Sabtu, 12 Disember 2009

DUIT MASJID PUN UMNO REMBAT?

DUIT MASJID PUN UMNO REMBAT?

Isu yang sedang dibicarakan adalah berkenaan dengan Nga Kor Meng yang persoalkan tentang dana pembinaan masjid dalam Negara. Jika mahu dibandingkan dengan dana pembinaan rumah ibadat agama lain, ia amat jauh berbeda.

Jika diselidik balik isu yang mahu dikemukakan oleh Nga Kor Meng adalah, bukannya isu tentang bandingan antara dana binaan masjid dengan dana binaan rumah ibadat agama lain, tetapi yang dipersoalkan oleh Ahli Parlimen Taiping itu adalah, berkenaan dengan peruntukan pembinaan masjid dalam Negara terlalu tinggi, tetapi dalam masa yang sama, rakyat bawahan yang beragama Islam diminta menderma untuk membina sesebuah masjid.

Dengan kata lain, isu yang mahu dibangkitkan oleh Nga Kor Meng adalah dana pembinaan masjid ini berkemungkinan wujud penyelewengan. Tetapi, memandangkan UMNO/BN adalah parti laknatullah, lagi maha sial, akhbar mereka memutar belik kenyataan beliau dengan menampakkan seakan-akan Nga Kor Meng mempersoalkan tentang peruntukan dana pembinaan masjid jika dibandingkan dengan dana pembinaan rumah ibadat agama lain.

Lebih parah lagi, apabila salah faham ini berlaku kepada Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin mat Isa. Maka, ia mengundang polimik dikalangan ahli pakatan, juga menaikkan sentiment kebencian ahli-ahli PAS kepada DAP, begitujuga sebaliknya.

UMNO CARI RUANG

UMNO/BN berada dalam keadaan yang teramat teruk. Kekuatan Pakatan Rakyat adalah kelemahan mereka. justeru, kelemahan Pakatan Rakyat perlu dicipta.

Isu perkauman adalah isu yang perlu dimainkan demi melihat kelemahan Pakatan Rakyat. Makanya, berbagai-bagai tindakan yang dilakukan, demi melahirkan pertembungan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat dengan isu perkauman ini.

Lebih parah lagi, apabila ada sebilangan pimpinan dalam pakatan Rakyat yang tidak bijak dalam mengurus perselisihan. Jika yang melakukan salah tafsir ini dari kalangan ahli-ahli biasa dari parti-parti tertentu, maka itu tidak menjadi satu polimik yang rumit. Tetapi yang lebih parah, apabila yang keluarkan kenyataan bodoh itu adalah pimpinan-pimpinan parti. Terutama, apabila kenyataan yang dikeluarkan itu boleh melahirkan kekusutan antara parti-parti dalam pakatan rakyat.

AGAMA DIJADIKAN MAINAN ISU

PAS adalah parti Islam. ahli-ahlinya berbilang kaum, tetapi melayu mendominasi. Kedominasian melayu dalam parti PAS, menjadi ruang untuk UMNO untuk kambing-hitamkan PAS dalam melahirkan pertembungan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Justeru, banyak isu-isu yang kononnya melibatkan Islam sengaja dimain, dan diapi-apikan. Semuanya bertujuan, untuk melahirkan pertembungan antara parti-parti Pakatan Rakyat, seterusnya Pakatan Rakyat akan jadi lemah, seterusnya UMNO mula mencipta kekuatan.

Makanya, dalam isu ini, PAS perlu menjadi bijak dalam mengurus permasalahan hubungan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Gendang mainan UMNO sering kedengaran, tetapi diharapkan agar PAS tidak menari dengan mainan gendang tersebut.

Kenyataan media dalam isu melayu-Islam, perlu diselesaikan dengan bijaksana. Tanpa kebijaksanaan, memungkinkan PAS, PKR dan DAP kalah teruk dalam PRU akan datang.

