Sabtu, 31 Julai 2010

ORANG MELAYU WAJIB TOLAK UMNO.

[1]

UMNO adalah parti zalim. Orang UMNO pula, terdapat dua jenis, iaitu mereka yang beridealogi UMNO [karat UMNO], dan orang yang duduk dalam UMNO kerana "periuk nasi".

Orang UMNO bukan musuh kita, sebaliknya mereka adalah sasaran dakwah kita. Orang UMNO boleh mengundi PAS, PKR dan DAP. Ia perkara yang tidak mustahil dalam teori politik berpilihanraya.

Adapun parti UMNO, ia adalah satu parti yang menjadi wadah untuk melakukan kezaliman. memandangkan UMNO memerintah, dengan kekuasaan memerintah itu mereka melakukan kezaliman.

Justeru, UMNO wajib dihapuskan, agar orang-orang UMNO tidak mempunyai wadah lagi untuk melakukan kezaliman. Orang UMNO perlu didakwah, agar mereka meninggalkan UMNO, kerana dengannya mereka akan berhenti melakukan kezaliman.

[2]

Melayu tidak hebat tanpa islam. Melayu jadi hebat, apabila segala nilai-nilai Islam menjadi kehidupan. Rasuah, penyelewengan harta rakyat, penindasan adalah nilai-nilai jahiliyyah yang menjadi sebati dengan UMNO. Keadaan ini menyebabkan melayu jadi hina apabila melayu disinonimkan dengan UMNO.

Melayu lain, dan UMNO lain. melayu mempunyai adat budayanya tersendiri, dan UMNO pun ada adat budayanya tersendiri.

Sopan santun, tidak rasuah, menghormati bangsa lain adalah adat budaya orang melayu. Menfitnah orang liwat, merosakkan sistem kehakiman, penipuan dalam Pilihanraya, menghidupkan akta ISA yang zalim, memandang hina kepada bangsa lain adalah adat budaya bagi UMNO.

Justeru, antara UMNO dan melayu wajib dipisahkan. Jika digabungkan, bermakna merosakkan pandangan umum terhadap melayu. ia memberi gambaran bahawa melayu jadi rosak kerana melayu disinonimkan dengan UMNO.

Melayu tidak bahaya tanpa UMNO. malahan Melayu akan jadi hebat tanpa UMNO.

UMNO mahu kelirukan rakyat. lantaran mereka mendakwa melayu dalam bahaya, sedangkan yang dalam bahaya itu adalah UMNO, bukan melayu.

[3]

Sejarah telah membuktikan, dengan nilai-nilai islam yang masuk ketanah melayu, menyebabkan bangsa melayu masuk Islam. Yang bawa islam ke tanah melayu, bukan orang melayu. Tetapi, yang membawa islam ke tanah melayu adalah bangsa lain, iaitu arab, india dan cina.

Cheng Ho adalah antara orang yang memberi khidmat kepada sultan melaka dalam memajukan islam. Dia bukan orang melayu, tetapi berbangsa cina. Lihatlah masjid-masjid lama di Melaka. Kita akan dapati, seni binanya bercirikan cina. ia adalah hasil khidmat pembinaan yang ditawarkan cheng ho yang berbangsa cina dan beragama islam kepada sultan melaka.

Ini menandakan bahawa, orang melayu mempunyai keunikannya tersendiri. Walau budaya kebaikan itu datang dari bangsa india dan cina sekalipun, mereka akan menganggap mereka sebagai saudara, malahan menerima segala yang dibawa oleh mereka.

Adapun melayu dalam bentuk yang diUMNOkan, keadaannya amat malang sekali. Iaitu, dilihat wujud kebencian antara kaum di Malaysia. Semua ini bukan dari ajaran melayu yang menjadikan Islam sebagai pegangan hidup, tetapi ia adalah ajaran UMNO yang didoktrinkan kepada melayu.

Justeru, melayu baik adalah melayu yang ikut Islam. Tetapi, melayu jahat adalah melayu yang ikut UMNO.

Sebagai orang melayu, apakah pilihan anda? Melayu baik atau melayu jahat? Tepuk dada, tanya iman anda....

