Sabtu, 27 Mac 2010

KONSPIRASI SIAPA INI?

ini kata Mahathir dulu ;



ini kata Mahathir hari ini :

KUALA LUMPUR 27 Mac - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya licik merancang konspirasi termasuk dengan menggunakan akuan bersumpah. (Sila Klik)

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
12 rabiul Akhir 1431 - 28 Mac 2010 * 3:53 Pagi

COWBOY vs BUDAK LEMBU

Ini Cowboy

ini lembu budak



'KAU TAK SOLAT' - LAGU METAL



lagu bertajuk, 'Kau tak Solat' berirama metal. Senikata dan dinyanyikan oleh seorang anak buah di mesir dalam bidang Medic. bernikcnamekan 'peng'. tahniah Peng. dengar dan renungkan senikata yang menarik...

Jumaat, 26 Mac 2010

UMNO HAMPIR BERJAYA RAMPAS HULU SELANGOR

Muhammad Taib, adalah nama Calon UMNO untuk Parlimen Hulu Selangor yang sedang disebut-sebut.

Sami Vello sudah menamakan Palanivel sebagai Calon MIC untuk Parlimen Hulu Selangor. "undilah 1 Malaysia", mungkin itu yang disebut oleh Palanivel.

Hari ini, Tun Dr Mahathir menyatakan;

Kepercayaan orang Melayu terhadap Umno sebagai pelindung nasib mereka kini terhakis dan Melayu kini perlu berusaha untuk melindungi diri mereka sendiri.

"Maaf saya katakan, wujudnya begitu ramai NGO Melayu yang memberi tumpuan masalah Melayu kerana terhakisnya kepercayaan mereka kepada UMNO sebagai pelindung nasib mereka,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa). (sila Klik)

Adapun dari pihak MIC pula, agendadaily melaporkan;

Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu sudahpun menamakan Timbalan Presiden Datuk G Palanivel,yang tewas masa pilihanraya umum lalu, sebagai calon

sambungan berita menyatakan;

Kalangan penduduk tempatan mendakwa bukti Palaivel tidak dapat diterima lagi sebagai calon jelas terbukti menerusi keputusan pilihanraya umum di kawasan itu dimana BN menang ketiga-tiga kerusi Dewan Undangan Negeri tetapi tewas kerusi Parlimen. (sila Klik)

Mungkin kenyataan Mahathir itu sealiran dengan Najib, makanya Agendadaily melaporkan;

Calon Melayu di Hulu Selangor : Najib belum tutup pintu... (sila Klik)

Persoalannya, mengapa Najib 'tidak tutup pintu' dikala UMNO masih lagi mencari-cari calon yang tepat, walhal MIC sudah menamakan calonnya? Nampaknya, UMNO semakin berjaya merampas kerusi Hulu Selangor dari tangan MIC.

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
11 Rabiul Akhir 1431 - 27 Mac 2010 * 1:24 petang





APA KAITAN ZUL NORDIN DENGAN KHAIRY?

Zul Nordin dakwa, dia ditawar habuan yang mampu mengugat iman untuk kaitkan PM dengan Altantuya.


Malam tadi, minum teh dengan seseorang yang agak rapat dengan Zul Nordin di sebuah kedai mamak di Ampang.
Orang itu kata, "sejak jadi MP, Zul Nordin agak kerap juga berjumpa dengan Khairy".
Bila ditanya, buat apa dia jumpa dengan Khairy, dia hanya cakap, "tak tahu pula".
Sukar hendak percaya dengan berita ini. Tapi, jika dakwaan ini benar, ia sangat pelik.


jika diandaikan berita itu benar, teringat pula dengan sejarah Ibrahim Ali yang dipecat dari UMNO di zaman Pak Lah, tetapi kini boleh bersalam mesra dengan Najib. Malahan, kini Ibrahim Ali dilihat sebagai proksi Najib atas nama "MP Bebas".


p/s : Kawan Zul Nordin itu benarkan tulis dalam blog tentang berita itu, tetapi dia minta namanya tidak didedahkan. Dia kata, "malas nak gaduh-gaduh dengan Zul"

UMNO PECAT ORANG LAWAN PARTI UMNO

Dalam isu royalti minyak di kelantan, Tengku Razaliegh nampak lawan UMNO. Ia menyebabkan ada suara-suara kepimpinan UMNO mencadangkan UMNO memecat Kuli.

Anwar Ibrahim Lawan UMNO semasa beliau dalam UMNO lagi. Telah terbukti UMNO memecat Anwar Ibrahim.

Tuan Guru Nik Abdul Abdul Aziz terlalu kuat lawan UMNO, sampai menyebut, "pergi jahanam dengan UMNO". Tapi, UMNO tak boleh pecat Tuan Guru dan gugurkan jawatan Tuan Guru, sebab Tuan Guru adalah Ahli PAS dan kepimpinan PAS.


Ustaz Ahmad Awang lawan UMNO di Perak, sehingga berlaku pertembungan beliau dengan Mufti Perak, Harussani. Tapi, UMNO tak boleh pecat Ustaz Ahmad Awang dan gugurkan jawatan beliau, sebab beliau adalah Ahli PAS dan kepimpinan PAS.


p/s : sebelum ini, ada filem Bat-Man, Super-Man, X-Man dan Ultraman. Bakal terbit, filem bertajuk Yes-Man dan Wala'-Man. Jangan lepaskan peluang untuk menontonnya.

SIAPA AGAKNYA YANG GEMBIRA MENDENGAR INI?




aku yakin, UMNO akan gembira dengan berita ini.

UMNO KENA BUKTIKAN KETUANAN MELAYU DI HULU SELANGOR

sudah kedengaran bahawa orang melayu Hulu Selangor tidak sabar hendak memberi Penyapu kepada Calon MIC dalam PRK tidak lama lagi ini



Kerusi Parlimen Hulu Selangor adalah kerusi MIC. Dalam PRU lepas, Calon BN dari parti MIC, Datuk G Palanivel kalah dengan Dato' Zainal Abidin Ahmad dari parti PKR.

Menurut maklumat, pada 2008 terdapat 63,593 pengundi di situ yang terdiri daripada 53.9 peratus Melayu, 26.7 peratus Cina, 19 peratus India dan 0.4 peratus lain-lain kaum. (sila
Klik). ini menunjukkan, pengundi di Parlimen terbabit terdiri pengundi melayu lebih majoriti.

persoalannya, mengapa BN memberikan kerusi Parlimen Hulu Selangor ini kepada MIC, walhal pengundi majoritinya adalah melayu? kemana perginya ketuanan melayu yang diperjuangkan oleh UMNO sejak sekian lama?