Ingatlah, Allah SWT sendiri telah mengakui bahawa keadilan dan ketauhidan tidak akan berjaya dilaksanakan tanpa kuasa dan kebijaksanaan. Jika wujud kuasa, tanpa kebijaksanaan, keadilan dan tauhid dilaksanakan. Perkara ini boleh ditadabbur dari ayat 18, surah Al-Imran, bahawa Allah SWT berfirman yang bermaksud;

”telah bersaksi oleh Allah, bahawa tiada tuhan melainkan Dia. Juga bersaksi itu adalah Malaikat, dan orang-orang yang diberikan ilmu, dalam keadaan mereka melaksanakan keadilan. Tiada tuhan melain Dia. Dan Dia maha gagah lagi maha bijaksana”

Jika direnung dan ditadabburkan pada ayat ini, kita dapat melihat betapa Allah SWT meminta kita memikirkan tentang dua perkara penting, (1) tauhid, dan (2) Keadilan perlu dilaksanakan. Pun begitu, kedua-dua perkara ini tidak akan berjaya dilaksanakan melainkan mempunyai dua perkara, iaitu, (1) kekuasaan, juga, (2) kebijaksanaan. Ekoran itulah, ayat ini, Allah menyebut di akhirnya ”Dia (Allah) adalah tuhan yang maha gagah dan maha bijaksana”.

Tanpa kebijaksanaan, waima mempunyai kekuasaan, tauhid dan keadilan tidak akan berjaya dilaksanakan. Begitujuga, ada kebijaksanaan tanpa kekuasaan, keadilan dan tauhid tetap tidak berjaya dilaksanakan. Justeru, kedua-dua perkara ini amat perlu, dalam usaha hendak melihat Islam berjaya terlaksanakan di Malaysia.

Ini yang perlu kita faham dari ilmu yang bersumberkan Al-Quran. Ia akan difahami, jika Al-Quran itu ditadabbur dan didalami. Sekadar meracau dalam komen blog orang, seperti yang dilakukan oleh salah seorang Ahli parlimen, sampai bila-bila pun benda sebegini tidak akan faham.

Sekian

p/s : sila cari sebarang komen dalam mana-mana blog yang guna nickname – sunan. Kerana beliau adalah seorang yang berjawatan Ahli parlimen, tetapi amat tidak kedengaran suaranya dalam sidang parlimen.



Wallahu ’Alam






- Sri Indah (B), Sg Buloh
13 Disember 2009 * 1:13 petang







Khamis, 10 Disember 2009

APAKAH INI KEHIDUPAN? (11)


APAKAH INI KEHIDUPAN? (11)

Kami makan di salah sebuah kedai yang berhampiran di tempat itu. Aku makan, tetapi hatiku kurang tenang, kerana memikirkan keadaan Aini.

”dorang ni pun, kena raikan juga” hati kecilku berkata.

”macam mana ye, budak tu boleh kena rogol?” abang Ali memulakan soalan ketika kami sedang makan.

”entah la.. tapi menurut cerita Doktor tu, dia cakap Aini ni datang dari Yan, Kedah. Dia datang nak jumpa ngan sepupu dia” aku mula bercerita. Abang Ali dan Haji Rahman melihat wajahku, sambil menyantap rezeki.

“ceritanya, Mak saudara dia suruh datang KL ni. Jadinya, bila dia datang, ada budak jantan ambil dia naik kereta. Pastu dia kena rogol” sambung ceritaku lagi.

“apa kaitan antara budak jantan tu dengan Aini pula?” soal Haji Rahman dalam keadaan dahi agak berkerut.

“tak pasti pula tu. Katanya, budak lelaki tu abang kepada supupu si aini ni” jawabku, tetapi jawapan itu pun aku tidak yakin. Sebab, aku dapat cerita itu pun pun menerusi cerita orang, bukan dari sumber yang kuat.

Abang Ali dan Haji Rahman hanya mendengar ceritaku. Mereka diam, hanya menyuapkan makanan ke mulut sahaja.

PECAHKAN JE TINGKAP TU?