Sekian

Wallahu 'Alam.

al-Bakistani ustaz_bakistani@yahoo.com

Jumaat, 30 Julai 2010

FIKRAH UMNO ADALAH ZALIMISME

perbedaan kita dengan UMNO, bukan kerana UMNO Berbangsa melayu dan kita beragama islam. Tetapi, perbedaan antara kita dan UMNO adalah, UMNO mengekalkan sistem pemerintahan yang bersifat menindas, walhal perjuangan kita adalah mahukan pemerintahan yang bebas dan adil.

Islam adalah agama yang mengajar keadilan. Islam adalah agama menyuruh menyerang kezaliman. Lantaran itu, kita menolak UMNO.

Kita tidak boleh bersama dengan UMNO kerana UMNO memerintah dengan menggunakan sistem pemerintahan yang zalim. Walau ada ahli-ahli UMNO yang mengucap syahadah, maka itu bukan perkara prinsip bagi UMNO.

Jika itu dianggap prinsip, mengapa baru sekarang kita berbicara kononnya hendak bersama dengan UMNO? Mengapa dahulu kita lawan UMNO bermati-matian sehingga ada yang syahid?

Justeru, kita lawan UMNO bukan kerana ada ahli UMNO yang mengucap syahadah, tetapi kita melawan UMNO kerana UMNO adalah satu parti yang membawa fikrah zalimisme. Adapun fikrah kita adalah, mahukan keadilan Islam terlaksana. keadilan itu, menembusi batasan bangsa dan agama.

Ini fikrah kita. Fikrah yang membedakan antara kita dengan UMNO. Kita mahukan kepada keadilan. Kita menolak kezaliman. UMNO adalah parti zalim. UMNO adalah zalimisme.

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Damansara
31 Julai 2010 * 2:15 pagi

PEROMPAK BERDEBAT DENGAN PENYAMUN


Malaysiakini melaporkan:

"Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali akan berkongsi pentas dalam sebuah forum membincangkan politik ideologi dan bangsa dalam Sidang Kemuncak Pelajar Malaysia ke-4 Ahad ini" (sila klik)

KOMEN;

usahkan bicara soal perpaduan melayu dengan PAS yang mempunyai dasar Islam, antara UMNO dengan PERKASA yang sama-sama perjuangkan melayu pun tidak ada kesamaan dalam mempertahankan idealogi melayu.

Ini memberi bukti, isu perpaduan melayu yang dimainkan oleh UMNO, tidak lebih sekadar retorik yang mengandungi hipokrit, dalam usaha hendak melahirkan keraguan PKR dan DAP terhadap PAS.


Khamis, 29 Julai 2010

ALTERNATIF JANGAN 'SPOIL'

Secara majoriti, rakyat sudah meluat dengan BN. Buktinya, apabila rakyat sudah meluat dengan politik. Ini lagi terbukti, apabila anak-anak muda sudah tidak minat berbicara politik.

Apabila ditanya politik, mereka akan ungkit kesusahan mereka. Siapa pun menjadi PM, itu mereka tidak peduli. Isu minyak naik, gaji tidak naik, harga barang membebankan, dan sebagainya menjadi isu yang mereka mahu bicarakan, apabila kalimah "politik" terpancul menerjah pemikiran mereka.

Dalam keadaan sebegini, rakyat amat menunggu alternatif. Namun, alternatif itu benar-benar dapat memberi keyakinan kepada mereka.

Kelahiran Kerajaan Pakatan Rakyat, benar-benar cubaan rakyat dalam usaha mencari alternatif. jika alternatif ini hancur dalam benak kepercayaan rakyat, ia merupakan permulaan titik hitam bagi kemalapan kerajaan pakatan rakyat dalam PRU.

Tidak dinafikan, ke'spoil'an yang menimpa pakatan rakyat datang dari gangguan musuh. Namun, rakyat yang menilai gangguan musuh dalam mengagalkan usaha pakatan rakyat adalah golongan minoriti. dengan maksud, majoriti rakyat menilai ke'spoil'an itu adalah kegagalan pakatan rakyat.

Disebabkan itu, usaha saling kukuh memperkukuh antara parti-parti dalam pakatan rakyat adalah perlu. Sebarang tindakan yang boleh melahirkan ketidak-kesepatan, ataupun tindakan yang menggugatkan kesatuan antara parti-parti dalam Pakatan rakyat adalah wajar diserang.