Dalam PRK tidak lama lagi akan berkunjung tiba, apakah BN akan memberikan kerusi ini kepada MIC, atau kepada UMNO? UMNO perlu buktikan kepada orang melayu bahawa mereka benar-benar tidak menggadaikan Ketuanan melayu dalam PRK kali ini.

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani




- Sri Indah (B), Sg Buloh
10 Rabiul Akhir 1431 - 26 mac 2010 * 5:13 petang


MENGAPA NABI MUSA TIDAK GABUNG DENGAN FIRAUN?

"UMNO dengan rasuah, macam taik dengan kentut", Kata Mat Sabu dalam satu ceramah



MENGAPA NABI MUSA TIDAK GABUNG DENGAN FIRAUN?

Kerajaan yang memerintah di zaman Nabi Yusuf tidak sama dengan kerajaan mesir di zaman Nabi Musa.

Di zaman Nabi Musa, Firaun yang zalim memerintah. Kezalimannya dikenali ramai, dan tidak boleh dikaitkan lagi dengan sebarang keadilan lagi. Pengakuan ini, bukan sekadar datang dari uruf manusia, bahkan dikukuhkan lagi dengan ayat-ayat Allah menerusi wahyu.

Firman Allah;

إِنَّ فِرْعَوْنَ عَلَا فِي الْأَرْضِ وَجَعَلَ أَهْلَهَا شِيَعًا يَسْتَضْعِفُ طَائِفَةً مِنْهُمْ يُذَبِّحُ أَبْنَاءَهُمْ وَيَسْتَحْيِي نِسَاءَهُمْ إِنَّهُ كَانَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ

Maksudnya;
“Sesungguhnya Fir'aun telah berbuat sewenang-wenang di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah belah, dengan menindas segolongan dari mereka, menyembelih anak laki-laki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya Fir'aun termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan”

(Surah Al-Qasas : 4)

Ekoran itu, kita tidak pernah kedengaran Nabi Musa bergabung dengan Firauan dalam pemerintahan, bahkan yang kedengaran adalah serangan demi serangan yang dilancarkan oleh Nabi Musa terhadap Firaun, sehingga firaun dimatikan dengan ditenggelamkan oleh Allah SWT dalam laut merah.

Firman Allah;

وَجَاوَزْنَا بِبَنِي إِسْرَائِيلَ الْبَحْرَ فَأَتْبَعَهُمْ فِرْعَوْنُ وَجُنُودُهُ بَغْيًا وَعَدْوًا حَتَّى إِذَا أَدْرَكَهُ الْغَرَقُ قَالَ آَمَنْتُ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا الَّذِي آَمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرَائِيلَ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ * آَلْآَنَ وَقَدْ عَصَيْتَ قَبْلُ وَكُنْتَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ

Maksudnya;
”Dan Kami memungkinkan Bani Israil melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Fir'aun dan bala tentaranya, karena hendak menganiaya dan menindas (mereka); hingga bila Fir'aun itu telah hampir tenggelam berkatalah dia: "Saya percaya bahwa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)." * Apakah sekarang (baru kamu percaya), padahal sesungguhnya kamu telah durhaka sejak dahulu, dan kamu termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan”

(Surah Yunus : 90-91)

Adapun jika kita merujuk kepada kisah Nabi Yusuf, keadaannya agak berbeda dengan kejadian yang menimpa Nabi Musa. Waima kerajaan di zaman Nabi Yusuf itu bukan kerajaan Islam, tetapi kerajaan tersebut tidak dikenali sebagai kerajaan yang zalim.

Menarik lagi, kerajaan tersebut mempunyai pemerintah yang amat akur dengan segala kebaikan dan berusaha untuk melaksanakan keadilan dalam kerajaan, menyebabkan dia melantik Nabi Yusuf sebagai “menteri kewangan” setelah diminta jawatan itu oleh Nabi Yusuf sendiri.

Kisah ini, dirakamkan oleh Allah;

وَقَالَ الْمَلِكُ ائْتُونِي بِهِ أَسْتَخْلِصْهُ لِنَفْسِي فَلَمَّا كَلَّمَهُ قَالَ إِنَّكَ الْيَوْمَ لَدَيْنَا مَكِينٌ أَمِينٌ * قَالَ اجْعَلْنِي عَلَى خَزَائِنِ الْأَرْضِ إِنِّي حَفِيظٌ عَلِيمٌ

Maksudnya;
“Dan raja berkata: "Bawalah Yusuf kepadaku, agar aku memilih dia sebagai orang yang rapat kepadaku." Maka tatkala raja telah bercakap-cakap dengan dia, dia berkata: "Sesungguhnya kamu (mulai) hari ini menjadi seorang yang berkedudukan tinggi lagi dipercayai pada sisi kami." * Berkata Yusuf: "Jadikanlah aku bendaharawan negara (Mesir); sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga, lagi berpengetahuan."

(Surah Yusuf : 54-55)

Memahami ini, tidak hairanlah Dr Yusuf Al-Qaradhawi memberi hujjah larangan pergabungan dengan kerajaan yang “al-mausum”, atau kerajaan yang sudah dilebelkan sebagai kerajaan zalim dengan merujuk kepada bahawa Nabi Musa tidak pernah bergabung dengan kerajaan Firaun, waima sememangnya pasti Nabi Musa berjumpa dengan Firuan adalah dalam misi dan usaha hendak mengubah firaun agar menjadi baik.

Firman Allah;

اذْهَبْ إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى * فَقُلْ هَلْ لَكَ إِلَى أَنْ تَزَكَّى * وَأَهْدِيَكَ إِلَى رَبِّكَ فَتَخْشَى

Maksudnya;
“"Pergilah kamu kepada Fir'aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas, * dan katakanlah (kepada Fir'aun): "Adakah keinginan bagimu untuk membersihkan diri (dari kesesatan)." * Dan kamu akan kupimpin ke jalan Tuhanmu agar supaya kamu takut kepada-Nya?"”

