Sabtu, 12 September 2009

MAKAN MALAM BERSAMA USTAZ HARUN TAIB


MAKAN MALAM BERSAMA USTAZ HARUN TAIB

Hampir 6 bulan tidak berhubung, minggu lepas Ustaz Harun Taib menghubungiku; ajak bertemu untuk berbual-bual. Dirasakan malu juga ada, kerana guruku yang menghubungiku, yang sepatutnya murid yang menghubungi guru.

Pertemuan dijadualkan di Restoran Raushah, Ampang. Aku ke sana bersama Eddieputra, sedangkan Ustaz Harun bersama dengan anaknya, Ustaz Hamdi.

Seperti biasa, makanan pilihanku adalah Syaystauq bersama air Barbikan (sejenis minuman dari Lubnan), sedangkan Ustaz Harun, ustaz Hamdi dan Eddieputra memilih Mandi Laham (tidak ada kaitan langsung dengan Bait Al-laham).

Sambil makan, banyak perkara dan tajuk kami perbualkan, termasuk cara dan kaedah Ustaz Harun taib mengendalikan TDM, iaitu sebuah GLC kerajaan Negeri terengganu semasa PAS memerintah di Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004 sehingga mencapai keuntungan yang terlalu tinggi; sehingga kerajaan negeri ketika itu mampu untuk meletakkan pengharapan untuk membina lebuhraya Pantai Timur yang ketika itu dihentikan projeknya oleh Kerajaan Pusat.

Yang lebih menarik, kami berbual tentang isu politik terengganu yang kini sedang diperkatakan kebanyakkan pemerhati politik dalam negara.

Tidak diketahui, apa masa depan politik terengganu dalam jangka masa ini. Pun begitu, sedikit sebanyak apa yang kami bualkan dengan ustaz Harun pada malam ini, memberikan kamu satu gambaran rambang tentang politik di terengganu.

Kita tunggu dan lihat.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com





- Sri Indah (B), Sg Buloh
13 september 2009 * 2:34 pagi

KERTAS CADANGAN KAWALAN ARAK ??


KERTAS CADANGAN KAWALAN ARAK ??

Mstar melaporkan;

”KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat akan menyediakan kertas cadangan mengenai kawalan dan garis panduan penjualan arak di negeri-negeri yang ditadbir pakatan pembangkang, kata Timbalan Ketuanya Azman Shapawi Abd Rani pada Sabtu” (sila klik)

KOMEN:

Sudah lama aku menunggu berita sebegini. Ia satu berita yang mengembirakan, demi melihat kerajaan pakatan Rakyat berada dalam landasan yang betul.

Aku secara peribadi, mencadangkan kepada Pemuda PAS pusat, agar tidak sekadar menyediakan kertas cadangan kawalan arak sahaja, tetapi perlu juga diadakan kempen bahaya arak, judi dan banyak lagi.

Tidak ada gunanya, kita sekadar memberikan kertas cadangan kawalan arak, tetapi dalam masa yang sama kita tidak berusaha hendak memahamkan rakyat tentang bahaya arak itu sendiri.

Sesuatu kawalan agak kurang berjaya jika tidak disertakan kefahaman. Justeru, kefahaman terhadap rakyat tentang bahaya arak juga perlu dilakukan, disamping memberikan cadangan kepada kerajaan Pakatan Rakyat tentang kawalan arak.

Dulu sekejap, kedengaran dari Ketua Penerangan PAS Selangor nak buat kempen bahaya arak ini, tetapi nampaknya, ia sekadar kenyataan akhbar sahaja. Sampai hari ini, tidak kelihatan pun sebarang banner pun, atau wacana dan forum tentang bahaya arak yang dicadangkan untuk diadakan kempen. Mungkin kenyataan tempoh hari, sekadar memanaskan isu Ronnie Liu sahaja.

Tinggalkan mereka yang beretorik dengan politik, tetapi tindakan pemuda PAS mencadangkan kawalan arak ini wajib diberikan pujian.

Sekian

Wallahu ‘Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
12 september 2009 * 7:48 malam

Jumaat, 11 September 2009

JURAIJ : “IBUKU, ATAU SOLAT SUNATKU”


JURAIJ : “IBUKU, ATAU SOLAT SUNATKU”

Dalam satu kisah yang dinukilkan oleh Imam Ibnu Hajar dalam kitab Fathul Bari berkenaan seorang lelaki dari Bani Israel yang bernama Juraij.

Juraij seorang lelaki yang kuat melakukan ibadat kepada Allah sehinggakan beliau membina sebuah rumah ibadat. Sedang dia melakukan ibadat, ibunya datang memanggilnya, sedangkan ketika itu dia sedang menunaikan solat.

Semasa ibunya memanggilnya, hatinya berkata, “apakah aku harus menyahut panggilan ibuku atau aku terus dengan solat”. Juraij terus dengan solat sehingga ibunya menyebut;

اللَّهُمَّ لَا تُمِتْهُ حَتَّى تُرِيَهُ وُجُوه الْمُومِسَات

Maksudnya;
“Ya Allah, jangan kamu matikannya (Juriaj) hinggalah dia melihat wajah-wajah pelacur”

Hasil dari doa si ibu, menyebabkan juraij telah diuji oleh Allah dengan soerang perempuan yang telah berzina dengan seorang pengembala kambing sehingga melahirkan anak. Perempuan itu menuduh, bahawa anak itu adalah anak juraij.

Mendengar tuduhan itu, tanpa usul pereksa, orang-orang kampung telah bertindak meruntuhkan rumah ibadatnya, juga memukulnya sehingga luka. Bukan sekadar itu, orang kampung telah bertindak menghinanya dengan mengikat tengkok dan tangannya dan mengarak-araknya keseluruh kampung. Keadaan itu sehinggakan raja Bani Israel ketika itu berkata;

وَيْحك يَا جُرَيْج ، كُنَّا نَرَاك خَيْر النَّاس فَأَحْبَلْت هَذِهِ ، اِذْهَبُوا بِهِ فَاصْلُبُوهُ

Maksudnya;
“Celaka kamu wahai Juraij, kami menyangka kamu adalah sebaik-baik manusia. Ikat, dan salibkan Juraij”

Ketika orang kampung sedang mengarak-arak Juraij, kelihatan perempuan yang menuduh dengan bayi yang didakwa anaknya itu. Menyebabkan Juraij minta untuk menunaikan solat.

Permintaan Juraij diberi oleh orang kampung. Setelah berwudu’, solat dan berdoa. Juraij telah datang kepada anak itu lalu bertanya.

مَنْ أَبُوك يَا غُلَام ؟ فَقَالَ : الرَّاعِي

Maksudnya;
”Siapa bapa kamu wahai anak?

”pengembala kambing” jawab anak kecil itu ringkas

Melihat bayi itu berkata demikian, menyebabkan orang kampung merasa bersalah. Lalu mereka membina balik rumah ibadat Juraij yang telah diruntuhkan itu dengan rumah ibaadat yang baru, diperbuat daripada emas. Tetapi ditolak oleh Juraij, tetapi diminta supaya dibina balik rumah ibadat itu dengan tanah sahaja
[1].

WAJIB DAHULU BERBANDING SUNAT

Dalam islam, amalan wajib perlu didahulukan berbanding amalan sunat. Keadaan ini menyalahi dengan tindakan Juraij yang ketika itu menunaikan solat sunat, lalu tidak menyahut panggilan ibu, sedangkan menyahut panggilan ibu adalah wajib.

Dari kisah Juraij ini, kita dapati Juraij telah melakukan satu kesalahan yang besar, iaitu dia melebihkan amalan sunat berbanding amalan wajib.

Banyak perkara dalam Islam yang kurang diambil perhatian oleh umat Islam tentang pentingnya mendahulukan perkara wajib berbanding sunat. Seperti, ramai manusia yang mementingkan menunaikan solat tarawih, tetapi mereka tidak menunaikan puasa ataupun tidak menunaikan solat wajib.

Ada yang mementingkan penekanan sunnah, tetapi dalam masa mereka mengabaikan perkara yang wajib mereka lakukan. Dalam Islam, kita akan dapati wujudnya mementingkan perkara yang lebih penting berbanding perkara penting.

Justeru, adalah satu tindakan yang kurang bijak, apabila wujud dari kalangan umat islam yang pentingkan berbicara tentang isu qunut subuh, sedangkan dalam masa yang sama, mereka tidak pernah terfikir untuk berbicara tentang perlaksanaan islam dalam negara mereka.

Diceritakan berkenaan dengan para salaf dahulu, seorang lelaki telah bertanya kepada seorang mufti tentang hukum darah nyamuk yang terkena pada pakaian.

Mufti tersebut menjawab, ”di saat cucu Nabi ditumpahkan darah, kamu masih lagi berbicara tentang darah nyamuk?”

Keadaan yang sama juga berlaku kepada umat Islam kini, yang lebih suka berbicara tentang qunut subuh, sedangkan disana wujud ramai dari kalangan umat Islam yang tidak menunaikan solat subuh.

Bukan bermakna berbicara tentang qunut subuh itu tidak penting, tetapi mementingkan berbicara tentang orang yang tidak menunaikan solat subuh itu adalah teramat penting.

Begitujuga, ada sebilangan umat Islam, malah terdiri dari kalangan agamawan yang tidak mengerti tentang pentingnya mendapat keuntungan dakwah berbanding perlaksanaan islam yang bersifat sementara.

Apabila dakwah sudah berjaya, maka secara mudahnya Islam dilaksanakan. Apabila manusia sudah menerima Islam, perlaksanaan islam akan kekal memerintah, malah akan menjadi dokongan manusia.

Pun begitu, ada sebilangan manusia itu pentingkan kepada perlaksanaan islam, waimma ramai manusia lain yang tidak memahami lagi tentang Islam. apabila mereka melaksanakan Islam dikala majoriti rakyat tidak faham Islam lagi, tidak mustahil, rakyat itulah yang akan menolak mereka.