Ia tidak ada lain, semata-mata mahu melahirkan kepercayaan rakyat kepada alternatif yang sedang dicari-cari mereka. justeru, alternatif ini jangan di'spoil'kan

Apabila ke'spoil'an ini terjadi, rakyat akan mengambil keputusan yang mungkin tidak menguntungkan. Mereka mungkin hanya menggunakan dua pilihan sahaja. Sama ada mereka tidak keluar mengundi, ataupun mereka akan mengundi BN.

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah [b] Sg buloh
30 Julai 2010 * 1:40 pagi

Rabu, 28 Julai 2010

PELOMBONG PASIR HARAM SUDAH BERSARA?

mula-mula jadi pelombong pasir haram.


gambar setelahpencen pelombong pasir haram


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini melabelkan Ketua Pembangkang Negeri, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, sebagai “pesara lombong pasir haram”. (sila baca seterusnya)


kalau ada pesara lombong pasir haram. Orang dalam gambar ini, siapa pula???

FIKRAH KITA ADALAH ISLAM, BUKAN MELAYU

Nabi SAW mulakan dakwah di Makkah. Walau rakyat Makkah boleh dikatakan semua berbangsa arab - sebangsa dengan nabi SAW, mereka tidak menerima dakwah nabi. Mereka bukan sekadar tidak menerima, malahan mereka melakukan berbagai-bagai tuduhan jahat terhadap nabi SAW.

dalam kitab Ar-Rahiq Al-makhtum menceritakan bahawa ada seorang tokoh "UMNO Qurasyh" bernama Al-Walid bin Al-Mugahirah telah merancang untuk memburukkan nabi SAW. antara tindakan hasil dari perancangan itu, Al-Walid menyatakan bahawa nabi SAW adalah orang yang menolak "perpaduan". Dia menuduh nabi SAW orang yang memecah-belahkan antara seseorang dengan bapanya, dengan saudaranya, dengan isteri-isterinya. Dia melaungkan ungkapan ini, ketika jemaah haji dari luar makkah datang berkunjung ke kaabah. [ar-rahiq Al-Makhtum : 100]

kemudiannya, nabi SAW di arahkan oleh Allah SWT agar berhijrah. tinggalkan ketuanan arab di makkah, tetapi fokus dakwah di negara kosmopolitan, yasrib yang akhirnya bertukar kepada Madinah.

semasa di makkah, dakwah nabi SAW digeruni oleh "UMNO Quraish". Mereka menawarkan berbagai-bagai tawaran kepada Nabi SAW agar berhenti berdakwah. Bukan sekadar "perpaduan arab", malahan harta, perempuan, kerajaan pun ditawarkan kepada nabi SAW.

memandangkan "UMNO Quraish" amat segan terhadap nabi SAW, mereka menggunakan orang tengah. orang tengah itu, jika dibandingkan dengan "SB Harussani", terlalu jauh rapatnya dengan nabi SAW, iaitu bapa saudara nabi SAW sendiri, Abu talib.

nabi SAW menolak tawaran itu mentah-mentah. nabi SAW berkata;

"demi Allah wahai bapa saudaraku, sekiranya mereka meletakkan matahari ditangan kananku, dan bulan di tangan kiriku agar aku meninggalkan urusan ini, sama Islam dimenangkan oleh Allah SWT, atau aku dibunuh dalam menegakkan Islam. Sudah pasti, aku tidak akan meninggalkan urusan ini" [Fiqh harakah : 1/108-109]

semasa di madinah pula, ternyata nabi SAW diterima sebagai ketua kerajaan. Walau rakyat madinah ketika itu, sebilangan kecil sahaja beragama islam. mengikut kajian sirah, dinyatakan bahawa bilangan rakyat madinah yang beragama islam ketika Nabi SAW dilantik menjadi ketua kerajaan tidak sampai seribu orang pun. Namun, berbekalkan perjuangan mahu menegakkan keadilan Islam, dan menolak segala kemungkaran dan kezaliman, secara majoriti, nabi SAW diterima sebagai ketua kerajaan.

yang pasti, nabi SAW diterima bukan kerana mesej 'ketuanan arab', tetapi mesej 'islam for Allah', mesej keadilan yang berasaskan kepada islam, mesej kosmopolitan yang dibawa oleh Nabi SAW menyebabkan nabi SAW berjaya di Madinah. Dan kejayaan itu, merebak kemudiannya ke Makkah, sehingga berlaku sejarah besar dalam islam yang disebut sebagai sejarah 'fath Al-makkah', atau pembukaan kota makkah.

inilah fikrah kita. fikrah kita adalah islam, bukan fikrah melayu. fikrah melayu tidak menguntungkan umat.

fikrah islam adalah fikrah yang sebenar. Fikrah yang memberi keuntungan kita di akhirat kelak. Nyah fikrah melayu dari benak kita. kerana, ia menyebabkan melayu jadi bangsat, dan islam dilihat jumud, kerana Islam bersifat "for All".

