Sabtu, 3 Julai 2010

MASIHKAH KAU INGAT?

(Klik gambar untuk besarkan)


(klik gambar untuk besarkan)

Jumaat, 2 Julai 2010

PRU KE-13 : BERHATI-HATI 'PECAH PERINTAH' BN

[1]

Khalifah osmaniyyah jatuh pada tahun 1924. factor kejatuhan itu, bukan dari sudut serangan musuh sahaja, malahan kesilapan dari sudut khalifah juga tidak boleh dinafikan.

Lihat sahaja apa yang ada di muzium topkapi. Melihat kemewahan golongan atasan, mungkin kita akur punca rakyat memilih Mustafa Kamal Art-tarturk berbanding Khalifah Islam.

Pun begitu, adalah satu perkara yang cukup salah, tanpa kita melihat factor luaran; perancangan menjatuhkan kerajaan osmaniyyah.

[2]

Dalam buku Sultan Abd Al-Hamid II dan kejatuhan Khilafah islamiyyah, setebal 1179. Dalam buku itu ada menyatakan, antara factor penting kejatuhan kerajaan osmaniyyah adalah, apabila wujud penyerapan semangat nasionalis.

Semangat nasionalis itu, bukan sekadar nasionalis arab, malahan diserap juga semangat kenegerian, seperti semangat kenegerian mesir, kenegerian Syria, kenegerian Palestine, dan sebagainya.

Apabila semangat kenegerian ini berjaya diserap, maka berlakulah perpecahan, seterusnya hilang kekuatan. Ketika itulah, 'serangan' merampas khalifah osmaniyyah berlaku. Rakyat pula, tidak bersama dengan Khalifah islamiyyah, disebabkan meluat dengan kemewahan pihak atasan.

[3]

keadaan seperti ini tidak mustahil boleh menimpa PR dalam PRU akan datang. Usah bicara soal perebutan kuasa, malahan tidak mustahil dalam PRU akan datang, unsur berebut mahu menjadi calon juga mungkin berlaku.

Jika perkara ini tidak dapat diatasi dengan bijak, memungkinkan wujud 'meluat' dari rakyat. Lebih-lebih lagi, banyak janji PRU lepas, berjaya dilaksanakan tetapi tidak sesempurna yang diharapkan.

[4]

Rata-rata rakyat menyebut, mereka mengundi PR, bukan mengundi PAS, PKR atau DAP. Waima mengundi PAS, mereka menyebut bahawa mengundi PR. Inilah hakikat pandangan umum dikalangan rakyat 'atas pagar' yang tidak mengundi BN.

Ini memberi satu gambaran, kekuatan sesuatu parti itu bukan terletak kepada parti tertentu, tetapi kekuatan itu wujud dengan kebersamaan. Dengan maksud, jika PAS, PKR dan DAP bersatu, maka kekuatan untuk menjatuhkan BN itu wujud.

Dilihat bahawa PAS, PKR dan DAP ini berjaya disatukan atas nama PR. Anwar Ibrahim dilihat sebagai tokoh yang dapat menyejukkan perbedaan fikrah dan idealogi perjuangan antara PAS dan DAP yang diwar-warkan sebagai bercanggah.

Perkara ini, disedari oleh UMNO/BN. Justeru, 'membunuh' Anwar adalah perlu.

[5]

Bagaimana hendak bunuh anwar?

Sebelum ini dilibatkan isu liwat. Perbicaraannya sehingga hari ini tidak diketahui keputusannya. Susah untuk menjangka, apakah ia berterusan sehingga PRU atau tidak.

Mengikut jangkaan sebilangan pihak, jika kes tuduhan liwat terhadap Anwar ini dilihat kemenangannya kepada Saiful, sudah pasti kes ini akan selesai sebelum PRU, kerana ketika itu Anwar akan merengkok dalam penjara.

Tetapi, jika terbukti bahawa Anwar tidak bersalah, kes ini akan sengaja ditangguhkan sehingga selepas PRU. Ini kerana, kes yang tertangguh ini akan menjadi modal penting dalam PRU akan datang.