Selesai makan, kami terus bergegas ke rumah tempat Aini dikurungkan. Dalam pemikiranku, mungkin sudah ada cermin tingkap yang sudah pecah. Tetapi, setelah sampai, tiada ada apa-apa perubahan berlaku.

Aku cuba mendail nombor telefon Aini, dan Aini menjawab panggilan telefonku.

”Hello ustaz... Hp ni nak habis sesangat dah bateri dia ni ha...” Aini terus berkata tanpa memberi salam.

”Aini pecahkan cermin tu la.. kami nak tahu je, kat mana...err..” talian terputus.

”aduh... dia terputus la pula” aku bersuara sendirian.

Abang Ali tengok kelaku aku, ”kenapa ustaz?” tanya Abang Ali

”mungkin telefon budak ni habis bateri kot” jawabku

”cuba ustaz SMS jer” Haji Rahman memberi cadangan.

Aku terus taip Sms meminta agar Aini pecahkan cermin, ataupun bagi apa-apa tanda sekalipun, untuk kami nak tahu secara tepat tempat Aini sedang dikurung.

Tiba-tiba hpku berbunyi, menandakan aku menerima sms.

Dilihat, sms dari Aini, tercatit ”ok ustaz, Aini akan cuba”

Aku tunggu agak lama. Boring pun ada. Kadangkala, perasaan putus asa pun sudah berkunjung tiba.

Aku cuba menelefon Aini, tetapi tidak mendapat sebarang jawapan. Di cuba berpuluh kali, tetap tidak mendapat sebarang jawapan balas.

Aku terus menaip nombor telefon Doktor Ika, tetapi tidak sempat aku mendail, tiba-tiba satu call aku dapat. tercatit nama Zul. Aku terus menyambut panggilan.

”macam mana syaikh?” tanya Zul.

“entah la.. tak tahu apa cerita lagi ni. Bateri hp dia mati la pula.. dah berpuluh-puluh kali dah aku telefon dia. Tak dapat” aku memberi penjelasan

“emm.. ok.. macam ni je la.. kalau hang konfom mana satu kedai tu, hang pecahkan jer kedai tu’’ desak Zul.

”yap.. aku tunggu nak konfom jer. Kalau nak redah sekarang, nanti kena kedai orang, jadi hal pula” aku memberi ingatan.

”ok.. apa-apa hal, telefon aku” Zul mengakhiri perbualan.

Aku terus tekan butang off untuk memutuskan talian.

Aku sudah keletihan teramat sangat. Mengantuk pun ada. Sudah berkali-kali aku menguap, tetapi tidak dapat melakukan apa-apa tindakan pun.

Aku cuba call Aini, tetapi tetap tidak dapat. putus asaku sudah sampai ke tahap semaksima mungkin. Aku terus berjumpa dengan Abang Ali yang sedang berbaring dalam kereta estimanya. Wajahnya tergambar keletihan.

”Macam mana ustaz?” soal Abang Ali.

“Serba salah ana nak jawab soalan abang Ali tu. Nak kata tunggu, kita dah sejam lebih dok macam ni je.. nak kata balik, takut rasa rugi pula” jawabku ringkas.

“kami tak apa ustaz. Kami follow ustaz je ni” Haji Rahman bersuara, sambil Abang Ali menganggukkan kepalanya, membenarkan apa yang diucapkan oleh Haji Rahman.

“macam ni la abang ali, kita bersurai dulu. Kita tunggu respon lepas ni pula.. apa-apa hal nanti, ana bagitau kat abang ali’’ kataku membuat keputusan.

“ok ustaz’’ jawab Abang Ali.

Kami terus naik kereta estima, menuju ke rumah Haji Rahman. Dalam perjalanan, aku cuba call Aini lagi, tetapi tetap tidak dapat.

Aku pun menaip sms, ”Ustaz dah cuba usaha nak selamatkan Aini. Aini pula, kena tolong ustaz la untuk selamatkan diri Aini.. Aini kena agresif sikit” terus di sendkan kepada nombo telefon Aini.

PULANG

Smsku kepada Aini tidak dibalas langsung. Aku pulang dengan penuh keletihan. Pemikiranku, tidak habis-habis memikirkan apa yang terjadi pada aini.