"yang diterima oleh Allah adalah Islam. satu sen pun tak ada nilai disisi Allah SWT, jika kita bercakap pasal melayu" kata tok Guru nik abdul Aziz, Mursyidul Am PAS.

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah [b] sg buloh
29 julai 2010 * 3:41 pagi

Selasa, 27 Julai 2010

AMARAN JK DISIPLIN : DULU DAN KINI

INGATAN JK DISIPLIN PADA JULAI 2009.

Jawatankuasa Disiplin PAS tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak dalam parti yang membuka kembali perbincangan mengenai Kerajaan Perpaduan.

Pengerusinya yang juga Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata langkah itu berasaskan penetapan yang dibuat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang agar isu kontroversi itu dihentikan serta-merta.

Menurut beliau, penegasan itu hendaklah dipatuhi semua peringkat kepimpinan parti memandangkan penetapan yang disepakati kedua-dua pemimpin parti itu diterima baik serta berjaya meredakan ahli dan penyokong di seluruh negara.

"Sebarang huraian dan kenyataan yang cuba membuka kembali perbincangan akan mengundang pelbagai reaksi dan membuka semula ruang fitnah dalam jamaah. Sekiranya fenomena ini berlaku, Jawatankuasa Disiplin parti akan bertindak dengan mengambil tindakan disiplin demi menyelamatkan parti dari pergolakan yang sangat merimaskan ahli-ahli," tegas beliau dalam blognya.

Tambah Tuan Ibrahim, ingatan ini perlu dilihat secara serius memandangkan PAS telah terlepas dari satu ribut yang menggoncang keutuhan dan setiakawan parti, dan sebarang pandangan yang berbeza boleh disalurkan melalui saluran rasmi parti, bagi mengelak ia disalahertikan oleh media arus perdana.[sila klik]

INGATAN JK DISIPLIN PADA JULAI 2010

PETALING JAYA: Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta semua pihak supaya berhenti daripada terus menuding jari ke arah Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang didakwa mengadakan perbincangan secara sulit dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berhubung kerjasama Umno-PAS.

Tuan Ibrahim berkata, persepsi negatif dan sebarang bentuk gesaan termasuk supaya Hasan melepaskan jawatan perlu dihentikan serta-merta kerana pertemuan itu hanya berkisar mengenai kemajuan dan kesejahteraan umat Islam di Negeri Selangor dan bukannya berkaitan kerjasama politik Umno-PAS.

Malah beliau berkata, tiada tindakan disiplin akan diambil keatas Hasan kerana tindakannya menemui Harussani berhubung isu kepentingan umat Islam dan perpaduan Melayu tidak melanggar prinsip dan perjuangan PAS. [Sila klik]

KOMEN:

Qaul Qadim imam syafie di Baghdad, dan qaul jadid di mesir. Ia beralasan tempat. tapi, Qaul Qadim dan Qaul jadid JK Disiplin, bukan beralasan tempat, tetapi masa.

slogan sudah ditukar dari "islam For All" kepada "Islam For melayu"

slogan baru, "hidup melayu.... mampus india.. mampus cina !! "


Isnin, 26 Julai 2010

INI GORENG ??



SB Harussani nak majukan Islam? atau nak majukan Melayu? Klip video ini merupakan bukti, harussani berbohong.. ops... nanti dulu. Sebab Roslan SMS (Hidup melayu !! mampus cina!! mampus india !!) kata tak perlu saman.