Dan terbaru, dikaitkan dengan isu zionis. Anwar Ibrahim ke luar Negara, mengkritik pengistilahan "Zion" yang didakwa yahudi sebagai "tanah air yahudi", sedangkan Anwar menyebut bahawa "zion' bukan bermakna "tanah air", tetapi maksudnya adalah "penjajahan".

Ternyata, kritikan itu mengundang kemurkaan Yahudi di peringkat antarabangsa, lebih-lebih lagi sebelum ini, Anwar ada membuat pendedahan tentang keterlibatan kerajaan UMNO/BN dengan sebuah syarikat yahudi (APCO). Ia semakin parah, apabila isu 'bantuan misi kemanusiaan' yang dikhinati Israel, mendapat tentangan dari PR, sedangkan PR dikepalai oleh Anwar.

Jadi, yahudi mula bertindak dengan sentiment kebencian umat Islam terhadap Israel, dengan menggambarkan kononnya wujud hubungan intim antara yahudi dan Anwar Ibrahim. Dan ini, telah disambut hebat oleh UMNO yang mempunyai hubungan rapat dengan Israel melalui APCO.

Strategi ini, seiras-iras dengan apa yang dilakukan oleh yahudi dalam usaha menjatuhkan kerajaan osmaniyyah, yang disebut sebagai teori "pecah perintah".

Dengan maksud, kekuatan PR akan menjatuhkan BN. Kekuatan PR terletak kepada kebersamaan antara parti-parti dalam PR. Dilihat, Anwar Ibrahim adalah tokoh yang boleh menyejukkan antara kepelbagaian idealogi dalam PR. Justeru, 'membunuh' Anwar adalah penting demi perpecahan PR.

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah [b] Sg buloh
3 Julai 2010 * 1:13 petang

Khamis, 1 Julai 2010

HATI-HATI MAINAN ORANG POLITIK YANG JAHAT

Semasa Aku belajar di Pakistan. Ada satu tahun itu, Kes rasuah Nawaz Syarif, PM Pakistan sudah terlalu teruk. Semua rakyat Pakistan sedang fokus kepada isu Rasuah yang melibatkan Nawaz Syarif itu.

Tidak semena-mena, terdengar berita 9 orang lelaki Syiah [aliran Ismailiyyah] telah ditembak di salah sebuah masjid syiah, ketika mereka menunaikan solat subuh. Apabila berita itu tersebar, pihak Syiah menuduh yang menembak itu adalah puak-puak Sunni - deobandi. Maka berlakulah perbalahan dua aliran - Syiah dan Sunni - di Pakistan, sehingga kes nawaz syarif tenggelam.

Perbalahan itu membawa beberapa ulama deobandi dibunuh. Antaranya adalah Maulana Ataillah dari Jamiah Farooqiyyah [jamiah tempat aku belajar], kerana ditembak oleh puak-puak Syiah.Dimaklumkan, Maulana Ataillah dibunuh kerana balas dendam puak-puak Syiah terhadap pembunuhan 9 orang dari aliran mereka yang ditembak. Aku juga sempat melihat jenazah Maulana Ataillah yang ditembak itu. Mayatnya hancur dibahagian muka, sehingga sukar mengenalinya lagi.

Namun, siasatan dilakukan. Rupa-rupanya, tindakan menembak orang yang sedang solat di masjid syiah itu, bukan datang dari puak sunni, tetapi dari orang-orang bayaran Nawaz Syarif. akhirnya, Nawaz Syarif dihukum oleh rakyatnya sehinga dikenakan hukuman buang daerah. Dikhabarkan, selepas itu Nawaz Syarif tinggal di arab Saudi.

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri indah [b] sg buloh
1 Julai 2010 * 10:09 malam


Selasa, 29 Jun 2010

“ISLAM FOR ALL” UMNO - USAHA ‘ARAK’KAN AIR ZAM ZAM?

[1]

Dalam dua atau tiga tahu lepas, aku sudah mula menulis tentang kepentingan kita mengembangkan slogan “Islam for All” berbanding “PAS For All”. Hari ini, Ulama Muda UMNO pula guna “Islam For All” itu.

Padaku, PAS hanya wadah. Matlamat kita adalah Islam. UMNO pula, matlamatnya bukan Islam, tapi kebangsaan melayu. [kini, perut dan dibawah perut].