Sesampai sahaja di rumah, aku terus mandi dan menunaikan solat asar. Aku solat asar hari ini agak lewat sikit, iaitu ketika jam di dinding menunjukkan hampir pukul 6 petang.

Setelah solat, aku ambil kitab ”At-Tafsir Al-Kabir” karangan Imam Fakhruddin Ar-Razi, untuk ulangkaji sebagai persiapan untuk kuliah maghrib malam itu di Surau An-Najahiyyah, Shah Alam.

Aku membelek tafsir surah Yasin, tetapi kepalaku tidak terfokus untuk membaca kitab tafsir yang muktabar itu.

Sedang asyik aku membelek, tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi...

Bersambung...


p/s : to MP padang terap.. hang diberi gaji untuk maki UMNO/BN dalam parlimen, bukannya maki dalam ruangan blog orang.




- Sri Indah (B), Sg Buloh
10 Disember 2009 * 10:53 malam

DANA MUSLIM DAN DANA NON MUSLIM


DANA MUSLIM DAN DANA NON MUSLIM

zaman pemerintahan khalifah terdahulu, dana muslim dan non muslim dibedakan. Orang islam dikenakan zakat, sedangkan non muslim tidak dikenakan zakat, sebaliknya jizyah. Wang zakat digunakan untuk kemaslahatan umat Islam, sedangkan wang jizyah digunakan untuk kegunaan non muslim.

Wang dana Negara ini, tidak disatukan, sebaliknya di asingkan. Justeru, di zaman itu, isu pembinaan masjid dan rumah-rumah ibadat agama lain tidak pernah berlaku pertikaian.

Keadaan ini berbeda dengan apa yang berlaku di Malaysia. Dana kerajaan yang terhasil dari hasil mahsul muslim disatukan dengan hasil mahsul dari usaha non Muslim. Cumanya, dalam pembinaan rumah ibadat pula, muslim mendapat habuannya yang tinggi berbanding non Muslim, waima kadangkala hasil mahsul non Muslim lebih tinggi masuk dalam dana negara berbanding hasil mahsul muslim.

Apabila keadaan ini berlaku, tidak hairan pertikaian tentang tuntutan pembinaan rumah ibadat antara dua belah pihak tidak selesai. Waima ada pihak yang tutup mulut, tetapi ia sekadar mulut yang zahir sahaja tertutup, tetapi di dalam hati mengandungi seribu satu ketidak-puasan hati. Jika keadaan ini berterusan, tidak hairan di satu masa nanti, pertikaian yang lebih besar pasti akan berlaku.

Sudah sampai masanya, keadilan islam perlu diterapkan dalam pemerintahan agar pertikaian tidak akan terlahir.

Baca sama:
PAS tidak sepakat isu dana bina masjid

Sekian

p/s : to - MP Padang Terap; daripada dok kacau blog-blog orang, lebih baik study untuk maki UMNO/BN dalam parlimen..

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
10 Disember 2009 * 10:11 malam

Rabu, 9 Disember 2009

SENTUH KEMALUAN


SENTUH KEMALUAN

Soalan:

Apakah wudu' terbatal dengan sebab sentuh kemaluan?

Jawapan;

Menurut jumhur ulama, terdiri dari Syafie, Hanbali dan Maliki, mereka berpendapat bahawa batal wudu' seseorang itu jika dia pegang kemaluannya sendiri.

Pun begitu, mereka berbeda pendapat dalam beberapa hal tertentu, seperti Imam maliki berpendapat tidak batal wudu' jika dipegang kemaluan orang lain. Begitujuga, Imam Maliki berpendapat tidak batal wudu' bagi perempuan yang memegang farajnya, juga halaqah duburnya.

Menurut Maliki lagi, waima memasukkan tangan ke dalam halaqah dubur, juga ke dalam faraj secara tidak perlu merupakan perkara yang haram, pun gitu, tindakan tersebut tidak mengakibatkan wudu'nya jadi batal.

