Sabtu, 7 Mac 2009

KE”MUZIUM”AN UMNO SEMAKIN HAMPIR??

UMNO adalah parti tua yang terlalu hampir tarikh luputnya
KE”MUZIUM”AN UMNO SEMAKIN HAMPIR??

Isu kisah Altantuya yang melibatkan Timbalan Presiden UMNO yang didedahkan oleh akhbar luar negara tidak terjawab-jawab lagi. begitujuga, cabaran Ketua PKR Bahagian Ipoh agar mendakwa beliau di mahkamah untuk beliau dedahkan rasuah yang melibatkan Timbalan Presiden UMNO juga tidak terjawab-jawab.

Tiba-tiba keluar berita demostrasi membantah pelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris, didapati rakyat diserang oleh pihak Polis, walaupun demonstrasi itu direstui oleh Tuanku Agong, bahkan pihak polis sendiri.

Rakyat bawahan semakin benci, cendekiawan pula rasa meluat. Sudah sampai masanya UMNO menunggu hayatnya, apakah berjaya disambung lagi dengan jantung bateri, ataupun bateri jantung itu sudah kehabisan power???

antara dua israel....

Apa strategi UMNO bagi menambah power bateri jantungnya itu???

Maka kedengaranlah isu mempertahankan raja-raja melayu, sedangkan dikala ini, raja-raja melayu sudah kehilangan taring. Semuanya disebabkan UMNO derhaka yang telah mencabutnya.

Isu melayu pula diperkatakan. Melayu berpecah belah kononnya. Isu sekarang, bukan melayu berpecah, tetapi melayu sudah ada yang mahu kebenaran, dan ada melayu yang masih mempertahankan kesesatan.

Nampaknya, gendang yang dimainkan oleh UMNO adalah gendang mainan orang tua. Sudah tidak kuat lagi. bunyi pun sudah tidak memberangsangkan untuk orang menari.

UMNO dengan kesesatannya. Terus dengan penipuannya. Terus dengan perabis duit rakyatnya.

yahudi Israel, yahudi tidak israel???

Rakyat sedar semua itu. Melayu, cina, India, kadazan, iban dan seluruh rakyat sudah mula buka mata. mereka sudah ada ilmu, sudah ada kesedaran. Mereka sudah cerdik, bahkan kecerdikan mereka lebih baik berbanding Perdana Menteri, Timbalan perdana Menteri, Menteri Kabinet yang pemikiran mereka setahap dan setara dengan orang Utan yang tidak bertamadun.

Bodoh.. memang UMNO ini bodoh. Pemimpin mereka sudah kesempitan. Mereka sudah tiada modal untuk menjawab serangan rakyat. Mereka mula gelabah, maka kebodohan mereka semakin terserlah.

Dengan rakyat mereka mencari hal, dengan para bijaksana dibuat pasal. Maka bermulalah ke”muzium”an UMNO. Jika tidak ke muzium Negara pun, mungkin Zoo Negara bersedia menerima mereka.

Masa itu, mungkin cucu kita akan terkejut, rupa-rupanya binatang berbulu itu sudah bertukar nama, dari Orang Utan kepada Orang UMNO.

UMNO adalah jijik dan kotor.... Setiap undi membawa padah....

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
8 mac 2009 * 11:44 pagi






Jumaat, 6 Mac 2009

KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 14

MENEMANI ISTERI DALAM PERJALANAN

Isteri yang disayangi adalah isteri yang selalu dijaga keselamatannya oleh suami, juga sering dirisaukan oleh suaminya dikala berada di luar rumah, mahupun di rumah.

Sebagai isteri, mereka tidak seharusnya rasa ”tersepit” atau terganggu dikala sering ditanya suami dengan soalan-soalan seperti, dimana mereka berada, apakah waktu mereka tiada dirumah itu sesuai atau tidak?? Ini kerana, soalan-soalan sebegini menggambarkan kebimbangan suami terhadap mereka, yang sudah pasti semuanya terlahir daripada perasaan sayang suami terhadap mereka.

Mengambil tahu keadaan keselamatan isteri ini merupakan tuntutan Islam yang ditunjuk ajar oleh Nabi SAW, bahkan ianya terbukti dengan salah satu hadis Sofiyyah, salah seorang Isteri Nabi SAW yang berkata;

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُعْتَكِفًا فَأَتَيْتُهُ أَزُورُهُ لَيْلًا فَحَدَّثْتُهُ وَقُمْتُ فَانْقَلَبْتُ فَقَامَ مَعِي لِيَقْلِبَنِي وَكَانَ مَسْكَنُهَا فِي دَارِ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ

Maksudnya;
“Rasulullah SAW beriktikaf, lalu aku datang menziarahi Nabi SAW pada satu malam. Aku berbual-bual dengan Baginda. Apabila aku bangun untuk pulang, Baginda SAW pun turut bangun untuk menghantarku pulang. Rumah Sofiyyah berada di kampung Usamah bin Zaid
[1]

Jika dilihat dalam beberapa hadis yang lain, kita akan dapati bahawa Sofiyyah binti Huyay bin Akhtab bukanlah seorang perempuan yang cantik, bahkan mempunyai badan yang gempal dan pendek, lebih-lebih lagi, bapa beliau adalah antara orang yang memusuhi Islam dan beragama yahudi, juga merupakan pembesar utama Yahudi Bani Nadhir yang terlalu memusuhi Nabi SAW dan pernah melancarkan provokasi jahat untuk memurtadkan sebilangan Sahabat
[2].

Ekoran dari itu, menyebabkan Aisyah dan Hafsah yang satu kali memerli bahawa mereka berdua lebih mulia disisi Nabi SAW berbanding Sofiyyah. Perlian dua isteri nabi itu menyebabkan hati Sofiyyah agak terguris, lalu melaporkannya kepada Nabi SAW.

Mendengar itu, baginda SAW berkata kepadanya;

ألا قلت: وكيف تكونان خيرا مني، وزوجي محمد، وأبي هارون، وعمي موسى

Maksudnya;
“Mengapa tidak kamu berkata; “bagaimana kamu berdua lebih baik daripadaku, sedangkan suamiku adalah Nabi Muhammad, “Bapaku” adalah Nabi Harun, dan “bapa saudaraku” adalah Nabi Musa??
[3]

Dalam keadaan Sofiyyah bukan isteri yang cantik pun, Baginda SAW amat menyayanginya. Sentiasa memberikannya semangat bagi berhadapan dengan kerenah-kerenah isteri yang lain, sehinggakan Baginda SAW amat menjaga keselamatan dirinya.

Hadis yang dinukilkan di atas, amat nyata dan jelas bahawa betapa Nabi SAW amat mengambil perhatian terhadap isterinya yang bernama Sofiyyah ini. Perhatian yang diberikan itu amat besar sehingga baginda SAW sendiri yang menghantar Sofiyyah pulang walaupun ketika itu Baginda sedang beriktikaf.

Tindakan yang dilakukan oleh Nabi ini, sedikit sebanyak akan melahirkan perasaan “diambil tahu” dalam hati Sofiyyah, yang sudah pasti akan lahirnya perasaan cinta yang membara terhadap suaminya yang merupakan Nabi akhir zaman itu.

Kepada para suami, hadis ini selayaknya dijadikan tauladan bagi melahirkan perasaan cinta yang membara antara kedua suami dan isteri. Isteri mana yang tidak mahu dijaga keselamatan dan sering diambil tahu oleh suaminya, ini kerana, apabila ini dilakukan oleh suaminya, pasti dari hati kecil mereka akan terlintas satu perasaan bahawa mereka akan rasa terselamat jika berada dibawah naungan suaminya, justeru itu, mereka akan rasa bahawa mereka benar-benar dicintai oleh suami.

Oleh itu, adalah satu tindakan yang kurang tepat jika ada sebilangan suami yang bertindak membiarkan isterinya pulang ke kampung dengan membiarkan mereka menaiki bas bersama dengan anak-anak, tanpa kehadiran suami menemani dalam perjalanan. Ini kerana, keadaan ini akan melahirkan banyak persepsi yang kurang sihat, sama ada dalam hati isteri, keluarga mertua malahan pada pandangan masyarakat umum.

Mudah-mudahan hadis ini menjadi panduan bagi suami bertindak dengan yang lebih baik dalam melahirkan perasaan kasih sayang antara suami isteri, demi mencapai kebahagiaan dalam mengharungi kehidupan rumah tangga yang diredhai oleh Allah SWT.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
7 mac 2009 * 3:19 petang


[1] Sahih Al-Bukhari : 3039.
[2] Tafsir Ibni Kathir : 1/382.
[3] Siyar Al-‘Alam Wa An-Nubala’ : 2/233.

KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 13

UNDI PARA ISTERI DALAM SESUATU PERMUSAFIRAN

Bermusafir dan bermuqim menjadi kebiasaan bagi manusia. Dalam bermusafir, Islam memberikan beberapa kemudahan kepada muslim, antaranya adalah, dibenarkan menjamakkan solat antara solat asar dan solat zohor dan solat Isya’ dengan Solat Maghrib; dibenarkan mengqasarkan solat yang berbentuk rubaiyyah (baca : solat jenis empat rakaat); dibenarkan berbuka puasa di bulan Ramadhan dan sebagainya.

Bagi permusafiran, digalakkan perjalanan itu berlaku lebih dari 2 orang. Permusafiran yang dilakukan bersendirian dan berkeseorangan, adalah tindakan yang tidak digalakkan oleh nabi SAW. ini dibimbangi berlaku berbagai-bagai kesusahan dalam perjalanan, memungkinkan wujud orang yang boleh berbincang dan membantu dalam menyelesaikan sebarang kesusahan tersebut.