PAS umpama gelas. Islam umpama air zam zam yang mahu diminum. Kita boleh minum air zam zam dalam apa-apa gelas pun. Sama ada gelas berwarna merah, berwarna hijau, berwarna bla bla bla. Tapi, jangan minum air zam zam dalam gelas yang tertulis ‘Carsberg’, kerana ia mengundang fitnah.

Tiba-tiba UMNO bercakap ‘Islam For All’. Maka ia sama seperti minum air zam zam dalam gelas arak. Lebih parah, ia sama seperti usaha hendak meng’arak’kan air zam zam.

[2]

Islam bukan untuk melayu sahaja, dan bukan untuk PAS sahaja. Islam untuk semua. semua akan dapat keuntungan dari Islam. Muslim berbahagia dengan Islam dan non Muslim juga berbahagia dengan Islam.

PAS relevan bercakap Islam For All, sebab PAS bukan parti berasaskan kaum tertentu. [walau ada pemikiran sebilangan kecil pimpinan PAS bersifat ”All For PAS”]. UMNO pula parti berasaskan kaum tertentu, iaitu melayu. Jika mereka sebut Islam For All, ia seperti satu penipuan.

UMNO bercakap Islam For All, sama seperti bubuh lambang BMW di kereta sorong. Orang gila sahaja akan cakap kereta sorong itu kereta BMW.

[3]

UMNO baru terima kemasukan Ulama Muda, sebab itu cadangan mereka terus dilayan. Kalau lama sikit, kemungkinan mereka akan diketepikan[mungkin].

Semasa program forum ”perkembangan Islam di Malaysia abad ke 21” bertempat di Puchong lalu. Aku dan Ustaz Nakhaie dijemput sebagai panel. Dalam perbualan kami semasa makan, Ustaz Nakhaie ditanya keadaan beliau dalam UMNO. Beliau berkata, ”Mahathir dulu ada juga rujuk ulama. zaman Pak Lah dah kurang. Datang Zaman Najib, terus tak dak langsung”.

Ini budaya biasa dalam mana-mana organisasi. Kalau menguntungkan, masakan cadangan, lebih dari itu pun mereka akan diterima pakai. Kalau tidak menguntungkan, mereka akan diketepikan. Bahkan tidak hairan, mereka akan diburukkan lagi.

Budaya ini, bukan berlaku dalam UMNO sahaja. Berlaku juga dalam PAS dan PKR. Sebab, ketiga-tiga parti ini adalah parti yang didominasi oleh orang melayu.

Kan ramai orang melayu bercakap, ”Kalau orang melayu berniaga bersebelahan, hati-hati, bimbang nanti kena santau”

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah [b] Sg Buloh
30 jun 2010 * 2:34 Petang

Isnin, 28 Jun 2010

DEMOKRASI ATAU KHILAFAH?

satu:



dua:



tiga;



empat:



lima:



enam:



tujuh:



lapan:

”ULAMA MUDA” MASUK UMNO, ”ULAMA PAS” KENA MUHASABAH?


[1]

Kenapa ”ulama-ulama muda” masuk UMNO?

Apabila soalan sebegini terpancul. Mungkin banyak jawapan yang didengari.

Mungkin antara jawapan kita adalah, mereka nak duit, mereka nak kemewahan, mereka nak dapat jadi pensyarah universiti, mereka nak naik kereta yang ada nombor plat dua angka, mereka nak kawasan balak, mereka nak itu, dan mereka nak ini.

Itu semua jawapan andaian yang kita fikirkan mungkin bersarang dalam pemikiran ”ulama-ulama muda UMNO” itu. Yang pastinya, ’wakil ulama muda UMNO’ itu berkata, mereka mahu ruang dakwah yang lebih terbuka.

Persoalannya, benarkah dengan masuk dalam UMNO, ruang dakwah mereka lebih terbuka? Bila kita tanya mereka, pasti jawapan mereka adalah ”Ya” dengan disertakan alasan-alasannya. Tetapi, jika mengharapkan jawapan dari kita, pasti kita akan mengatakan ”tidak” dengan disertakan alasan-alasannya.

Alasan siapa yang tepat, tidak diketahui. Kalau mahu tahu siapa yang tepat, cuba duduk semeja, berdebat dan berwacana dengan sihat.