(Surah An-Nazi’at : 17-19)

Adapun UMNO sekarang? fikirkanlah sendiri, apakah parti itu ada harapan untuk dibaiki supaya menjadi baik? Yang pastinya, bekas Presiden UMNO sendiri pernah berkata bahawa parti itu sudah ’busuk’ sampai ke usus.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
10 Rabiul Akhir 1431 – 26 mac 2010 * 4:48 petang

Khamis, 25 Mac 2010

TIADA GABUNG DENGAN KERAJAAN DIKTATOR – DR YUSUF AL-QARADHAWI

Qaradhawi : ulama dunia yang paling Aku respek dan kagumi di abad ini

TIADA GABUNG DENGAN KERAJAAN DIKTATOR – DR YUSUF AL-QARADHAWI

Jika dibaca dalam kitab “Min Fiqh Ad-Daulah Fi Al-Islam”, Dr Yusuf Al-Qaradhawi ada menyatakan dalam tajuk, “Al-Musyarakah fi Hukm Ghair Al-Islami”, atau “bergabung dengan kerajaan yang tidak Islam”, dinyatakan bahawa sebarang kerajaan campuran – antara parti Islam dengan parti yang tidak islam - yang mahu dibina, hendaklah ia tidak melahirkan simbul kezaliman dan kerakusan yang dikenali umum suka menindas hak manusia.

Dengan kata lain, Dr Yusuf Al-Qaradhawi membenarkan pergabungan dan penubuhan kerajaan campuran yang tidak mempunyai unsur dictator (kezaliman).

Alasan yang dikemukakan oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi adalah, penerimaan jawatan menteri kewangan oleh Nabi Yusuf ketika diminta oleh kerajaan ketika itu. waima kerajaan di zaman Nabi Yusuf bukan kerajaan islam, tetapi Nabi Yusuf menerima juga jawatan tersebut kerana pemerintah Mesir ketika itu bukan sebuah pemerintah yang mempunyai symbol kezaliman, seperti pemerintah yang zalim pada zaman Nabi Musa
[1].

Ini ditambahi lagi dengan satu hadis Qudsi bahawa Allah SWT berfirman;

يَا عِبَادِي إِنِّي حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِي وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا فَلَا تَظَالَمُوا

Maksudnya;
“Wahai hamba-Ku, Sesungguhnya Aku haramkan zalim terhadap diriku, dan aku jadikannya haram di kalangan kamu. Maka, jangan kamu melakukan kezaliman
[2]

Juga firman Allah;

وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ

Maksudnya;
“Jangan kamu cenderung kepada mereka yang melakukan kezaliman, menyebabkan kamu akan disambar oleh api neraka”

(Surah hud : 113)

Dan juga firman Allah;

وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا

Maksudnya;
“Tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim, melainkan mereka mendapat kerugian”

(Surah Al-Isra’ : 82)

Persoalannya, Apakah UMNO sudah menjadi adil? Bagaimana ISA? Bagaimana sistem kehakiman, mahkamah, SPR dan media?

“syaikh... siapa Qaradhawi untuk malaysia?” soal seorang kawan bertitle ulama yang terlalu kepingin nak gabung dengan UMNO.

“no komen” ujarku ringkas.

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
10 Rabiul Akhir 1431 – 26 mac 2010 * 7:35 pagi





[1] Min Fiqh Ad-Daulah fi Al-Islam : 315. dan Fatawa Maasarah : 3/432.
[2] Muslim : 4674.

LAWAK SOLAT (ARAB)

pertama:



kedua:



ketiga:


LAYAN KARTOON

(Klik Untuk Besarkan)

KENAPA ZUL SAHAJA KENA SIASAT?



Dikatakan bahawa bom yang meletupkan Altantuya itu adalah sejenis bom C4. Dikhabarkan bahawa bom c4 yang meletupkan Altantuya itu adalah Bom C4 yang hanya boleh didapati dari kem yang tidak boleh dikeluarkan melainkan mendapat tandatangan persetujuan dari Menteri pertahanan. persoalannya, siapa menteri pertahanan ketika itu yang meluluskan bom c4 untuk keluar dari Kem, lalu bom itu digunakan untuk meletukkan Altantuya?



Apakah anda masih ingat dengan insan dari gambar ini? bukankah beliau seorang Penganalisa politik yang mempunyai kaitan rapat dengan Najib, Perdana Menteri Malaysia sekarang?

adapun berita pada hari ini melaporkan adalah seperti berikut;

Polis akan mengambil keterangan Ahli Parlimen Bebas, Zulkifli Noordin, berhubung pendedahannya di Dewan Rakyat semalam bahawa beliau ditawarkan ganjaran besar untuk mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Atantuya Shaariibuu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata disebabkan ia satu maklumat terbaru yang diterima polis, siasatan lanjut akan dijalankan bagi memastikan sama ada pendedahan oleh wakil rakyat Kulim-Bandar Baharu itu benar atau tidak.

“Sebagai prosedur siasatan satu-satu kes, kita akan memanggil mereka yang bertanggungjawab mendedahkan perkara itu bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita pada sambutan Hari Polis Ke-203 di Pusat Latihan Polis. (sila
Klik)

Selasa, 23 Mac 2010

Bahaya muqabalah Umno-Yahudi : MANA LEBIH JAHAT, YAHUDI ATAU UMNO?


Hubungan pemimpin-pemimpin Umno-BN, khususnya Perdana Menteri, menggunakan konsultan APCO Worldwide yang mempunyai kaitan dengan elemen Zionis dan Neo-Konservatif Amerika Syarikat, jelas amat membahayakan negara.

Sebagai sebuah negara yang dihormati sebagai antara peneraju pergerakan negara-negara Islam, adalah amat malang dan memalukan apabila pemimpin Umno-BN, membuat hubungan rasmi dengan agen-agen yahudi untuk mempromosikan agenda mereka.

Kerajaan BN jelas menodai mandat yang diberikan oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu, sekaligus mereka membohongi rakyat, bahawa kononnya mereka mempertahankan Islam dan anti-Zionis.

Rakyat memandang serius, isu kerajaan BN menggunakan khidmat APCO Worldwide untuk membantu BN menguruskan negara dengan mempromosikan slogan 1Malaysia, menyamai slogan 1Israel semasa kerajaan haram Yahudi dipimpin Perdana Menteri, Ehud Barak suatu ketika dahulu.

Dalam hal ini, bukan soal hendak menyamakan Umno dengan Yahudi, tetapi yang dipersoalkan ialah, mengapa Umno yang mendakwa mereka sebuah parti Melayu-Islam menggunakan khidmat perunding Yahudi?