Pendapat jumhur ulama ini, menyalahi pendapat Imam Hanafi yang menyatakan tidak batal wudu' dengan sebab sentuh kemaluan.

DALIL-DALIL JUMHUR

Dalil-dalil yang dipegang oleh jumhur ulama adalah seperti berikut:

Pertama: daripada Busrah binti Sufwan berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda;

مَنْ مَسَّ ذَكَرَهُ فَلْيَتَوَضَّأْ

Maksudnya;
"barangsiapa yang sentuh zakarnya, maka dia tidak boleh menunaikan solat hingga dia berwudu'" (Abu Daud : 154)

Kedua : daripada Aisyah R.Ha berkata;

وَيْلٌ لِلَّذِينَ يَمَسُّونَ فُرُوجَهُمْ ثُمَّ يُصَلُّونَ وَلاَ يَتَوَضَّئُونَ

Maksudnya;
"kecelakaan bagi mereka yang menyentuh faraj dan tidak berwudu'" (Sunan Ad-Daruqutni : 545)

Ketiga : daripada Ummu Habibah R.Ha berkata;

مَنْ مَسَّ فَرْجَهُ فَلْيَتَوَضَّأْ

Maksudnya;
"barangsiapa menyentuh farajnya, maa hendaklah dia berwudu'" (An-Nasai : 440)

Dari segala hadis-hadis yang dikemukakan ini, menjadi dalil oleh Jumhur untuk menyatakan bahawa batal wudu' dengan sebab sentuh kemaluan.

DALIL HANAFI

Imam hanafi pula berpendapat, bahawa sentuh kemaluan tidak mengakibatkan wudu' batal. Dalilnya adalah satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, bahawa satu hari Nabi SAW ditanya tentang seseorang lelaki yang memegang zakarnya, apakah dia diwajibkan berwudu'? Jawab Nabi SAW;

إِنَّمَا هُوَ بَضْعَةٌ مِنْكَ أَوْ جَسَدِكَ

Maksudnya;
"bukankah zakar itu sebahagian dari kamu atau tubuh badan kamu?" (Musnad Ahmad : 15693)

Dari hadis ini, Imam Hanafi mengatakan bahawa tidak batal berwudu' bagi orang yang menyentuh kemaluannya. Ini kerana, berdasarkan kepada hadis ini, bahawa Nabi SAW menyamakan hukum memegang zakar sama seperti memegang anggota badan yang lain, seperti tangan, kaki, perut dan sebagainya.

Pendapat Imam Hanafi ini ditolak oleh jumhur ulama, dengan alasan bahawa hadis yang disandarkan oleh Imam Hanafi itu adalah hadis yang lemah; yang dililihat lemah oleh Imam syafie, Abu Hatim, Abu Zur'ah, Ad-daruqutni dan Ibnu Jauzi. Adapun menurut Ibnu Hibban dan At-tibrani, mereka beranggapan bahawa hadis ini adalah hadis mansukh.

Sekian

p/s : orang sudah malas nak main game dengan padang-terap. Tetapi kalau rasa nak main game juga, kami pun pandai juga nak main game juga.

Wallahu'Alam


Al-Bakistani




- Sri Indah (B), Sg Buloh

10 Disember 2009 * 1:50 petang

Selasa, 8 Disember 2009

BUKU AKAN TERBIT !!

(klik untuk besarkan)

Isnin, 7 Disember 2009

APAKAH INI KEHIDUPAN? (10)

(gambar hiasan)


APAKAH INI KEHIDUPAN? (10)

“Hello.. Assalamualaikum” aku mulakan salam.

”Waalaikumsalam..... ye ustaz ?” Ika menyahut. Kedengaran suara ika, tetapi agak tidak jelas. Mungkin kerana faktor line telefon.

”ada tak, Aini telefon atau sms ngan Ika?” soalku.

”ada.. tapi kenapa ustaz?” ika bertanya.

