Khamis, 5 November 2009

PENJELASAN BALIK TERHADAP POLITIKBANJAR


PENJELASAN BALIK TERHADAP POLITIKBANJAR

Dalam penjelasan terhadap article ‘menjawab tohmahan alBakistani dan Tulang besi’ oleh politikbanjar, dikomen seperti berikut;

PERTAMA;

Untuk pengetahuan pembaca, e-mail yang diberikan oleh sayuti itu, lalu dipublishkan dalam blog Al-Bakistani, tidak ditokok-tambah sedikit pun, sebaliknya ia adalah pure e-mail saudara sayuti 100 %.

Justeru, dakwaan mengatakan wujud tokok-tambah terhadap kandungan e-mail sayuti merupakan satu andaian meleset, tersasar dari keadaan yang sebenar. Lebih parah, dibimbangi andaian itu dilahirkan menerusi blog untuk melahirkan tuduhan.

Jika mahu kepastian, sila rujuk Saudara Sayuti sendiri.

KEDUA:

Saudara Sayuti memberi e-mail tersebut, setelah beliau membaca sendiri article Politikbanjar. Apa yang dapat difahami dari perasaan Sayuti, beliau amat terkesan dengan lebel ‘munafiq’ yang diberikan. Ekoran itu, beliau berasa terpaksa untuk menjawab kandungan tuduhan tersebut, disamping meminjam tapak blog Al-Bakistani untuk menyampaikan hasrat hatinya untuk mengelak kekeliruan yang telah ditimbulkan oleh Saudara Al-Banjari.

KETIGA;

Difahami dari kandungan artikle kedua politikbanjar ini, ternyata saudara Al-Banjari terpaksa akur, bahawa beliau menyerang sayuti pada artikle pertama dalam fakta yang salah.

Dalam artikle pertama, Beliau mengatakan bahawa tidak wujud sama sekali hentaman Dr Hasan Ali terhadap Tan Sri Khalid, juga kerajaan pakatan Rakyat dalam rakaman dalam pertemuan antara sebilangan pimpinan PAS dengan blogger – termasuk blogger UMNO- walhal, hentaman itu tidak wujud dalam rakaman dalam pertemuan dengan blogger, tetapi wujud dalam pertemuan Hasan Ali dengan pemuda PAS Selangor, yang Saudara Sayuti juga hadir dalam pertemuan tersebut.

Memandangkan tersalah fakta, menyebabkan Al-Banjari terus menyerang Saudara Sayuti. Bukan sekadar menyerang, tetapi siap memberi lebel ‘munafiq’ kepada beliau.

KEEMPAT;

”siapa yang makan cili, maka dia yang terasa pedas?” Ujar politikbanjar.

Ini bukan soal pepatah tersebut, tetapi yang pastinya, dalam artikle pertama politikbanjar, terbukti beliau telah menyerang sayuti. Memang tidak diungkap namanya secara jelas, tetapi beliau mengungkapkan beberapa jawatan-jawatan yang dipegangnya, menyebabkan ternyata ia dituju kepada Sayuti

Seperti beliau menyebut, ’hirarki yg agak tinggi dalam saf Pemuda PAS Selangor’, ’Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Selangor’ dan ’budak Shah Alam’. Dalam PAS selangor, apabila disebut jawatan-jawatan ini, sudah pasti akan merujuk kepada Sayuti.

KELIMA;

dicadangkan kepada Al-Banjari terus menghubungi saudara Sayuti menerusi e-mail, ataupun menerusi telefon untuk melakukan pencerahan balik dalam isu ini.

Bukankah sebelum ini, Albanjari sendiri selalu berhubung dengan Saudara Sayuti, bukan sekadar menerusi SMS, malahan pernah mendengar suara beliau menerusi telefon. Menunjukkan, Albanjari ada mempunyai nombor telefon Saudara Sayuti sendiri.

sekian

p/s : peliknya, mengapa ada yang takut jika rakaman itu sampai ke tangan Tuan guru Nik Abdul Aziz? Bukankah Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah pimpinan tertinggi dalam PAS? apa yang mereka takutkan sebenarnya??

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
6 November 2009 * 3:35 petang

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

'Berani kerana benar takut kerana salah'.

Kalau takut mungkin mereka-mereka adalah terdiri dari jenis 'gunting dalam lipatan', 'telunjuk lurus kelingking berkait', 'musuh dalam selimut', 'musang berbulu ayam', 'api dalam sekam' atau mungkin 'alim-alim kucing', 'terlajak perahu'. Atau pun mungkin 'tipah tertipu, jadi tipah nak tutup malu, ayah dah tahu, jadi abang Ali Setan tolong settlekan kerja Jeff'. Mana satu?

wan berkata...

Sayuti tu sengaja konar cerita lain kononya refer pada rakaman lain.

Padahal masa dia mintak dengan albanjari tu, dia mintak rakaman dr hassan ali.

Dah kalau tuan empunya badan bertaklid/berijtihad untuk terus bagi pada AJK Disiplin. Takkan TGNApun tak percaya pada AJK lain.

Benda semua ni tak kecohpun dalam media, sajer jer nak dikecohkan.