Apa perlunya Yahudi digunakan untuk mempromosikan slogan One Malaysia? Apakah dalam keadaan sekarang, amat mendesak buat Umno untuk menggunakan khidmat Yahudi untuk menyambung hayatnya dalam politik negara?

Kita mendesak supaya Umno-BN yang dipimpin Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak memperjelaskan keadaan ini. Kita mendesak supaya Umno-BN membatalkan kontrak dengan APCO Worldwide.

Walaupun ada jawapan rasmi kerajaan di Parlimen yang menyatakan bahawa perkhidmatan APCO Worldwide tidak digunakan khusus untuk mempromosi 1Malaysia tetapi untuk semua isu-isu umum komunikasi, tetapi yang dipersoalkan sekarang ini, apakah keperluan dan kewajarannya dibayar syarikat Yahudi ini puluhan juta ringgit menggunakan wang rakyat?

Kerajaan Umno-BN seharusnya sedar bahawa perkhidmatan APCO Worldwide, selain digunakan Israel sebagai konsultan propagandanya, perkhidmatannya turut digunakan oleh diktator di Nigeria dan Kazakhstan.

Justeru dalam hal sebegini, Kerajaan Umno-BN tidak harus menyembunyikan kepada rakyat, apakah peranan APCO Worldwide yang sebenarnya dan berapakah nilai kontrak yang dibayar kepadanya.

Kerajaan Umno-BN harus mendedahkan kepada rakyat, apakah syor-syor yang diberikan oleh APCO Worldwide kepada semua kementerian yang digunapakai untuk faedah rakyat jelata.

Sebagaimana yang ditegaskan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff di Dewan Rakyat, 22 Mac lepas, "Jika Umno-BN tidak membatalkan kontrak APCO, ia memberi implikasi bahawa dasar-dasar Israel menjadi asas kepada komunikasi negara.

"Saya cabar Perdana Menteri jika tidak ada tindakan tegas diambil, rakyat akan berkata kamu bersekongkol dengan pemimpin Israel."

Rakyat Malaysia tidak lupa bagaimana sebelum ini, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, menggunakan khidmat pelobi Yahudi yang pro-Zionis dan neo-konservatif ektremis, Jack Abramoff, dengan jumlah bayaran yang begitu besar.

Difahamkan, Kerajaan Malaysia telah membayar yuran perundingan sebanyak AS$1.2 juta (RM4.6 juta) kepada Abramoff bagi khidmat menguruskan pertemuan antara Mahathir dan Presiden Amerika ketika itu George W. Bush di White House, Washington pada Mei 2002.

Malah Menteri Pertahanan Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi turut dikecam keras kerana mengadakan pertemuan bersama Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak di sebuah majlis koktel di Pertunjukan Udara Paris, 17 Julai tahun lalu.

Kesemua bukti ini menunjukkan wujudnya muqabalah antara pemimpin Umno dengan Yahudi, sedangkan pada masa yang sama Yahudi cukup terkenal dengan nama Penyembelih Gaza (The Butcher of Gaza).

Hubungan ini amat menghiris hati umat Islam di negara ini yang majoriti anti-Yahudi. Maka dengan itu, keadaan ini semakin membulatkan tekad rakyat, yang beragama Islam untuk menguburkan Umno pada PRU ke-13 nanti. (sila ke - MohdRashidi)

***

UMNO dan Yahudi, mana lebih jahat?

YB Wahid Endut ada berkata;



"Yahudi, dia rampas tanah orang Palestine, tapi dia bina untuk penempatan untuk rakyat yahudi. Ini, rampas tanah rakyat sendiri; roboh tanah rakyat sendiri. itu lebih teruk dari Yahudi"

SEDAPNYA MAKANAN ARAB


SEDAPNYA MAKANAN ARAB

Semasa belajar di Mesir dahulu, antara amalan yang paling aku malas adalah memasak. Ekoran itu, makananku setiap hari ada di kedai-kedai makanan segera arab, Malokhiyyah. Makanan segera arab yang paling aku minati adalah kibdah, iaitu hati lembu yang dimakan enak yang dimakan dengan roti dan Syabsyukah, iaitu telur yang digoreng campuran dengan tomato.

Di mesir ada sejenis makanan bernama ‘To’miyyah’. Ketika kami mula-mula sampai di mesir, kami makan to’miyyah. Terasa sedap. Kawanku rasa tidak cukup, bahkan mahu makan lagi. Lalu dia bertanya kepada seorang pelajar kelantan tentang nama makanan itu.

”tokmiyoh” sebut pelajar itu dengan loghat kelantan.

Apabila kawanku itu sampai di kedai arab, pekedai makanan segera arab itu bertanya, ”Aiz Aih? (mahu apa?)”

Kawanku itu terus menyebut, ”tokmiyoh” dalam loghat kelantan seperti yang diajar.

Arab itu tidak faham dengan sebutan ’tokmiyoh’, menyebabkan dia bertanya berkali-kali. Kawanku itu kepeningan, dan menunjuk makanan tersebut dalam cermin dapur kedai.

”To’miyyah” sebut arab dengan sebutan yang fasih sekali.

Aku tersenyum dengan kejadian yang berlaku itu.

MALAYSIA

Setelah pulang, aku tidak pernah berjumpa dengan makanan arab. Cumanya, suatu hari Ustaz Harun Taib telah datang ke Kuala Lumpur dan menelefonku untuk mengambil beliau di airport.

Setelah menyampaikan kuliah, aku terus ke LCCT untuk mengambil beliau di Airport. Dalam perjalanan menuju ke Taman Melewar, tempat ustaz Harun taib bermalam, kami berbual-bual panjang.

”Ana berase nak makan Khummus” Ujar Ustaz Harun Taib.

Aku mula teringat makanan arab itu, iaitu sejenis kacang tumbuk yang dicampur dengan minyak zaitun menjadi makanan kesukaan dikalangan orang arab.

”nak makan kat mana ustaz?” soalku.

”anta tahu Rawsha?”

”emm... dok tahu”

”Ampang, anta tau tak?”

”tahu...”

”haa. Kat kawasan tu la”

”ooo.....”

Aku terus memandu ke arah ampang. Dan mencari tempat yang disebut sebuah restoran arab bernama Rawsha.