”ana dah jumpa dah bangunan tu.. dan dia ada dalam bangunan tu, cumanya kami tak confirm jer, dia duduk dalam bangunan yang nombor berapa?” aku memberi penjelasan kepada Ika menerusi telefon sambil melihat Abang Ali yang kelihatan keletihan.

Abang Ali juga sepertiku. Kami tidur lewat. Berjaga sejak dari semalam. Tidur pula sikit sahaja.

“em... nanti ana cuba chek.. apa-apa hal nanti, ana telefon ustaz” balas Ika.

“ok.. apa hal, ika telefon ana tau.. kami dah tunggu lama dah ni” jawabku dengan suara agak seperti putus asa.

SOLAT

Aku melihat jam tanganku, jarum jam menunjukka pukul 2;30 petang.

”kita ni tak solat zohor lagi ni” aku memberitahu kepada Abang Ali dan Haji Rahman.

”pastu, kita macam mana sekarang ni ustaz?” Abang Ali meminta pandangan, sambil melihat wajah Haji Rahman.

”kita pegi solat dulu.. tak solat ni, hati pun tak tenang je bila nak apa-apa kerja pun” jawabku, sambil melihat Abang Ali dan Haji Rahman.

”jom... kita pegi solat” haji rahman menyampuk.

Kami naik kereta abang ali, terus menuju di sebuah masjid sementara; iaitu masjid yang sedang menunggu pembinaan. Sesampai sahaja dari kereta, aku terus menuju ke bilik air, untuk qada’ hajat. Sama juga, Haji Rahman dan Abang Ali.

Setelah itu, aku berwudu’ dan terus naik di atas masjid untuk menunaikan solat zohor.

Sedang berwudu’, tiba-tiba hpku berbunyi. Aku membiarkan hpku berdering sehingga aku selesai berwudu’.

Kelihatan Nama zul termaktub dalam hpku. Aku terus angkat telefon.

”Assalamualaikum..” Zul memberi salam terlebih dahulu.

”walaikumsalam..” jawabku..

”macam mana? Dah jumpa dah?” Zul bertanya.

“jumpa dah bangunan tu, tapi tak tahu je, rumah yang nombor mana satu” jawabku ringkas.

“err... em... bukan dah jumpa dah si Aini tu?” zul bertanya, dengan nada suara kepelikkan.

“memang la.. tapi, hp dia habis bateri.. spoil betul » aku memberi penjelasan..

“yer ke.... pastu, hang dok mana ni?” Tanya Zul.

”kami kat masjid la ni.. tunggu kat sana pun, tak ada apa juga. Baik kami solat dulu” jawabku. Ketika itu, abang ali dan Haji rahman mula naik atas masjid. Mereka melihat aku sedang telefon.

”ok... nanti aku chek.. kalau apa-apa hal, aku bagitau hang” Zul memberitahu.

”ok.. aku nak solat dulu.. ” jawabku. Lepas tu, aku matikan hpku, sambil melihat wajah abang ali.

”kenapa ustaz?” Haji rahman bertanya.

”ustaz Zul yang kerja wartawan tu.. dia nak tahu perkembangan jer” jawabku ringkas.

”oooo..ingat sapa tadi.. nampak macam cemas jer” kata Haji Rahman sambil tersenyum.

Abang Ali pun iqamah. Aku menjadi imam dalam solat antara kami itu. sebelum solat, aku tengok hpku, dan menekan butang agar hp di silentkan.

PECAHKAN?

Selesai solat dan berdoa. Aku pun melihat hpku. Tercatit satu misscall. Aku tengok, rupa-rupanya Ika ada telefon.

Aku terus mendail nombor ika itu.

”assalamualaikum... ” aku memberi salam..

”Waalaikum salam.. Ustaz kat mana sekarang?” ika bertanya..

”kami solat tadi.. ” jawabku.

”patut pun, Aini kata, dia tak nampak ustaz” kata ika, tapi suara agak tenggelam-tenggelam. Kurang jelas.

”apa perkembangan?” aku bertanya

”dia cakap, dia nampak ustaz dah tadi.. dan dia duduk dalam bangunan tu dah.. tapi, dia tak tahu nak buat macam mana nak bagi ustaz Confirm rumah yang nombor yang mana satu” penjelasan panjang dari ika.