Keadaan ini dapat dilihat berlaku di Afghanistan di bawah pemerintahan taliban. Keikhlasan Taliban dalam perlaksanaan Islam tidak dinafikan, tetapi disebabkan tidak mengerti tentang keutamaan dalam memahamkan rakyat tentang Islam, menyebabkan undang-undang islam yang dilaksanakan oleh mereka ditolak sedemikian rupa. Menyebabkan, dikala Taliban diserang oleh Amerika, rakyat mereka tidak mendokong taliban, malah bergembira dengan kejatuhan taliban.

DOA IBU MEMBAWA BERKAT

Buat baik kepada ibu merupakan satu kewajipan yang besar. Memberi ketaatan kepadan ibu, dan tidak menyakiti hatinya merupakan satu tuntutan ilahi yang wajib dipatuhi oleh setiap manusia di atas muka bumi.

Ibu merupakan manusia yang melahirkan dan membesarkan kita. Justeru, jasa dan bakti yang dilakukan itu menyebabkan Allah meletakkan kewajipan terhadap anak-anak memberi ketaatan, juga melarang dari menyakiti hatinya.

Begitujuga, doa ibu untuk anak-anak merupakan doa yang diberkati. Justeru, jangan dianggap remeh dengan doa ibu.

Dari kisah Juraij, kita dapat melihat bagaimana Juraij telah melakukan satu kesalahan besar, iaitu mendahulukan solat sunatnya berbanding menjawab teguran ibu. Tindakannya itu menyebabkan ibunya tersentuh, yang melahirkan kesedihan ibu. Dengan kesedihan, Ibunya berdoa keburukan untuk Juraij, dan doa ibu tersebut dimakbulkan oleh Allah SWT.

IBADAT TANPA ILMU

Beribadat merupakan tuntutan. Pun begitu, beribadat tanpa cukup syarat adalah ibadat yang ditolak. Ibadat yang diterima apabila itu memenuhi syarat dan rukunnya.

Antara syarat penting bagi ibadat adalah, perlunya ibadat tersebut ditunaikan dalam keadaan berilmu. Beribadat tanpa ilmu adalah ibadat yang tertolak, kerana ia lebih memberi kemungkinan yang besar untuk orang yang beribadat itu melakukan kesalahan sehingga boleh membatalkan ibadat.

Tindakan mementingkan amalan sunat berbanding wajib merupakan kejahilan tentang ibadat. Justeru, tidak hairan ada orang yang disebut sebagai ’abid, tetapi mereka tidak ’alim. Pun begitu, wujud juga manusia yang disebut sebagai ’Alim, tetapi mereka tidak ’Abid.

Dalam keadaan sedemikian, kelebihan diberikan kepada ’Alim berbanding ’Abid, kerana seseorang ’Abid tidak semestinya dia berilmu. Berilmu diberikan kelebihan oleh Allah SWT berbanding dengan orang yang kuat beribadat.

Sabda Nabi SAW;

فَقِيهٌ أَشَدُّ عَلَى الشَّيْطَانِ مِنْ أَلْفِ عَابِدٍ

Maksudnya;
”Seorang lelaki yang faqih (’Alim) terlebih utama berbanding seribu orang ’Abid
[2]

KARAMAH PARA WALI

Seseorang yang soleh, tidak mustahil Allah akan memberikan kepada mereka kemuliaan. kemuliaan yang diberi, sehingga sampai satu tahap, mereka melakukan perkara yang luar dari adat kebiasaan manusia.

Ia bukan satu perkara yang pelik, kerana ia juga berlaku kepada mereka yang syirik kepada Allah, dengan keterlibatan mereka dengan sihir dan sebagainya.

Adapun kepada orang saleh, perkara pelik dan ajaib itu disebut sebagai karamah. Karamah sering terjadi kepada orang-orang soleh. Ia merupakan hadiah dari Allah SWT.

Juraij yang menunaikan solat sunat, kemudian berdoa, lalu memegang bayi yang didakwa anaknya itu, tiba-tiba bayi itu boleh berkata-kata, ia merupakan karamah yang Allah berikan kepada Juraij.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
12 september 2009 * 9:27 pagi






[1] Fath Al-Bari : 10/239.
[2] Sunan At-Tarmizi : 2605.

ORANG PEREMPUAN PAKAI WANGIAN


ORANG PEREMPUAN PAKAI WANGIAN

Imam An-Nasai ada meriwatkan satu hadis, daripada Al-Asya’ri berkata, bahawa Nabi SAW bersabda;

أَيُّمَا امْرَأَةٍ اسْتَعْطَرَتْ فَمَرَّتْ عَلَى قَوْمٍ لِيَجِدُوا مِنْ رِيحِهَا فَهِيَ زَانِيَةٌ

Maksudnya;
“mana-mana perempuan memakai wangian, kemudian lalu dihadapan satu kaum yang mereka boleh terhidu bauan tersebut, maka perempuan itu adalah penzina
[1]

Hadis ini menjelaskan kepada kita larangan terhadap perempuan yang memakai wangian sehingga dapat dihidu oleh lelaki ajnabi. Tindakan tersebut adalah haram kerana ia boleh melahirkan fitnah. keadaan ini berlaku, jika wangian yang dipakai itu mempunyai aroma bauan yang terlalu kuat.

Adapun wangian yang berbau nipis; tidak kuat yang dipakai oleh seseorang perempuan dengan tujuan menutup bau tubuhnya, maka itu tidak menjadi haram, tetapi dipandang makruh oleh As-Syaikh Dr Atiah Saqar.

Dipandang makruh oleh Dr Atiah Saqar kerana, wangian yang nipis itu boleh didapati apabila perempuan yang memakai wangian tersebut berada ditempat yang sesak. Pun begitu, wajib baginya menghindarkan diri dari terlahirnya sebarang fitnah dengan sebab memakai wangian, waimma aroma baunya nipis sekalipun.

Disamping itu juga, perlu diingatkan bahawa menghilangkan bau badan, tidak semestinya dengan memakai wangian, tetapi ia boleh hilang dengan mandi, atau basuh pada badan yang boleh melahirkan bau badan tersebut, seperti disebabkan peluh dan sebagainya.

Penjelasan ini dikhususkan kepada perempuan yang memakai wangian untuk lelaki selain dari suami mereka. Adapun untuk suami mereka, memakai wangian merupakan ibadat, kerana itu akan melahirkan bertambah kasih sayang antara suami dan isteri. Begitujuga, tidak menjadi haram atau makruh, malah dikira ibadat apabila seseorang perempuan itu memakai wangian untuk sesama mereka.

Sekian

p/s : article ini merujuk kepada kitab Fatawa min Ahsanil kalam, karangan Dr Atiah Saqar.

Wallahu ‘Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
11 september 2009 * 5:40 petang




[1] Sunan An-nasai : 5036.

UMNO PARTI ISLAM : NAJIB BUAT LAWAK ANTARABANGSA


UMNO PARTI ISLAM : NAJIB BUAT LAWAK ANTARABANGSA

Gelak sampai rasa nak terpecah perut bila baca berita yang melaporkan kenyataan Najib bahawa UMNO adalah parti islam (Sila
klik). Taktik baru Najib nak pengaruhi, atau menjatuhkan PAS semakin hari semakin kelihatan.

Zaman Tun Dr Mahathir dulu, UMNO nak jatuhkan PAS dengan mendakwa bahawa kononnya Malaysia adalah sebuah negara islam. tetapi kini, Najib nak guna kaedah yang sama untuk jatuhkan PAS.

Kalau dasar masih kebangsaan, tidak perlu mendakwa UMNO parti Islam. takkan kita nak kata, kereta sorong itu kereta BMW, semata-mata kita bubuh lambang BMW kat kereta sorong itu?

Takkan kita nak kata orang hindu beragama Islam, semata-mata dia pakai baju melayu dan kopiah?

Ini semua kerja gila meroyan. Orang meroyan pun tak gila macam ni.

Sebagai ahli PAS, aku sedang menaruh harapan nak iktiraf UMNO sebagai parti Islam, tapi dengan syarat, UMNO wajib tukar dasar; dari kebangsaan kepada Islam.

Buang dasar kebangsaan, ambil dasar Islam. Islam diutamakan, kemanusian didahulukan. Islam diutamakan, keadilan diketengahkan. Islam diutamakan, Al-Quran dan As-Sunnah dijadikan panduan.

Jika tidak, mengiktiraf UMNO parti islam adalah kerja orang-orang gila sahaja.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani




- Sri Indah (B), Sg Buloh
11 september 2009 * 4:07 petang



ZUL NORDIN KENA BACA LAGI BUKU TENTANG KEADILAN ISLAM

ZUL NORDIN KENA BACA LAGI BUKU TENTANG KEADILAN ISLAM

Peguam Zulkifli Nordin, merangkap ahli Parlimen PKR Kulim menulis dalam blog beliau seperti berikut;

“Memang kita umat Islam disuruh berlaku 'adil, termasuk terhadap kafir dhimmi yang duduk tunduk dibawah pemerintahan Islam. Tetapi kita disuruh hanya berlaku 'adil dalam hal menjaga kebajikan mereka. Dalam soal ketuhanan, tidak timbul soal ke'adilan. Ini soal aqidah, bukan lagi soal wadah. Kita memelihara tempat 'ibadah mereka, bukan mengujudkan yang baru dicelah kediaman kita. Sultan Salahuddin Al Ayubi memelihara kesucian synagogue dan gereja yang sedia ada semasa membuka Kota Baitul Maqdis, bukan dengan membina kuil, tokong, gereja atau synagogue yang baru bersebelahan Masjidil Aqsa” (sila
klik)

KOMEN:

Jika dibaca sekali imbas perenggan ini, mungkin tidak dirasakan apa-apa, tetapi jika berulang kali membaca, maka terpancarlah kejahilan YB Zul terhadap keadilan yang diperjuangkan oleh Islam.