Sabda Nabi SAW;

الرَّاكِبُ شَيْطَانٌ وَالرَّاكِبَانِ شَيْطَانَانِ وَالثَّلَاثَةُ رَكْبٌ

Maksudnya;
”seorang yang bermusafir adalah seekor Syaitan; dua orang yang bermusafir adalah dua ekor Syaitan. Dan tiga orang bermusafir adalah orang yang sebenarnya bermusafir
[1]

Ada ulama mensyarahkan hadis ini – seperti kitab Al-Muntaqa syarah kepada kitab Muwatta’ – menyatakan, maksud dengan syaitan bagi seorang yang bermusafir adalah kerana apabila menyendiri, atau berdua dalam permusafiran, memungkinkan berlaku amalan-amalan syaitan, seperti melakukan amalan maksiat tanpa ditegur, atau salah seorang akan merasa malu atau segan untuk menegur jika seorang lagi melakukan maksiat.

Adapun jika tiga orang dalam permusafiran, akan wujudlah jemaah, yang sudah pasti akan wujud unsur tegur-menegur jika ada salah seorang itu melakukan maksiat, atau wujud perasaan malu untuk tidak menegur terhadap kawan permusafiran yang melakukan maksiat
[2].

Memahami dari hadis ini, menunjukkan dalam permusafiran tidak digalakkan dilakukan seorang diri, bahkan hendaklah disertai dengan beberapa orang teman sehingga melebihi dari dua orang.

Disamping itu juga, apabila sebut permusafiran, pasti akan wujud unsur menjelajah ke tempat-tempat baru, yang sudah pasti akan mendapat satu pengetahuan baru tentang sesuatu tempat yang dijelajahi. Keadaan ini sudah pasti mewujudkan satu keseronokkan.

Apabila keadaan ini berlaku, sudah pasti di kalangan isteri-isteri Nabi akan berasa mahu mengikut sama dalam sesuatu permusafiran Nabi SAW. pun begitu, adalah satu tindakan yang tidak tepat jika permusafiran itu menyebabkan Nabi membawa semua isteri-isteri baginda.

Bagi menyelesaikan masalah itu, Baginda SAW telah mengadakan pengundian antara mereka untuk memilih, manakah dikalangan mereka yang turut sama dengan nabi dalam sesuatu permusafiran.

Keadaan ini disumberkan kepada hadis Aisyah R.Ha yang berkata;

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَخْرُجَ سَفَرًا أَقْرَعَ بَيْنَ أَزْوَاجِهِ فَأَيَّتُهُنَّ خَرَجَ سَهْمُهَا خَرَجَ بِهَا مَعَهُ

Maksudnya;
“Apabila Rasulullah SAW mahu keluar bermusafir, nabi SAW akan mengundi di antara isteri-isteri Baginda untuk memilih dikalangan mereka, manakah nama mereka keluar, maka isteri itulah akan bermusafir bersama baginda SAW
[3]

Jika diperhatikan tindakan nabi SAW ini, didapati Nabi SAW tidak akan bertindak memilih mengikut kehendak nabi untuk membawa mana-mana isterinya turut sama bermusafir. Jika ini dilakukan, pasti akan wujud perasaan tidak puas hati dari kalangan isteri yang tidak dibawa oleh nabi dalam permusafiran.

Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini, disamping mahu mewujudkan suasana yang adil dengan para isteri, menyebabkan Nabi SAW bertindak melakukan undi terhadap nama-nama mereka bagi mana-mana permusafiran sekalipun.

Tindakan sebegini, sedikit sebanyak akan melahirkan perasaan “berpuas hati” antara sesame para isteri, lantaran akan melahirkan hubungan harmoni sesama mereka.

Bagi para suami yang berpoligami, hadis ini sedikit sebanyak telah mengajar kepada mereka tentang cara berpoligami yang membawa kepada keadilan dalam berumah tangga. Jika hadis ini berjaya dijadikan amalan oleh para suami yang berpoligami, pasti unsur “tidak puas hati” itu akan terhapus antara sesame isteri, dan sudah pasti keadilan akan terwujud lantaran keharmonian antara isteri itu yang menjadi factor pembantu dalam mewujudkan keadilan tersebut.

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
7 mac 2009 * 6:58 pagi



[1] Muwatta’ : 1548.
[2] Al-Muntaqa : 4/432.
[3] Al-Bukhari : 2467.

SIAPA RAMPAS KUASA RAJA MELAYU???

inilah Sultan yang paling aku respek !!! Daulat Tuanku Sultan Mizan...

SIAPA RAMPAS KUASA RAJA MELAYU???

Malaysiakini melaporkan;

”Persatuan Kerabat Diraja Kedah (PKDK) akan meminta Persidangan Majlis Raja-Raja supaya menuntut semula imuniti raja agar pihak tertentu tidak mempersenda Raja-Raja Melayu yang merupakan tonggak dan payung kepada kekuatan orang Melayu
[1]

KOMEN;

PKDK meminta majlis raja-raja melayu supaya menuntu semula imuniti raja??? Persoalannya, siapa yang telah manarik kuasa raja-raja sampai raja-raja melayu sudah tidak ada imuniti lagi???

Mungkin kita kena baca balik buku-buku lama untuk mendapatkan jawapannya....

UMNO DAN MALAYAN UNION

Dalam buku ”UMNO dan Malayan Union” tulisan Dato’ Onn Jaafar, beliau menyebut bahawa antara sebab lahirnya Malayan Union adalah untuk ”menghapuskan kuasa raja-raja melayu
[2]

Pun begitu, Dato’ Onn telah berjuang untuk memansukhkan Malayan Union sehingga berjaya. Ianya bermula dengan kejayaan Dato’ Onn memujuk raja-raja melayu agar memulau majlis istiadat perlantikan Gabenor Malayan Union yang berlangsung pada 1 april 1946
[3].

Bermulanya kejayaan memulaukan majlis istiadat perlantikan Gabenor Malayan Union itu, menyebabkan Malayan Union akhirnya berjaya dimansukhkan.

pun begitu, setelah Malayan Union di hapuskan, diwujudkan pula Persekutuan tanah melayu. pihak British bersetuju mewujudkan satu jawatankuasa kerja untuk menggubal dan merangka perlembagaan persekutuan Tanah Melayu dan perjanjian-perjanjian negeri. Jawatankuasa itu diwakili oleh (a) kerajaan British; (b) raja-raja melayu, dan (c) UMNO.

Menariknya dari fakta ini, didapati British terlibat sama dalam merangka perlembagaan persekutuan tanah melayu ketika itu. bermakna, di sini pun sudah nyata bahawa raja-raja melayu sudah tidak ada kuasa multak, bahkan terpaksa terikat dengan kuasa luar. Walaupun raja-raja melayu diberikan balik kuasa mereka, tetapi pemberian itu tidak secara mutlak, tetapi masih lagi terikat dengan kuasa British.

DILEMA MELAYU

Dalam buku Dilema Melayu, Tun Dr Mahathir ada mengulas tentang penyelesaian segala dilema-dilema yang dihadapi oleh orang melayu. dalam buku tersebut ada menyebut bahawa perlu adanya perubahan yang perlu dilakukan. Perubahan yang disebut, sama ada dengan Revolusi atau evolusi.

Beliau juga menyebut, revolusi adalah perkataan yang menakutkan yang tidak sewajarnya di Malaysia. Ini kerana, apabila disebut revolusi, biasanya akan tergambar pembunuhan dan anarki.

Pun begitu, Dr Mahathir menyebut;

”revolusi juga ada yang kreatif dan berperaturan jika sekira cara-caranya difahami oleh orang yang paling layak untuk menjalankannya”

Memahami dari ayat ini, nampaknya Mahathir mahu melakukan satu revolusi secara kreatif dan berperaturan dalam melakukan perubahan. Mungkin yang dimaksudkan dengan orang yang layak menjalankan revolusi secara kreatif itu adalah dengan beliau menjadi Perdana Menteri????

Persoalannya, revolusi apa yang mahu dilontarkan oleh Tun Dr Mahathir dalam buku ”Dilema melayu” itu????

Didapati, dalam perenggan buku selanjutnya, Tun Dr Mahathir menyebut;

”perkara yang mula-mula sekali terlintas di fikiran kita ialah kebanyakkan orang melayu adalah berfahaman feudal dan mereka mahu terus berfahaman demikian. Revolusi yang dimulakan dengan mengajar permusuhan institusi kesultanan yang sudah termaktub akan gagal”

Dan lagi, Tun Dr Mahathir menyebut;

”kesultanan itu tidak membawa apa-apa kerugian terhadap orang melayu atau sesiapa juga. Pemeliharaan sistem yang begini tidak dapat dinafikan memang tinggi biayanya, tetapi oleh sebab raja-raja dipisahkan daripada kuasa, maka ia tidak merupakan penindasan”

Yang lebih sinis, Tun Dr Mahathir menyebut;

”pada masa yang lampau, raja-rajalah yang telah memberi dan meneruskan ciri-cri melayu di Tanah melayu. Jika mereka disingkirkan, ini bermakna peninggalan akhir tanah melayu tradisional akan hilang. Inilah sebabnya orang melayu masih lagi bersifat feudal, walaupun mereka telah menerima pendidikan moden dan mempunyai sofistikasi dalam politik
[4]

Apabila kita membaca buku Melayu Dilema karangan Dr Mahathir inilah, tidak pelik jika kita perhatikan selepas Dr Mahathir jadi Perdana Menteri, pada tahun 1983 Tun Dr Mahathir ada menyebut berkenaan raja-raja melayu seperti berikut;

”Oleh itu, lahirlah pendapat bahawa raja perlu diletak dibawah satu perlembagaan yang menentukan kedudukan dan peranan raja. Dengan cara ini, raja tidak boleh lagi bertindak dengan sewenang-wenangnya. Kuasa raja akan ditentukan dalam perlembagaan, iaitu undang-undang asas negara. Namun, ada raja yang sanggup menyerah negeri sendiri kepada kuasa asing tanpa menghiraukan perlembagaan”

Ekoran itulah, kedengaran penghinaan UMNO terhadap raja-raja melayu yang berlaku pada tahun 1983 dan awal tahun 90an, merekalah dalang yang telah mereka-reka cerita menghentam istana dan raja-raja.

