buku ini - Insya Allah - akan dilancarkan di Medan Ilmu, Dewan Zulkifli, Kota Bharu pada 15 Haribulan ini.
sekian
Wallahu 'Alam
Al-Bakistani
HARI JUMAAT YANG SPOIL
Peluh berjurai-jurai. Ahmad masih lagi berada di sawah untuk menyelesaikan tugas hariannya. Dia terlupa, hari tersebut adalah hari jumaat.
"mad.. Hang tak pegi sembahyang ka?" tiba-tiba terdengar teriakan haji samad yang lalu disitu. Dia pakai baju melayu, berkopiah dan berkain palaikat.
"aku nak sembahyang pukul 3 nanti la.. Kerja banyak lagi ni" jawab ahmad.
"kepala hotak hang. Mana ada solat jumaat pukul 3" balas haji somad.
"laaa... Aku lupa la.. Macam mana boleh terlupa hari ni, hari jumaat" bisik hati ahmad.
"woit... Aku terlupa la, hari ni, hari jumaat" kata ahmad kepada haji somad.
Ahmad segera bergegas balik ke rumah. Bersiap-siap untuk menunaikan solat jumaat di masjid kampung.
Dilihat pada jam dinding sudah mencecah pukul 1:05 tengahari. Pada hari itu, waktu solat zohor masuk pada pukul 1:20. Nampaknya, ahmad memerlukan 15 minit untuk mandi, pakai pakaian dan bergegas ke masjid.
Setelah siap, ahmad terus memakai topi keledar, dan naik motor, memandu laju ke masjid.
Sesampai sahaja di masjid, kelihatan para jemaah sedang menunaikan solat. Dia ketinggalan khutbah.
Belum sempat imam rukuk lagi, dengan segera ahmad naik atas masjid, dan bertakbiratul ihram.
"lega aku dapat rakaat ngan imam hari ni" bisik hati ahmad.
Dia pun membaca fatihah. Tidak sempat habis, imam pun rukuk, lalu dia pun turut rukuk.
Semasa dia rukuk, terlihat dikakinya, menyebabkan hatinya berkata, "alamak... Macam mana aku boleh terlupa buka selipar ni"
Perlahan-lahan dia buka selipar.
Ketika imam sujud pula, tiba-tiba "bummm"
Rupa-rupanya, ahmad terlupa nak pecat topi keledar.
Sekian
Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com
- Setapak
9 januari 2010 * 6:45 petang
Debat Islam - Kristen yang telah dialeh kepada bahasa Indonesia. Ia amat mudah difahami bagi mereka yang tidak memahami bahasa Inggeris.
Debat antara dua tokoh agama yang terkenal, Dr Zakir Naik dan Dr William Cambel berkaitan antara al-Quran dan Bible.
Di saat ini, kita perlu seorang tokoh di Malaysia seperti Dr Zakir Naik. kejayaan beliau mengemukakan mukjizat al-Quran, amat penting diwujudkan demi melihat kehebatan al-Quran, bukannya mewujudkan gambaran ketakutan Non Muslim terhadap islam.
sekian
Wallahu 'Alam
Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com
- Sri Indah (B), Sg Buloh
9 Januari 2010 * 2:16 pagi
MENYEBAR ATAU MEMPERTAHANKAN ISLAM?
Pasukan bola yang mengambil sikap sentiasa defend, selalunya tidak akan menang. pasukan bola yang menang, adalah pasukan bola yang selalu menyerang.
Dalam berdakwah pun, keadaannya agak sama. Dalam isu kalimah "Allah", ramai umat islam mengambil sikap defend, bukan menyerang. Maksudnya, mereka tidak menjadikan isu kalimah Allah ini sebagai ruang terbaik untuk menyebarkan islam, tetapi mengambil sikap defend atau bertahan dengan dakwaan untuk menjaga aqidah umat Islam.
Ramai umat Islam yang mengambil sikap mempertahankan islam, tetapi berapa ramai umat islam yang mengambil sikap untuk menyebar-luaskan islam?
Disebabkan agak tiada minda untuk menyebarkan islam di kalangan umat islam melainkan sedikit sahaja, menyebabkan islam agak susah berkembang, seterusnya Umat Islam semakin hari semakin mengecil. Umat Islam itu hanya dilihat ramai dari sudut kuantiti, tidak tidak mempunyai sebarang kualiti.
Jika kita hayati pada sirah, kita akan dapati bahawa nabi SAW mengambil sikap menyebar dan mempertahankan islam. tindakan nabi SAW tidak seperti sebilangan besar umat islam kini yang lebih suka mempertahankan Islam, tanpa berfikir untuk menyebarkan islam.
Keadaan yang sama juga berlaku pada Abu Bakar as-Siddiq dan Omar. Lantaran, islam di zaman mereka, bukan sekadar di sekitar tanah arab, tetapi sudah merebak sampai ke benua selain arab.
Di zaman Osman dan Ali, umat islam lebih mengambil sikap pertahankan islam sahaja, ditambahi lagi dengan wujudnya perbalahan dalaman umat islam. Justeru, pemerintahan islam di zaman itu, semakin hari semakin mengecil dan seterusnya umat Islam ditimpa kemurungan yang amat sangat, iaitu dengan kejatuhan kerajaan osmaniyyah turki pada tahun 1924 yang lampau.
Sampai bila umat islam berada dalam keadaan begini? Selagi pemikiran jumud menguasai dunia Islam, selagi itu islam tidak akan berjaya menguasai dunia.
Sekian
Wallahu 'Alam
Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com
- Danau Kota
8 Januari 2010 * 10:13 malam
- Sri Indah (B), Sg Buloh
6 Januari 2010 * 2:32 petang