“ok... macam ni ika.. suruh dia bagi petanda. Tak pun, suruh dia pecahkan cermin, supaya kami tahu dia duduk kat rumah yang mana satu. Tu jer?” aku memberi cadangan kepada ika..

“em... ye ustaz...”

“ika tolong bagitau kat dia.. ok?”

”ok ustaz, Insya Allah” jawab ika, dan aku terus mematikan telefon.

Aku melihat wajah Abang Ali dan Haji Rahman, ”kenapa Ustaz?” haji Rahman bertanya.

”ana suruh Doktor ika tu cakap kat budak tu, supaya dia pecahkan tingkap tu. Baru kita boleh tau, dia duduk kat rumah mana satu” jawabku.

Abang Ali dan Haji Rahman tak kata apa-apa.. kami terus keluar dari masjid, dan naik kereta abang ali.

Sedang menuju ke tempat Aini dikurung itu, Abang Ali berkata, ”kita pegi makan dulu ustaz, macam mana?”

”Haji Rahman macam mana?” soalku.

”terpulang la kat ustaz” haji rahman menjawab.

Aku tersenyum, kemudian berkata, ”nabi ada cakap, dahulukan makan dahulu berbanding solat isyak.. walau dah iqamat sekalipun”.

Abang Ali dan Haji Rahman ketawa kecil dengan jawapanku itu.

Kami terus menuju ke kedai makan di sekitar itu...

Bersambung...

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
8 Disember 2009 * 1:32 petang

Ahad, 6 Disember 2009

NAK DAKWAH KELAB MALAM, TAK PAYAH JAIS


NAK DAKWAH KELAB MALAM, TAK PAYAH JAIS

Secara peribadi, Aku sokong Dr Asri berbanding JAIS dalam isu tangkapan terhadap beliau baru-baru ini, dengan alasan tidak ada tauliah, yang kemudiannya jadi isu Wahabi. Dalam isu ini, kita dapat lihat betapa JAIS sudah jadi bangsat tahap gaban.

Tetapi, bila Dr Asri dakwa bahawa beliau nak berdakwah di kelab malam, kemudian dihalang oleh JAIS. Padaku, kenyataan Dr Asri itu mengandungi seribu satu kebodohan lagi dangkal.

Kalau nak berdakwah kat kelab malam, tak payah minta kebenaran JAIS. Pergi sahaja kat kelab malam, jumpa dengan anak-anak melayu yang kedarah arak haram jadah tu. Kemudian “tazkirah” je kat dorang.

Kalau kat Selangor, tempat yang ramai anak melayu Islam minum arak dalam disko terbuka adalah di OU (One Utama). Tempat disko tu, betul-betul bersebelahan jalan dari rumah Exco Agama Negeri Selangor. Kalau tak percaya, cuba pergi pada hari jumaat malam sabtu, dengan hari sabtu malam jumaat. Kat sana boleh tengok, orang melayu Islam kedarah arak depan orang ramai.

Pasal JAIS pula, desak penguatkuasa mereka buat kerja daripada dok makan gaji buta. Cakap kat JAIS, jangan dok debat bab khilafiyyah sahaja, walhal perkara yang disepakati ulama banyak lagi JAIS tak buat.

Nak tangkap orang sebab orang tu Wahabi, itu kerja bodoh. Nak tangkap orang sebab penceramah tak ada tauliah, itu kerja bangang. Sedangkan, sekarang ni, ada anak-anak muda Islam jadi pelacur (tunggukan sambungan artikle ”apakah ini kehidupan?”), orang islam ramai yang minum arak, berpeleseran, dan banyak lagi.

Baca sama:
JAIS tidak halang Dr Asri berdakwah di kelab Malam

Sekian

Wallahu ’Alam

HAPUSKAN BUDAYA WALA’ YANG DICANDUKAN, KEARAH WALA’ ALLAH DAN RASUL

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
7 Disember 2009 * 3;08 Petang