Sehingga sampai satu tahap, Krisis Perlembagaan memuncak pada tahun 1991 apabila Berita Harian pada tanggal 10 November, menyiarkan kenyataan Gaffar Baba, yang pada dasarnya mengatakan, Raja-Raja boleh dicabar/kritik (yang bermaksud adalah BUKAN hasutan jika mencabar Raja-Raja)

"Kalau rakyat yakin dan tahu apa yang diperkatakan, mereka wajar berbuat demikian tanpa rasa bimbang dan takut. Apa yang dilarang Perlembagaan (under the sedition Act) ialah jika seseorang cuba menghapuskan Sistem Raja Berpelembagaan yang diamalkan di negara ini
[5]".

PENUTUP

Bila kita membaca dua buah buku ini, kita akan dapati bahawa golongan yang membuang kuasa raja melayu adalah (a) British, dan (b) UMNO.

Walaupun pada peringkat awalnya, dilihat SEAKAN-AKAN UMNO mempertahankan raja melayu, tetapi tidak dinafikan, disana wujud juga beberapa tindakan Dato’ Onn yang berkrisis dengan raja melayu pada 24 julai 1946.

Juga krisis Dato’ Onn dengan Sultan Kedah, lalu nampaknya Sultan Kedah itu di sokong Sultan johor, iaitu Sultan Ibrahim sehingga menyebabkan Dato’ Onn meletakkan jawatannya sebagai Menteri besar johor pada 17 Jun 1949.

Menariknya dari fakta ini, didapati ketika itu UMNO menyokong Dato’ Onn bukannya menyokong raja yang kononnya mereka mahu daulatkan itu
[6].

Oleh itu, perlu dipersoalkan balik, siapa sebenarnya yang mempertikai raja melayu. Siapa sebenarnya ”guru” dalam mempertikai raja melayu. Siapa sebenarnya yang menghilangkan kuasa raja-raja melayu sehingga raja-raja melayu tidak ada imuniti lagi????

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
7 mac 2009 * 12:20 pagi.



[1] http://www.malaysiakini.com/news/99723
[2] UMNO dan Malayan Union : m/s : 2.
[3] UMNO dan Malayan Union : M.s ; 43.
[4] Dilema Melayu : 123-125.
[5] http://rahimkassim.blogspot.com/2009/02/media-arus-perdana-yang-bermuka-muka.html
[6] Dato’ Onn Jaafar : pengasas kemerdekaan : m.s 150-151.

Khamis, 5 Mac 2009

TANGGUNG BAYI BERNAJIS KETIKA SOLAT??

TANGGUNG BAYI BERNAJIS KETIKA SOLAT??

Seorang Ibu mahu menunaikan solat kerana waktu solat sudah hampir habis. Tetapi, dia agak susah untuk menunaikan solat kerana bayinya sering menangis. Oleh itu, apakah dia boleh solat dalam keadaan mendukung bayinya itu yang kadangkala bayi itu bernajis???

JAWAPAN

Jawapan ini telah diberikan oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi dengan katanya;

لا حرج على هذه الأم إذا كان ابنها يبكي ويواصل البكاء بحرقة وتخشى أن يفوتها وقت الصلاة ، أن تصلي وهي تحمل طفلها ، حتى لو كان الطفل لا يخلو من النجاسة ، فالنبي صلى الله عليه وسلم حمل بنت ابنته ولم ير في ذلك حرجاً

Maksudnya;
“tidak mengapa bagi ibu ini menunaikan solat sambil mendukung bayinya kerana bimbang kehabisan waktu solat disebabkan bayinya menangis dengan tidak henti-henti. Keizinan itu, walaupun bayi tersebut tidak sunyi daripada najis (bernajis). Ini kerana, Nabi SAW pernah menanggung cucunya (ketika sedang solat) dan dilihat perbuatan itu sebagai tidak mengapa
[1]

Sumber; www.islamonline.net

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
6 mac 2009 * 12:52 tengahari





[1] http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1235628873055&pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar%2FFatwaA%2FFatwaAAskTheScholar

SIAPA YANG TERKEJUT NANTI???

SIAPA YANG TERKEJUT NANTI???

Utusan Malaysia hari ini melaporkan;

”KUALA LUMPUR 5 Mac - "Tunggu kejutan daripada kami." Demikian reaksi Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib mengenai persiapan jentera parti untuk Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau pada 7 April depan[1]

KOMEN:

Kejutan apa yang Mat Taib ni nak buat??? Dia cakap, 7 April ni.. setahu aku, sebelum tarikh perletakkan jawatan Pak lah dalam bulan Mac ini, akan berlaku satu kejutan besar-besaran.... konfom UMNO/BN akan terkejut berok punya...

Kejutan apa yer???

Apakah gambar yang dikepilkan dalam laman ini adalah jawapan terhadap kejutan besar-besaran itu????

Kita tunggu dan lihat.... ha ... ha ... ha....

Sekian



[1]http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0306&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm

SALAHKAH KITA LEBELKAN UMNO MACAM YAHUDI??

SALAHKAH KITA LEBELKAN UMNO MACAM YAHUDI??

Dalam tulisan lepas, aku ada menyebut bahawa UMNO lebih jahat dari yahudi. Ada orang yang bersetuju, tetapi tidak dinafikan disana wujud mereka yang tidak bersetuju.

Sebilangan mereka mendakwa, apabila aku menyatakan demikian, bermakna aku sudah mengambil sikap mengkafirkan UMNO.

Ingin dinyatakan, meyahudikan UMNO bukan bererti mengkafirkan mereka. Ulasan ini, kita perlu melihat dari sudut sastera arab.

Jika dahulu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat telah di hentam pemimpin dan ulama-ulama UMNO disebabkan dengan terjemahan samseng terhadap kalimah “Al-jabbar” dan “Al-Mutakabbir”.

Aku masih ingat, dikala itu aku sedang menunggu keberangkatanku untuk menyambung pengajian ke Mesir. Aku telah di jemput oleh polis dari Bukit Aman untuk di soal siasat atas tuduhan KMM atau JI. Dalam pertemuan itu, banyak perkara yang diutarakan kepadaku, tetapi semuanya adalah tuduhan liar semata-mata.

Disebabkan ketiadaan modal untuk di soal, aku telah ditanya berkenaan dengan kenyataan Tuan Guru Menteri Besar Kelantan berkenaan terjemahan samseng pada nama Allah “Al-Jabbar” dan “Al-Mutakkabir”.

Mendengar persoalan itu, aku dapat merasakan bagaimana sempitnya daya keilmuan pegawai polis yang bertanya tersebut. apabila aku menjawab, mengapa dibisingkan kalimah “samseng”, sedangkan Allah sendiri menamakan dirinya sebagai “penipu”, iaitu dari firman-Nya;

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ

Maksudnya;
“Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula melakukan tipu daya terhadap mereka”

(Surah An-Nisa’ : 142)

Pegawai polis berkenaan menunjukkan reaksi dirinya agak menarik dengan hujjahku itu. Aku menyatakan lagi, didalam pengajian sastera arab, ada perbincangan yang di sebut sebagai “musyakalah”.

Menurut ahli ilmu balaghah, “Musyakalah” memberi maksud;

الإتفاق فى اللفظ و الإختلاف فى المعنى

Maksudnya;
“Bersamaan pada lafaz dan berbeza pada sudut makna
[1]

Walaupun lafaz samseng, kandungannya mempunyai unsure zalim, tetapi disebalik maknanya pula, ianya mengandungi tafsiran yang berbeza dari maksud asalnya.

Mendengar “syarahanku”, pegawai polis berkenaan akur dengan hujjah, tetapi tetap mempertahankan pandangan bodoh dari ulama-ulama UMNO dalam isu samseng itu.

UMNO ADALAH YAHUDI??

Adakah salah menjenamakan UMNO sebagai Yahudi?

Apa yang perlu difahami, dalam ilmu Balaghah, perkara yang mula-mula sekali diketemui adalah berkenaan dengan “Fasahah” dalam percakapan.

Apa yang pasti, lahirnya perbincangan tentang “fasahah” dalam ilmu balaghah yang merupakan salah satu dari ilmu sastera arab adalah antara tujuannya untuk menilai penutur, adakah ianya sebagai orang yang bijak menuturkan kata-kata atau tidak.

Perbincangan sastera arab tidak terhenti disekadar itu, tetapi ianya akan merebak kepada perbincangan yang dinamakan sebagai “ilmu ma’ani” yang antara kandungan perbincaraaannya akan terjumpa perbincangan tentang “kalam Ijaz” dan “kalam Itnab”.

Seorang yang memahami sastera, memadai bagi penutur mengungkapkan kalam Ijaz, yang nampaknya ringkas tetapi terus difahaminya. Adapun bagi mereka yang kurang memahami sastera, mereka memerlukan kepada “kalam Itnab” yang terpaksa di lebarkan perbicaraan agar tidak disalah tafsirkan sesuatu kata-kata.

Antara “kalam Ijaz” yang tidak perlu di perincikan dengan kata-kata yang panjang adalah dalam perkara yang disebut sebagai ‘Tasybih”, yang ianya terkandung dalam perbincangan “Ilmu Bayan”.

