Jumaat, 15 Oktober 2010

BAJET 2011 : NAJIB YAKIN UMNO/BN KALAH PRU?

Ini gula-gula UMNO/BN

membaca berita yang berbicara tentang bajet 2011, hati kecilku terus bertutur, "malam tadi, mungkin rosmah 'racun' kepala najib pasal projek dia kot. tu yg tak pasal2 ucapan akhir bajet najib tadi, disebut secara khusus projek rosmah itu tanpa disebut nama isterinya yang disayangi".

antara yang menarik tentang bajet ini adalah;

pertama,

Elaun untuk JKKK, JKKKP dinaikkan kepada RM800 sebulan

komen,

ini adalah galakkan kepada Ketua UMNO cawangan agar bekerja keras untuk PRU akan datang.

kedua,

dalam bajet, dinyatakan bahawa RM6.9 bilion pula diperuntuk untuk bina infrastruktur seperti membina jalan luar bandar dan untuk membina jalan luar bandar

komen,

ini adalah usaha pertama untuk menaikkan semangat Kontraktor UMNO melabur untuk UMNO dalam berhadapan dengan PRU akan datang.

pun begitu, walau 6.9 b diperuntuk untuk Infra, ia tidak bermakna kontraktor UMNO mesti menaruh keyakinan untuk melabur kepada UMNO untuk PRU akan datng. ini kerana, gambaran umum bajet 2011 ini membuktikan bahawa najib tidak yakin lagi bhw dia akan kekal sbgi PM selepas PRU...

ketiga,

Duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga beli belah.

komen,

Ini mengembirakan para penshoping. apa khabar Rosmah. Apa agaknya rosmah goreng kat najib sebelum bajet ini dibuat yer??

antara kesimpulanku adalah seperti berikut;

pertama;

bajet 2011 membuktikan Najib sudah hilang keyakinan untuk merampas 4 buah kerajaan Negeri PR, malahan ia juga terpaksa menipu dirinya bahawa UMNO/BN akan jatuh pada PRU akan datang....

kedua:

kelihatan orang yg terlibat dalam menyiapkan bajet mendapat keuntungan dalam bajet 2011.... cuba siasat, siapa yg siapkan bajet najib ini...

ketiga:

bajet tok batin naik dari RM 450 kepada RM 800... wah ini usaha menarik pengaruh di sabah dan serawak... Batu Sapi apa khabar??

keempat;

dapat sms kata, "seluar dalam telah dimansuhkan cukai"... bajet ini tidak adil, kerana memberi keuntungan kepada mereka yang pakai seluar dalam sahaja.... apakah kerajaan tidak memikirkan hak mereka yang tidak pakai seluar dalam??? hahahahaha...

kelima:

bajet 2011 bukan bajet PRU, kata Muhyiddin. apa motif Muhyiddin kata macam tu?? jeng jeng...jeng

sekian

Wallahu 'Alam


Al-Bakistani

- Sri Indah [b] Sg buloh
16 Oktober 2010 * 1:38 pagi

Rabu, 13 Oktober 2010

TARBIAH UNTUK KEMENANGAN ISLAM DI GALAS

[1]

Kemangkatan Ayahanda, Sultan Morad ternyata menyedihkan Sultan Muhammad yang kemudiannya mendapat gelaran Al-Fateh. Walau berumur 19 tahun, tidak dapat tidak jawatan sultan terpaksa ditanggungnya.

Berbekalkan ilmu Islam yang diajar oleh Syaikh Al-Bairam dan As-Syaikh Syamsuddin Al-Wali, disamping ilmu peperangan ajaran Panglima tarhan, ternyata ia membangkitkan semangat Sultan Muhammad untuk berusaha untuk memerdekakan Kota Konstentinopel yang masih berada di bawah kekuasaan kerajaan zalim yang bertopengkan agama Kristian.

Setiap malam, setelah bertahajjud dan membaca Al-Quran, dia merenung dan bertadabbur dengan maksud Sabda Nabi SAW menerusi hadis riwayat Ahmad yang bermaksud, “kota Konstentinopel akan dibuka. Rajanya baik, dan tenteranya juga baik”. Renungan dan tenungan yang mendalam mengingatkannya kepada pesanan ayahandanya yang sering memberi semangat kepadanya agar selamatkan kota konstentinopel dari kezaliman berwajah agama.