RAWSHA

Restoran Rawsha adalah restoran arab di Malaysia yang mula-mula sekali dalam hidupku yang aku sampai. Di sana, ada beberapa jenis makanan yang aku pernah tengok di Mesir, juga ada makanan yang tidak wujud di mesir, tetapi amat masyhur di Lubnan.

Pada malam itu, antara makanan yang aku minta adalah Syisytouq, iaitu ayam bakar yang sudah dibuang tulang-tulangnya. Dan minuman yang aku minta adalah Teh bersama pudina.

Seorang kawan bersama kami pada malam itu meminta Barbikan. Aku dapati bahawa barbikan ini sejenis air gas arab, seperti Coca Cola, Pepsi dan sebagainya, yang mempunyai berbagai-bagai perisa. Ada berperisa Apel, Strawberry, Limau dan sebagainya.

Setelah dibawa datang kepada kami air barbikan itu, aku membelek-belek botol air barbikan itu. aku pasti, minuman ini tidak wujud di mesir, tetapi wujud di Lubnan, kerana termaktub di botol barbikan bahawa ia buatan Lubnan.

Ustaz Harun Taib hanya melihat sahaja kerenah aku pada malam itu. Mungkin beliau juga memahami apa yang aku fikirkan, disebabkan beliau juga pernah tinggal di Mesir.

Apabila aku yakin dengan air itu, terutama apabila tercatit ’Non Arlcohol’, dan aku melihat Ustaz Harun Taib tidak memberi sebarang respon dan komentar pun tentang barbikan, maka Aku pun meminta sebotol Barbikan juga, perisa Farawalah, Strawberry.

Setelah minum, rasanya biasa sahaja. Padaku, air 100 Plus jauh lebih terkena seleraku berbanding Barbikan. Namun, minuman yang mudah dan masyhur diminta di restoran Raushah dan di mana-mana sahaja restoran arab adalah barbikan, maka itu minuman yang aku minum ketika masuk sebarang restoran arab di sekitar Kuala Lumpur.

Barbikan ini, agak susah hendak didapati di kedai-kedai sekitar Malaysia, tetapi amat mudah didapati dengan harga yang agak murah berbanding di kedai-kedai arab adalah di Pejabat Agong PAS, di Jalan Raja Laut.

Kepada sesiapa yang ingin mencuba dan mendapatkannya, sila kunjungi Pejabat Agong PAS, di Jalan Raja Laut.

Sekian

p/s : antara ciri-ciri bani Israel dahulu, mereka cuba mengharamkan makanan yang Allah halalkan, seperti daging unta dan susu unta. Tindakan mereka itu dimurkai oleh Allah, sehingga Allah menurunkan firman-Nya daripada ayat 208 surah Al-Baqarah. Bagaimana pula Bani Israel Malaysia?


Wallahu ’Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
8 Rabiul Akhir 1431 – 24 Mac 2010 * 2:27 petang


ZAKAT VS GST


Maqasid kewajipan Zakat adalah mengambil harta orang kaya yang berlebihan, lalu diberikan kepada 8 asnaf, terutama kepada fakir miskin.

sabda Nabi SAW;

أَنَّ اللَّهَ افْتَرَضَ عَلَيْهِمْ صَدَقَةً فِي أَمْوَالِهِمْ تُؤْخَذُ مِنْ أَغْنِيَائِهِمْ وَتُرَدُّ عَلَى فُقَرَائِهِمْ

maksudnya;
"Sesungguhnya ALlah fardukan atas mereka sedekah pada harta mereka. (harta itu) diambil daripada orang-orang kaya mereka, dan diberikan kepada orang-orang miskin dari kalangan mereka" (Al-Bukhari : 1308)

Asnaf yang 8, wajib diberikan zakat. Adapun asnaf dari kalangan orang fakir dan miskin hendaklah didahulukan.

firman Allah;

إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَابْنِ السَّبِيلِ فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

maksudnya;
"Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para mu'allaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk mereka yuang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana"

(Surah At-taubah : 60)

Adapun GST, mahu dilaksanakan untuk mengutip cukai dari rakyat secara melata; tidak kira mereka yang miskin, mahupun kaya. Rakyat yang kaya, tidak menjadi keberatan kepada mereka untuk menunaikan kewajipan cukai yang dikenakan, tetapi bagaimana pula keadaan si miskin?

Dari sini, sudah kelihatan kezaliman yang wujud dalam GST yang mahu dilaksanakan oleh kerajaan. Lebih parah lagi, apabila GST mahu dilaksanakan, tetapi dalam masa yang sama, cukai import Buggy (kereta golf) dihapuskan cukai serta-merta oleh Kerajaan.

Dengan kata lain, Kerajaan sebenarnya hendak menjaga rakyat, atau mahu memberikan keistimewaan hidup kepada golongan yang kaya?

sekian

baca sama:
GST dilaksana selepas rakyat benar-benar faham (utusan Meroyan : 23 Mac 2010)
Cukai Import Buggy Golf dimansuh (utusan meroyan : 8 Mac 2010)

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
8 Rabiul Awal 1431 - 24 Mac 2010 * 6:51 pagi

UMNO GELABAH?

Tuan Guru Haji Abdul Hadi mencadangkan ubah rukun negara; daripada "percaya kepada tuhan" kepada "percaya kepada Allah". Cadangan itu dilontarkan ekoran penerimaan penganut agama lain tentang penggunaan kalimah Allah sebagai ganti kepada kalimah tuhan.

Namun, utusan Meroyan hari ini melaporkan;

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, penggunaan perkataan tuhan atau Allah telah dibincangkan oleh jawatankuasa yang merangka Rukun Negara dan ia tidak memerlukan sebarang pindaan lagi. (sila Klik).

Nampaknya, sudah kelihatan bahawa UMNO gelabah dengan cadangan Tuan Guru Presiden itu. Ini membuktikan bahawa, UMNO bukan parti yang perjuangkan Islam, sebaliknya sebarang isu agama yang dimainkan, benar-benar sekadar mainan isu demi mendapat publisiti murahan, demi mencapai keuntungan dalam politik semata-mata.

sekian

p/s : Bola sudah dicampak, maka tugas pemain pula untuk mengelecek bola untuk sumbat gol.