“Tasybih” terbahagi kepada beberapa peringkat. Antaranya adalah tasybih yang tidak muakkad dan tasybih yang muakkad.

Tasybih yang tidak muakkad adalah tasybih yang memerlukan alat-alat tasybih. Seperti kalimah “ك” yang bermaksud “seperti” atau kalimah “مثل” yang mempunyai maksud yang sama juga.

Antara misalnya adalah seperti kata;

هو كالبحر فى الجود

Maksudnya;
“dia seperti laut pada kemurahannya”

Tasybih bentuk ini dinamakan juga sebagai Tasybih Mursal.

Ada satu lagi tasybih, iaitu tasybih yang bersifat muakkad. Ianya dinamakan juga sebagai “tasybih baligh” atau “perumpamaan yang bersangatan”.

Tasybih bentuk ini tidak perlu didatangkan alat-alat tasybih dalam sesuatu perkataan. Antara misalnya seperti kita menyatakan;

“Muhammad adalah harimau”

Pada kata-kata ini, bukanlah difahami bahawa Muhammad itu adalah seekor harimau, tetapi disebabkan kegarangan dan kehebatan beliau seperti harimau, lalu dinyatakan Muhammad harimau.

Dengan keadaan inilah, aku menggambarkan UMNO ini umpama yahudi disebabkan kejahatan mereka dalam menghadapi Islam. kalau mengikut penggunaan “tasybih mursal”, kalimah yang layak digunakan adalah “UMNO macam yahudi”, tetapi disebabkan aku ingin menggambarkan betapa jahatnya UMNO ini, aku mengunakan “tasybih Baligh, dengan menyatakan “UMNO adalah Yahudi”.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
6 mac 2009 * 2:10 pagi.


[1] Sofwah At-Tafasir : 1/29.

KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 12

TIDAK JIJIK DENGAN MAKANAN LEBIHAN ISTERI

Kesetiaan dan keteguhan antara suami isteri amat susah untuk ditafsirkan. Pun begitu, apabila suami dan isteri mampu makan dari satu bekas, ataupun suami makan lebihan makanan isteri, atau isteri makan lebihan makanan suami, seakan-akan tergambar satu watak bahawa antara suami dan isteri itu tidak wujud perasaan jijik sesama mereka.

Rupa-rupanya tindakan sebegitu merupakan pengamalan Nabi SAW dengan para isteri baginda. Ini dapat dibuktikan kepada hadis Aisyah yang bercerita;

كُنْتُ أَشْرَبُ مِنْ الْقَدَحِ وَأَنَا حَائِضٌ فَأُنَاوِلُهُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيَضَعُ فَاهُ عَلَى مَوْضِعِ فِيَّ فَيَشْرَبُ مِنْهُ

Maksudnya;
”aku minum air daripada satu bekas, ketika itu aku sedang berhaid, lalu Nabi SAW mengambil bekas minumanku itu dan meletakkan mulut baginda pada tempat aku meletakkan mulut pada bekas tersebut
[1]

Hadis ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa Nabi SAW tidak menjadikan bekas mulut isterinya sebagai jijik, walapun ketika itu isteri Baginda sedang berhaid.

Bukan sekadar itu sahaja, bahkan jika diperhatikan kepada hadis lain, didapati baginda juga makan makanan dari kesan gigitan isteri.

Ini dapat dibuktikan dengan sambungan hadis di atas yang menyebut;

وَأَتَعَرَّقُ مِنْ الْعَرْقِ وَأَنَا حَائِضٌ فَأُنَاوِلَهُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيَضَعُ فَاهُ عَلَى مَوْضِعِ فِيَّ

Maksudnya;
”Aku mengigit sepotong daging, lalu sisa gigitan itu diambil oleh Nabi SAW, lalu baginda pun mengigitnya pada bahagian yang aku gigit tadi”

Nah !!! betapa romantiknya Nabi SAW dengan isteri. Lebihan makanan mereka tidak dijadikan sebagai sesuatu yang menghalang nabi untuk makan dari makanan tersebut.

Dengan hadis ini, tauladan yang boleh diambil adalah, bagaimana Nabi SAW telah menjadikan makanan sebagai cara untuk melahirkan perasaan mesra antara suami isteri.

Tindakan sebegini juga sebenarnya telah melahirkan perasaan cinta yang teguh. Berjaya meremajakan dan memperhangatkan lagi perasaan sayang, lebih-lebih lagi dalam mengharungi kehidupan rumah tangga yang penuh dengan ujian.

Disamping itu juga, tindakan sebegini sebenarnya dapat melahirkan kesetiaan dan keyakinan yang penuh antara kedua suami dan isteri. Ini kerana, ia tergambar melalui perasaan tidak berkira atau tidak merasa jijik dan keji terhadap lebihan makanan dan minuman antara pasangan sehingga menganggap ianya seperti lebihan makanan sendiri.

Jika keadaan ini sering berlaku, ia menunjukkan betapa kukuh dan teguhnya perasaan cinta antara dua suami isteri, dan ini juga menjadi bukti nyata bahawa cinta dan sayang yang lahir dari kedua-dua suami dan isteri tersebut adalah cinta yang ikhlas dan sejati.

Oleh itu, suami dan isteri sepatutnya menjadikan tindakan Nabi SAW ini sebagai tauladan demi melahirkan perasaan cinta yang tidak hipokrit, lebih-lebih lagi bagi mencari redha Allah SWT.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
6 mac 2009 * 1:38 pagi




[1] Sunan An-Nasai : 377.

Rabu, 4 Mac 2009

KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 11

MINTA PANDANGAN ISTERI KETIKA BERSEGAK

Sebagai seorang Nabi yang menjawat jawatan pemimpin sesebuah negara, berpakaian segak merupakan satu kepentingan. Ini kerana, semua tindak tanduk Nabi SAW pasti akan ditiru.

Berpakaian segak bukan bermakna berpakaian yang berharga mahal, tetapi cukup berpakaian yang bersih dan pakaian itu sesuai dengan pemakainya. Kesesuaian pada sudut saiz, warna pakaian dengan warna kulit dan sebagainya.

Bahkan, jika diperhatikan kepada hadis-hadis Nabi, kita akan dapati berpakaian segak ini merupakan satu tuntutan, bahkan ianya disukai oleh Allah SWT.

Sabda Nabi SAW;

والله جميل يحب الجمال

Maksudnya;
”Allah adalah tuhan yang maha indah, amat suka kepada keindahan
[1]

Segak sebahagian dari keindahan dan kecantikan. Ekoran itulah, ia merupakan kesukaan bagi Allah SWT terhadap hambanya.

Dalam hal itu pula, kita akan dapati, Baginda SAW adalah manusia yang selalu segak dikala di rumah, mahupun di luar rumah. Baginda SAW segak dirumah sebagai melahirkan keseronokkan para isteri melihat baginda, bahkan diluar nabi juga segak untuk melahirkan penghormatan umat terhadap baginda SAW, juteru mereka juga akan meniru untuk menjadi segak.

Didapati, baginda SAW dikala mahu keluar rumah, Nabi SAW akan mengenakan pakaian segak, lalu untuk memastikan kesegakan baginda itu bersesuaian dengan pakaian yang dikenakan, Baginda SAW akan bertanya terlebih dahulu kepada isterinya.

Hal ini dirujuk kepada hadis yang diriwayatkan daripada Hamid bin Hilal berkata ;

لبس رسول الله صلى الله عليه وسلم بردة سوداء فقال يا عائشة كيف ترين قالت فقلت : ما أحسنها عليك شيب بياضك بسوادها وشيب سوادها ببياضك ، فخرج فيها فعرق فوجد منها ريحا فرجع فنزعها


Maksudnya;
“Rasulullah SAW memakai pakaian serba hitam, lalu bertanya kepada Aisyah; “apa pandangan kamu Wahai Aisyah?” berkata; “alangkah segaknya kamu apabila kulit putih kamu dengan hitam pakaian itu, dan hitamnya dengan putih kamu. Nabi SAW pun keluar dan didapati beginda berpeluh, maka semerbaklah bau wangi. Lalu baginda pulang dan memecat pakaiannya tadi
[2]

Hadis ini membuktikan kepada kita bahawa, Nabi SAW sering bertanya kepada isterinya tentang pakaian yang dikenakan baginda, apakah ianya bersesuaian atau tidak.

Tindakan bertanya pandangan isteri tentang pakaian yang hendak dipakai ini, merupakan salah satu cara untuk melahirkan perasaan dihargai dalam diri isteri. Isteri pasti akan berbangga apabila dihargai sebegitu, lebih-lebih lagi jika suami mereka adalah manusia yang menjadi model untuk manusia tiru. Sudah pasti isteri itu akan berfikir, orang meniru suaminya, pada hakikatnya meniru hasil dari pendapat dan pandangan yang dikemukakan terhadap suaminya.

Menelaah kepada hadis ini, selayaknya para suami menjadikan ianya sebagai tauladan. Tidak perlu malu untuk bertanya pandangan isteri tentang pakaian yang dipakai. Disamping itu juga, para isteri hendaklah bersedia memberikan pendapat yang bernas dan jujur dalam menentukan bentuk pakaian yang mahu di pakai oleh suami.

Jika ini boleh di amalkan, sudah pasti kemesraaan dan kebahagiaan dalam rumah tangga akan terhasil, lebih-lebih lagi dalam usaha mencapai redha Allah SWT dalam mengharungi bahtera kehidupan berumah tangga.

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri indah (B), Sg Buloh
5 mac 2009 * 3:21 petang







[1] Al-Mustadrak ‘Ala Sahihain : 68.
[2] Musnad Ishaq bin Rahawiyyah : 1530.

KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 10

BEREBUT-REBUT DENGAN ISTERI KETIKA BERWUDU’

Pada pandangan umum menyatakan bahawa bermesra dengan isteri hanya berlaku di atas ranjang tidur, sedangkan bermesra dengan isteri itu tidak semestinya di ranjang sahaja, bahkan di mana-mana pun boleh bermesra dengan isteri.

Bermesra merupakan cara untuk melahirkan perasaan kasih dan sayang antara dua suami dan isteri. Bagi melahirkan perasaan itu, Islam membenarkan ianya berlaku, walaupun dikala mahu melakukan ibadat.

Ini dapat dilihat dengan hadis Ummu Subayyah Al-Juhaniyyah atau nama sebenarnya Khaulah binti Qais yang merupakan salah seorang Isteri Nabi SAW
[1] pernah berkata;

اخْتَلَفَتْ يَدِي وَيَدُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْوُضُوءِ مِنْ إِنَاءٍ وَاحِدٍ

Maksudnya;
”tanganku dan tangan Rasulullah SAW sering berselisih ketika berwudu’ daripada satu bekas
[2]

Yang dimaksudkan dengan tangan Ummu Subaiyyah dan tangan Nabi SAW berselisih adalah, kadangkala Ummu Subaiyyah menaguk air dengan kedua tangannya dari bekas tersebut, lalu diikuti oleh Nabi SAW, dan kadangkala Nabi SAW menaguk air dengan kedua belah tangan Baginda, lalu diikuti oleh Ummu Subayyah
[3].

Ada ulama lain menyatakan, perselisihan tangan yang berlaku ketika berwuduk antara Rasulullah SAW dengan Ummu Sabiyyah itu sehingga mereka berebut-rebut sehingga Ummu Sabiyyah tidak mendapat air untuk berwudu’, lalu meminta Rasulullah SAW agar air itu disimpan sedikit untuknya.

Memahami dari ulasan-ulasan ulama-ulama hadis ini, amat jelas kepada kita bahawa Baginda SAW tidak sekadar menjadikan masa di ranjang sahaja tempat untuk bermesra dengan isteri, bahkan kadangkala Baginda SAW juga mengambil kesempatan dalam beberapa keadaan ibadat, iaitu berwudu’ untuk bergurau dan bermesra dengan isteri.

Kepada kaum lelaki yang mahu melahirkan kehidupan rumah tangga yang meriah dan gembira, selayaknya menjadikan hadis ini sebagai panduan. Bergurau dengan isteri dikala berwudu’ ini, tidak semestinya dilakukan selalu, tetapi dalam sebulan sekali, dalam masa dua minggu sekali dan sebagainya.

Jika ini dapat dilakukan oleh para suami, pasti isteri akan merasa bahagia hidup bersama suaminya itu. ini kerana, suaminya sering mewujudkan suasana gurau yang melahirkan keseronokkan hidup antara suami isteri.

PENAMBAHAN

Air sedikit dijadikan berwudu’ adalah perkara yang dikhilafi oleh ulama. Menurut pendapat Imam Syafii Qadim, iaitu pendapat Imam As-Syafii keluarkan semasa berada di Iraq, bahawa air sedikit boleh dijadikan sebagai air wudu’.

Adapun pendapat Imam As-Syafii semasa di Mesir, atau dikenali Qaul Jadid Imam As-Syafie, beliau berfatwa bahawa air yang sedikit memungkinkan berlaku air musta’mal yang dilarang digunakan untuk berwudu’.

Definisi Air Musta’mal menurut Syafiiyyah adalah;

“Air sedikit yang digunakan pada fardu taharah daripada hadas, seperti basuhan pertama, mandi jinabah dan sebagainya
[4]

Mengikut pendapat Syafiyyah Jadid, titisan air bagi basuhan sunat yang kedua dan ketiga ketika berwudu’ atau mandi jinabah, tidak dikira sebagai air musta’mal.

Dikira sebagai air musta’mal juga, sekiranya basuhan tersebut dari basuhan wajib bagi wudu’ kanak-kanak.

Mengikut Mazhab Syafii yang jadid, hukum air musta’mal adalah suci dan tidak boleh menyucikan. Maknanya, air musta’mal tidak boleh dijadikan sebagai air untuk berwudu’ dan mandi.

Dalil yang dipegang oleh mereka adalah hadis;

عن مُحَمَّدِ بن الْمُنْكَدِرِ قال سمعت جَابِرًا يقول جاء رسول اللَّهِ (ص) يَعُودُنِي وأنا مَرِيضٌ لَا أَعْقِلُ فَتَوَضَّأَ وَصَبَّ عَلَيَّ من وَضُوئِهِ

Maksudnya;
“Daripada Muhammad bin Al-Mungkadir berkata, Aku dengan Jabir berkata, telah datang Rasulullah SAW menziarahiku ketika aku sedang sakit. Lalu baginda berwudu’ dan menuangkan kepadaku air wudu’nya (aku menadah air wudu’ nabi SAW)
[5]

Mengikut ulasan Mazhab Syafii jadid, mereka mengatakan hadis ini disangkakan bahawa tadahan air itu bukanlah untuk dijadikan wudu’, tetapi dijadikan sebagai minuman, kerana dizaman tersebut, kekurangan air amat teruk
[6]. Oleh itu, air tersebut tidak dijadikan sebagai berwudu’, tetapi digunakan untuk minuman. Dengan itu, air kesan wudu’ nabi itu adalah air musta’mal yang tidak boleh digunakan untuk berwudu’.

Walaubagaimanapun, mengikut satu riwayat mazhab Syafii dan Malik, mereka berpendapat bahawa air musta’mal tetap dikira seperti air mutlaq juga, iaitu airnya suci dan menyucikan
[7].

Mereka berdalilkan kepada hadis;

عن الرُّبَيِّعِ أَنَّ النبي (ص) مَسَحَ بِرَأْسِهِ من فَضْلِ مَاءٍ كان في يَدِهِ

Maksudnya;
“Daripada Rubai’, Sesungguhnya Nabi SAW menyapu kepalanya daripada air yang tersisa ditangannya
[8]

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
5 mac 2009 * 3:15 pagi


[1] Siyar Al-‘Alam Wa An-Nubala : 2/261. Aun Al-Ma’bud : 1/97.
[2] Sunan Abi Daud : 71.
[3] Aun Al-Ma’bud : 1/97.
[4] Al-Fiqh Al-islami Wa Adillatuh (1/123)
[5] Saheh Al-bukhari (1/82) hadis no : 191.
[6] Al-Fiqh Al-islami Wa Adillatuh (1/124)
[7] Fiqh As-Sunnah (1/23)
[8] Sunan Abi Daud (1/32) hadis no : 130.

KITAB BARU, KARANGAN AL-QARADHAWI


Kepada semua pembaca-baca sekelian, disini diberikan link untuk menatap kitab baru karangan Dr Yusuf Al-Qaradhawi yang bertajuk;
موجبات تغير الفتوى في عصرنا
Ianya dalam Bahasa Arab.



mudah-mudahan bermanfaat kepada anda semua.


sekian


Al-Bakistani







Selasa, 3 Mac 2009

PERPADUAN DENGAN UMNO???

PERPADUAN DENGAN UMNO???

Seorang bertanya;

“Apa pandangan ustaz pasal cadnagan Presiden minta buat kerajaan Perpaduan??”

Aku jawab;

”pada padangan ana, bagus la.. Allah suruh cari titik persamaan kan??

Kan Allah sebut;

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ

Maksudnya;
”Katakanlah wahai Muhammad, wahai ahli kitab, marilah kita cari titik persamaan antara kami dan antara kamu”

(Surah Al-Imran : 64)

Dia berkata lagi;

”tapi kan ustaz. Boleh percaya ke dengan UMNO ni???”

Aku jawab;

”dengan Yahudi pun, Allah nabi suruh cari titik persamaan”

Dia berkata lagi;

”bukankah UMNO lagi jahat dari yahudi???”

Aku senyap, tapi masih lagi tersenyum... sebenarnya aku blurrr.....

Dalam perjalanan pulang, sambil memandu aku berfikir sendirian tentang soalan-soalan ahli jemaah surau Al-Azhar itu. sebenarnya, memang aku nak jawab, UMNO memang jahat dari yahudi. Tapi tak tersanggup pula nak sebut depan dia tadi.

Pandangan dan cadangan Tok Guru Haji Abdul Hadi itu adalah amat relevan di kala ekonomi negara sedang tenat. Jangan disebabkan perbalahan politik, kita melupakan ekonomi negara yang sedang menuju kearah ”lingkup”.

Pun begitu, apabila aku renung balik ayat Al-Quran yang aku bacakan depan ahli jemaah Surau Al-Azhar itu, aku terfikir balik.

Ini kerana, jika dilihat sambungan ayat ini, Allah menyebut;

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ

Maksudnya;
”Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah." Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)”

(Surah Al-Imran : 64)

Ayat ini, Allah meletakkan asas ”titik persamaan” itu dalam beberapa keadaan, iaitu;

(a) tidak sembah selain Allah.
(b) Tidak syirikkan Allah.
(c) Tidak ambil setengah yang lain sebagai tuhan.

Sedangkan, setahu kita, Ahli kitab (baca : yahudi dan nasrani) adalah golongan yang hanya mendakwa menyembah Allah, tetapi dalam masa yang sama, Allah yang disembah oleh mereka itu tidak sepertimana yang dikehendaki oleh Allah SWT.

Bermakna, asas titik persamaan berdasarkan kepada ayat Al-Quran ini bukanlah bermaksud kita perlu bergabung, tetapi perlu meletakkan satu pendirian yang berpaksikan kebenaran.

Ekoran dari itulah, Allah menyambung ayat;

فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ

Maksudnya;
“Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)”

PERPADUAN???

