menentukan pimpinan Parti mereka kepada ahli bawahan, mengapa tidak PAS melakukan tindakan yang sama?

Jika UMNO dan PKR sudah berani menggubal perlembagaan parti mereka untuk membenarkan semua ahli-ahlinya mengundi dalam menentukan kepimpinan parti mereka, mengapa keadaan yang sama juga tidak dilakukan oleh PAS?

Bahkan, konsep memberikan kelayakkan kepada ahli bawahan mengundi adalah amat bertepatan dengan kehendak Nas hadis, seperti sabda Nabi SAW;

فَإِنَّ الشَّيْطَانَ مَعَ الْوَاحِدِ وَهُوَ مِنْ الِاثْنَيْنِ أَبْعَدُ

Maksudnya;
”Sesungguhnya Syaitan bersama dengan orang yang seorang diri, dan berjauhan dengan orang yang berdua” (At-Tarmizi : 2091)

Begitujuga, Nabi SAW menyuruh mengikut golongan yang disebut sebagai ”as-Sawad al-’Azam” atau diterjemah sebagai himpunan manusia yang ramai. seperti sabda Nabi SAW;

إِنَّ أُمَّتِي لَا تَجْتَمِعُ عَلَى ضَلَالَةٍ فَإِذَا رَأَيْتُمْ اخْتِلَافًا فَعَلَيْكُمْ بِالسَّوَادِ الْأَعْظَمِ

Maksudnya;
”Sesungguhnya Umatku tidak akan berhimpun atas kesesatan. Apabila kamu melihat perselisihan, maka hendaklah kamu merujuk kepada ”as-sawad al-’Azam”” (Ibnu Majah : 3940)

Dari segi kebaikan yang lain pula, jika PAS berani membuka kelayakan mengundi dalam menentukan kepimpinan tertinggi PAS, sedikit sebanyak PAS dapat meng’update’kan balik keahlian PAS mengikut data yang sebenar. Tindakan ini, sudah pasti akan melahirkan penyusunan daftar keahlian yang lebih tersusun dan rapi. Disamping, pemilihan yang berlaku sudah pasti melahirkan puas hati dari kalangan ahli-ahli bawahan, juga terselamat dari gejala lobi yang tidak sehat dalam parti.

Tidak ada apa yang ditakutkan dengan perubahan ini. kerana, ia benar-benar memberikan hak kepada semua ahli yang menjadi tenaga kerja PAS dalam memenangkan PAS dalam sebarang Pilihanraya.

Sekian

Wallahu ’Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
8 November 2009 * 1:26 petang

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cara berfikir seperti UMNO dan cara bekerja seperti kakitangan awam masih banyak dalam PAS. Sukar untuk berubah.

Tanpa Nama berkata...

Tahun 2004:

1. Hj Hadi kata LKS dan Karpal Singh ubat tamat tempoh.

Tahun 2009:

1. Ahli akademik kata Hj Hadi dah jadi ubat tamat tempoh.


Tahun 2004:

1. Hj Hadi kata Anwar dah tak relevan.

Tahun 2009:

1. Ahli akademik kata Hj Hadi dah tak relevan.

5 tahun kemudian dia kena kifarah. Ulas Hj Hadi boroi, kajian itu tak terperinci. Kajian dia sejak bila terperinci?

sg buluh berkata...

kalau org muda tak sokong pas ,us antara puncanye.banyak saya baca yg us tulis ,oarang pas ni perangai dia tak baik ,org yg bagus mcm us ni plak ,kikir tenage pastu cadang macam2.ingat semua tu blh main kritik n cadang je ke? hisab la diri kiter,agak2 lepas tak esok depan allah robbuljalil nak jwb

Tanpa Nama berkata...

x perlu selindung takut2...
yg sama fikrah & setuju dgn jalann yg dipilih nik aziz perlu tunjukkan diri bersamanya.
buatkan 1 team yg jelas & komited.

then, we ll see.

salahudin, mahfudz, husam, nizar, tn ibrahim, mat sabu, khalid, azizann perlu kedepan bersama nik aziz

sanggupkah annda semua biarkann Mursyidul AM annda keseorangan sedanngkan Team lain kelihatan JELAS bersama dgn jalann mereka?

"melayu tiada nilai 1 sen pun"
"pergi jahanam umno"

ini jln yg dipilih TGNA. kami dibwah ni beribu2 menunggu. yg diatas tkt2 apahal?!!

bukan cybertrooper berkata...

cek punya cek, rupa-rupanya tanpa nama 2 & 4 mempunyai ip address yg tersangatlah hampir sama.hmmm....

Tanpa Nama berkata...

Jemaah PAS sekarang kembali seperti Katak bawah tempurong, bila org luar kata hari cerah, dia tetap kata hari masih kelam, bila di luar kata hari dah hujan, kata mereka masih belum terkena titisan air pun, Alam in luas tetapi mereka mengatakan kita ada adap kita sendiri.... Pas teruskan lah dgn adab jemaah mu itu kerana kami sekarang sudah pun membentuk adap kami sendiri adap rakyat malaysia bermasyarakat dan bukan di bawah tempurong. Boleh faham Sunga Buluh. Aku pun orang Sg Buluh juga.