[2]

Dari pihak UMNO pula, mustahil kemasukan ulama-ulama muda ini tidak mempunyai sebarang agenda.

Harus diingat, ”ulama-ulama muda” yang masuk UMNO ini adalah mereka yang beraliran ”salafi” atau dengan lebel negatif sebagai ”Wahabi”. Walau mereka nafikan sebagai wahabi, tetapi itulah lebel yang mereka dapat.

Ulama-ulama muda ini, bukan calang-calang orang. Mereka mempunyai sijil, dan kelulusan mereka sehingga ada yang mencapai PhD. Boleh dikatakan, majoriti mereka dalam bidang Tafsir dan Hadis. Dengan maksud, kemahiran mereka dalam bidang tafsir dan hadis, sukar untuk dipertikaikan lagi.

Lebih-lebih lagi, jika didengari dengan ceramah-ceramah, kuliah-kuliah, atau tulisan-tulisan “ulama-ulama muda UMNO” ini, agak jarang ustaz-ustaz PAS dapat menjawabnya.

Masakan mereka, tulisan dari jemaah hizbut tahrir pun, ramai ustaz-ustaz PAS yang tidak dapat menjawab dengan ilmiyyah. Jika ada jawapan pun, tidak lebih sekadar memperlekeh dan menghina, seperti menuduh mereka sebagai egen UMNO. Ini menjadi kebiasaan bagi sebilangan ustaz-ustaz PAS, seperti Ustaz Idris Ahmad, ketua penerangan PAS Pusat kini.


Sebab itu, kita dapati ramai dari pelajar-pelajar Universiti yang asalnya mengikut PAS, meninggalkan PAS dan terlibat dengan hizbu Tahrir. Bukan kerana mereka menolak PAS, tetapi mereka melihat Hizbut tahrir lebih mempunyai sandaran hujjah.

[3]

Zaman kini adalah zaman kebijaksanaan. Orang menilai kebenaran itu, bukan sekadar dengan mengatakan ”ini perkataan Imam As-Syafie, ini perkataan Imam Al-Ghazali, ini adalah pendapat Imam Hanafi” dan sebagainya. tetapi, zaman ini adalah zaman orang berkata, ”Imam As-syafie mengatakan begini, disebabkan nas dan dalilnya begini. Jika tidak percaya, sila rujuk kitab begian”.

jika perkataan Imam As-Syafie pun mereka mahukan sumber rujukan dan sumber nas, inikan pula perkataan sekadar seorang imam solat, ataupun tuan guru itu, dan ustaz ini. Alangkah mudahnya untuk mereka menolak.

Dilihat, ustaz-ustaz dalam PAS agak kurang mempunyai kemampuan mengupas sesuatu isu itu berdasarkan sandaran Nas dan sumber-sumber rujukan, tetapi mereka hanya mampu mengatakan, ”ini pendapat imam itu, dan imam ini” dan lebih sedih mereka mengatakan ”ini perkataan pemimpin begian dan begian, maka wajib taat sahaja”.

Jika ini bentuk ustaz-ustaz PAS, sudah pasti dengan kehadiran ”ulama-ulama Muda UMNO” ini, mampu dikalahkan dengan begitu mudah sekali.

[4]

Apakah ia mengugat undi PAS?

Sukar untuk menilai persoalan ini. tetapi, ia tidak boleh dipandang sebelah mata.

Realiti respon pengundi, dilihat Orang melayu di kampung dan di felda masih bersama BN/UMNO. Justeru, lebel wahabi ”ulama-ulama Muda UMNO” ini tidak menggugatkan sangat undi UMNO. Terutama, media-media utama yang menjadi ”rasul” orang melayu di kampung dan di felda ini dikuasai oleh UMNO/BN.

Adapun melayu di bandar, majoriti mereka menyokong PAS, kerana sumber maklumat mereka bukan sekadar media-media perdana, malahan media-media baru, seperti blog, berita internet dan sebagainya.

Persoalannya, mereka menyokong PAS itu kerana memang mereka mahu menyokong PAS, atau kerana mereka terlalu membenci UMNO?