Konsep keadilan islam, tidak sekadar terhadap orang islam sahaja, malah terhadap orang bukan Islam; tidak sekadar kepada melayu sahaja, malah kepada seluruh manusia.

Keadilan yang Islam berikan kepada non Muslim, bukan sekadar pada sudut kebajikan sahaja, malah semua sudut kehidupan mereka, waimma terhadap peribadatan mereka.

Hak peribadatan agama lain, wajib diberikan oleh sesebuah kerajaan Islam. Memberikan hak rumah ibadat kepada mereka, merupakan konsep keadilan yang diperjuangkan oleh islam, bukan bermakna kita mengiktiraf agama mereka.

Jika dengan memberikan hak rumah ibadat kepada non Muslim sudah dianggap mengiktiraf agama lain, mengapa kita tidak mengatakan memberi keamanan kepada non Muslim beribadat juga sebagai mengiktiraf agama lain??

Jika ini pemahaman kita, bermakna salahlah tindakan Omar bin Al-Khattab yang menulis surat kepada Ahl Al-Quds yang kandungan surat itu menyebut;

اعطاهم أمانا لأنقسهم و أموالهم و كنائسهم

Maksudnya;
“Berikan kepada mereka keamanan pada diri mereka, harta-harta mereka dan gereja-gereja mereka
[1]

RUMAH IBADAT

Antara hak keadilan yang diberikan oleh islam adalah, hak rakyat dari kalangan non Muslim beribadat. bermaksud, apabila non Muslim memohon untuk membina rumah ibadat mereka, sebagai kerajaan islam, permohonan mereka perlu dilayan.

(ulasan lanjut, sila baca artikle ”
rumah ibadat non Muslim dalam penempatan Muslim”)

Cadangan kepada YB Zul dari PKR, agar mempelajari lagi islam dalam bentuk yang sebenar. Jangan merujuk Islam dari sentimen kemelayuan yang penuh dengan seribu satu kejahilan dan kejumudan.

Jangan disebababkan kejahilan kita dalam mengulas Islam, menyebabkan islam dilihat sebagai agama yang jumud, seterusnya dijadikan sebagai agama yang dibenci. Jika ini berlaku, Islam yang mahu dilaksanakan sampai kiamat tidak akan berjaya dilaksanakan.

Ingatlah, ini adalah Malaysia, bukan Afghanistan. Afghanistan yang terkenal dengan rakyatnya yang kasar pun, rakyatnya menolak taliban, inikan pula pemikiran taliban mahu diterjemah di Malaysia.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
11 september 2009 * 3:29 petang





[1] Tarikh Ar-Rasul wa Al-Muluk : 2/308.

Khamis, 10 September 2009

UBADAH BIN AS-SOMIT : ”DEMI KEBAIKAN, AKU MENGKRITIK”


UBADAH BIN AS-SOMIT : ”DEMI KEBAIKAN, AKU MENGKRITIK”

Orang yang tidak membaca sirah para sahabat, mungkin agak kurang mengenali seorang sahabat bernama Ubadah bin As-somit. Mengetahui kisah beliau tanpa mengetahui beliau adalah sahabat, pasti ada orang mendakwa beliau adalah seorang yang biadap, tidak beradap dan kurang ajar dengan pemimpin islam. Malah, tidak mustahil beliau akan mendapat tempelan seorang yang mempunyai hati yang busuk, tidak ikhlas dan takkabbur.

Ubbadah bin As-Somit adalah seorang sahabat ansor yang antara terawal memeluk Islam dari kalangan orang Madinah. Beliau berasal dari kalangan Khazraj, dan salah seorang naqib pada malam perjanjian Aqabah yang pertama.

Muhammad bin Kaab Al-Qurazi berkata;

جمع القرآن في زمن النبي صلى الله عليه وسلم خمسة من الانصار: معاذ، وعبادة، وأبي، وأبو أيوب، وأبو الدرداء

Maksudnya;
“lima orang Ansar yang menghimpunkan Al-Quran pada Zaman Nabi SAW, iaitu Muaz, Ubbadah, Ubai, Abu Ayub dan Abu Darda’[1]

Beliau antara manusia yang tidak suka pemerintah diampu-ampu. Pernah berlaku satu kejadian dalam satu masjid, yang ketika itu didalam masjid tersebut dihadiri Muawiyyah sebagai gabenor Islam di Syam.

Apabila khatib berkhutbah dalam masjid tersebut terlalu sangat memuji Muawiyyah, menyebabkan Ubbadah bin As-Somit bangun dalam keadaan tangannya memegang tanah, lalu dicampakkan ke muka si khatib tersebut.

Tindakan Ubbadah itu menyebabkan muawiyyah agak marah, menyebabkan Ubbadah terus menyebut;

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا رأيتم المداحين، فاحثوا في أفواههم التراب "

Maksudnya;
“Bersabda Rasulullah SAW, apabila kamu tengok pengampu, maka campakkan tanah pada mulut mereka[2]

Semasa hayat, beliau tidak pernah memegang apa-apa jawatan pun. Semuanya ekoran dari sumpahnya tidak mahu memegang sebarang jawatan ekoran mendengar pesanan nabi terhadap kesusahan di akhirat nanti apabila memegang jawatan.

Pernah di zaman Omar menjadi Khalifah, beliau dipujuk agar memegang jawatan, tetapi beliau tetap dengan pendirian beliau menyebabkan Omar akur.

Beliau amat mencontohi kehidupan Omar bin AlKhattab yang bersifat zuhud, menyebabkan beliau amat tidak suka dengan sikap Muawiyyah yang dilihat seakan-akan bermewah-mewah. Menyebab beliau menjadi pengkritik tegar terhadap pemerintahan Muawiyyah ketika berada di palestine.

Muawiyyah amat tertekan dengan kritikan tegar itu, menyebabkan menghantar balik Ubbadah agar berada di Madinah. Semasa berada di Madinah, menyebabkan Omar bin Al-Khattab pelik dan bertanya kepada beliau mengapa beliau berada di Madinah. Ubbadah menceritakan semuanya kepada Omar, menyebabkan Omar minta agar Ubbadah pergi juga ke Palestine sekali lagi dan memantau pergerakan Muawiyyah. Dan Omar pun mengirim sama surat kepada Muawiyyah tentang arahan beliau agar Ubbadah berada di Palestine untuk memantau pergerakan Muawiyyah itu.

Di zaman Nabi SAW, keluarga Ubbadah pernah melakukan perjanjian dengan orang Yahudi Bani Qainuqa’. Apabila berlaku peperangan Uhud, dilihat puak-puak yahudi qainuqa’ melampau, menyebabkan Ubbadah terus bertindak memutuskan perjanjian tersebut agar tidak menjadikan Ubbadah teragak-agak untuk menyerang yahudi tersebut.

Ekoran dari kejadian itu, Allah menurunkan ayat Al-Quran yang berbunyi:

وَمَنْ يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آَمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ

Maksudnya;
“Dan barangsiapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang”

(Surah Al-Maidah : 56)
[3].

Tubuh badan Ubbadah tinggi lampai, dan boleh dikategorikan sebagai lelaki yang hansome. Beliau tinggal di Baitul Muqaddis, dan meninggal dunia di Ramalah pada tahun 43 daripada hijrah, sewaktu umurnya 72 tahun. Dalam kitab Ar-Rijal Haul rasulillah SAW menyebut, Ubbadah meninggal dunia pada tahun 34 hijrah. Menurut riwayat lain, beliau meninggal dunia di zaman Muawiyyah jadi Khalifah[4].

Sekian

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

[1] Siyar Al-‘Alam wa An-Nubala’ : 2/6.
[2] Siyar Al-‘Alam Wa An-Nubala’ : 2/7.
[3] Ar-Rijal Haul Rasulillah SAW : m/s : 270.
[4] Siyar Al-‘Alam Wa An-Nubala’ : 2/11.

ISRAEL DAN UMNO TIDAK IKHLAS BERDAMAI !!


ISRAEL DAN UMNO TIDAK IKHLAS BERDAMAI !!

Utusan malaysia hari ini melaporkan;

”ABUJA, Nigeria 9 Sept. - Tindakan Israel terus menguasai Tebing Barat dan mengetepikan pandangan antarabangsa tidak menggambarkan pendirian mahu berbaik-baik yang dicanangnya”(sila klik)

Utusan Malaysia baru-baru ini pula melaporkan bahawa najib berkata;

”Saya sanggup berunding dengan Pas untuk kepentingan Islam tetapi tidak rela UMNO dihina oleh sesiapa sahaja. Kalau nak buat, buat cara baik, jangan perkecil dan pertikai akidah kita, jangan kata kita luaran saja dalam tidak, sebab ini akan menimbulkan kekalutan dalam masyarakat, yang penting kita buat dengan baik”(sila klik)

Apa beda antara israel dengan UMNO?

Wahid Endut dalam satu sidang DUN pernah menyebut;

”Yahudi dia rampai tanah orang palestine, tapi dia bina untuk penempatan untuk yahudi palestine. Ini (UMNO) rampas rakyat sendiri, roboh rumah rakyat sendiri. Itu lebih teruk dari yahudi”



Fikir-fikirkanlah !!!

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
10 september 2009 * 6:14 petang

SOKONG DIALOG CADANGAN PEMUDA PAS

SOKONG DIALOG CADANGAN PEMUDA PAS

Hari ini, Malaysiakini melaporkan;

“PAS bercadang mengadakan perbincangan dengan gabungan NGO wanita mengenai pelbagai isu agama dan gender, termasuk kontroversi hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno” (sila klik)

KOMEN:

Sejak pemimpinan Tantawi, banyak perkara yang aku tidak bersetuju dengan pemuda PAS pusat. Pun begitu, Cadangan nak berdialog dengan gabungan NGO wanita tentang isu agama, terutama dengan SIS amat disokong. Tindakan pemuda PAS pusat kali ini, aku amat sokong, bukan seratus peratus, malah lebih dari seratus peratus.

