Hari selasa minggu pertama, aku telah dijadualkan menyampaikan kuliah zohor di surau Bank Simpanan Nasional, Jalan Ampang. Dalam kuliah pada hari itu, perbincanganku banyak tentang penjagaan maruah yang ditekankan oleh Islam.Sengaja aku mengupas isu itu, kerana ketika itu isu yang sedang dibincangkan dalam negara adalah video seks. Ia rentetan tuduhan pelaku seks dalam video tersebut adalah Anwar Ibrahim, ketua pembangkang parlimen Malaysia.
Peliknya, tuduhan itu dilakukan dari Rahim Tamby chik dan dua orang temannya. Ia dirasakan pelik dan sukar dipercayai kerana Rahim Tamby Chik itu adalah seorang bekas pemimpin tertinggi Barisan Nasional yang tidak habis-habis menyerang peribadi ketua pembangkang, Anwar Ibrahim.
***
Dalam perjalanan pulang dari kuliah, aku terasa agak boring. Sedang memandu aku hidupkan radio IKIM, dan mendengar celoteh-celoteh dari DJ radio islamic itu. Aku mula membelek handphone ketika lampu isyarat menyalakan lampu merah. Ketika sedang menunggu lampu hijau menyala, aku melihat satu persatu nombor telefon yang aku simpan dalam handphone nokia yang aku beli di lowyat itu.
Sedang melihat nama-nama yang tertera pada muka handphone, telihat nama Ani Ummah Centre, seorang pegawai yang bekerja di salah sebuah badan kajian yang dikenali sebagai "Ummah Centre". Ummah Centre adalah sebuah badan kajian yang aku juga turut terlibat pada penubuhannya. Ia diideakan oleh pengerusinya sendiri, iaitu Tuan Haji Izham, seorang korporat yang berjaya di Shah Alam.
Aku terus menelefon Ani. kami berbual-bual perkara yang pada peringkat awalnya tidak begitu penting.
"eh ustaz.. Ustaz tak ada idea ke untuk kita adakan program untuk UC.. UC lama dah tak buat program.." tiba-tiba Ani melontarkan satu pandangan.
Ya.. Aku masih ingat, program yang julung-julung kami adakan adalah seminar pemikiran Dr Burhanuddin al-Helmi. Ternyata, itulah program ilmiyyah yang terakhir kami lakukan.
Soalan Ani itu, menyebabkan aku terfikir sejenak.
"Ani... Ana rasa, kalau kita buat kelas maqasid syariah.. Ok gak" aku mula memberi cadangan.
"maqasid syariah??? Apa benda tu ustaz?"
"ala.. Maqasid ni ilmu kita nak tahu rahsia-rahsia pensyariatan.. Dalam maqasid, ada teori-teori memahami syariah secara rasional, dan boleh mematahkan hujjah golongan yang mahu melihat hidup ini dengan logik jer.." penerangan ringkas yang aku berikan.
"kalau macam tu, ustaz buat la proposal.. Nanti ana bentangkan kepada Haji Izham.. "Aku bersetuju dengan cadangan itu.
***
Setelah meletakkan telefon, aku terus mencari nama Badri dalam handphone nokiaku. Sedang mencari-cari, satu sms telah masuk dalam Inbox.
Aku buka sms itu, tiba-tiba...
Bersambung.....