Pada penilaian peribadiku, cara orang melayu bandar berfikir, tidak sama seperti melayu kampung dan felda berfikir. Mereka boleh bertukar keputusan, jika mereka diberikan hujjah logik dan disandarkan kepada bukti yang kukuh.

Oleh sebab itu, dengan berita kemasukan ’ulama-ulama muda’ kedalam UMNO, kita tidak boleh berkata, ”adanya ulama akhirat, dan ulama dunia” sahaja, tetapi yang paling penting kita kena fikirkan adalah, strategi untuk melawan agenda UMNO/BN ini.

Yang paling penting, Ulama-ulama PAS [tua atau muda] perlu muhasabah balik untuk memikirkan cara dan pendekatan yang paling berkesan, seperti mempunyai kesiapan dan kemampuan berhujjah untuk berhadapan dengan ’ulama-ulama muda UMNO’ ini dalam PRU akan datang.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah [b] sg Buloh
29 Jun 2010 * 4:22 pagi

BLOG DAN YB



klip video ini digunakan untuk lawan BN dalam PRU lepas. Harap, klip video ini tidak terkena kepada PAS dalam PRU akan datang.

KETAWA : NAJIB BABA BERSAMA 40 PENYAMUN


(klik untuk besarkan)

Ahad, 27 Jun 2010

KHALID IBRAHIM SENASIB UMAR ABDUL AZIZ?

[1]

Umar bin Abdul Aziz memerintah tidak lama. Sekadar dua tahun lebih sahaja.

Beliau mati diracun oleh golongan berkepentingan dalam kerajaan Umayyah. Puncanya, Umar bin Abdul Aziz sekat semua saluran penyelewengan yang melibatkan harta rakyat.

[2]

Orang yang mengkaji sistem ekonomi Umar bin Abdul Aziz, pasti akan mengakui kehebatan ekonomi beliau. Konsep ekonomi yang dilakukan oleh Umar bin Abdul Aziz menjadi contoh kepada syarikat-syarikat korporat yang berjaya.

Teorinya, syarikat korporat meniru konsep ekonomi Umar bin Abdul Aziz yang merupakan seorang ahli politik. bukannya, ahli politik meniru konsep ekonomi syarikat korporat.

Justeru, jika ada 15 MP PKR mendakwa bahawa Tan Sri Khalid menjadikan kerajaan Selangor macam syarikat korporat, maka itu yang sepatutnya. Kerana beliau menjaga amanah rakyat selangor.

Persoalannya, Apakah bentuk mengurus ekonomi kerajaan Selangor menggunakan cara politik? Rembat ker??

[3]

Dalam PKR, ada golongan yang mementingkan perut. Ada satu lagi, mereka tidak mementingkan perut, tetapi mementingkan kekuatan Parti.

PKR melantik Tan Sri Khalid menjadi MB Selangor, tetapi sebarang kemasukan ke dalam parti melalui kerajaan, tidak pernah diberikan oleh Tan Sri Khalid.

Tindakan Tan Sri Khalid itu betul, desakan individu-individu PKR yang mementingkan perut, dan parti PKR itu tidak betul.

Selangor ini hak rakyat selangor, bukan hak mana-mana Parti. Sama ada PAS, PKR, DAP atau sebagainya.

Kalau ada pimpinan PAS ambil dana kerajaan, lalu disalurkan kepada PAS atau individu PAS, maka itu adalah bangsat. Serupa juga PKR, DAP dan sebagainya.

Kalau parti tak ada duit, buatlah business. Masuklah tender secara terbuka, telus, tanpa menggunakan kabel dan bla..bla..

Kalau nak guna kabel juga, lebih baik masuk UMNO.

[4]

Apakah Tan Sri Khalid akan jatuh?

Dahulu, exco PAS nak jatuhkan Tan Sri Khalid, sehingga berlaku isu lembu yang tidak sepatutnya berlaku. Memang bangsat exco PAS itu.

Kini, sesama PKR pula bergolak. Azmin dilihat menyerang Tan Sri Khalid. Dia tidak serang secara terbuka, tetapi serang secara ‘saraf’.

Jika jatuh Tan Sri Khalid dari MB Selangor, maka Tan Sri Khalid adalah sama seperti Umar bin Abdul Aziz yang diracun oleh menteri-menteri dalam Khalifah Umayyah dahulu.