Tetapi, jika bertindak nak bantah dengan demonstrasi sahaja, dirasakan tindakan itu amat tidak kena, malah membimbangkan melahirkan mudharat dakwah yang lebih besar. Justeru, tindakan berdialog amat penting, kerana Islam adalah agama hujjah.

Firman Allah;

قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

Maksudnya;
“Katakanlah, datangkan hujjah-hujjah kamu, jika kamu orang yang benar”

(Surah Al-Baqarah : 111)

Dicadangkan juga, selepas ini berdialog ini tidak sekadar berlaku dengan NGO wanita sahaja, malah diadakan dialog juga dengan artis-artis, pesatuan anak-anak muda dan sebagainya.

Mudah-mudahan dengan hasil dialog itu, akan melahirkan kefahaman mereka terhadap Islam, seterusnya mereka menerima Islam sebagai cara hidup yang paling baik.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
10 september 2009 * 5:31 petang

LUPUTKAN UMNO, DAKWAH DAP


LUPUTKAN UMNO, DAKWAH DAP

Orang UMNO marah bila PAS berkeras tidak mahu berkawan dengan UMNO. Pada mereka, berkawan dengan UMNO bermakna mempertahanakan islam dan melayu.

Teori bangsat bangat ini kedengaran dikala UMNO nak lingkup. Kalau UMNO kuat, sampai kiamat pun ucapan sebegini tidak akan terkeluar. Malah, kita akan dapat melihat UMNO yang sering membangsatkan Islam.

Apakah UMNO sudah lupa, pimpinan mereka adalah orang yang paling kuat mencela Islam. Lupakah orang UMNO kenyatan yang berbunyi ”nak makan sup tangan pergi ke kelantan sebab laksanakan hudud”, ”nabi SAW berjanggut sebab tak ada pisau cukur”, ”kalau hudud dilaksanakan, nanti tak ada batu nak buat jalan raya” dan banyak lagi.

Non Muslim ketika itu, tidak mengambil tahu sangat tentang islam dan orang islam. Pun begitu, mereka sentiasa mendengar kutukan terhadap Islam yang dilancarkan oleh orang yang mendakwa beragama Islam dari parti UMNO – laknatullah alaihim ajmain - .

Kalau kita orang Islam mendengar kutukan terhadap kristian yang dilakukan oleh orang krisitian, tidak hairanlah selepas ini kita sendiri akan kutuk Kristian secara terbuka. Keadaan yang sama juga berlaku terhadap orang bukan Islam terhadap Islam.

Lebih-lebih lagi, orang bukan Islam sering diberi gambaran buruk tentang islam oleh UMNO. UMNO sering menggambarkan Islam adalah agama ”potong”. Kalau masuk islam, banyak perkara yang kena potong. Itulah gambaran Islam yang sering UMNO berikan.

Apabila keadaan ini berlaku, tidak hairanlah non Muslim semakin hari semakin lari dari Islam; semakin hari semakin menjauhkan diri dari Islam.

Lebih parah lagi, apabila Islam itu disulamkan dengan semangat kebangsaan melayu yang mengarut. Di Malaysia, melayu disinonimkan dengan Islam, India disinonimkan dengan hindu dan Cina disinonimkan dengan Budha. Walhal, pensinoniman tersebut bercanggah dengan konsep Islam yang merupakan agama ’rahmatan li al-alamin’ – memberi kerahmatan sekelian alam.

Apabila Islam dikaitkan dengan melayu sahaja, menyebabkan ada sebilangan melayu akan menanam doktrin kepada anak-anak mereka, bahawa cina dan india perlu dihaprakkan. Pendoktrinan cara ini merupakan satu penyelewengan terhadap Islam itu sendiri - ajaran sesat -

Islam cara Nabi SAW, tidak dibataskan kepada bangsa arab sahaja, malah menjangkaui sehingga kepada ’ajam. Bilal bin rabah, Suhail Ar-Rumi, Salman Al-Farisi dan banyak lagi sahabat-sahabat nabi SAW yang hebat menjangkaui sahabat-sahabat nabi SAW yang berbangsa arab yang lain, waimma mereka bukan dari bangsa arab.

Bermakna, pendokrinan Islam yang diajar oleh Nabi, islam adalah hak semua kaum, bangsa dan kabilah. Justeru, pendoktrian Islam hak melayu sahaja merupakan pemikiran sial yang wajib diserang habis-habisan.

Inilah pemikiran melayu UMNO, dan sebilangan pemikiran ahli-ahli PAS yang jumud. Islam yang mereka nampak, tidak lagi universal, malah dijumudkan oleh mereka dengan batasan bangsa.

Justeru, tidak hairan mereka akan menyerang sebarang tindakan yang melibatkan kaum selain melayu dengan alasan jaga Islam dan melayu. walhal, terang-terangan kita dapat melihat orang melayu yang beragama islam menyerang Islam, sepertimana yang dilakukan oleh UMNO – laknatillah alaihim ajmain-.

NON MUSLIM

Perjuangan kita adalah Islam. kita mahu jadikan islam agama memerintah. kita menyatakan, Islam memerintah akan membawa keamanan dan keselamatan.

Sedihnya, Islam yang dianut oleh orang Islam ini sekadar menjadi anutan mereka, tanpa difikirkan untuk didedahkan kepada mereka yang tidak beragama Islam.

Justeru, tidak hairanlah kita akan mendengar ayat-ayat permusuhan yang dilancarkan terhadap bangsa lain, malah terhadap mereka yang tidak beragama Islam.

Walhal, Islam yang dipegang ini sekali-kali tidak boleh dijumudkan menjadi hak melayu sahaja, atau hak orang PAS sahaja, malah islam itu hendaklah dijadikan sebagai pegangan hidup sesiapa sahaja, samaada mereka itu bernama DAP, UMNO, PKR, atau apa-apa jenis organisasi atau bangsa pun.

Bagi menjadikan mereka sebagai islam, perlu ada dakwah yang berkesan untuk menjadikan mereka sebagai Islam. kita wajib berfikir, untuk mengislamkan DAP; mengislamkan UMNO; mengislamkan PKR, mengislamkan MIC, MCA dan seterusnya.

Cumanya, cara mengislamkan mereka memerlukan kebijaksanaan. Ekoran itu, perlu difikirkan kaedah dakwah yang berkesan; yang melahirkan maslahat yang lebih besar terhadap islam, disamping membuang mudharat.

Tindakan mahu bergabung dengan UMNO, akan melahirkan mudharat dakwah yang amat besar. Ini kerana, kebencian rakyat terhadap UMNO semakin hari semakin nyata. Orang cina dan orang India, sudah sepakat menyatakan penolakan mereka terhadap UMNO. Makanya, apabila PAS mengambil sikap mahu berbincang, atau bergabung dan apa-apa tindakan yang melibatkan UMNO, akan melahirkan kesangsian pihak non Muslim terhadap Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Apabila keadaan ini berlaku, usaha membina negara Islam yang berbilang kaum agak mustahil akan berlaku.

Bermakna, sebarang tindakan yang melahirkan kesangsian non Muslim terhadap PAS perlu dijaga. Perkara yang berkaitan dengan UMNO, PAS jangan mudah menyambut, tetapi bertindak tangkas menghilangkan keraguan non Muslim terhadap PAS.

UMNO memang berfikir untuk melahirkan keraguan non Muslim terhadap PAS. Pada mereka, apabila non Muslim, cina dan india sudah menerima PAS, bermakna itu merupakan bermulanya sejarah hitam bagi UMNO.

DAKWAH ORANG UMNO

Kita tidak sewajarnya berfikir untuk mengislamkan DAP sahaja, malah berfikir mengIslamkan UMNO juga wajib difikirkan. Pun begitu, pendekatan terhadap UMNO, tidak boleh disamakan dengan pendekatan dengan DAP.

DAP adalah orang bukan Islam yang jahil tentang Islam. apabila mereka jahil, tindakan yang paling berkesan adalah berdialog; memberi kefahaman kepada mereka tentang Islam.

Jika mereka faham islam, tidak mustahil mereka akan menerima Islam, ataupun mereka akan menjadikan Islam sebagai agama pegangan hidup mereka.

Adapun UMNO, mereka adalah parti orang melayu yang mendakwa beragama islam. malah, mereka mempunyai ulama-ulama yang memakai serban dan jubah, juga boleh membaca kitab-kitab arab yang muktabar.

Justeru, berhadapan dengan UMNO, tidak boleh sekadar berdialog, tetapi hendaklah difikirkan cara untuk meluputkan fahaman melayu yang diperjuangkan oleh UMNO.

Kewujudan UMNO dalam keadaan wujudnya ulama-ulama mereka, sudah 60 tahun lebih. Pun begitu, mereka tetap kekal dengan pemikiran asobiyyah mereka. Jika ini berlaku, kita akan faham, UMNO menolak islam bukan kerana kejahilan mereka, tetapi kedegilan mereka.

DAP tolak Islam kerana KEJAHILAN mereka terhadap Islam. adapun UMNO menolak Islam kerana KEDEGILAN mereka.

Orang yang jahil, perlu diberi kefahaman. Adapun orang yang degil, tidak cukup memberi kefahaman, tetapi hendaklah diberi seksaan terhadap mereka.

Justeru, pendekatan yang paling baik adalah, perlu berusaha untuk meluputkan parti UMNO. adapun ahli-ahli UMNO, perlu diajak dan diseru agar tukar parti, daripada parti Kebangsaan kepada parti islam.

Jika itu juga agak susah hendak dilakukan, mendesak agar UMNO tukar dasar merupakan tindakan yang penting. Apabila UMNO sudah tukar dasar mereka dari kebangsaan kepada Islam, ketika itu pertembungan UMNO-PAS tidak relevan berlaku lagi.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan dari kandungan artikle ini adalah;

Pertama : Tidak perlu meletakkan sayang kita kepada bangsa, seperti sayangkan melayu. tetapi yang paling penting, letak sayang kita kepada Islam.