Kalau nak mencari titik persamaan dengan UMNO di kala ini, hanyalah dari sudut “bimbang dengan keadaan ekonomi” sekarang sahaja. Adapun selain itu, tidak ada persamaan dengan UMNO.

Pun begitu, jika mahu cari titik persamaan ini, kita perlu bertindak mengikut step-step berikut;

(a) Minta UMNO selesaikan masalah rasuah, masalah ekonomi kroni mereka terlebih dahulu; jika tidak
(b) UMNO wajib dilupuskan dari muka bumi Allah SWT.

Kita dan UMNO berbeza dari sudut ideologi perjuangan, disamping UMNO adalah parti jijik yang jahat; menjarah harta rakyat, mengamalkan sistem ekonomi kapitalis; yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin miskin.

Dalam hal ini, apakah kita boleh mencari titik persamaan dengan UMNO dari sudut ekonomi???

Apa yang kita tahu, sama ada melalui harakahdaily, atau suara keadilan atau mana-mana massa selain massa kerajaan, kita dapati pembahagian projek kerajaan, lebih bersifat kroni. Ekoran dari itulah, rasuah berleluasa.

UMNO dan Rasuah adalah dua unsur yang sudah tidak boleh dipisahkan. Apabila disebut UMNO, maka terbayang Rasuah. Apabila disebut rasuah, maka terbayang UMNO. UMNO kini dan Rasuah umpama kita menyebut ”melihat” dan ”menengok”, yang kedua-duanya adalah kalimah yang berbeza, tetapi mempunyai maksud yang sama.

Rasuah dalam UMNO, bermula dari peringkat cawangan, hinggakan ke peringkat Malaysia.

Teruknya UMNO ditimpa penyakit kanser rasuah ini, sehingga sampai satu tahap, “orang tua” mereka sendiri pernah mencadangkan pembubaran beberapa sayap parti UMNO. Umpama, orang yang kena kencing manis, yang kakinya kena potong. Kalau tak potong, nanti akan membawa mati.

Ternyata, penyakit kencing manis UMNO dah semakin parah. Lihatlah berita dua orang ahli UMNO yang mencadangkan pemilihan ditangguhkan ekoran rasuah dalam UMNO.

Oleh itu, cadangan kerajaan perpaduan dalam menyelamatkan ekonomi Malaysia kini tidak selesai dengan ”duduk semeja” dengan UMNO, tetapi perpaduan yang perlu kita lakukan adalah, kita bersatu hati dengan segala parti-parti pakatan Rakyat untuk menghapuskan UMNO dari wujud lagi di atas muka bumi Allah SWT ini.

Ini kerana, Allah menyebut;

فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ

Maksudnya’
”Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)”

Kalau UMNO berjaya dihapuskan, kita sebenarnya sudah berjaya menghapuskan penyakit kanser ”kencing manis” dalam negara. UMNO dalam negara kini, diumpamakan kaki yang perlu dipotong ekoran kencing manis yang sudah terlalu teruk. Jika dibiarkan juga, dibimbangi negara kita akan hancur. Kehancuran dari sudut ekonominya, sosialnya, agamanya dan semuanya akan hancur.

Ini semuanya kerana, UMNO adalah jijik dan kotor. !!!!!

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
4 mac 2009 * 3:39 petang









KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 9

TIDAK MARAH DENGAN KESILAPAN ISTERI

Setiap manusia tidak lepas dari sebarang kesilapan. Walaupun seseorang itu berhati-hati dalam tindakan pun, kadangkala berlaku juga kesilapan.

Ekoran dari itulah, kita akan dapati islam meletakkan asas bahawa dimaafkan kepada mereka yang melakukan sebarang kesilapan.

Sabda Nabi SAW;

وضع الله عن امتى الخطاء والنسيان وما استكرهوا عليه

Maksudnya;
”Allah tidak mengambil salah dari umatku dikala mereka tersilap, lupa dan dalam keadaan mereka dipaksa
[1]

Kesilapan itu kadangkala dilakukan oleh isteri. Kesilapan yang kecil, tidak seharusnya dijadikan modal utama untuk melahirkan pertelagahan antara suami isteri. Lebih-lebih lagi membawa kepada perceraian.

Jika dilihat kepada Nabi SAW, kita akan dapati Nabi SAW tidak menjadikan perkara remeh sebagai penyebab untuk melahirkan masalah antara suami dan isteri.

Keadaan ini dibuktikan dengan hadis riwayat Aisyah R.ha yang berkata;

كُنْتُ أَنَا وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَبِيتُ فِي الشِّعَارِ الْوَاحِدِ وَأَنَا حَائِضٌ طَامِثٌ فَإِنْ أَصَابَهُ مِنِّي شَيْءٌ غَسَلَ مَكَانَهُ وَلَمْ يَعْدُهُ ثُمَّ صَلَّى فِيهِ وَإِنْ أَصَابَ تَعْنِي ثَوْبَهُ مِنْهُ شَيْءٌ غَسَلَ مَكَانَهُ وَلَمْ يَعْدُهُ ثُمَّ صَلَّى فِيهِ

Maksudnya;
”Aku dan Rasulullah SAW tidur atas satu hamparan, sedangkan ketika itu aku sedang berhaid. Darah haidku menitis terkena pada hamparan itu, didapati nabi SAW membasuh tempat titisan tersebut, dan tidak mengalihkan tempat itu, kemudian baginda menunaikan solat di situ. Apabila darahku menitis terkena pakaian baginda, Baginda SAW sendiri membasuh tempat yang kena titisan darah itu, dengan tidak mengalihkan tempat lain, kemudian menunaikan solat dengan pakaian itu
[2]

Dari hadis ini, kita akan dapati betapa lunaknya hati nabi SAW dalam menghadapi kesilapan isterinya yang tidak berhati-hati dengan titisan darah haid, sehinggakan ditempat tidur dan juga pakaian Nabi pun terkena dengan titisan darah itu. Didapati, Baginda SAW tidak bertindak memarahi isterinya atas kesilapan tersebut.

Jika diperhatikan balik pada hadis ini, masakan marah, bahkan nabi SAW sendiri bertindak membersihkan titisan darah haid isterinya itu, walaupun jika dilihat kepada tafsiran oleh sebilangan masyarakat kita, ianya dilihat sebagai ”jijik” atau tindakan orang yang ”takut bini”.

Tindakan Nabi SAW ini perlu dijadikan contoh dan tauladan oleh para suami. Iaitu, hendaklah mengambil sikap memahami dan mengerti keadaan isteri. Sebagai suami, dengan kesilapan kecil sebegini tidak selayaknya dijadikan modal untuk memarahi isteri atau menyingkap kalimah jijik dihadapan isteri.

Jika keadaan ini mampu dilakukan oleh suami, pasti isteri akan merasakan bahawa mereka disantuni suami mereka sendiri, dan sudah pasti perasaan cinta dan mesra kepada suaminya akan bertambah kuat.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
4 mac 2009 * 2:29 petang


[1] As-Sunan Al-Kubra : 7/387.
[2] Sunan Abi Daud : 235.

KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 8

TIDUR SATU SELIMUT DENGAN ISTERI

Haid merupakan masalah fitrah kaum perempuan yang tidak boleh dinafikan. Apabila kaum perempuan didatangi haid pada setiap bulan, ianya bukan bermakna, itulah masanya kaum lelaki tidak tidur bersama-sama dengan mereka.

Jika dirujuk keadaan arab jahiliyyah terdahulu, mereka menjadikan musim kedatangan haid sebagai cara untuk mereka menjauhkan diri dari isterI-isteri mereka. Masakan tidur sekali, sampai satu tahap, segala makanan masakan isteri mereka yang berhaid juga tidak dimakan. Mereka bertindak sedemikian adalah kerana mereka beranggapan, perempuan yang berhaid bermaksud perempuan itu bernajis. Apabila mereka sudah bernajis, maka segala hasil tangan mereka dikira juga sebagai najis.

Pengamalan jahiliyyah ini menyalahi dengan Islam yang amat memuliakan kaum perempuan. Islam meletakkan asas, dikala perempuan kedatangan haid, larangan hanya berlaku pada jimak sahaja. Adapun selain itu, ianya adalah dibenarkan.

Dalam Hadis sendiri telah membuktikan hal ini. Diberitakan melalui hadis riwayat Imam An-Nasai dalam kitab As-Sunan Al-Kubra, daripada Zainab yang merupakan anak perempuan Ummu Salamah bercerita, bahawa ibunya, iaitu Ummu Salamah berkata;

بينا أنا مضطجعة مع رسول الله صلى الله عليه وسلم في الخميلة فانسللت من اللحاف فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم أنفست فقلت نعم فدعاني فاضطجعت معه في الخميلة

Maksudnya;
“ketika kami sedang berbaring bersama Rasulullah SAW dalam satu selimut, lalu Aku bangkit keluar dari selimut. Bertanya Rasulullah SAW; Apakah kamu sedang berhaid?? Aku menjawab; benar aku sedang berhaid. lalu baginda memanggilku untuk berbaring bersama baginda dalam selimut tadi
[1]

Hadis yang dinukilkan ini merupakan satu bukti yang kukuh bahawa, dengan kedatangan haid, bukanlah menjadi penghalang para suami untuk tidur satu selimut dengan isterinya.

Disamping itu juga, jika difikirkan dari sudut psikologi pula, kita akan dapati tindakan sebegini merupakan satu kemuliaan yang diberikan oleh islam kepada kaum perempuan. Jika ini dilarang, pasti kaum perempuan akan merasakan bahawa diri mereka seakan-akan tidak berguna dikala sedang berhaid, sedangkan haid itu bukanlah pilihan dirinya, tetapi ia adalah ketetapan fitrah yang telah disediakan oleh Allah SWT.