SMS dari seorang kawan;

Kata hasan Ali [pembetulan : SB Harussani] [hidup melayu.!! mampus cina !! mampus india !!], beliau tak berbincang UMNO-PAS, tapi bincang perpaduan melayu... ada satu kisah; Seorang haji masuk wad kerana sakit penat atau asma. di hujung katil pak haji itu ada orang india sakit dan dikerumuni sanak saudaranya dengan riuh rendah. Pak Haji itu tidak tahan dengan riuh rendah itu, lalu menjerit, "Woi Paria! Diam la !. Pesakit India yang tak puas hati dengan panggilan paria itu, adukan kepada doktor. lalu doktor datang jumpa pak haji yang tengah lelah tu dan tanya, "kenapa tuan haji kata paria kat orang india tu?" lalu jawab pak haji, "Ish.. saya ni dah haji, takkan nak kata lagu tu. Saya kata, "Apa dia" bukan "Paria".

komen seorang pengunjung blog pak bakaq;

Betul[ke] yg baik tu ertinya bawa PAS tidur atas katil bersama UMNO. Yg aku berpeluh sampai ke kaki membela PAS, masa dan harta benda dikorban untuk berjuang bersama PAS, dahlah pangkat tak naik, UMNO tukar aku ke hulu dan ke hilir macam pelarian myammar, kau senang-senang nak berpeluk dengan UMNO atas alasan kerajaang perpaduwang, kau masuk ketika PAS dah senang lenang, guna air liyur basi sahaja dah naik jadi YB, kau ingat aku ni batang kayu atau anak batu ke? (sila klik)

UMNO atau DAP/PKR : MANA PILIHAN PAS?

[1]

DAP/PKR - anti ISA.
UMNO - Pro ISA
Islam - anti kezaliman
= DAP/PKR lebih baik untuk PAS.

[2]

DAP/PKR - Tidak Rasuah
UMNO - Rasuah
Islam - Anti Rasuah
= DAP/PKR lebih baik untuk PAS.

[3]

DAP/PKR - tidak perkauman
UMNO - perkauman
Islam - anti perkauman
= DAP/PKR lebih baik untuk PAS.

[4]

DAP/PKR - telus dalam pemerintahan.
UMNO - ada penyelewengan.
Islam - Anti penyelewengan.
= DAP/PKR lebih baik untuk PAS.

[5]

DAP/PKR - bercampur muslim dan tidak muslim, tetapi berbilang-bilang kaum [tidak sekadar melayu sahaja]
UMNO - Ada melayu muslim, dan ada melayu hina nabi [murtad/tidak muslim].
islam - Munafiq dan murtad lebih teruk dari kafir kerana jahil.
= DAP/PKR lebih baik untuk PAS.

sekian

Wallahu 'Alam


Al-Bakistani


- sri Indah [b] Sg buloh
27 Julai 2010 * 5:39 pagi

ROSLAN SMS [HIDUP MELAYU..] SELAMATKAN MUFTI UMNO

Di peringkat awal, SB Harussani menyebut bahawa dia bersedia menjadi orang tengah bagi kerjasama PAS - UMNO. Di dakwa juga, bahawa ada pimpinan tertinggi PAS berjumpa dengan beliau.

Dakwaan itu 'geger' dalam media berlanjutan lebih seminggu. Setelah pulang dari luar negara, Hasan Ali [hidup melayu...] menyatakan bahawa beliaulah yang dimaksudkan oleh SB Harussani itu. Tetapi, dakwa Hasan Ali [hidup melayu....] pula, pertemuan itu tidak ada kaitan dengan perbincangan kerjasama PAS - UMNO dan perpaduan.

Keesokkannya pula, SB Harussani menjelaskan bahawa, pertemuan itu tidak ada kaitan kerjasama PAS - UMNO, tetapi sekadar perpaduan melayu. Berbelit dan berputar sikit kenyataan SB Harussani ini.

Dalam Munaqasyah PAS selangor yang disebut juga sebagai "Mono-gasak" itu, Hasan Ali [hidup melayu....] sekali lagi mempertahankan dakwaannya bahawa pertemuannya dengan SB Harussani itu tidak ada perbincangan PAS - UMNO. Ini menyebabkan, MP Kota Raja, Dr Mariah mahmood mendesak agar hasan Ali [hidup melayu....] lakukan saman terhadap SB Harussani, kerana tindakan yang mencemarkan imej PAS itu.

Namun, ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan SMS [hidup melayu....] menyatakan bahawa tidak perlu saman terhadap SB Harussani.

Wah... Dahsyat juga usaha mempertahankan mantan SB yang kini jadi mufti itu, waima terbukti bahawa SB Harussani itu telah mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan Hasan Ali [hidup melayu....]. Pun begitu, kenyataan Roslan SMS [hidup melayu...] itu melahirkan persoalan. iaitu, Apakah sebab Roslan SMS [hidup melayu....] tidak bersungguh-sungguh untuk menyaman Mufti yang telah merosakan imej PAS yang difitnah oleh SB Harussani itu?