Kedua : Jangan difikirkan Islam itu hanya milik kita sahaja, malah ia adalah milik semua, hatta terhadap DAP sekalipun.

Ketiga : perkara yang berkait dengan UMNO, perlu berhati-hati. Kerana ia boleh melahirkan kerugian dakwah Islamiyyah. Iaitu, akan melahirkan kesangsian cina dan India terhadap PAS yang berbetulan perjuangkan islam.

Keempat : UMNO perlu diusahakan agar terluput. Jika tidak mampu, sudah dikira berjaya jika kita menjadikan UMNO tukar dasar, daripada kebangsaan kepada Islam.

Kelima : Ahli UMNO perlu diajak kepada Islam. seru mereka tinggalkan semangat nasionalis asobiyyah jahiliyyah, dan mengajak mereka kepada Islam yang syumul. Jika mereka terima Islam, sudah pasti mereka akan masuk PAS, meninggalkan UMNO.

Keenam : Dengan DAP, perlu ada pendekatan yang lebih berkesan dalam memahamkan mereka dengan Islam. tidak semestinya suruh mereka masuk Islam, malah sudah cukup berjaya jika mereka mengatakan islam adalah agama yang adil.

Mudah-mudahan kita berjaya melihat Islam terlaksana di Malaysia sebelum kita memejamkan mata buat kali terakhir di dunia yang fana’ ini.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
10 september 2009 * 5:01 petang


Rabu, 9 September 2009

NAJIB BUKAN MUAWIYYAH!!

NAJIB BUKAN MUAWIYYAH!!

Kenyataan berbunyi, “UMNO perlu ikhlas” memualkan tengkok. Tidak perlu menuntut UMNO – laknatullah alaihim ajmain – ikhlas, selagi mereka masih lagi kekal dengan dasar kebangsaan Nasionalis melayu yang mengarut.

Mendesak agar UMNO ikhlas, samalah seperti mendesak agar matahari jatuh ke riba. Matahari pun tidak sampai ke riba, air liur yang mendesak pun kering.

Yang perlu didesak sekarang ini adalah, minta UMNO tukar dasar; daripada kezaliman kepada keadilan, daripada nasionalis kepada Islam. Mana mungkin kita boleh percaya dengan UMNO, selagi UMNO masih kekal dengan dasarnya yang mengarut.

Kita menentang UMNO kerana UMNO mengekalkan dasar penjajah. Justeru, kita akan percaya dengan UMNO, apabila UMNO sudah tinggalkan dasar penjajah, lantaran merujuk Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan hidup berparti.

Konsep berdamai dengan UMNO tidak akan wujud selagi UMNO kekal dengan dasar penjajah. Jika UMNO mahu berdamai, UMNO wajib gadaikan prinsipnya dengan buang dasar kebangsaan, dan gantikan dengan Islam.

Tidak ada sebab UMNO tidak mahu tukar dasar daripada kebangsaan kepada Islam, kerana ahli-ahlinya ramai mengaku beragama Islam. tetapi, jika mereka masih lagi kekal dengan prinsip tidak mahu tukar dasar kepada Islam, menunjukkan sebarang tindakan mereka mengandungi seribu satu keraguan.

lainlah kalau kita mahu berdamai dikala bertembung dalam perkara ijtihadiyyah. Itu tidak mengapa, malah dituntut oleh islam seperti termaktub dalam Al-Quran.

Saidina Ali mengambil sikap mahu berdamai dengan Muawiyyah, disebabkan perbedaan antara mereka berdua bukan perkara prinsip, tetapi dalam perkara ijtihadiyyah.

Adapun PAS dengan UMNO, pertembungan ini bukan melibatkan perkara ijtihadiyyah, tetapi ini adalah soal prinsip dasar perjuangan yang berbeda. UMNO kekal dengan dasar kekufuran, kezaliman dll, adapun PAS dengan dasar Islamnya.

Mana mungkin kezaliman dan keadilan mampu berdamai.

Inilah yang difahami dari maksud firman Allah SWT;

وَإِنْ طَائِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا

Maksudnya;
”sekiraya dua puak daripada kalangan orang beriman berperang, maka buat baiklah diantara kedua-duanya”

(Surah Al-Hujurat : 9)

Ayat ini dengan jelas menyebut, pertembungan yang disuruh dilakukan islah adalah, apabila bertembung antara dua pihak yang masih lagi dikira sebagai mukmin; dasar dua parti yang merujuk kepada Islam. adapun UMNO dan PAS, dasar partinya berbeda.

Tak tahu la pula, kalau ada sebilangan orang PAS sudah menganggap Najib Tun Razak sudah jadi seperti Muawiyyah?? Kalau macam tu, tak peliklah kalau terima perdamaian yang dianjurkan oleh najib.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
9 september 2009 * 5:18 petang

Selasa, 8 September 2009

APAHAL PULA SI TONTOWI NI??

APAHAL PULA SI TONTOWI NI??

Mstar melaporkan;

“Bagi Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi, beliau menyambut baik hasrat berkenaan namun berharap Umno benar-benar ikhlas tanpa mempunyai maksud yang terselindung” (sila Klik)

KOMEN:

Tak pasal-pasal tantawi pula sambut kenyataan Najib. Kenyataan najib itu nak perangkap. Kalau sambut, maknanya, Najib akan berjaya la.

Tak payah la guna ayat tergantung-gantung. Nanti mudah dispekulasikan oleh musuh. Apabila musuh dah spekulasi, nanti rakyat akan termakan. Tak banyak, sikit pun akan kena. Semua ini boleh jadi haru birukan pengundi dalam PRU kecil di Bagan pinang.

Ini bukan medan ”wacana ilmu”, tapi ini adalah “peperangan media”. Sekali lagi, PEPERANGAN MEDIA.

Kalau nak wacana ilmu, pergi kat DBP ke, pepustakaan negara ke, majlis peguam ke, dll.

Kalau kau buat kenyataan macam ni, seakan-akan kau dah nak bagi peluru kat musuh.

Nampaknya, Salahuddin Ayubi lebih bijak buat kenyataan dalam isu ini.

Apa raa punya Tantawi???..

Lebih 50 tahun dah kena tipu, takkan hari ini kau nak minta UMNO ikhlas kot???

Harapannya, jangan ada lagi pimpinan PAS buat kenyataan macam tantawi lagi. nanti burukkan suasana.

Bila najib pukul gendang, janganlah ada yang menari. Tetapi, buat kenyataan macam Salahuddin Ayubi. Dia lawan paluan gendang Najib.

Sekian

p/s : cadangan kat tantawi. Pergi kedai Gerak Budaya kat PJ. Cari kat sana sebuah buku bertajuk “marketing politik” karangan Firmanzah.

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com






- Sri Indah (B), Sg Buloh
8 september 2009 * 7:06 petang




APA TUJUAN NAJIB AJAK PAS BERGABUNG?


APA TUJUAN NAJIB AJAK PAS BERGABUNG?

Utusan hari ini melaporkan berita bahawa Najib sekali lagi mengeluarkan kenyataan untuk mempelawa PAS untuk bergabung atas alasan bangsa dan agama. Tidak diketahui, apa motif dan tujuan disebalik pelawaan tersebut.

Dikala orang sudah diam dan hampir lupa dengan sejarah hitam “kerajaan perpaduan” yang melahirkan pertembungan dalaman PAS sehingga menyebabkan pilihanraya kecil Manik urai melahirkan keputusan yang menyedihkan, tiba-tiba utusan Malaysia hari ini melaporkan berita dari Najib yang masih lagi berbicara tentang pelawaan terhadap PAS untuk bergabung dengan UMNO.

Justeru, “paluan gendang” pelawaan ini bukanlah sesuatu kosong, malah mempunyai seribu satu muslihat. Antara muslihat-muslihatnya, berkemungkinan seperti berikut;

Pertama: UMNO sudah terlalu terdesak, sehingga tidak terdaya lagi berhadapan dengan Pakatan Rakyat, melainkan terpaksa mencari pengaruh tambahan dari kalangan pengundi Melayu, iaitu dari PAS.

Apabila PAS bersedia bersama dengan UMNO, ketika itu UMNO akan membina kekuatannya balik, seterusnya Najib akan ditabalkan sebagai seorang tokoh politik UMNO yang hebat, kerana berjaya mengukuhkan balik kekuatan UMNO ketika berada dalam keadaan yang terlalu lemah.

Kedua: UMNO dapat lihat perbedaan ketara pada keputusan dua pilihanraya kecil yang melibatkan PAS; iaitu di Manik Urai dan di Permatang pasir.

Dalam pilihanraya kecil Manik Urai, PAS menang dengan majority yang terlalu kecil, walhal Manik Urai boleh dikatakan sebagai lubuk PAS di Kelantan. Adapun di Permatang Pasir, PAS berjaya menarik pengaruh yang besar untuk mencapai kemenangan dengan mendapat majority yang agak tinggi.

Berdasarkan pengamatan rawang-rawangan, disimpulkan kemenangan dengan majority yang terlalu kecil di Manik urai adalah bersebabkan krisis dalaman PAS ketika itu, iaitu dikala berbicara tentang kerajaan perpaduan.

Ia juga ada kaitan rapat dengan strategi Najib, iaitu beliau terang-terangan menyebut mahu berjumpa dengan PAS, lalu disambut oleh salah seorang pimpinan tertinggi PAS, kemudiannya pimpinan PAS tersebut dihentam keras oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Pertembungan ini berlanjutan sehingga berlaku PRU kecil di Manik Urai, dan seterusnya PAS menang, tetapi dengan majority yang amat menyedihkan.

Justeru, kemungkinan kenyataan Najib yang termaktub dalam Utusan Malaysia pada hari ini, mempunyai ”udang di sebalik baru”, terutama ketika sedang berhadapan dengan Pilihanraya kecil di Bagan Pinang.