Jika dilihat kepada hadis ini, kita dapat melihat bagaimana tindakan Ummu Salamah yang pada awalnya ingin menjauhkan diri dari Rasulullah SAW disebabkan beliau sedar bahawa beliau sedang berhaid, tetapi dipanggil balik oleh nabi SAW walaupun setelah diberitahu bahawa beliau sedang berhaid.

Dengan ini, menunjukkan bahawa, Nabi SAW amat memandang kepentingan tidur bersama dengan isterinya, malahan dalam satu selimut, walaupun isterinya itu sedang berhaid. jika dalam berhaid pun nabi SAW masih tidur satu selimut dengan isterinya, maka terlebih utama nabi SAW tidur satu selimut dengan isterinya dikala mereka tidak berhaid.

Kepada kaum lelaki, hadis ini selayaknya dijadikan pengajaran dalam usaha hendak melahirkan rumah tangga yang bahagia. Isteri mana tidak merasakan berbangga, jika mereka sering dihargai oleh suaminya. Walaupun, penghargaan itu tidak diluahkan dari sudut kata-kata, tetapi dengan luahan bentuk perbuatan seperti tidur satu selimut pun sudah cukup bagi isteri merasakan penghargaan diri suami berikan kepada mereka.

Juga perlu diingat, keizinan tidur satu selimut dengan isteri yang berhaid itu bukan bermakna islam membenarkan melakukan jimak. Ini kerana, Allah melarang berlaku jimak dengan isteri yang sedang berhaid.

Firman Allah;

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ وَلَا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّى يَطْهُرْنَ

Maksudnya;
“Mereka bertanya kepadamu tentang haidh. Katakanlah: "Haidh itu adalah suatu kotoran." Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci”

(Surah Al-Baqarah : 222)

Oleh itu, bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini ketika tidur bersama isteri yang sedang berhaid, hendaklah dipastikan isteri tersebut memakai pakaian yang tidak mendatangkan ghairah kepada suami, disamping itu juga, hendaklah isteri hindarkan diri dari berkata-kata dan bertindak tanduk dengan tindakan yang boleh mendatangkan syahwat kepada suami.

Pada diri suami pula, jika bimbang berlaku jimak dengan isteri sekiranya tidur bersama isteri dalam satu selimut, maka hendaklah suami tidur di atas katil yang sama, tetapi menggunakan selimut yang berbeza. Jika masih lagi mendatangkan syahwat, maka hendaklah dia tidur di atas katil yang berbeza.

Adapun tindakan keluar dari rumah dengan tidur di tempat lain, atau meminta isteri menjauhi suami dari tempat tidur, maka itu adalah tindakan yang tidak sepatutnya berlaku, lebih-lebih lagi jika dengan tindakan sedemikian boleh mendatangkan ”jiwa terluka” oleh isteri.

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
3 Mac 2009 * 12:51 pagi.



[1] As-Sunan Al-Kubra : 275.

TIDAK BERTAMADUN???

cuba teka.. mana satu Orang Utan, dan mana satu Orang UMNO???

TIDAK BERTAMADUN???

Utusan Malaysia melaporkan;

“KUALA LUMPUR 3 Mac - Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini berkata tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar dan 27 anggota dewan yang terdiri daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas menghadiri persidangan dewan di bawah pokok adalah satu tindakan yang tidak bertamadun
[1]

KOMEN:

Kalau kita tengok balik filem Laksamana Do Re Mi, kita akan dapati satu babak, dimana didapati raja dari negeri Pasir dua butir duduk dibawah pokok. Apabila ditanya, mengapa mereka duduk di bawah pokok itu, jawapan yang diberikan adalah, untuk mempertahankan kerajaan yang ada, setelah dikhianati oleh seorang regim ganas yang bernama Menteri Pasola.

Kalau raja tidak duduk kat bawah pokok itu, nanti orang akan kata, kerajaan itu sudah tiada lagi. ini kerana, semua rakyat sudah lari, meninggalkan negeri tersebut.

Keadaan yang sama juga berlaku di Perak pada hari ini. Kalau tidak diadakan sidang DUN di bawah pokok tersebut, sudah pasti kita akan dapati Negara ini tidak layak langsung disebut sebagai Negara yang mengamalkan demokrasi.

Tapi hakikatnya, Negara ini sebenarnya sudah menuju ke arah Negara mafia ala gangster, walaupun mengikut dakwaannya, Negara ini adalah Negara demokrasi.

Mana tidaknya???

Pengisytiharan lompat parti dilakukan diluar sidang DUN. Majlis angkat sumpah Menteri Besar jadian dilakukan sebelum berlaku sidang DUN. Rampasan kerajaan dalam keadaan yang tidak mengikut undang-undang yang sah.

Pada hari ini juga, seorang menteri dari parti jijik, parti orang utan sudah mula bersuara rentetan tindakan ADUN-ADUN PR mengadakan Sidang DUN dibawah pokok ekoran tindakan kerajaan Pusat pimpinan parti Orang Utan mengunci Dewan DUN.

Tidak bertamadun katanya…persoalannya, apakah tindakan merampas kerajaan Perak dengan melanggar peruntukan undang-undang itu adalah bertamadun???

Inilah demokrasi ala Malaysia. ia bukan demokrasi, tetapi disebut oleh Dr Siddiq Fadhil sebagai Kedemokrasi-demokrasian (seperti kekuning-kuningan), iaitu tidak demokrasi, tetapi didakwa sebagai demokrasi.

Nampak gayanya, sudah terbukti lagi nyata, Malaysia kini sudah diperintah oleh Mafia Orang Utan. Diperintah oleh parti-parti jijik, terdiri dari UMNO, MCA dan MIC. Parti-parti ini wajib dihapuskan di atas muka bumi Allah. jika tidak, pasti dimasa akan datang, Negara kita akan hancur disebabkan sudah tiada kedaulatan undang-undang.

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
3 Mac 2009 * 10:42 malam.


[1]http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0303&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_21.htm

TADABBUR AL-QURAN : SIRI 10

ISLAM BENARKAN INFAQ KEPADA NON MUSLIM

Infaq hendaklah dilakukan dalam keadaan ikhlas. Infaq yang dilakukan dengan iklas, sama ada dalam keadaan dilihat oleh manusia atau tidak, pasti akan mendapatkan balasan pahala di sisi Allah SWT.

Nyata di sini, pemberian pahala yang diberikan oleh Allah terhadap amalan infaq itu tertakluk kepada diri pemberi infaq, bukannya dilihat kepada mana infaq itu dilakukan.

Dengan makna yang lain, infaq yang dilakukan pasti akan mendapat pahala disisi Allah, walaupun harta infaq itu diberikan kepada mereka yang tidak muslim sekalipun.

Firman Allah;

لَيْسَ عَلَيْكَ هُدَاهُمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ خَيْرٍ فَلِأَنْفُسِكُمْ وَمَا تُنْفِقُونَ إِلَّا ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ خَيْرٍ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لَا تُظْلَمُونَ

Maksudnya;
“Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufiq) siapa yang dikehendaki-Nya. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan karena mencari keridhaan Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, niscaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup sedang kamu sedikitpun tidak akan dianiaya (dirugikan)”

(Surah Al-Baqarah : 272)

****

Jika merujuk kepada kitab tafsir, didapati sebab turun ayat ini ada beberapa riwayat, antaranya adalah seperti berikut;

a) ayat ini diturunkan rentetan pertemuan yang dilakukan oleh Asma’ binti Abi Bakar dengan ibunya yang bernama Ummu Natilah yang datang bersama dengan neneknya. Mereka berdua datang dengan tujuan untuk mendapatkan bantuan kewangan dari Asma’, tetapi tidak mahu diberikan oleh Asma’ dengan alasan mereka tidak beragama Islam. berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW, menyebabkan Allah menurunkan ayat ini sebagai pemberitahuan kepada Nabi agar mengizinkan Asma’ memberikan bantuan kewangan kepada ibu dan neneknya itu, walaupun mereka berdua masih lagi tidak beriman dengan Allah SWT.

b) menurut riwayat lain pula menyatakan tentang sebilangan orang ansar adalah dari kalangan berbangsa Bani Quraizah dan Bani Nadhir. Ahli keluarga yang masih belum memeluk Islam itu didapati dalam keadaan yang sangat memerlukan, tetapi mereka tetap tidak mahu membantu dengan alasan berbeza agama. Melihat keadaan itulah, menyebabkan Allah menurunkan ayat ini.

c) sebelum penurunan ayat ini, Nabi SAW tidak pernah memberikan nafkah kepada orang bukan islam. maka ayat ini, seakan-akan membenarkan kepada Nabi SAW memberikan infaq kepada orang bukan islam.

***

Firman Allah;

لَيْسَ عَلَيْكَ هُدَاهُمْ

Maksudnya;
“Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk”

Islam adalah agama yang mengajar manusia menghubungkan silatur rahim. Tidak kira, kepada mereka yang beriman, mahupun dengan mereka yang tidak beriman dengan Allah.

Infaq merupakan cara untuk menghubungkan hubungan silatur rahim sesama manusia. Ekoran dari itu, Islam menggalakkan sangat infaq ini.

Adapun dalam jiwa kita, kadangkala kita memandang sinis kepada orang kafir sehingga tidak mahu menghubungkan hubungan silatur rahim dengan mereka. Kita memutuskan hubungan itu, kadangkala bukan dengan orang kafir biasa, bahkan sesama kaum kerabat kita juga, cumanya berbeza agama sahaja.