Azamnya semakin kuat, apabila di awal permasyhurannya sebagai Sultan bahawa dia didatangi oleh beberapa menteri-menteri dari kerajaan kristian Kota Konstentinopel dengan mahu memberi hadiah perempuan dan kemewahan harta. Ternyata, kemegahan dan keseronokkan dunia ini, berjaya ditolak Sultan Muhammad dengan mentah.

Semua kenangan-kenangan yang merupakan mimpi ngeri bagi Sultan yang berjiwa Islam ini, melahirkan ingat-ingatan dan mimpi-mimpian agar segera merancangan untuk menguasai Kota Konstentinopel. Jika lambat bertindak, masakan menang, kekalahan di pihak islam adalah tersangat hampir.

Dia mula mentarbiah dirinya agar menjadi orang bertaqwa. Kemewahan dunia dihadiahkan kepada rakyat, kesenangan hidup digadaikan dengan beribadat, kekenyangan perut disedekahkan dengan berpuasa, kesedapan tidur dinyenyakkan dengan kekusyukan bertahajjud.

Tidak sekadar itu, Sultan Muhammad Al-Fateh mula menggerakkan tentera-tenteranya dengan tarbiah kerohanian dan jasmani. Malam ditarbiah dengan tahajud, bacaan dan tadabbur Al-Quran, tazkirah hadis-hadis Nabi SAW atas bimbingan Syaikh Syamsuddin Al-Wali disamping baginda Sultan turut sama dalam program tarbiah tersebut. Di siang harinya pula, baginda sendiri mencemar duli memeriksa latihan ketenteraan pimpinan Panglima Tarhan.

Hampir setengah tahun latihan ketenteraan yang menekankan dua asas utama, iaitu rohani dan jasmani, baginda Sultan mula tertanya-tanya, betapa tinggi neraca ketaatan tentera-tenteranya yang melayakkan mereka mendapat gelaran ‘tentera yang baik’, yang melayakkan kejayaan menguasai Kota Konstentinopel.

Satu malam, Sultan Muhammad Al-Fateh mula tidak makan dan minum. Dia mempamerkan kemurungan teramat sangat. Keadaan ini membimbangkan ramai tentera, sehingga semua tentera mula memperkatakan tentang kesihatan Tuanku Sultan.

Sultan mengarahkan dua orang tentera yang dilihat agak nakal berbanding yang lainnya; watak yang agak kurang ‘wara’’ agar datang mengadap. Dititahkan agar mendapatkan buah delima pada malam itu juga sebagai santapan baginda Sultan.

Sebelum itu, Sultan telah berpakat dengan seorang tuan kebun Delima yang berada berhampiran, agar menyorokkan diri dari diketahui dua tentera tersebut.

Pada malam itu juga, dua orang tentera latihan Sultan Muhammad Al-Fateh telah ke kebun Delima berhampiran untuk mendapatkan buah delima untuk menjadi santapan Sultan yang dianggap sebagai sedang kegeringan. Mereka berjumpa kebun delima, tetapi sudah puas mereka mencari, ternyata mereka tidak bertemu dengan tuan kebun delima terbabit.

“kita ambil sahaja buah delima ini, walau tidak mendapat keizinan dari tuan kebunnya” salah seorang tentera itu mula bercakap nakal.

“Ish.. Aku tidak mahu curi, kerana ia terkutuk dalam Islam”, seorang lagi menyatakan bangkangan.

“alah… lagi pun, ini negeri sultan Muhammad, dan buah delima yang mahu kita ambil ini pun untuk santapan sultan Muhammad”

“Eh… aku tidak redha Sultanku makan makanan haram. Aku tidak rela semua ini berlaku sebagai rakyat dan tentera”

Ungkapan tentera terbabit, menyebabkan seorang tentera lagi menundukkan kepalanya. Dia tersedar bahawa dia tersilap memberi cadangan yang agak nakal itu.

Memandangkan usaha mereka hampir setengah malam untuk mendapatkan tuan kebun Delima tidak berhasil, menyebabkan mereka pasrah untuk menyatakan keadaan sebenar berlaku kepada Tuanku Sultan.