Tidak dinafikan, memang UMNO/BN mendapat majority yang agak tinggi di DUN Bagan Pinang dalam pilihanraya umum, tetapi memandangkan aura Pakatan Rakyat yang lebih kehadapan berbanding UMNO/BN, mereka sedang kebimbangan jika PAS berjaya merampas kerusi tersebut.

Kejayaan PAS merampas kerusi tersebut menandakan bahawa UMNO semakin hari semakin ditolak oleh rakyat, terutama di negeri yang boleh dikatakan agak kuat ke-UMNO-annya. Apabila keadaan ini berlaku, sudah pasti ia merupakan satu tamparan dan pelempangan yang paling hebat tersambar ke muka Najib.

Justeru, bagi mengalahkan PAS, strategi pecah belahkan kesatuan PAS dengan menggunakan teori “ajak bergabung” diguna pakai, sepertimana kejayaan UMNO mengurangkan bilangan majority kemenangan PAS di Manik Urai.

Makanya, janganlah sekali-kali dari kalangan Pimpinan PAS termakan umpanan Najib yang mahu menggunakan seribu satu strategi bagi mengalahkan PAS dalam Pilihanraya kecil di DUN Bagan Pinang ini.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- sri Indah (B), sg Buloh
8 september 2009 * 5:13 petang







MAKI UMNO DAPAT PAHALA?

antara dua zionis di dunia


MAKI UMNO DAPAT PAHALA?

Dalam pengajian ilmu Hadis, akan ketemu satu ilmu yang bernama Ilmu Jarh wa Ta’dil atau terjemahan melayunya dikenali sebagai ilmu “menerangkan kecacatan perawi (maki) dan meninjau adil perawi (Puji)”.

Ilmu ini sebenarnya sebahagian dari ilmu “rijal Al-Hadis” yang lebih membicarakan berkenaan sejarah hidup para perawi hadis-hadis nabi SAW.

Ilmu ini adalah antara ilmu yang penting dipelajari. Ianya bertujuan untuk memastikan sesuatu hadis itu tidak dicemari oleh unsure-unsur yang merosakan disamping dapat memastikan sesuatu hadis itu palsu atau tidak.

Ilmu ini diasaskan kepada firman Allah;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Maksudnya;
“Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan”

(Surah Al-Hujurat : 6)

ILMU MENGUMPAT ?

jika diperhatikan kepada ilmu ini, seakan-akan kelihatan bahawa ilmu ini mempunyai unsure-unsur mengumpat, sedangkan mengumpat merupakan antara amalan-amalan yang diharamkan oleh Allah SWT.

Firman Allah;

وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ

Maksudnya;
“dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya”

(Surah Al-Hujurat : 12)

Walaubagaimanapun, tidak semua mengumpat itu diharamkan oleh Allah, bahkan dalam beberapa keadaan, mengumpat itu diizinkan, seperti melakukan umpatan oleh isteri yang didera suaminya di hadapan Qadhi dan sebagainya.

Begitujuga, pernah berlaku di zaman nabi tentang satu umpatan yang telah dilakukan oleh sebilangan sahabat dihadapan nabi SAW, yang ianya menjadi dalil bahawa, tidak semua umpat itu diharamkan oleh Allah. bahkan disana ada beberapa bentuk umpat yang diizinkan oleh Allah berdasarkan kepada sebab-sebab tertentu.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh imam Al-Bukhari dan Muslim, bahawa hadis ini daripada Aisyah R.Ha, sesungguhnya Hindun bin Utbah berkata;

يا رَسُولَ اللَّهِ
إِنَّ أَبَا سُفْيَانَ رَجُلٌ شَحِيحٌ وَلَيْسَ يُعْطِينِي ما يَكْفِينِي وَوَلَدِي إلا ما أَخَذْتُ منه وهو لَا يَعْلَمُ فقال خُذِي ما يَكْفِيكِ وَوَلَدَكِ بِالْمَعْرُوفِ

Maksudnya;
“Wahai Rasulullah SAW, Sesungguhnya Abu Sufyan merupakan seorang lelaki yang kedekut. Dia tidak memberi kepadaku belanja yang memadai bagiku dan anakku melainkan dengan cara aku mengambil darinya dalam keadaan dia tidak mengetahui. Lalu bersabda Nabi SAW; ambillah kadar yang memadai untuk dirimu dan anakmu dengan makruf
[1]

Menurut Imam An-Nawawi, hadis ini menjadi dalil bahawa dibenarkan menceritakan perkara yang dibenci oleh seseorang (mengumpat) dengan tujuan untuk mendapatkan fatwa dan sebagainya
[2].

Imam An-Nawawi juga menyatakan, dari hadis ini menandakan bahawa harus mengumpat dengan menyebut nama individu yang bermasalah dalam tujuan untuk mendapatkan fatwa
[3].

Maka dengan ulasan ini menyebabkan lahirlah ramai tokoh-tokoh ulama hadis yang melakukan amalan “mengumpat” terhadap sebilangan perawi-perawi hadis dengan tujuan untuk menyelamatkan kandungan hadis dari dimasuki unsure-unsur kerosakan disamping untuk memastikan sesuatu hadis itu palsu atau tidak.

Antara misalnya adalah seperti yang telah dilakukan oleh Imam Ibnu hazm Az-Zahiri yang telah mengumpat terhadap Abdul Malik bin Al-Walid bin Ma’dan dalam memastikan kandungan surat yang di tulis oleh Omar bin Al-Khattab terhadap Abu Musa Al-‘Asyari
[4].

Begitujuga, Abdul Malik bin Al-Walid bin Ma’dan juga diumpat oleh Abu Hatim yang berkata, “Abdul Malik adalah orang yang lemah dalam meriwayatkan hadis”, juga diumpat oleh Ibnu Hibban yang berkata, “Abdul Malik adalah orang yang suka membolak balik sanad dan riwayatnya tidak boleh dijadikan hujjah
[5]” dan banyak lagi.

Pun begitu, jika diperhatikan kepada ulama-ulama yang lain pula, ada sebilangan mereka memuji riwayat Abdul Malik bin Al-Walid, disamping dia diburukkan oleh sebilangan ulama yang lain.

Antara ulama yang memuji riwayatnya adalah seperti Ibnu Al-Qayyim didalam kitabnya “A’lam Al-Muwaqiin
[6]”, dan juga Abdul Malik bin Habib yang merupakan pakar fiqh di Andalusia disamping mahir dalam bidang sejarah dan sastera yang bermazhab maliki dan sebagainya[7].

UMNO/BN BOLEH DI MAKI?

Jika umpatan diizinkan oleh syarak dengan tujuan-tujuan yang diizinkan seperti ingin menyelamatkan agama ini dari tercemar dengan unsure-unsur yang merosakan, maka UMNO/BN merupakan badan yang sangat perlu diumpat dan dimaki bagi memastikan agama Islam di Negara ini terselamat dari dicabuli pihak golongan musuh-musuh islam, disamping menyedarkan rakyat tentang penipuan dan penyelewengan yang telah dilakukan oleh pemerintahan UMNO/BN.

Seperti yang diketahui, UMNO/BN merupakan pakatan politik yang telah memerintah Negara ini semenjak merdeka lagi, tetapi dengan pemerintahan itulah dapat dilihat, betapa Islam dinegara ini dilihat dengan rupa yang hodoh sekali, disamping kezaliman terhadap rakyat yang tidak berdosa telah dilakukan oleh mereka.

Jika ada ulama yang mengutuk dan memaki dengan menggunakan kalimah “dajjal” kepada sebilangan perawi-perawi hadis yang berbohong dalam meriwayatkan hadis, maka kalimah “dajjal” juga layak diberikan kepada UMNO/BN yang sering melakukan pembohongan terhadap rakyat Negara ini.

PENUTUP

Dari hasil tulisan ringkas ini didapati bahawa, UMNO/BN layak dikutuk dan di umpat disamping menjelaskan penyelewengan yang telah dilakukan oleh mereka. Kelayakan untuk diumpat ini bertambahan lagi disebabkan UMNO/BN merupakan organisasi yang sering memberi ruang kepada sesiapa sahaja untuk memberi gambaran buruk terhadap Islam.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
8 september 2009 * 3:49 petang



[1] Sahih Al-Bukhari : 5/2052. hadis no : 5049. sahih Muslim : 3/1338 : hadis no : 1714.
[2] Syarh An-Nawawi ‘Ala Sahih Muslim : 12/7.
[3] Syah An-Nawawi ‘Ala Sahih Muslim : 12/142.
[4] Manhaj Omar Omar bin Al-Khattab fi At-Tasyri’ : m/s 40.
[5] Manhaj Omar Omar bin Al-Khattab fi At-Tasyri’ : m/s 44.
[6] A’lam Al-Muwaqiin : 1/100.
[7] Manhaj Omar Omar bin Al-Khattab fi At-Tasyri’ : m/s 45.

Isnin, 7 September 2009

APABILA ABDULLAH BIN UBAI BUAT MASJID!!

kalau Abdullah bin Ubai masih hidup, mungkin inilah lambang parti pilihan hatinya
(United Munafiqin Nasional Organisation/Untuk Manusia No Otak)
APABILA ABDULLAH BIN UBAI BUAT MASJID!!

Abdullah bin Ubai bin Salul adalah bapa munafiqin pada zaman Nabi SAW. Demi mempengaruhi para sahabat, kononnya dia juga memperjuangkan islam, Abdullah bin Ubai membina sebuah masjid.

Pun begitu, masjid itu disuruh runtuh oleh Allah SWT, kerana pembinaannya bukan berasaskan kepada taqwa, tetapi politik murahan Abdullah bin Ubai untuk menarik pengaruh.