Kita bertindak sedemikian, kadangkala bersebabkan mahu memboikot mereka. Atau memandang mereka sebagai hina. Kehinaan mereka adalah disisi Allah, adapun disisi kita, selagi mana mereka ada pengharapan untuk mendapat hidayah, maka selagi itu kita diminta menjalinkan hubungan silatur rahim dengan mereka.

Firman Allah;

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Maksudnya;
“Allah tidak melarang kamu melakukan kebaikan dan berlaku adil terhadap mereka yang tidak menyerang kamu dalam agama dan tidak mengeluarkan kamu dari negara kamu. Sesungguhnya Allah suka kepada mereka yang melakukan keadilan”

(SUrah Al-Mumtahanah : 8)

Kadangkala dengan infaq yang diberikan kepada mereka itu, boleh menghasilkan hubungan kasih sayang. Dengan hubungan kasih sayang itulah, merupakan penyebabkan mereka tertarik dengan islam.

Justeru itulah, islam tidak melarang kita memberikan infaq kepada mereka, ini kerana, masalah hidayah bukanlah “kerjabuat” kita, tetapi ia adalah “kerjabuat” Allah SWT.

****

Persoalan iman bukan milik kita, tetapi ia adalah milik Allah SWT sahaja. Iman adalah perkara hati. Hati manusia tidak berada ditangan manusia, tetapi berada di tangan Allah SWT.

Kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW ditugaskan Allah untuk menyampaikan kebenaran sahaja. Terpulang kepada Allah dalam menentukan hatinya, apakah diberikan hidayah ataupun tidak.

Dalam menyampaikan kebenaran itu, tidak semestinya dengan kita berceramah, berkuliah, bersembang-sembang, berbual-bual sahaja, bahkan, kadangkala dengan kita melakukan sesuatu perkara yang baik, yang dilihat oleh manusia juga boleh menyebabkan manusia itu tercetus hatinya untuk diberikan hidayah oleh Allah SWT.

Hal ini dirujuk kepada satu hadis riwayat Ahmad, bahawa Nabi SAW ada bercerita kisah yang berlaku pada zaman dahulu, iaitu berkenaan dengan seorang lelaki dari bani israel yang menyebut bahawa dia akan melakukan infaq pada malam itu juga.

Pada malam itu, dia telah keluar memberikan infaq, tetapi infaq itu telah diberikan kepada seorang pelacur. Keesokkannya, orang ramai berkata bahawa si lelaki itu telah memberikan infaqnya kepada pelacur. Mengetahui keadaan itu, lelaki tersebut berdoa kepada Allah;

: اللهم لك الحمد على زانية

Maksudnya;
“Ya Allah, kepunyaan kamu segala kepujian (terpulang kepada Kamu) terhadap pelacur itu”

Malam itu pula, dia keluar sekali lagi untuk memberi infaq. Tetapi infaqnya itu telah diberikan kepada orang kaya. Keesokkan paginya, orang ramai berkata bahawa lelaki itu telah memberikan infaqnya kepada orang kaya. Mendengar itu, lelaki itu sekali lagi berdoa;

اللهم لك الحمد على غني

Maksudnya;
“Ya Allah, kepunyaan kamu segala kepujian (terpulang kepada Kamu) terhadap orang kaya itu)

Malam itu pula, sekali lagi dia keluar memberi infaq. Tetapi, infaqnya itu telah diberikan kepada seorang pencuri. Keesokkan paginya, orang ramai berkata bahawa dia telah memberikan infaqnya kepada pencuri. Mendengar itu, lelaki itu sekali lagi berdoa;

اللهم لك الحمد على زانية، وعلى غني، وعلى سارق

Maksudnya;
“Ya Allah, kepunyaan kamu segala kepujian (terpulang kepada Kamu) terhadap pelacur, orang kaya dan pencuri”

Pada malam itu, ketika dia sedang tidur, dia didatangi mimpi yang menjelaskan kepadanya;

أما صدقتك فقد قبلت؛ وأما الزانية فلعلها أن تستعف بها عن زناها، ولعل الغني يعتبر فينفق مما أعطاه الله، ولعل السارق أن يستعف بها عن سرقته

Maksudnya;
“Adapun sedekah kamu, maka isnya sudah diterima Allah. Adapun penzina, mudah-mudahan dia berhenti dari zina. Mudah-mudahan orang kaya itu akan melakukan infaq daripada harta yang diberikan Allah kepadanya. Dan mudah-mudahan pencuri itu berhenti dari mencuri
[1]

Nah !! dari hadis ini amat jelas dinyatakan oleh Nabi, bahawa dengan infaq yang dilakukan oleh lelaki tersebut, menyebabkan orang kaya yang kedekut mendapat hidayah sehingga menjadi penderma, pelacur berhenti dan melacur dan pencuri berhenti dari mencuri.

****

Ulama berselisih dalam menentukan infaq yang diberikan kepada non Muslim menerusi ayat ini. Apakah infaq itu, adalah infaq yang wajib (baca : zakat) atau infaq yang sunat???

Menurut Imam Hanafi, zakat boleh diberikan kepada non Muslim. Pendapat ini menyalahi dengan pendapat ulama-ulama yang lain. Yang mana, menurut ulama lain, infaq kepada non muslim yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah infaq yang sunat.

Berkenaan dengan infaq yang wajib (baca : zakat), perbincangan fiqhnya adalah seperti berikut;

Dari sudut Syariah, memang asas pemberian zakat tertumpu kepada asnaf yang delapan, iaitu berdasarkan kepada firman Allah;

إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَابْنِ السَّبِيلِ فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

Maksudnya;
“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para mu'allaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk mereka yuang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”

(Surah At-Taubah : 60)

Pun begitu, bukan bermakna mereka yang tidak termasuk dalam asnaf yang delapan ini tidak boleh menerima zakat. Ini kerana, dalam syariah, disana terdapat perbincangan yang disebut sebagai “Dawabit Al-Maslahah”, yang dengannya dapat menilai keuntungan Islam.

Menurut Dr Yusuf Al-Qaradhawi dalam kitabnya “Fiqh Az-Zakah”, beliau menyatakan bahawa para fuqaha’ secara Ijmak berpendapat zakat tidak boleh diberikan kepada Kafir Harbi. Adapun kepada Kafir Zimmi, ulama berbeza pendapat tentang memberi zakat kepada mereka.

Antara ulama yang mengatakan harus kafir zimmi menerima zakat adalah Mazhab Hanafi, Imam An-Nawawi, Ibni Sirin dan Az-Zuhri. Dalam kitab “Al-Mabsut”, As-Sarakhsi menyebut zufar, iaitu anak murid kepada Abu Hanifah berpendapat harus memberi zakat kepada kafir zimmi berasaskan kepada Qias, kerana objektif zakat ialah untuk membantu, antara lain, fakir miskin yang memerlukan kepada bantuan.

Dalam kitab “Al-Kharaj”, Imam Abu Yusuf menyebut bahawa Omar bin Al-Khattab memperuntukkan pemberian kepada warga yahudi dari wang baitul Mal untuk orang Islam, berasaskan kepada firman Allah;

إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ

Maksudnya;
“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin”

(Surah At-Taubah : 60)

Ayat ini ditafsirkan oleh Omar, bahawa orang itu adalah orang miskin ahli kitab.

Dari segala hujjah-hujjah ini, pendekatan yang digunakan oleh Al-Qaradhawi adalah pengagihan duit zakat hendaklah didahulukan kepada orang-orang Miskin dari kalangan orang Islam. bagaimanapun, kalau terdapat lebihan, ia boleh diberi sama kepada orang kafir zimmi dengan syarat ia tidak memudharatkan kedudukan orang-orang Islam.

Pun begitu, perlu dijelaskan, pemberian zakat kepada yang berlaku khilaf adalah pemberian zakat kepada kafir atas sebab miskin, adapun pemberian zakat kepada kafir atas dasar “muallafah Al-Qulub, adalah jelas keharusannya.

****

Firman Allah;

وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ

Maksudnya;
“akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufiq) siapa yang dikehendaki-Nya”

Hidayah adalah milik Allah. ekoran itu, Nabi SAW tidak berjaya mengislamkan Abu Talib yang banyak berkorban untuk Nabi SAW.

Firman Allah;

إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ

Maksudnya;
“Sesungguhnya kamu tidak dapat memberi hidayah kepada siapa yang kamu sayang, tetapi Allah yang memberi hidayah kepada siapa yang Dia Mahu”

(Surah Al-Qasas : 52)

***

Firman Allah;

وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ خَيْرٍ فَلِأَنْفُسِكُمْ

Maksudnya;
“Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri”

Walaupun kita melakukan infaq itu dengan diberikan kepada non Muslim sekalipun, hakikatnya pemberian itu tidak membatalkan pahala infaq yang kamu lakukan.

Bermakna, infaq itu bukan terletak kemana perginya harta yang telah diinfaqkan, tetapi yang menentukan pahala itu terletak pada diri pemberi infaq; apakah pemberian itu dalam keadaan ikhlas atau tidak.

Firman Allah;

وَمَا تُنْفِقُونَ إِلَّا ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللَّه وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ خَيْرٍ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لَا تُظْلَمُونَ

Maksudnya;
“Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan karena mencari keridhaan Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, niscaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup sedang kamu sedikitpun tidak akan dianiaya (dirugikan)”

Bermaksud, segala infaqkan itu, tidak kira kepada siapa yang kamu berikan, sekiranya pemberian itu adalah ikhlas kerana Allah, maka semuanya akan mendapat balasan akhirat. Dan kamu tidak perlu bimbang, bahawa setiap sen yang kamu habiskan itu pasti akan dibalas dengan balasan baik. Menunjukkan, kamu pasti tidak akan dizalimkan dengan kerja baik yang kamu lakukan.

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
3 Mac 2009 * 5:23 petang
ِ




[1] Musnad Ahmad : 8247.