“Ampun tuanku, kami tidak berjumpa dengan tuan kebun Delima, waima kami berjumpa dengan kebun delima” salah seorang dari dua orang tentera itu mengungkapkan keampuan.

“kalau sudah ada kebun delima, mengapa tidak diambil sahaja buah delima yang ada. Inikan kerajaan beta” Sultan Muhammad Al-Fateh agak mengangkat suara.

Mereka berpandangan sesama mereka. Lalu, seorang lagi berkata, “ampun tuanku, sebagai tentera kepada kerajaan Tuanku, kami tidak rela Sultan kami makan makanan yang haram. Justeru, kami tidak bersedia mencuri buah delima itu”

Jawapan itu, menyebabkan mata Sultan Muhammad Al-Fateh menitiskan air. Dia menangis gembira dengan jawapan ringkas dari tenteranya itu. Baginda Sultan terus meletakkan tanggapan bahawa tentera-tenteranya adalah tentera yang baik. Sudah mempunyai kelayakkan mencapai kemenangan dalam medan perang dalam memerdekakan kota Konstentinopel dari kezaliman bertopeng agama kristian.

Apabila peperangan terjadi, ternyata Sultan Muhammad Al-Fateh dan tenteranya adalah pembenar apa yang terkandung dalam hadis Nabi SAW riwayat Imam Ahmad yang menyatakan bahawa “Kota Konstentinopel akan dibuka. Rajanya baik, dan tenteranya juga baik”.

[2]

Tarbiah yang diamalkan Sultan Muhammad Al-Fateh, bukan bermula dari tenteranya, tetapi bermula dari dirinya. Apabila Sultan sudah mempunyai kesanggupan yang amat tinggi dalam mendekatkan dirinya kepada Allah, tidak hairan tenteranya turut sama mencontohi.

Sebagai raja, Sultan Muhammad Al-Fateh sedar bahawa tindakannya adalah ikutan. Lantaran, dia mengambil azimah berbanding rukhsah dalam pembentukan dirinya dan juga tentera-tenteranya.

Sultan Muhammad Al-Fateh turut sama berada dalam kesusahan ketika latihan ketenteraan dan peperangan tercetus. Gandingan raja yang bertaqwa dengan tentera yang meletakkan kecintaan kepada Allah dan Rasul melebihi segala-galanya, menyebabkan Islam berjaya menguasai peperangan.

Ketika tentera berada dalam latihan, Sultan Muhammad Al-Fateh tidak berada dalam hotel mewah setara hotel Mayang Sari di Bagan Pinang, tidak mengharapkan kesenangan sehingga menuntut wang sebanyak lebih RM 65 ribu, malahan hampir RM 100 ribu seperti yang berlaku dalam PRK di Ulu Selangor.

Perbelanjaan Wang benar-benar digunakan untuk mencapai hasrat untuk menjatuhkan musuh-musuh islam, lantaran dalam 8 siri peperangan, kewangan tidak sampai RM 10 ribu sahaja digunakan, berbanding pemimpin kebendaan yang berwajah [kononnya] beragama, tetapi dalam satu peperangan sahaja sudah menuntut hampir Rm 65 ribu.

Keadaan ini tidak wujud pada Sultan Muhammad Al-fateh, lantaran tidak hairan dalam misi peperangan yang berlaku, Islam mencapai kejayaan yang gemilang, sehingga Kota Konstentinopel berjaya dikuasai oleh tentera islam sehingga kini dikenali dengan nama Istanbul.

Inilah rahsia kemenangan tentera islam di zaman Sultan Muhammad Al-Fateh, yang wajar diambil perhatian oleh pemimpin dalam mana-mana parti yang memperjuangkan islam, khususnya hampir dengan PRK DUN Galas. Sebelum menilai tarbiah ahli, pemimpin hendaklah mengambil azimah berbanding rukhsah; mengambil jalan susah berbanding kemewahan. Semuanya untuk memastikan keredhaan Allah bersama dengan tentera-tentera Islam dalam melawan musuh-musuh Allah SWT.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah [b] Sg buloh
14 Oktober 2010 * 4:37 Pagi