Kisah itu digambarkan dalam firman Allah;

وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مَسْجِدًا ضِرَارًا وَكُفْرًا وَتَفْرِيقًا بَيْنَ الْمُؤْمِنِينَ وَإِرْصَادًا لِمَنْ حَارَبَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ مِنْ قَبْلُ وَلَيَحْلِفُنَّ إِنْ أَرَدْنَا إِلَّا الْحُسْنَى وَاللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ * لَا تَقُمْ فِيهِ أَبَدًا لَمَسْجِدٌ أُسِّسَ عَلَى التَّقْوَى مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ أَحَقُّ أَنْ تَقُومَ فِيهِ فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَنْ يَتَطَهَّرُوا وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ * أَفَمَنْ أَسَّسَ بُنْيَانَهُ عَلَى تَقْوَى مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٍ خَيْرٌ أَمْ مَنْ أَسَّسَ بُنْيَانَهُ عَلَى شَفَا جُرُفٍ هَارٍ فَانْهَارَ بِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ * أَفَمَنْ أَسَّسَ بُنْيَانَهُ عَلَى تَقْوَى مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٍ خَيْرٌ أَمْ مَنْ أَسَّسَ بُنْيَانَهُ عَلَى شَفَا جُرُفٍ هَارٍ فَانْهَارَ بِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

Maksudnya;
“Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudharatan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka Sesungguhnya bersumpah: "Kami tidak menghendaki selain kebaikan." Dan Allah menjadi saksi bahwa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya) * Janganlah kamu bersembahyang dalam mesjid itu selama-lamanya. Sesungguh- nya mesjid yang didirikan atas dasar taqwa (mesjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu sholat di dalamnya. Di dalamnya mesjid itu ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih * Maka apakah orang-orang yang mendirikan mesjidnya di atas dasar taqwa kepada Allah dan keridhaan-(Nya) itu yang baik, ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahannam. Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang- orang yang zalim. * Maka apakah orang-orang yang mendirikan mesjidnya di atas dasar taqwa kepada Allah dan keridhaan-(Nya) itu yang baik, ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahannam. Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang- orang yang zalim”

(Surah At-Taubah : 107-110)

Nampaknya, benar dakwaan sesetengah pihak bahawa sejarah berulang kembali. Skripnya sama, pentas sahaja berbeda. Ini kerana, jika di zaman Abdullah bin Ubai, dia sanggup membina masjid untuk menampakkan bahawa dia seperti beriman. Pada hari ini, presiden United Munafiqin Nasional Organisation (UMNO) menyebut seperti berikut;

“Memang benar sejak dahulu lagi apa yang kita lakukan ini selaras dengan tuntutan agama sebab peristiwa yang amat besar apabila mencapai kemerdekaan ialah menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan

“Memang benar sejak dahulu lagi apa yang kita lakukan ini selaras dengan tuntutan agama sebab peristiwa yang amat besar apabila mencapai kemerdekaan ialah menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan

Setiap institusi Islam yang besar, jasa siapa, jasa UMNO. Lihat sistem persekolahan Islam, Tabung Haji, sistem mahkamah syariah, undang-undang keluarga, jasa siapa. Inilah jasa UMNO untuk membangunkan umat Islam negara ini,”
(sila klik)

Apakah ini sudah cukup untuk dia mendakwa bahawa UMNO adalah parti beriman?? Abdullah bin Ubai buat kerja lama dahhhh…


Sekian

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
8 september 2009 * 4:15 pagi

AURATKAH SUARA PEREMPUAN?

AURATKAH SUARA PEREMPUAN?

Ada sebilangan manusia mendakwa bahawa suara perempuan dikira sebagai aurat. Mereka menyandarkan kenyataan mereka kepada nas-nas Islam juga. Antaranya adalah, satu hadis bahawa Nabi SAW bersabda;

مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنْ النِّسَاءِ

Maksudnya;
“Tidak aku tinggalkan selepasku fitnah yang lebih mudharat terhadap orang lelaki daripada perempuan
[1]

Hadis ini dijadikan hujjah oleh mereka untuk mengkuatkan pendapat mereka yang menyebut bahawa suara perempuan adalah aurat. Pada mereka, semua suara wanita itu akan membawa kepada fitnah.

Pendapat sebegini pada hakikatnya melahirkan kekeliruan, malah mengandungi unsur penghinaan terhadap perempuan, sedangkan islam merupakan agama yang amat memuliakan perempuan.

Sebab itu, jika kita mendalami Al-Quran, kita akan dapati bahawa permulaan pemberatan hukum tidak diberikan kepada Adam seorang diri, ketika dibumi, malah pemberatan hukum itu berlaku setelah Adam ditemani oleh hawa.

Firman Allah;

وَقُلْنَا يَا آَدَمُ اسْكُنْ أَنْتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ وَكُلَا مِنْهَا رَغَدًا حَيْثُ شِئْتُمَا وَلَا تَقْرَبَا هَذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ

Maksudnya;
”Kami berkata, ”wahai Adam, tinggallah kamu dan isteri kamu di dalam syurga. Makanlah kamu berdua daripada apa yang kamu mahu. dan jangan kamu berdua hampiri pokok ini, nescaya kamu berdua daripada kalangan orang-orang yang zalim”

(Surah Al-Baqarah : 35)

Dari ayat ini, kita akan dapat lihat bahawa larangan Allah terhadap adam agar jangan hampiri pokok dalam syurga itu bukan larangan terhadap adam sahaja, malah terhadap isterinya juga, iaitu hawa.

Padahal, sebelum hawa diciptakan lagi, Adam tidak pernah diberikan sebarang arahan pun, sama ada berbentuk suruhan ataupun berbentuk larangan.

Justeru, ini membuktikan kepada kita bahawa nas Islam, iaitu Al-Quran sendiri menyatakan bahawa perempuan bukanlah satu kalangan manusia yang boleh dipandang rendah, malah mereka wajib dipandang dengan pandangan yang mulia.

SUARA PEREMPUAN

Dakwaan mengatakan suara perempuan adalah aurat merupakan satu dakwaan yang tidak benar. Ini kerana, jika kita perhatikan kepada nas-nas Islam, kita akan dapati banyak kejadian yang memberi dalil bahawa suara perempuan tidak aurat.

Bukankah Allah SWT ada berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 53;

وَإِذَا سَأَلْتُمُوهُنَّ مَتَاعًا فَاسْأَلُوهُنَّ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ

Maksudnya;
“apabila kamu meminta sesuatu perkara daripada mereka (isteri-isteri nabi), maka mintalah daripada belakang hijab”

(Surah Al-Ahzab : 53)

Ayat ini membuktikan bahawa suara perempuan tidak dikira sebagai aurat. Jika ia dianggap sebagai aurat, masakan dalam ayat ini Allah SWT menyuruh para sahabat meminta sesuatu perkara itu daripada isteri-isteri Nabi. Apabila meminta, sudah pasti mengharapkan jawapan balas. Justeru, jawapan balas itu sudah pasti berkaitan dengan suara.

Keadaan ini juga dapat dilihat kepada banyak hadis-hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh perempuan, seperti banyak hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah, Ummu Salamah dan banyak lagi.

Begitujuga, di zaman para sahabat terdapat banyak kisah yang menggambarkan suara perempuan tidak dikira sebagai aurat. Antaranya adalah, teguran seorang muslimat terhadap Omar yang ketika sedang menyampaikan satu ucapan di atas mimbar. Teguran perempuan yang kedengaran oleh mereka yang hadir dalam majlis ucapan Omar itu tidak diingkarkan atau dibantah oleh Omar, malah sahabat-sahabat nabi yang lain. justeru, ini membuktikan suara perempuan bukanlah aurat seperti dakwaan sesetengah pihak.

JANGAN MENGIURKAN

Walaupun nyata suara perempuan bukan dikira sebagai aurat, tetapi ia bukan bermaksud seseorang perempuan itu boleh bercakap dengan mana-mana lelaki pun dalam semua bentuk bunyian suara.

Justeru, dibimbangi wujud sebilangan lelaki yang mempunyai nafsu syahwat yang luar biasa, ataupun mempunyai penyakit hati yang agak susah untuk diubatkan, maka dilarang sama sekali terhadap perempuan bercakap dengan mana-mana lelaki ajnabi dengan mengalunkan suara yang mengiurkan.

Suara yang hendak digunakan ketika berbicara dengan lelaki ajnabi hendaklah berbentuk agak garau, sekira-kira tidak melahirkan ngiur para lelaki apabila mendengarnya. Jikalau dia sengaja menggunakan alunan suara yang boleh mengiurkan, tindakannya itu merupakan dosa. Dosa tersebut, bukan kerana suara itu dikira sebagai aurat, tetapi disebabkan tindakanya yang sengaja menggunakan alunan suara yang boleh menaikan syahwat lelaki dan sebagainya.

Sekian

p/s : artikle ini adalah ulasan dan olahan dari kitab Fatawa Maasarah karangan Dr Yusuf Al-Qaradhawi jilid kedua.

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
8 september 2009 * 2:48 pagi



[1] Al-Bukhari : 4706.

DENGAN ISLAM, ANDA SIHAT.

Dengan Islam, anda sihat.

APAKAH SUAMI ADA KUASA MUTLAK?

APAKAH SUAMI ADA KUASA MUTLAK?

Apabila seseorang lelaki berkahwin dengan seorang perempuan, maka perempuan tersebut sudah berada dibawah tanggungannya. Perempuan yang merupakan isterinya itu pula, hendaklah meletakkan ketaatan terhadap suaminya melebih dari ibu dan bapanya.

Dalam hadis, Aisyah R.Ha bertanya Nabi SAW dengan katanya;

أي الناس أعظم حقا على المرأة قال زوجها قلت فأي الناس أعظم حقاعلى الرجل قال أمه

Maksudnya;
”siapakah manusia yang paling besar hak yang wajib ditunaikan oleh perempuan?”

”suaminya”
jawab Nabi

Aisyah bertanya lagi, ”siapa pula manusia yang paling besar hak yang wajib ditunaikan oleh lelaki”

”ibunya”
Nabi SAW memberikan jawapan
[1].