Jangan sampai Tulang besi dedahkan rakaman perbincangan itu, sudah lah...

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah [b] Sg buloh
27 Julai 2010 * 5:12 Pagi

Ahad, 25 Julai 2010

BABI TUDUH ANJING, ANJING PERTAHANKAN DIRI


SMS dari seorang kawan;

"babi kata anjing najis.. anjing kata dia tidak najis.. yang najis kencing dia je.. sebab tu, dia kencing angkat kaki.. takut kena najis... lu pikir la...

KOMEN:

Ringkas, tapi padat. Ganas, tapi berhikmat. Pedas, bagi yang terlibat.

sekian

baca sama:
bila beruk memperbaiki bunga
(penarikbeca)

Al-Bakistani


- Sri Indah [b] Sg buloh
26 Julai 2010 * 5:33 Pagi

UMNO GUNAKAN PERPADUAN UNTUK HANCURKAN PAS - ALLAHYARHAM USTAZ FADZIL NOOR

"Sampai tahun 77, mereka [UMNO] menggunakan kesempatan krisis PAS di kelantan untuk membunuh dan menghancurkan PAS di kelantan. Menyingkir PAS dari Barisan nasional. Pada jangkaan mereka, PAS akan mati apabila keluar dari barisan nasional".

"Dr Mahathir [UMNO] tidak pentingkan perpaduan. Kalau dia pentingkan perpaduan, dalam krisis kelantan, kenapa dia tidak berunding dengan Dato' Asri pada waktu itu. Kenapa dia tidak mahu adakan perundingan dengan pimpinan PAS. tetapi dia pergi berunding dengan kumpulan haram di kota bharu. Dia bukan orang yang membela perpaduan. Tetapi dia gunakan kesempatan untuk mengukuhkan kedudukannya dalam UMNO dan kedudukan UMNO semata-mata" – Ucapan Allahyarham Ustaz Fadzhil Noor dalam tragedy Sauk.

sumber : youtube

SIAPA YANG GORENG, SIAPA YANG HANGIT?

sebelum ini, harussani menyatakan bahawa ada pimpinan PAS diperingkat tertinggi bertemu beliau untuk bincang kerjasama PAS - UMNO. Kemudian Hasan Ali yang merupakan pimpinan PAS terbabit mengeluarkan kenyataan, bahawa tidak ada perbincangan tentang perpaduan atau kerjasama UMNO - PAS.

Dari itu, nampak percanggahan. Makanya, siapa yang menipu dan siapa yang berbohong?

Dan lagi, menurut Hasan Ali;

"Pertemuan tersebut diatur bagi membolehkan saya meninjau ilmu dan pengalaman beliau secara amali mengurus Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu" (sila klik)

Dengan maksud, ia tidak melibatkan perbincangan tentang perpaduan melayu atau kerjasama antara PAS - UMNO. Namun, hari ini Harussani pula menyebut bahawa pertemuan itu ada berbincang tentang perpaduan melayu.

kenyataan SB Harussani itu adalah seperti berikut;

“Kami memang tidak membincangkan langsung pasal kerjasama Umno dan PAS tetapi perpaduan orang Melayu di negara ini kerana kami melihat orang Melayu semakin berpecah.

“Kami hanya membincangkan soal bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian untuk menyatukan perpaduan di kalangan orang Melayu, itu sahaja." (sila Klik)

persoalannya pula, Apa beda istilah "perpaduan melayu" yang dibincangkan oleh Harussani dengan Hasan Ali, dengan maksud usaha "kerjasama UMNO - PAS"?

Kenapa perbincangan itu melibatkan hasan ali yang sebelum ini sudah ada skandal pertemuan belakang tabir, dan usaha penubuhan kerjasama UMNO - PAS dan usaha hendak mengugurkan tan Sri Khalid dari jawatan MB?

Justeru, siapa yang menipu dan siapa yang berbohong?

opss... soalan-soalan sebegini,boleh menyebabkan dilebel fasiq, munafiq atau kafir oleh orang yang mengatakan kentut itu wangi.... harap maaf.. patik mohon sembah derhaka...

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani

- Sri Indah [b] Sg buloh
25 Julai 2010 * 6:16 petang