Wahai sebilangan pimpinan PKR yang tidak sedar diri. Selangor bukan milik PKR, tetapi ia milik rakyat selangor. Bangsat punya politik perut.

Sekian

P/S : makin meluat dengan cara politik orang melayu, sama ada PAS atau PKR. Lebih benci, cara politik UMNO. Memang betul dakwaan yang mengatakan bahawa, bangsa melayu tidak boleh buat perubahan dalam politik, sebab bangsa melayu bangsa bodoh dan mudah dibodohkan.

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah [b] Sg Buloh
28 Jun 2010 * 1:14 petang


’ULAMA TUA’ DAN ’ULAMA MUDA’ KENA TIPU DENGAN UMNO


[1]

Dikira bahaya apabila non muslim mengatakan islam tidak relevan, tetapi lebih amat bahaya jika yang mengatakan islam tidak relevan itu adalah orang Islam sendiri. Lebih bertambah-tambah berbahaya, jika yang mengatakan Islam itu tidak relevan itu adalah orang yang bergelar agamawan Islam.

Maka begitujuga, jika ada ulama luar dari gerakan Islam mengatakan UMNO sudah menjadi baik, maka satu kerosakan bakal berlaku, namun ia tidak sebesar mana. Tetapi, satu kerosakan yang teramat besar pasti akan berlaku, sekiranya yang mengatakan UMNO sudah menjadi baik kearah Islam itu adalah seorang tokoh dari gerakan Islam.

Apabila keadaan ini berlaku, tidak hairan kejadian kemasukan ulama muda kepada UMNO, berpunca dari kenyataan yang dibuat oleh ulama tua yang dilakukan sebelum ini.

[2]

Apabila ulama muda masuk UMNO, ramai yang bising, walhal alasan mereka mahu mendapat ruang berdakwah melalui UMNO.

Sebelum ini ada ulama tua yang mahu berkawan dengan UMNO, lalu disokong pula oleh seorang ulama muda dengan mengatakan, ”UMNO adalah sasaran dakwah kita”. Namun, kenyataan ulama tua itu tidak dibantah, sebaliknya disokong dan dipertahan sedemikian rupa. Orang yang membantah kenyataan ulama tua itu pula yang disanggah.

Kalau ulama tua nak kawan dengan UMNO, atas alasan dakwah, maka tidak hairanlah kalau ulama muda masuk UMNO dengan alasan dakwah juga.

[3]

Kalau ulama tua yang mahir dengan sepak terajang politik pun boleh ditipu oleh UMNO, bahkan mempertahankan lagi tindakannya, waima nyata dilihat ditipu oleh UMNO, maka tidak hairanlah kalau ulama muda yang tidak pernah terlibat dengan politik boleh ditipu oleh UMNO.

[4]

Mendesak Ulama Muda kembali kepangkal jalan, tetapi ulama muda itu tetap tidak mahu. Maka itu tidak pelik, sebab ulama tua pun tidak pernah merasa bersalah, waima terbukti mereka mahu berkawan dengan UMNO.

[5]

Bak kata pepatah, “bapa kencing berdiri, anak kencing berlari”, tetapi kini pepatah itu bertukar sedikit, “ulama tua berkawan dengan UMNO, ulama muda masuk dalam UMNO”

[6]

Bercakap nak berdakwah dalam UMNO, sama seperti bercakap nak berdakwah dalam yahudi. Kan lebih baik ajak individu UMNO kepada Islam, sepertimana Nabi SAW mengajak individu Abdullah bin Salam kepada Islam. Kita bukan dakwah agama yahudi, kerana itu mustahil, tetapi kita berusaha dakwah individu yang berada dalam agama yahudi, kerana di zaman Nabi SAW, ada orang yahudi yang bertukar agama, dari yahudi kepada Islam.


Sekian

p/s : apa khabar ulama tua seperti Nakhaie, Abdullah Mat Zain, Yusuf Nor dan banyak lagi yang terlibat dengan UMNO? apa perasaan mereka, apabila mendapat berita ulama muda masuk UMNO?

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah [b] Sg Buloh
28 Jun 2010 * 12:33 Tengahari