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
8 Rabiul Akhir 1431 - 24 Mac 2010 * 5:59 pagi



JUDI DI MALAYSIA : NAJIB NAK TELITI, BUKAN NAK HARAMKAN

Dalam utusan Meroyan melaporkan;

Mengenai kemungkinan kerajaan membenarkan aktiviti perjudian melibatkan pertaruhan sukan (sports betting) di Malaysia, Najib berkata, perkara itu memerlukan penelitian mendalam dan menyeluruh.

"Memang terdapat cadangan agar membenarkan pertaruhan sukan tetapi itu masih di peringkat cadangan. Biarlah kita teliti dulu," jelasnya.

Terdapat laporan yang menyatakan bahawa sebuah syarikat tempatan telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan sebagai satu lagi aktiviti perjudian syarikat berkenaan. (sila Klik)

KOMENTAR:

Semasa kelantan diambil oleh PAS pada tahun 1990 dahulu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah memanggil semua ketua-ketua agama di negeri kelantan untuk diadakan satu dialog. perkara yang dibincangkan ketika itu adalah, tentang status arak dan judi menurut agama masing-masing. Setelah dialog selesai, didapati bahawa ada sebilangan agama membenarkan dalam agama mereka meminum arak, tetapi tidak terdapat satu agama pun yang membenarkan judi.

Ekoran itu, Kelantan telah melarang sebarang kegiatan judi secara mutlak, dan membenarkan penjualan arak secara tertutup, untuk mereka yang tidak beragama islam, yang dalam agama mereka membenarkan peminuman arak.

Inilah yang membedakan antara PAS dan UMNO.

HARAMNYA JUDI

firman Allah;

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا

maksudnya;
"mereka bertanya kepada kamu tentang arak dan judi, katakanlah, pada kedua-duanya adalah dosa besar dan memberi manfaat kepada manusia. dosanya lebih besar berbanding manfaatnya"
(Surah Al-Baqarah : 219)

firman Allah lagi;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

maksudnya;
"Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, tenung nasib dan berhala merupakan najis, daripada amalan-amalan syaitan. maka hendaklah kamu jauhkan diri. mudah-mudahan kamu berjaya"

(Surah Al-Maidah : 90)

HAK NON MUSLIM

Firman Allah;

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Maksudnya;
”Allah tidak halang terhadap mereka yang tidak menyerang kamu dalam agama, dan mengeluarkan kamu daripada negara kamu bahawa kamu berbuat baik dan melakukan keadilan kepada mereka. Sesungguhnya Allah sayang kepada orang yang melakukan keadilan”

(Surah Al-Mumtahanah : 8)

juga firman Allah;

فَإِنْ جَاءُوكَ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ وَإِنْ تُعْرِضْ عَنْهُمْ فَلَنْ يَضُرُّوكَ شَيْئًا وَإِنْ حَكَمْتَ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِالْقِسْطِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Maksudnya;
“Sekiranya mereka datang kepada kamu, maka berhukumlah diantara mereka atau berpaling dariapda mereka. jika kamu berpaling daripada mereka, maka mereka tidak dapat memberi mudharat kepada kamu sedikitpun. Apabila kamu berhukum, maka hendaklah kamu berhukum diantara mereka dengan keadilan. Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang melakukan keadilan”

(Surah Al-Maidah : 42)

Dan hadis, daripada Ibnu Umar;

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم أتي بيهودي ويهودية قد زنيا ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « ما تجدون في كتابكم ؟ » قالوا : لا نجد الرجم (1) ، فقال ابن سلام : كذبوا ، الرجم في كتابهم ، قال : فدعا ابن صوريا ، فجعل يقرأ حتى إذا انتهى إلى موضع الرجم ، وضع يده على موضع الرجم ، فقال ابن سلام : ارفع يدك فرفعها ، فإذا آية الرجم ، فقال : يا محمد ، الرجم في كتابنا فرجمهما رسول الله صلى الله عليه وسلم بالبلاط

Maksudnya;
“Dua yahudi berzina. Berkata rasulullah, apa yang kamu dapati dalam kitab kamu?” mereka menjawab, “kami tidak mendapati berkenaan rejam pun”. Berkata Abdullah bin salam, “mereka semua bohong. Rejam wujud dalam kitab mereka”. Abdullah bin Suriya dipanggil, lalu dia membaca hingga sampai di tempat rejam, lalu dia meletakkan tangannya pada tempat rejam. Berkata Abdullah bin Salam, “angkat akan tangan kamu itu” lalu diangkat, didapati ada ayat rejam. Dia berkata, “wahai Rasulullah, rejam wujud dalam kitab kami”. maka kedua-dua direjam oleh rasulullah SAW dengan penyebat” (Musnad At-Tayalisi : 1956)

juga, Sabda Nabi SAW;

أُعْطِيَ أَهْلُ التَّوْرَاةِ التَّوْرَاةَ فَعَمِلُوا بِهَا وَأُعْطِيَ أَهْلُ الْإِنْجِيلِ الْإِنْجِيلَ فَعَمِلُوا بِهِ وَأُعْطِيتُمْ الْقُرْآنَ فَعَمِلْتُمْ بِهِ

maksudnya;
"Diberikan ahli taurat akan kitab taurat, maka hendaklah mereka beramal dengannya. Diberikan ahli Injil akan kitab injil, maka hendaklah mereka beramal dengannya. Kamu diberikan Al-Quran, maka hendaklah kamu beramal dengannya" (Al-Bukhari)

dan sabda Nabi SAW lagi;

إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَعْطَى كُلَّ ذِي حَقٍّ حَقَّهُ

maksudnya;
"Sesungguhnya ALlah memberi akan orang yang berhak akan haknya" (Abu Daud : 2486)

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




“DIA ADALAH SEJAHAT-JAHAT BANGSA” - NABI SAW

sekadar hiasan


“DIA ADALAH SEJAHAT-JAHAT BANGSA” - NABI SAW

Firman Allah;

إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنْزَلْنَا مِنَ الْبَيِّنَاتِ وَالْهُدَى مِنْ بَعْدِ مَا بَيَّنَّاهُ لِلنَّاسِ فِي الْكِتَابِ أُولَئِكَ يَلْعَنُهُمُ اللَّهُ وَيَلْعَنُهُمُ اللَّاعِنُونَ

Maksudnya;
“Sesungguhnya mereka yang menyembunyikan apa yang kami turunkan daripada bukti-bukti dan petunju selepas kami nyatakan kepada manusia dalam kitab, maka Allah memberi laknat terhadap mereka. juga, orang-orang yang melaknat akan melaknat mereka”

(Surah Al-Baqarah : 159)

Di zaman Rasulullah SAW, ada seorang lelaki bernama Uyaynah bin Hisn bin Huzaifah bin Badr Al-Fazari. Dia dikenali sebagai ”Al-Ahmaq Al-Muta’” atau dalam bahasa melayunya, ’orang bodoh yang mempunyai pengikut’.

