Sabtu, 18 Jun 2011

KISAH PAK PANDIR



kisah pak Pandir versi arab dan versi Melayu....

Khamis, 16 Jun 2011

kisah Nabi Daud...



ulasan tentang Nabi Daud dari surah saba'..

Selasa, 14 Jun 2011

KHALID SAMAD vs UTUSAN MALAYSIA



kata Rasul Malaysia [dalam bahasa arab, utusan disebut Rasul];

SHAH ALAM 14 Jun - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor beranggapan sekarang bukan masa yang sesuai untuk melakukan pertukaran Exco kerajaan negeri yang melibatkan Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali selepas beliau digugurkan daripada jawatan Pesuruhjaya Pas negeri.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, bagaimanapun beliau menyerahkan keputusan kedudukan Exco Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri itu kepada perbincangan di kalangan parti-parti pembangkang termasuk Pas.

Dalam masa yang sama beliau menghormati keputusan Jawatankuasa Pas Pusat menggugurkan Hasan daripada mengetuai Pas Selangor dan menggantikannya dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr. Abdul Rani Osman.

''Parti mempunyai idea serta pemikiran sendiri dan hubungan negeri sebagai Menteri Besar dengan parti adalah sealiran tetapi buat masa ini tiada dalam pemikiran saya untuk membuat pertukaran Exco.

''Saya menerima apa yang dicadangkan oleh rakan-rakan daripada Pas tetapi masa ini pada pandangan saya bukan masa yang sesuai untuk membuat perubahan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Diskusi Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960, di sini, hari ini. [Sila klik]

JAWAB KHALID SAMAD;

dimaklumkan Dr. Rani dipersetujui oleh mesyuarat supaya dilantik sebagai PJ Selangor yang baru. DS Presiden menyebut bahawa perkara ini dilakukan supaya Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor boleh menumpukan kepada tugas-tugas Exco mereka dan pada masa yang sama tugas mengukuhkan parti untuk menghadapi PRU ke 13 diserahkan kepada yang lain. Saya menerima penjelasan itu dengan baik kerana sememangnya persoalan PRU merupakan isu yang amat penting. Prestasi Exco juga akan menyumbang ke arah memenangkan calon-calon PAS yang lain dan oleh itu perlu diberikan tumpuan untuk penambah-baikan.

Pada masa yang sama, semestinya persoalan pengukuhan parti juga perlu diberikan tumpuan; dengan harapan agar lebih banyak kerusi-kerusi yang ditandingi PAS akan dapat dimenangi. Untuk perkara tersebut dicapai, tumpuan perlu diberikan di kawasan yang ditandingi oleh PAS tetapi tewas. Mungkin agak berat untuk dilakukan sekiranya tanggung-jawab sebagai Exco Kerajaan Negeri turut disandang pada masa yang sama.

Mungkin ada yang akan berkata, “Di Kedah dan di Kelantan boleh pula?”. Ya, di sana mungkin boleh tetapi ini Selangor, bukan Kedah atau Kelantan. Di Selangor PAS bertanding di 20 kerusi dan hanya menang 8 darinya. Di Selangor PAS tetap lemah dari banyak sudut, jumlah ahli, jumlah cawangan, kewangan, aset dan lain-lain. Oleh itu Selangor tidak boleh disamakan dengan Kedah dan Kelantan. [sila klik]

sekian



BAGAIMANA TUTUP KILANG ARAK DI SELANGOR



Ulasan makna "muslim" dalam ayat ke 67 dari surah Al-Imran. Firman Allah;

مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ يَهُودِيًّا وَلَا نَصْرَانِيًّا وَلَكِنْ كَانَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

maksudnya;
"tidaklah Ibrahim itu beragama yahudi dan nasrani, tetapi beliau adalah hanif dan muslim. Beliau bukan dari kalangan orang musyrik"

baca sama:
FATH AZ-ZARAI’ DALAM MENYELESAI ISU PEKERJA MUSLIM DAN ARAK DI SELANGOR [TERBUKA KEPADA WACANA]