Dalam hadis ini, kita dapat melihat bahawa Nabi SAW meletakkan asas bahawa seseorang isteri, ketaatan yang hendak diberikan perlu didahulukan suaminya berbanding keluarganya.

Pun begitu, bukanlah keadaan ini membenarkan seseorang suami itu mempunyai kuasa mutlak terhadap isterinya, sehingga menyebabkan dia boleh lakukan apa sahaja terhadap isterinya.

Sesungguhnya ketaatan terhadap makhluk tidak mutlak sepertimana ketaatan terhadap Allah dan Rasul-Nya.

Sabda Nabi SAW;

السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ فِيمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِمَعْصِيَةٍ فَإِنْ أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلَا سَمْعَ عَلَيْهِ وَلَا طَاعَةَ

Maksudnya;
”Dengar dan taat merupakan kewajipan seseorang muslim pada perkara, sama ada dia suka atau dia benci. Itupun, selama tidak disuruh melakukan maksiat. Sekiranya disuruh melakukan maksiat, maka tidak ada dengar dan taat lagi
[2]

Justeru, ketaatan seseorang isteri terhadap suaminya masih lagi terbatas. Sekiranya suruhan itu berbentuk maksiat, maka ketaatan terhadap suami itu terbatal.

PUTUS SILATURAHIM

Ada sebilangan suami yang bertindak dengan sesuatu tindakan yang boleh menyebabkan isterinya terputus hubungan silaturahim dengan keluarganya. Dalam keadaan sedemikian, isteri tidak perlu mentaati terhadap tindakan atau suruhan suaminya itu.

Ini kerana, mengadakan hubungan silaturahim merupakan tuntutan syarak. Bermakna, apabila seseorang itu bertindak untuk memutuskan hubungan silaturahim, maka dia telah melanggar tuntutan syarak. Justeru, ia adalah perbuatan yang diharamkan oleh islam.

Sabda Nabi SAW;

لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ قَاطِعٌ

Maksudnya;
”tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan silaturahim
[3]

Pun begitu, melakukan hubungan silaturahim bukan sekadar dengan berziarah sahaja. Sebaliknya, dengan cara bertelefon, berutusan surat, e-mail, SMS dan sebagainya juga sudah memadai untuk dikatakan sebagai mengadakan hubungan silaturahim.

Justeru, sekiranya seseorang suami tidak membenarkan isterinya menziarahi rumah keluarganya. tetapi, dia membenarkan isterinya mengadakan hubungan silaturahim dengan ibubapanya melalui cara-cara yang lain, maka ketika itu, haram seseorang isteri melanggar arahan suami dengan meninggalkan rumah untuk menziarahi keluarganya.

SUAMI TERHADAP ANAK PEREMPUAN

Ada sebilangan kes, yang mana seseorang bapa memaksa anaknya berkahwin dengan lelaki pilihannya, tanpa mendapat persetujuan dari anak perempuannya sendiri dengan alasan, bapanya itu dikira sebagai ”wali ijbari” iaitu wali yang boleh memaksa anaknya kahwin.

Tindakan sebegini menyanggahi maqasid Islam yang meletakkan asas perkahwinan sebagai sesuatu ketenangan, kasih sayang dan membahagiakan kehidupan.

Firman Allah;

وَمِنْ آَيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Maksudnya;
”Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”

(Surah Ar-Rum : 21)

Lantaran itu, tidak hairan kalau kita membaca satu kisah dari hadis yang diriwayatkan oleh Imam An-Nasai, iaitu kisah yang berlaku kepada seorang anak gadis yang dipaksa berkahwin oleh bapanya dalam keadaan dia tidak bersetuju dengan pilihan bapanya.

Dia telah berjumpa dengan Aisyah R.Ha, melaporkan kejadian itu kepada Aisyah bahawa dia dikahwinkan oleh bapanya dengan sepupunya tanpa persetujuannya. Aisyah memaklumkan perkara ini kepada Rasulullah SAW.

Mendengar itu, Rasulullah SAW mengarahkan agar bapa anak gadis itu hadir. Lalu, Nabi SAW memberikan hak anak gadis itu pada dirinya sendiri dihadapan bapanya
[4].

Dari kisah ini, kita akan dapat memahami bahawa seseorang bapa –hakikatnya- tidak boleh memaksa anak gadisnya berkahwin dengan sesiapa yang dipilihnya, tanpa mendapat persetujuan dari anak gadisnya sendiri. Sebaliknya, sesuatu keputusan hendak mengkahwinkan anak gadisnya, hendaklah mendapat persetujuannya terlebih dahulu, waimma lelaki itu adalah pilihan si bapa sekalipun.

Sabda Nabi SAW;

لَا تُنْكَحُ الْبِكْرُ حَتَّى تُسْتَأْذَنَ وَلَا الثَّيِّبُ حَتَّى تُسْتَأْمَرَ فَقِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ إِذْنُهَا قَالَ إِذَا سَكَتَتْ

Maksudnya;
“seseorang anak gadis tidak boleh dinikahkan hinggalah diminta izin daripadanya. Seseorang janda tidak boleh dikahwinkan melainkan mendapat persetujuannya

Sahabat bertanya, “wahai Rasulullah, bagaimana izinnya itu?”

“apabila dia berdiam diri”
jawab Nabi SAW ringkas
[5].

Dari hadis ini, kita dapat melihat bagaimana Nabi SAW menekankan persetujuan dengan cara meminta izin terlebih dahulu dari anak gadis yang mahu dinikahkan. Bermaksud, walau bapanya itu mempunyai kuasa “wali ijbari” terhadap anak gadisnya, tetapi kuasa tersebut bukan bersifat mutlak, malah hendaklah mendapat persetujuan dari anak gadisnya terlebih dahulu.

Sekian

p/s : artikle ini adalah ulasan dan olahan yang merujuk kepada kitab Fatawa Maasarah karangan Dr Yusuf Al-Qaradhawi di jilid pertama dan jilid kedua ttg perempuan dan kekeluargaan.

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
9 september 2009 * 5:57 petang






[1] As-Sunan Al-Kubra : 9149.
[2] Sunan At-Tarmizi : 1269.
[3] Al-Bukhari : 5525.
[4] Sunan An-nasai : 3217.
[5] Sahih Al-BUkhari : 6453.

Ahad, 6 September 2009

APAKAH ORANG GILA WAJIB BAYAR ZAKAT??


APAKAH ORANG GILA WAJIB BAYAR ZAKAT??

Jumhur Ulama berpendapat, wajib zakat pada harta kanak-kanak yang belum baligh dan orang gila. Pendapat ini didokong oleh Imam syafie, Malik dan Ahmad.

Dalil-dalil mereka adalah seperti berikut;

Pertama:

firman Allah;

خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِمْ بِهَا

Maksudnya;
“ambillah daripada harta mereka sedekah, pasti ia dapat membersihkan dan mensucikan mereka”

(Surah At-Taubah : 103)

Ayat Al-Quran ini, memperlihatkan bahawa zakat merupakan kewajipan harta. Ia merupakan ibadat berbentuk harta yang diwajibkan apabila cukup syarat-syaratnya, seperti nisab dan haul.

Kedua:

Ketika Nabi SAW mengutuskan Muaz bin Jabal ke Yaman, Nabi SAW berpesan kepadanya dengan sabda Nabi;

أَعْلِمْهُمْ أَنَّ اللَّهَ افْتَرَضَ عَلَيْهِمْ صَدَقَةً فِي أَمْوَالِهِمْ ، تُؤْخَذُ مِنْ أَغْنِيَائِهِمْ وَتُرَدُّ عَلَى فُقَرَائِهِمْ

Maksudnya;
”Ajarkan kepada mereka, sesungguhnya Allah telah memfardukan atas mereka sedekah pada harta mereka. Harta itu diambil daripada orang kaya dari kalangan mereka, dan diberikan kepada orang-orang fakir dari kalangan mereka
[1]

Dalam hadis ini, Nabi SAW menyuruh Muaz bin jabal mengutip zakat dari orang kaya. Hadis ini, nabi SAW sebut secara umum, tanpa membataskan, sama ada orang gila atau tidak.

Pendapat ini, menyalahi dengan pendapat yang dikemukakan oleh Imam Abu Hanifah. Imam Abu Hanifah berpendapat, orang gila tidak diwajibkan zakat, sepertimana tidak wajib mereka melakukan ibadat; seperti solat, puasa dan sebagainya.

Sandaran mereka adalah hadis;

أَنَّ الْقَلَمَ رُفِعَ عَنْ الْمَجْنُونِ حَتَّى يُفِيقَ وَعَنْ الصَّبِيِّ حَتَّى يُدْرِكَ وَعَنْ النَّائِمِ حَتَّى يَسْتَيْقِظَ

Maksudnya;
”diangkat qalam (tidak diambil kira) daripada tiga golonga; orang gila hingga dia sehat, daripada kanak-kanak hingga dia baligh, daripada orang tidur hingga dia sedar dari tidur
[2]

Pendapat Imam Abu hanifah ini dijawab balas oleh Jumhur. Menurut Jumhur, solat, puasa dan ibadat-ibadat yang seangkatan dengannya merupakan ibadat badaniyyah. Adapun zakat, ia merupakan hak maliyyah (hak berbentuk harta).

Apabila berbicara tentang hak maliyyah, sudah pasti perdebatan tentangnya agak berbeda. Ini kerana, apabila sesuatu harta telah dirosakan oleh seseorang gila, maka wajib harta tersebut digantikan oleh wali kepada orang gila tersebut. Keadaan ini tidak sama dengan ibadat yang lain seperti solat, yang mana, apabila mereka tidak solat, mereka tidak disuruh menggantikan solat tersebut.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
7 september 2009 * 5:16 pagi



[1] Al-Bukhari : 1395.
[2] Al-Bukhari.