Aisyah bercerita, bahawa suatu hari, Uyaynah telah datang ke rumah Nabi SAW. Sesampai di rumah Nabi SAW, dia meminta izin untuk masuk daripada Aisyah.

Aisyah memaklumkan kepada Baginda nabi SAW. Baginda tidak terus menjemput, sebaliknya menjenguknya terlebih dahulu menerusi tingkap. Ketika baginda SAW melihat Uyaynah, baginda SAW berkata;

بِئْسَ أَخُو الْعَشِيرَةِ وَبِئْسَ ابْنُ الْعَشِيرَةِ

Maksudnya;
“dia ini adalah Sejahat-jahat keturunan (dalam loghat kelantan : baso bako jahat)

Perkataan Nabi SAW itu didengari oleh Aisyah. Isteri Nabi SAW itu tidak berkata apa-apa, malahan mengambil sikap berdiam diri sahaja.

Lelaki itu dijemput naik atas rumah, lalu Nabi SAW berbual-bual dengan lelaki tersebut dengan begitu mesra sekali. Melihat keadaan itu, Aisyah agak kepelikkan.

Sesudah Uyaynah pulang, Aisyah bertanya kepada Nabi SAW, ”Wahai Rasulullah, ketika kamu melihat lelaki itu, kamu mengatakan ’dia adalah sejahat-jahat keturunan’, tiba-tiba ketika kamu berbual dengannya, kelihatan kamu melayannya dengan begitu mesra sekali”

Mendengar kata-kata Aisyah itu, baginda SAW terus berkata;

إِنَّ شَرَّ النَّاسِ مَنْ تَرَكَهُ النَّاسُ أَوْ وَدَعَهُ النَّاسُ اتِّقَاءَ فُحْشِهِ

Maksudnya;
”Sesungguhnya sejahat-jahat manusia adalah mereka yang manusia meninggalkanya kerana takut dengan kejahatannya
[1]

Dalam riwayat yang lain; riwayat Ibrahim An-Nakhaie berkata, bahawa Uyaynah bin Hisn datang berjumpa dengan nabi SAW. ketika itu, Aisyah ada bersama dengan baginda SAW.

Melihat Aisyah, Uyaynah bertanya, ”Siapakah perempuan ini?

”dia adalah Ummu Al-Mukminin” jawab Nabi SAW ringkas.

Lalu, Uyaynah berkata, ”apakah kamu mahu, jika aku berikan kepadamu perempuan yang lebih cantik daripada perempuan ini?”

Mendengar kata-kata Uyaynah itu, menyebabkan Aisyah marah.

”Siapakah lelaki ini wahai Rasulullah?” soal Aisyah.

Jawab nabi SAW;

هَذَا أَحْمَق

Maksudnya;
”dia ini adalah lelaki yang bodoh”
[2]

Dalam hadis ini, Imam Al-Qurtubi menyatakan;

“Pada hadis, (menjadi dalil) bahawa harus mengumpat terhadap orang yang menzahirkan amalan fasiq, kejahatan, kezaliman daripada sudut hukum, dan seruan kepada amalan bidaah yang boleh melahirkan keburukan kepada agama”

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
8 Rabiul Akhir 1431 – 24 Mac 2010 * 2:42 pagi





[1] Al-Bukhari : 5572 dan 5594.
[2] Fath Al-Bari : 17/180

Isnin, 22 Mac 2010

"NANTI SAYA MASUK LAH"

Mungkin kita masih ingat dengan Ezam Mohd Nor. Dia keluar dari PKR, kemudian fokus dalam GERAK. Tidak lama kemudian, dia terlibat dengan UMNO.

Dengan kata lain, dia tidak terus masuk UMNO, tetapi keluar dari PKR terlebih dahulu.Kemudian baru 'melompat' kepada UMNO.

Adapun gambar di atas ini, tidak ada kaitan langsung dengan Ezam Mohd Nor. Cumanya, gambar atas ini, nampak macam ada orang nak ajak berpeluk je, tapi satu pihak lagi macam tak mahu.

"Jom la kita berpeluk" sambil membuka lebaran dua tangannya.

"eh.. nanti dulu.. U duduk macam keadaan sekarang dulu. U hentam dalam keadaan sekarang ni, lain sikit, tak macam U dah masuk nanti. Hilang kaww" balas satu lagi. ketika itu sedang duduk di Sofa di parlimen salah sebuah negara dalam dunia.

Mungkin itu yang dibicarakan kedua-dua tokoh itu.

sekian

p/s : 4 hari lepas, Aku ada berjumpa dengan Nazree GERAK di sekitar ampang. Banyak cerita tentang perancangan menjatuhkan MB Selangor yang aku dapat dari beliau. Mungkin bukan masanya lagi aku mengulas perkara itu.

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
7 Rabiul Akhir 1431 - 23 Mac 2010 * 2:40 petang

PAS mahu Rukun Negara dipinda

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (bawah, berserban) berkata pemimpin Islam gagal menangani isu penggunaan kalimah Allah sehingga menyebabkan berlakunya serangan ke atas rumah-rumah ibadat.

Beliau yang juga wakil PAS berkata dari segi hukum, Islam tidak melarang orang bukan Islam menggunakan kalimah berkenaan.

"Apa yang penting ialah penjelasan, dialog di antara pemimpin-pemimpin agama, bukan diserahkan kepada mereka yang bebal dan menggunakan hukum akal, tidak menggunakan nas.

"Malangnya perkara ini dibawa ke mahkamah, berlakunya pembakaran gereja, berlaku pembakaran masjid, berlaku perkara negatif.

"(Ini) menunjukkan kita tidak menangani perkara ini dengan baik," katanya ketika membahaskan usul menjunjung titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya lagi, peluang itu juga seharusnya digunakan untuk berdakwah dan memberi penerangan mengenai Islam kepada golongan bukan Islam.

"Mereka guna perkataan Allah, dan sepatutnya peluang ini digunakan untuk masuk ke gelanggang mereka untuk menjelaskan.

"Saya minta supaya kerajaan meminda Rukun Negara yang pertama, kepada kepercayaan kepada Allah," tegas Hadi.

Katanya lagi, al-Quran tidak pernah menghalang penganut agama lain daripada menggunakan kalimah Allah semasa hayat Nabi Muhammad SAW.

Menurutnya, pendirian seperti itu boleh dilihat dalam surat yang dikirim oleh Nabi Muhammad kepada Raja Mesir yang menganut Kristian.

"Tanpa memaksa mereka menerima agama kita, kita berhujah sekiranya berlaku kekeliruan," katanya lagi.

Jelasnya, dalam warkah berkenaan, Nabi Muhammad memberitahu Raja Mesir bahawa umat manusia tidak boleh menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, sama ada di kalangan pemimpin mahupun di kalangan paderi.

Katanya, Nabi Muhammad juga tidak menghalang penganut Kristian itu menggunakan kalimah Allah.

"Di sinilah mengapa Islam membenarkan penganutnya makan sembelihan daripada penganut agama lain (ahli kitab).

"Sembelihan mereka halal kerana mereka menyembelih dengan menyebut nama Allah.

"Ini menunjukkan keizinan itu berlaku," kata Abdul Hadi lagi.

Ketika ditemui media selepas itu, Abdul Hadi berkata beliau turut mencadangkan supaya perkara 'kepercayaan kepada tuhan' dalam Rukunegara diubah dengan 'kepercayaan kepada Allah.'

Jelasnya perkara tersebut boleh dilakukan memandangkan masyarakat bukan Islam sudah boleh menerima Islam sebagai sebahagian daripada agama mereka.

"Kerajaan perlu terima positif dalam tangani isu ini, bukan negatif. Penganut agama Kristian dan agama lain sudah sedar Allah diberi nama unggul, perkataan lain yang mereka guna sebelum ini, God, Lord dan lain-lain tidak tepat," katanya.

"Ini menunjukkan mereka sudah terima Allah sebagaimana mereka terima Islam sebagai agama. (Jadi perlu) ubah Rukun Negara kepada lebih pro-aktif dalam masa sama tuju ke arah perpaduan rakyat," katanya lagi dan menambah kekeliruan yang berlaku adalah akibat kejahilan orang Islam sendiri dalam membuat penafsiran.

sumber : malaysiakini

UMNO DAN ARAK DAN JUDI, MACAM KENTUT DENGAN TAIK







Sakan nampak? Siapa dalam gambar ini? Cuma mahu kepastian sahaja.

Ahad, 21 Mac 2010

UMNO ADALAH SYAITAN



Firman Allah;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

maksudnya;
"Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan"

(Surah Al-Maidah : 90)

Dalam laporan berita menyatakan;

"Pendedahan Saifudin Nasution didalam Dewan Rakyat mengenai aktiviti pemimpin umno yang menjadikan 'air setan' (arak) sebagai minuman membuatkan umno gelisah. Saifudin Nasution juga sedia mendedahkan nama-nama individu tersebut sekiranya ada yang mencabar beliau untuk berbuat demikian diluar dewan, namun semua MP umno tidak berani mencabar Saifudin Nasution mendedahkannya diluar dewan". (sila Klik)

komentar;

Dalam firman Allah, dinyatakan bahawa arak dan judi daripada amalan Syaitan. Arak dan Judi ada kaitan dengan UMNO, bermakna UMNO adalah Syaitan.

Allah SWT sebut lagi, jauhkan diri dari syaitan (UMNO), baru kamu akan berjaya. Justeru, cara nak jauhkan UMNO dari Malaysia adalah, dengan luputkan UMNO dari muka bumi Allah SWT ini.

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
6 Rabi' Al-Akhir 1431 - 22 Mac 2010 * 4:23 pagi


SIAPA JEJAKA HENSEM INI?

Nama kawan kita ini adalah saiful Bukhari. umurnya dalam 26 atau 27 tahun. Dia mendakwa bahawa dia diliwat dengan seorang ahli politik yang sudah agar berumur, iaitu umur 63 tahun.

Ahli politik yang didakwa meliwatnya, dipercayai pernah menghidap penyakit pinggang, sebab hentakan kuat dalam penjara semasa berada dalam penjara ekoran dendam kesumat bekas perdana Menteri Malaysia yang lalu. Ada kata, sakit pinggang itu tidak wujud. Didakwa bahawa ahli Politik itu berlakon sahaja.

cumanya, takkan segagah anak muda yang berumur 26 tahun ini, sehingga dia mampu angkat tangan tunjuk penumbuk ini begitu mudah diliwat oleh seorang lelaki yang sudah agar berumur? ganas sungguh nafsu lelaki berumur 63 tahun itu.
(18 sx : ada kata, 63 tahun ini, kebiasaannya kekuatan zakarnya tidak sepertimana kekuatan zakar anak muda berumur 26 tahun)


INI PARTI UMNO ATAU UmnGok?


Ini Lambang satu parti yang bertapak di Malaysia sejak sekian lama. parti ini penyebabkan agama islam di Malaysia dihaprakkan; bangsa Melayu diperhinakan; bangsa selain melayu dinajiskan.

Parti ini sudah ditimpa nazak kematian sejurus 8 Mac 2008 yang lalu. Tetapi berkat 'Solat Hajat belakang tabir' dan 'doa sulit-sulit' orang-orang Alim tertentu, Parti ini mendapat nafas baru atas nama UmnGok, iaitu huruf (U) dan huruf (G) nya dibesarkan, dan huruf selainnya dikecilkan.

Parti ini hidup kerana duit. Tanpa Duit, parti ini dilihat sial oleh ahlinya sendiri. Pastinya, parti ini adalah parti perkauman yang mengkesampingkan islam dalam pentadbiran. islam benar-benar dijadikan Candu oleh parti ini demi mengekalkan kemabukan kuasa dan harta.


KENAPA DIA INI DIUSAHAKAN AGAR DILUPAKAN?



Dengar Khabar, nama perempuan dalam gambar ini adalah Altantuya. Dikhabarkan, dia telah memeluk islam. Namanya telah bertukar kepada Aminah.
Dikhabarkan juga, dia dibunuh dengan dibom oleh sejenis bom yang dikenali C4.
Peliknya, saspek pembunuhan perempuan ini tidak dihadapkan mahkamah. persoalannya, kenapa???